Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM120 - RM150 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 013-4500678, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

D'WARIS INAP DESA (HOMESTAY)

UNDILAH...

Monday, October 31, 2011

LIWAT 2 - APAKAH BENAR SIAFUL DI LIWAT?

Adilkah undang-undang dunia ini, apabila menjatuhkan hukuman kepada mangsa yang dijangka diliwat dengan mempertahankan diri sehingga menyebabkan kematian? Mari kita lihat, di dunia ini tidak semua lelaki sanggup diliwat dan dijadikan hamba seks tempat memuaskan nafsu serakah manusia. Hal ini dijelaskan juga di mahkamah berkenaan kes Saiful Bukhari vs Anwar Ibrahim walaupun pihak mahkamah tidak lagi menjatuhkan hukuman. Sebagai lelaki normal, diliwat adalah merupakan satu kaedah menjatuhkan maruah kerana ia melibatkan sifat kelakian seorang lelaki macho.

Ismawi Ishak (gambar) adalah contoh lelaki macho yang bertindak kepada seorang peliwat sehingga menyebabkan kematian. Seperti mana wanita yang sanggup membunuh perogol ketika dirogol begitu jugalah seorang lelaki apabila diliwat. Peliwat atau perogol boleh mati dan itulah merupakan hukuman sewajarnya sehingga menjatuhkan maruah seseorang mangsa. Hal ini bukan untuk dihalalkan cara kerana melalui perspektif psikologi seseorang itu akan hilang pertimbangan apabila diancam sama ada dirompak, disamun, dirogol atau diliwat.

Sifat dan sikap ini memang ada secara semulajadi di dalam diri manusia. Jika tiada bermakna kejadian itu seolah-olah dilakukan di atas kerelaan kedua-dua belah pihak. Kajian kepada kehidupan haiwan seperti harimau, anjing, kambing, lembu dan sebagainya. Apabila mereka terancam mereka akan bertindak dan sama sekali membunuh kerana mereka bertindak demi mempertahankan diri. Tiada undang-undang yang menyekat mereka daripada melakukan tindakan tersebut kerana mereka bertindak di atas naluri ancaman dan tekanan.

Bukan untuk menyamakan keadaan ini dengan manusia yang lebih bersifat lemah lembut dan boleh berfikiran waras. Mari kita buat sedikit renungan mengenai kejadian video lucah yang disamakan dengan Anwar Ibrahim. Mengapa wanita itu tidak meronta atau membunuh pelakon mirip Anwar Ibrahim. Jawapan sungguh mudah, perkara ini berlaku di atas kerelaan. Sepatutnya wanita itu boleh menyerang pelakon lelaki itu kerana ia merupakan ancaman rogol sehingga menyebabkan maruah tercalar di samping dirakamkan melalui video seperti yang ditayangkan di dalam youtube dan oleh 3 Lelaki Lucah bergelar Datuk T.

Di dalam kes Saiful Bukhari, bukan niat mahu mengubah keputusan mahkamah yang telah dirancang sedari awal kes ini dibuka, tetapi wajarkah Saiful bertindak membawa kes ini ke mahkamah sedangkan sekiranya Anwar Ibrahim cuba meliwat beliau adalah lebih baik bertindak seperti Ismawi yang macho dan tidak mahu maruah tercalar dek kerana diliwat bagi memuaskan nafsu jantan. Tetapi, menurut laporan dan hujah pihak pembelaan Saiful masih boleh berkerja dan melayan setiap tugasan ketika bersama Anwar selepas kes ini terjadi seolah-olah tiada apa yang berlaku atau ia berlaku secara sukarela.

Wajarkah kes yang diklasifikasikan sebagai mencabul kehormatan ini ditunda dan dibawa sehingga beberapa hari, sedangkan kejadikan mesti dilaporkan dalam masa 24 jam bagi menjamin kesahihan laporan tersebut.

Kami bukan mahu melihat kebenaran kes ini, tetapi sudah jemu kes ini dijadikan bahan perbualan politik sehingga berita-berita lain tidak dapat dipaparkan di akhbar. Hal ini menjadi satu tanda tanya sehingga tiap kali petugas kerajaan BN yang sepatutnya menyokong rakyat membangunkan ekonomi lebih mengutamakan bontot si Saiful berbanding tugasan dan amanah yang diberikan oleh rakyat secara majoriti.

