Satu kenangan yang terdapat dalam buku " SAAT CINTA BERTASBIH - Tribut untuk Tuan guru ". Apakah kisah dan catatan ini akan berulang lagi pada malam ini? Atau apakah sudah dijadikan satu " trend " kepada generasi muda Malaysia, dengan pemerintah yang ada masa kini lebih mementingkan hiburan untuk melalaikan pembangunan mental generasi muda, atau apakah memang perancangan sabagini mendapat khidmat nasihat dari pihak tertentu.
Pekerja berpakaian seragam lusuh itu mengutip tin-tin kosong yang beselerakan di tanah lapang. Baunya menusuk hidung. Bagi pekerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ( DBKL ) yang sudah terbiasa dengan kerja seperti tu tidak menimpulkan rasa jijik yang ketara. Tin-tin kosong itu kemudiannya dimasukan ke dalam beg warna hitam sebelum di campak ke dalam lori yang menunggu di tepi jalan.
Bagi pekerja DBKL, aktiviti sabagini lumrah, kerana mereka tahu - setiap pagi, satu Januari setiap tahun, ada kerja tambahan, mengutip tin-tin arak kosong yang dibuang remaja selepas semalaman berpestas pora. Selain tin kosong, juga terdapat kondom terpakai.
Acara sambutan tahun baru, bagi anak-anak muda kota yang gemarkan hiburan merupakan sesuatu yang ditunggu-tunggu. Mereka berkumpul di Dataran Merdeka, Menara Berkembar KLCC, Bukit Bintang Stadium Merdeka, Bangsar / Telawi, Sri Hartanamas, Mid Valley. KL Senteral, Taman Titiwangsa dan Putra sejak jam 10 malam. Bercampur lelaki perempuan. Kehadiran mereka mencecah puluhan ribuan. jangan hairan, penghuni teramai ialah dari remaja Melayu, hampir 70%. Sementara menunggu detik 12 malam, mereka berhibur dengan konsert muzik berima keras ( hard rock ) minum-minum dan menari mengikut rentak irama yang di mainkan oleh kumpulan muzik tajaan syarikat-syarikat gergasi.
Cendikiawan dan bijak pandai Melayu ramai yang tidak setuju cara kerajaan membenarkan rakyatnya menyambut tahun baru seperti itu. Berhimpun di lokasi tertentu sambil menghitung jarum jam, " tidak sesuai " kata tokoh pendidikan, Prof. Emaritus Datuk Nik Safiah Karim, " Acara sambutan seperti itu mengikut budaya Barat, sedangkan kita orang Timur yang punya budaya dan adat resam sendiri yang lebih baik dan satun. Bagitu juga pendapat Khoo Kay Kim.
Sebahagian besar negara-negara di belahan dunia menyambut tibanya tahun baru dengan pelbagai pesta. Tidak hairan kerana agama anutan rakyatnya ialah Kristian. Memang wajar mereka meyambut permulaan tahun kiraan Masehi itu. Ironisnya, perayaan tersebut juga dirayakan oleh sebahagian umat Islam termasuk di Malaysia. Hal ini agak aneh, walau pun tujuannya sekadar bersuka-suka.
Hakikatnya itulah " hadiah tahun baru " dari syarikat-syarikat penaja untuk remaja Malaysia dengan izin pemerintah. Untuk orang tua, suri rumah atau mereka yang uzur masing-masing ada bahagian. Duduk saja dirumah, dalam situasi santai, televisyen, menghidangkan persembahan konsert secara langsung- hiburan di ambang tahun baru, dari jam 9 - 12 tgh malam. Cara sambutan ini seolah-olah sudah di budayakan sekian lama.
Teringat tahun 70an dan 80an, ketika itu lokasi menjadi tumpuan remaja berpelesiran dan menyambut perayaan tahun baru dan bersantai di waktu malam tidak banyak seperti sekarang cuma di Dataran Merdeka, Taman Bunga dan Teman Tunku Abdul rahman, berhampiran dengan stadium Merdeka. Walaubagaimana pun Taman Bunga ( Lake garden ) menjadi pilihan paling utama mungkin kawasan ini penaromanya cantik dan kawasanya pula luas serta " gelap " Suasana bagini menjadi idaman remaja untuk melakukan gurau senda, bak kata pepatah dari gulongan agama " jika ada dua orang lelaki dan perempuan mesti ada orang ketiga - syaitan "
Juga bagi mereka yang suka menyedut udara pagi yang nyaman dan ingin melonggarkan sendi-sendi melakukan riadah seperti berjongging. Kawasan malam yang di huni oleh pasangan remaja tapi meninggalkan kesan yang menyedihkan pada waktu pagi. Udara pagi yang segar menjadi " celaru " dengan pemandangan yang " mencederakan " mata dan hati. Kerana kelihatan disana sini ketemui dengan " kondom " bersepah di atas rumput. Siapa punya ya, benih orang Melayu ke, Cina ke atau pun India, tak pasti, tapi apa yang akan berlaku ianya akan dikutip oleh pekerja bandaraya kelak.
Perlakuan makziat di kalangan remaja amat meruncing dan ianya seolah-olah " gagal " untuk dibendung. Pertumbuhan pusat-pusat hiburan juga bagaikan " cendawan lepas hujan " sama ada yang sah mau pun yang haram, sama ada permit atau sebaliknya, sama ada berlesen atau pun tidak. Yang pasti pengunjungnya majoriti dari orang kita ( Melayu ).
Kenapa fenomena seperti ini boleh belaku terutama kepada Malaysia yang meletakan Islam sebagai agama rasminya. Juga kenapa penglibatan dalam masalah sosial ini lebih melibatkan genarasi remaja Melayu? Pemimpin dari Perdana Menteri hingga dan ramai kalangan menteri-menteri orang Melayu, ketua-ketua jabatan hampir semua orang Melayu. Tapi persoalan yang diambil mudah oleh kepimpinan terutama dari orang politik, " Pemerintah tidak ada keupayaan untuk melakukan perubahan terlalu banyak isu yang melanda negara terutama kaitan dengan sosial dan keagamaan, kegagalan untuk pengendalian pengurusan kedua-dua aspek ( sosial & agama ) ini menyebabkan gejala sosial berterus dan gagal untuk di bendung "
Pada waktu yang sama kepada pihak oposisi " berilah peluang kepada oposisi untuk memerintah pada PRU13 nanti " masa masih belum terlambat, insyallah keadaan negara akan berubah.

idea asal dari:
Umat Islam Sambut Tahun Baru Mahesi -
siapa Mahu di salahkn
" SAAT CINTA BERTASBIH - Tribut untuk Tuan guru ".

No comments:
Post a Comment