Kepada semua pengunjung blog ini, terlebih dahulu kemaafan di pohonkan kerana sepanjang berada di Guangzhou dan Shenzhen pada 19 - 23 Disember yang lepas penulis berada di kedua-dua bandar di Cina tersebut. Penulis juga tidak dapat melaporkan apa yang terjadi sepanjang berada di Cina kerana Kerajaan Kominis Cina " melarang " penggunaan FB dan Blog. Memang rasa " frust " kerana tidak dapat melaporkan apa yang berlaku di Cina.
Walaubagaimana pun, untuk tidak menghampakan pengunjung di paparkan sedikit gambar-gambar yang diambil semasa di kedua-dua kota tersebut.
Walaubagaimana pun, untuk tidak menghampakan pengunjung di paparkan sedikit gambar-gambar yang diambil semasa di kedua-dua kota tersebut.
Ahli rombongan bergambar ramai di depan " window of the world " Monument ini seperti ada di Langkawi di mana semua perkara ajaib di dunia di bina semula dalam bentuk " replika ". Penulis sempat juga bergambar dengan pengawal keselamatan. Dan di Cina pegawal keselamatan berada di semua lokasi termasuk kawasan membeli belah, pusat perdagangan, pusat rekreasi.
Pemandangan " kepesatan" pembangunan di kedua-dua bandaraya tersebut, dan penghuninya pula melebihi 10 juta orang di setiap bandaraya. ( gambar ini di ambil dalam perjalanan )
Keadaan sebuah masjid dan ianya terletak di tingkat 7 sebuah bangunan yang terdiri dari hotel muslim dan kedai-kedai, dan sebuah restaurant yang menyediakan masakan halal, boleh di katakan pengunjung ke bandar ini menjadi satu " kemestian " untuk hadir di bangunan ini semasa ada untuk sembahyang mau pun membeli belah.
Pada 23 Dis. hari jumaat penulis juga sempat menunaikan fardhu Jumaat di masjid di mana terletak nya perbukuran Saad bin Abi Waqas's grave, kelewatan untuk sampai ke masjid dapat melihatkan bagaimana jemaat juga menggunakan semua kawasan lapang untuk tujuan sembayang, dan penulis juga dapat bergambar dengan saudara Islam " cina " selepas menunaikan sembahyang tersebut.
Gambar-gambar penulis dan keluarga yang turut sama di lawatan tersebut.
salam tuan,
ReplyDeletejumpa calon kita di sana- ustaz ismi