Ayuh, kembali bertugas kerana jawatan PM, Menteri dan Wakil Rakyat itu bukan milik anda selama-lamanya. Kami berhak menidakkan anda di Putrajaya sekiranya anda semua asyik berbual mengenai kes liwat dan bukan menjadi keutamaan rakyat untuk diliwat atau meliwat. Nampak gayanya semakin banyak lagi yang akan menunggu selepas PRU13 seperti GST meliwat rakyat (di belakang PRU13) dan Prepaid 6% meliwat rakyat. Maknanya Rakyat akan lebih sengsara kerana kes liwat ini bukan sahaja di mahkamah tetapi akan digunakan BN selepas PRU13 nanti.

Udah, udahlah cerita pasal liwat II. Jadilah lelaki macho jika bertanding PRU13 nanti. Jangan harap nak menang kalau bertindak tidak seperti yang di cakap.

Salam Transformasi Untuk 1 Malaysia.

Jom Mengundilah….

maclub81@gmail.com

Sunday, October 30, 2011

KEMAS - PEROSAK MASA DEPAN GENERASI MUDA

Pendedahan laporan Audit untuk 2010 telah cukup mencemaskah kewangan negara. Jelas betapa pihak pemerintah telah menggunakan kuasa untuk menyalahgunaan " kewangan " yang dipunyai oleh rakyat untuk kant0ng dan kepentingan sama ada untuk peribadi, anak beranak, kawan dan rakan atau " bos " di sesuatu institusi.

Memang chttp://2.bp.blogspot.com/-3oHeits5kfk/TWXNd7RjajI/AAAAAAAAAeE/RNs-BEEjkM4/s400/logo-kemas.gifukup mendukacitakan bagaimanan ada kalangan pengurusan di peringkat Tadika sanggup menyalahgunakan peruntukan wang makan anak didik untuk kepentingan lain, lain yang tercatat pada menu harian dah lain mula sajian yang disediakan.

Apakah sebenarnya yang berlaku, apakah peruntukan yang disediakan tidak sampai ke peringkat pelaksanaan. Lihat contoh di bawah:

Murid Tabika Kemang Kampung Muhibbah Raya, Kalabakan, Sabah dihidang kuih gelang sedangkan mereka perlu dikbekal dengan mi goring

Kemas Taman Guru, Kota Baharu, dihidang cucur undang sendang mereka sepatunya dihadangkan kuey teow ladna

Kemas Kg. Jawa Kongsi 10, Tawau Sabah disedikan dengan bubur nasi sepatutnya nasi putih, sup daging lembu brokoloi tumis dan oren

Kemas Bunut Payong Kota Baru, di hidang puding roti sepatutnya kek lapis masam manis dan minuman susu bijirin

sumber ; suara Keadilan 38 25 Okt. 2011

Kemas adalah institusi peringkat akar umbi untuk melahirkan generasi mendatang, kelahiran dan proses pembesaran anak didik perlu di awasi terutama pemakanan yang diperlukan juga perlu cukup khasiatnya. Tapi dengan tindakan tidak amanah ini kanak-kanak yang membesar ini sudah pasti gagal untuk " bertanding " kesihatannya, daya fikirkan dengan rakan-rakan dari bangsa lain, terutama anak-anak dari Bangsa Cina.

Kemas adalah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar, hak mutlak UMNO. Dengan itu semua pengurusan dan pentadbiran di bawah pengawasan UMNO. Penjawatnya pula dari peringkat nasiognal, negeri, guru-guru dan penyelia di peringkat daerah dan kawasan juga yang kebanyakannya terdiri dari politikus dalam UMNO Bahagian hanya asyik berpolitik mengejar jawatan sehingga tugas hakiki mereka diabaikan.

Jika mereka asyik berpolitik, apakah mereka juga menggunakan peruntukan untuk membangunkan kelas-kelas Tabika dijadikan modal untuk sogokan semasa berlawan merebut jawatan dalam UMNO bahagian.

Apakah dengan cara ini mereka ( penjawat ) di peringkat pengurusan dapat memikirkan masa depan mereka, dapatkah mereka bersaing dengan rakan-rakan sebaya dari bangsa lain? atau pun mereka dan kepimpinan negara bersedia melihat generasi mendatang membesar dan memiliki daya fikir yang berserabut dengan otak yang " berselut "

Pendedahan Jawatankuasa Audit ini pasti membuka mata rakyat dan rakyat berhak untuk bangun bertanya kemana perginya peruntukan jutaan ringgit yang disalurkan untuk pembangunan pra sekolah di luar-luar bandar di bawah Kementerian PembangunanWilayah dan Luar Bandar dan apakah merka sanggup akhirnya melahirkan anak-anak yang otaknya 'selut', mandom, tak mampu bersaing dan ponteng sekolah.

Kepada pihak kementerian, sudah pasti pendedahan ini dijadikan alasan apakah pegawai-pegawai KEMAS, Guru-guru KEMAS dan Penyelia-Penyelia yang tidak kompetant dan menyalah gunakan peruntukan ini perlu diterus atau mereka perlu disingkirkan. Atau pihak kementerian juga perlu memikirkan apakah mereka diperlukan untuk menerus dan memainkan peranan dalam politik dan tidak memberikan perhatian kepada kerja " membangunkan " generasi mendatang.

Saturday, October 29, 2011

PRU 13- BGHAHIM ALI GUNA LAMBANG MCA / MIC

Kini PERKASA terus membina empiranya sendiri dan sudah mampu untuk menunjukkan siapa bakal pemimpin negara yang akan di jadikan " idola " mereka. Ini disahkan dengan amaran yang dikeluarkan sendiri oleh presidennya. " Anggota PERKASA tidak akan memberikan sokongan kepada calon-calon yang sering membuat kenyataan yang mengguris perasaan golongan Melayu, bukan dari Pakatan saja ( dia tak sebut pula yang lagi satu ).

1- Apakah DSAI yg. menyatakan bajet 2012 lebih memburukkan pendapatan negara dan ianya memberikan bebanan kepada rakyat - adakah ianya mengguris perasaan?

2- Apakah PAS ingin melaksanakan Hukum Islam di Malaysia juga dianggapkan satu perbuatan penginyaai kepada rakyat Malaysia?

3- Apakah teguran Aziz Bari Pensyarah Undang-undang UIAM kaitan dengan salah laku Mahathir, menegor Sultan Selangor itu mengguriskan perasaan orang Melayu?

4- Apakah pecahnya tembelang siapa Mat Indera sebenarnya - ia mengguris hati orang Melayu?

5- Apakah Ambrin Buang yang melaporkan salah guna wang di Kemas yang menyediakan makanan tidak ikut peraturan juga mengguris perasaan orang Melayu?

6- Apakah usaha ANAK di Felda dan BABAK di Felcra memecahkan salah laku pengurusan di kedua-dua GLC ini mengguriskan perasaan orang Melayu?

7- Apakah penentangan untuk tidak mengambil alih Kg. Baru di Kuala Lumpur itu mengguris perasaan orang Melayu?

8- Apakah tidakan MP Pasir Mas yang menggunakan tikat PAS dan menang di Pasir Mas kemudian menghentam kepimpinan yang memberi laluan tidak mengguris perasaan orang Melayu khususnya Melayu di Kelantan.

9- Apakah tindakan dan perbuatan ahli-ahli KATAK tidak mengguris perasaan orang yang telah memberikan udian kepada mereka?

Sebahagian dari persoalan yang perlu di berikan penjelasan oleh PERKASA?

PERKASA cukup angkoh, kemenangan dan kekalahan seseorang calun terletak di undian mereka, dengan keahlian yang hampir mencecah 500k ahli, mereka sudah mendabik dada ini kerana mengikut perhitungan hampir 5k ahli Perkasa berada di setiap Parlimen khususnya di Semenanjung. Sudah pasti kedudukan beberapa orang ahli parlimen seperti Kulim Bandar Baru, Pasir Mas dalam genggaman Perkasa, walaupun Perkasa bukan badan politik tetapi untuk bertanding dalam pilihanraya adalah menjadi hak perseorangan.

Presiden hanya menghubungi ahli dengan SMS untuk menerima siapa yang layak dan sebaliknya untuk diberikan undian nanti. Kepada calun sama ada yang menang hatta yang kalah jika undian hanya diterima kurang dari 1k dan melebihi 1k ianya adalah pertolongan dan kebencian ahli Perkasa. Ahli-ahli perkasa akan menghukum mereka nanti.

Kalau bagitulah kenyataan Sdr. Ibrahim sudah pasti PERKASA akan memastikan UMNO terus berkuasa, kerana sudah jelas kini mereka yang terlibat dengan badan ini ramai dan mungkin semuanya adalah ahli-ahli UMNO. Sedar tak sedar Sdr. Brahim juga sudah bergerak untuk memecahkan orang-orang UMNO. Muktahir YB Kulim juga sudah di lantik sebagai Naib Presiden.

Dengan nada yang bagitu hebat apakah Bghim juga sudah cukup kuat untuk mempertahankan kerusi Pasir Masnya atas tiket bebas atau pun masih memerlukan pinjaman lambang dari PAS atau pun kini lambang MCA atau MIC kerana pemecatan beliau dari UMNO masih berkuatkuasa.

"Jadi pihak yang mahu sokongan PERKASA itu hendaklah dapat mendekati kita," katanya lagi dalam sidang media selepas menyampaikan ucaptama di perhimpunan agung pertubuhan itu di Setiawangsa hari ini.

Apakah benar PERKASA hebat - di mana ahli-ahli mereka semasa Perhimpunan 1 juta Umat di Stadium Shah Alam tempoh hari? Kalau ahli mereka turun suku pun sudah ada 125k tamu yang hadir tapi di laporkan kehadiran cuma 5k sahaja. Kemana agaknya Ahli Perkasa?

NAJIB - CALUN PELAKON UTAMA TERBAIK 2011



Najib belajar mengambil wudhuk?

Apakah perbuatan dan tata kelakuan Hamba Allah ini mendapat keredhaan dari Yang Maha Esa dan Kaya, di mana letaknya keimanan seorang hamba kepada " tuan " nya, mungkinkah Najib meletakan keimanan dan ketaaqwaannya pada lense kamera untuk tuntonan ramai pihak.

Adakah kita masih ingat, semasa satu piliharanraya, di mana wakil dari UMNO sanggup turun padang dengan menyembah pangkal pokok getah sambil menoreh, bagitu juga dengan satu lagi PRK yang ini belaku di Kelantan, kepimpinan UMNO juga sanggup " merehat " diri dirumah-rumah pengundi untuk ambil hati mereka.

Jadi apakah dengan mengambil gambar sedang berwudhuk ini akan dapat menaikan image PM dan di jadikan bahan modal untuk mengurangkan " amarah " rakyat terhadap kepimpinananya?

Apakah Sdr. Ahmad Maslan ada persamaan antara beliau dengan Najib, Ahmad Maslan
bergambar sambil menoreh getah di PRK Manek Urai.., sedangkan Najib bergambar mengambil wudhuk.

Untuk meraih sokongan dan mendapat undi mereka berdua seorang Presiden dan seorang lain Setiausaha Agung sanggup " merendahkan diri " ke tahap yang paling rendah. Apakah rakyat Malaysia kini sudah boleh ditipu sedemikian rupa? atau ia melambangkan betapa hipokritnya kepimpinan UMNO masa kini .. Semuanya nak dipolitikkkan sampaikan ambil wudhuk dan menoreh pun boleh di lakunkan dan dijadikan bahan pameran...

Hanya untuk pengetahuan Bernama dan
beberapa blog penyokong UMNO tegar,
telah menyebarkan gambar Najib tersebut.

Friday, October 28, 2011

MORAL PELAJAR & GURU TERUS MEROSOT


Apakah rakaman gambar ini benar?
dua orang kanak-kanak sekolah ( perempuan )
sedang menikmati sedutan rokok.

" Hanya kerana terpengaruh dengan budaya Barat dan ingin menjadi ‘cool’, lebih ramai remaja perempuan berumur antara 13 hingga 15 tahun di negara ini mula merokok sehingga jumlah perokok di kalangan mereka berada pada tahap membimbangkan ".

Ini adalah hasil dapatan daripada satu kajian yang di buat oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO ) melalui kaji selidik di bawah Kajian Tembakau Remaja Global menunjukkan jumlah perokok remaja wanita di negara ini meningkat dari 4.2 peratus pada 2003 kepada 5.3 peratus pada 2009, manakala remaja wanita yang pernah merokok juga menunjukkan peningkatan iaitu dari 11.5 peratus pada 2003 kepada 12.4 peratus pada 2009.

Masalah kerosakan dan keruntukan moral dalam pendidikan bukan setakat ianya di " monopoli " oleh para pelajar dan murid sahaja, ianya melibatkan guru, dalam kes ini " guru " tersebut sudah lupa daratan dan hanyut dalam suasana percintaan.



Seorang guru wanita sanggup mengharungi perjalanan dari Setapak, Kuala Lumpur ke rumah kekasihnya di Kampung Baru Batu 9, Changkat Jong, di sini, semata-mata mahu memadu kasih. Paling mengejutkan, guru berusia 25 tahun dari Terengganu itu sanggup melakukan perbuatan terkutuk itu di rumah bakal mentuanya ketika ibu bapa pasangannya tiada di rumah.

Sementara itu, Ketua Pegawai Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Mohd Kamal Mohd Noor yang dihubungi mengesahkan tangkapan ke atas guru dan pasangannya kerana berkhalwat.

Bagi Datuk Seri Liow Tiong Lai Menteri Kesihatan buruk perangai ini dari kalangan pelajar dan guru ini ada kaitan dengan pengaruh budaya Barat, filem, laman web dan Internet. Kalau itulah pendapat dari seorang menteri kabinate apa pula komen dari menteri yang mengawasi semua tersebut Menteri KPKM - Dato Rais Yatim.

Untuk itu apakah peranan yang perlu dimainkan oleh Kementerian Pelajaran bagi membentuk dan membina generasi mendatang? Kementerian juga amat perlu menyediakan pengisian untuk para pelajar khusus di peringkat rendah dengan program yang memenuhi keperluan pendidikan rohani dan ilmu agama untuk kejayaan dan kebahgiaan penghidupan di dunia dan akhirat.

Walaubagaimana pun dalam pembentukan modal insan ini bukan terletak di bahu Kementerian Pelajaran sahaja, kerana zaman " dunia di hujung jari " ini, sudah pasti KPKM di bawah Dato Rais amat perlu sekali memainkan peranannya.

Kembalikan ke ajaran Islam.

Wednesday, October 26, 2011

HUDUD - BRUNEI DAH BERSEDIA 18 TAHUN YANG LALU


Sepanjang berada di bumi bertuah Brunei Darul Salam. Menjejakkan kaki pada 23 Okt. jam 9.30 pagi dengan Pesawat Air Asia AK 262, dan disambut oleh agen Mega Borneo Tour Planner memang cukup kerdil lapangan terbangnya, jauh lebih kecil dari KLIA, atau pul LCCT, kemudahan asas ada tapi tak setanding dengan di negara kita. Negara kita memang cukup hebat dengan kemudahan prasarananya.

Pemandu pelancong " angkoh dan sombong " menceritakan apa yang terdapat di Brunei, kesederhanaan, berdisiplin, berkebajikan dan mereka hidup dalam keadaan yang sungguh "harmoni sekali. Untuk melihat " mat rempit " kami perlu ke Limbang, di Brunei tidak ada ruang untuk pemuda merempit. ( Limbang hanya 60 km dari Brunei )

Para pemuda / belia tidak pula menggunakan super market untuk mereka " lepak " dan bersiar-siar membuang masa. " Beta amat terharu bercampur gembira, dialu-alukan oleh kanak-kanak generasi termuda yang mempamerkan semangat tinggi dan suci kerana agama, terbayang bahawa daripada semangat inilah terpancarnya rahmat. Kerana Allah sendiri memang menyayangi kanak-kanak sehingga mereka itu disifatkan sebagai waliNya yang utama " titah ucapan semperna perasmian Sekolah Al-Falah - cebisan dari Pelita Brunei Keluaran tahun 56/Bilangan 127 22 Oktober 2011
Muka depan akhbar-akhbar tempatan Brunei sehari-dua ini bertungkus-lumus "menyelamatkan" aqidah dan memberi pemahaman & penerangan kepada rakyat Brunei akan betapa indahnya undang-undang Islam dan betapa baiknya ia kepada Negara sekiranya ianya diamalkan.

Sultan Brunei juga secara jelas pelaksanaan undang-undang Islam disegerakan & mempersoalkan "siapa kita untuk berkata nanti" untuk melaksanakan undang-undang Islam di Brunei.

Malu aku jadi warganegara Malaysia yang dikhabarkan sebagai sebuah "Negara Islam" termaju di Rantau Asia sedangkan pemimpin teringgi Negara Malaysia tanpa segan silu & tegas menyatakan bahawa undang-undang Islam tidak akan dilaksanakan di Malaysia.

Ramai dikejutkan dengan perkembangan terbaru di Negara jiran Brunei Darul Salam. Isunya Paduka Seri Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dalam satu majlis bertitah bahawa masanya sudah tiba untuk Brunei melaksanakan undang-undang Islam. Baginda bertitah demikian dalam persidangan bersama Majlis Ugama Islam Brunei dan Pejabat Peguam Negara Brunei.

Menurut Baginda sebagaimana dipetik dari The Brunei Times:

1- "We have the (Syariah) court building, in its grandeur, intellectuals and experts are also in abundance, and the country is independent, what more are we waiting for?"

(Kita telah ada Bangunan Mahkamah Syariah yang tersergam indah, cerdik-pandai dan pakar juga ramai, dan Negara ini Merdeka, apa lagi yang kita tunggu?)

Apakah di Malaysia tidak ada Mahkamah Syariah?

2- Who are we, in the presence of Allah (SWT), to say 'no or wait'; considering that (Islamic) law was not only just formulated, but has been stated in Al-Quran and Al-Hadiths for more than 1,400 years."

(Siapa kita di hadapan Allah swt untuk mengatakan “tidak” atau :tunggu” memandangkan hukum Islam bukannya baru, tetapi telah tercatat di dalam al Quran dan Hadis sejak lebih 1400 tahun)

Bagaimana dengan kepimpinan di Malaysia?

"3- Fifteen years has since passed, and there are still some that would say, 'we are not ready, we are still unable to' and 'there is still much to do' and that our preparations would require another eight or five years and so on "After that (five to eight years) there will be others who will immediately say we require a further five to eight years. If that is the case, when will the additional timeframes mentioned end?"

(15 tahun telah berlalu namun masih ada sebahagian yang mengatakan bahawa kita masih belum bersedia, kita masih belum mampu dan masih banyak yang perlu dilakukan dan bahawa persediaan kita masih memerlukan antara 5 ke 8 tahun dan seterusnya. Selepas itu nanti ada pula lagi yang lain yang akan mengatakan kita perlu lagi 5 ke 8 tahun. Jika begitulah keadaannya sampai bila ia akan berakhir?)

Bagi Brunei baru 15 tahun yang lalu, tapi Malaysia sudah 54 tahun yang lalu. Apakah Malaysia memang tidak berniat untuk kearah sistem perundangan cara Islam

"Those who are caught drinking alcohol or drinks that intoxicate, if there is enough evidence why not carry out the law of God, if there is not enough evidence or something that prevents a Syariah ruling then the case can be linked to the original case and judged with takzir”

(Mereka yang ditangkap meminum arak, jika cukup bukti, mengapa tidak laksanakan hukum Allah, jika tidak cukup bukti atau ada sesuatu yang menghalang perlaksanaan Syariah maka dalam hal itu bolehlah kita kembali kepada kes asal dan dihukum menggunakan takzir)

Apakah kepimpinan di Malaysia tidak dapat khidmat nasihat dari alim ulama negera untuk tujuan tersebut?

Dengan perkembangan ini tuntutan melaksanakan hukum Islam khasnya Hudud nampaknya dengan takdir Allah swt telah merebak di rantau sebelah sini. Semoga perkembangan terbaru ini akan membawa ramai di antara kita khasnya umat Islam berfikir dengan masak dan panjang.

Monday, October 24, 2011

BRUNEI - PEMBENTUKAN GENERASI BARU


" Beta bersyukur dan amat gembira, terharu di alu-alukan oleh kanak-kanak geenerasi termuda yang mempamerkan semangat tinggi lagi suci kerana agama "



DYMM Seri Baginda Sul. Hj. Hassanal Bolkiah
Sultan & YDP Negara Brunei Darulsallam

" Generasi muda yang mempamerkan semangat tinggi lagi suci kerana agama. Dengan bersifat demikian terpancar rahmat, kerana kelahiran mereka memang di sayangi oleh Allah dan Allah juga menyifat mereka sebagai WaliNya " titah Paduka Seri Baginda Sultan Hj. Hassani Bolkiah - di majlis perasmian sekolah Al-Falaah. Brunei.


Baginda bersama para pelajar

" Mereka juga mempunyai minda dan jiwa yang bersih, tidak berdosa dan doa mereka juga amat mustajab, ini lah kedudukan mereka, jadi kalau kita benar-benar mengetahuai kedudukan mereka, sudah tentu tidak ada yang tidak menyayangi mereka " tambah bagainda.



Baginda bersama pelajar

Amat menyedihkan masa kini sudah ramai kalangan manusia yang suka menginiayai kanak-kakak, tergamak mendera, malahan membunh, dan membuang bayi yang baru di lahirkan. Apakah mereka tidak terlintas dengan perbuatan ini amat terkutuk dan di murkai oleh Allah.

Al-Falaah adalah sebuah sekolah rendah yang menjurus kepada pembentukan nilai-nilai murni seorang insan, dengan bermatlamat mendidik anak-anak dengan akhlak Islam yan mulia supaya mereka menjadi modal insan yang berguna kepada agama, bangsa dan tanah air. Selain dari mata pelajaran yang sedia ada ianya ditambah dengan menitik beratkan mata pelajaran Bahasa Arab, agama dan pembacaan ( bacaan dan hafalan ). Budaya pendidikan bersifat holistik, dinamik dan futuristik untuk persiapan mereka menghadapi segala cabaran mendatang.



Baginda bersama pelajar

Al-Falaah juga sebagai " platform " untuk menanam dan memupuk semangat kecemerlangan dalam bidang pendidikan agama diusia muda kanak-kanak kecil ibarat " melentur buluh biar dari rebungnya " Untuk itu peranan ibubapa juga perlu disamping penglibatan dari agensi kerajaan yang lainnya. Kejayaan tidak akan terjelma jika tanpa kerjasama dari semua pihak, tunjukanlah keprihatnan terhadap usaha-usaha ini.

Sunday, October 23, 2011

BRUNEI - KAYA TAPI MASIH " MELAYU "


Bergambar semasa di terminal lapangan terbang.

Pada 23 Okt. 2011, tepat jam 9.10 pg Penerbangan Air Aisa AK 262 selamat mendarat di lapangan Terbang Antarabangsa Brunei Darul Salam. amat rasa teruja melihat lapangan terbangnya walau pun tidak seindah dan sebesar klia tapi masih dapat mengekalkan identiti ke Melayuaannya. Apakah cara ini Sultan Brunai ingin mengistiharkan " HUDUD " untuk Brunei?

Beberapa gambar di bawah nyata dan mengesahkan negara kecil ini kuat berpegang kepada " ketuanan Melayu " mereka meletakkan tulisan jawi sebagai identiti " kemelayuannya ". Brunei dengan keramaian 400k nyawa memang bertuah untuk tidak bersama-sama dalam Malaysia. Tahniah kepada kepimpinannya pada tahun 1963 yang mengambil keputusan untuk tidak bersama Malaysia.



gambar di terminal



Di terminal, laluan penumpang yang datang dan jelas di samping tulisan Bahasa Antara Bangsa ( Inggeris ) terpampang indah tulisan Jawi.




semasa di sempadan Malaysia Limbang, pemeriksaan imigresennya juga di catatkan kenyataan dalam tulisan Jawi.

Rakyatnya hidup mewah, amat sukar untuk melihat penunggang & pembonceng moter dijalan raya, sudah pasti " mat rempit " tidak ujud. Kebajikan warganya di jaga sama ada mereka yang masih berkhidmat mau pun yang telah bersara hatta mereka yang dalam kumpulan " warga emas ". Semua kumpulan manusia menerima sumbangan dari pihak kerajaan.

Walau pun kaya dengan hasil buminya " minyak " kawasan lapang masih luas untuk di terokai, dan apakah pihak pemerintah tidak ghairah untuk membangunkannya atau apakah pihak pemerintah tidak ada kroni atau sahabat untuk hidup mewah seperti kita di Malaysia. Semua projek yang diusahakan mesti ada kalangan mereka yang mendapat keuntungan.

Saturday, October 22, 2011

DUNIA TERUS CELARU - DI MANA SILAPNYA




Kiriman berahi lagi. Kali ini berlaku di Hebei Polytechnic College of Light Industry. Aksi berahi sepasang kekasih China di dalam sebuah kelas ini dirakam secara rahsia oleh pihak tertentu. Klip video itu menjadi kontroversi apabila disebarkan di internet, lapor Chinasmack.

Menurut laporan media, pasangan kekasih ini melakukan seks pada waktu rehat tengah hari. Klip sepanjang 15 minit ini dirakam tahun lalu, namun disebarkan kepada umum baru-baru ini.

Yang saya mahu tekankan di sini, perbuatan pasangan kekasih ini bukanlah sesuatu yang asing di Malaysia. Ada kes seumpama ini berlaku di Malaysia, namun mungkin tidak dirakamkan dan dirahsiakan oleh pihak universiti untuk menjaga nama baik institusi pendidikan.

Seperkara lagi, media yang melaporkan hal ini turut menegaskan bahawa kamera yang digunakan untuk merakamkan aksi pelajar ini ialah kamera jenis HD (definisi tinggi), bukannya kamera hitam putih seperti yang digunakan oleh pihak yang kononnya berjaya merakamkan aksi seks DSAI dengan pelacur China.

Kalau benarlah kamera yang digunakan itu mahu memerangkap DSAI dengan pelacur China, sudah tentulah orang yang meletakkan kamera itu akan menggunakan kamera yang secanggih mungkin agar gambar yang dirakam lebih jelas, bukannya menggunakan kamera "haprak" yang merakamkan gambar yang kurang jelas terutamanya di bahagian muka.

P/s: "Haprak" dan lahanat punya konspirator!

Friday, October 21, 2011

BAJET 2012- IBUBAPA / PENJAGA TERUS DI BEBANKAN




Bajet 2010 ( ada kalangan mengistilahkan " belanjawan ), telah membuka mata semua pihak, sama ada mereka di peringkat bawahan mau pun kalangan cerdik pandai. Yang pasti penyokong akan " mengistiharkan " ia adalah bajet yang terbaik dan sebaliknya pula pembangkang tetap membangkang. Rasionalnya pembangkang mengatakan " mana boleh berbelanja jika tak ada pendaptan "

Apakata Penjawat Awam apakah mereka gembira dengan bonus setengah bulan gaji, kenaikan tahunan akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 sehingga 37.7 mengikut gred, memperkenalkan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam atau SBPA yang akan menggantikan Sistem Saraan Malaysia atau SSM, menambah tanggamata gaji akhir dan memendekkan tempoh “time-based “ guru dari 10 tahun kepada 8 tahun untuk kenaikan pangkat. Adapun profesion yang paling beruntung ialah doctor perubatan yang benar-benar mendapat kenaikan elaun ‘on-call’ , kecemasan, dan sebagainya.

Secara khusus ditumpukan ke bajet Kementerian Pelajaran - khusus dengan pemansuhan yuran persekolahan, jumlah yuran yang di mansuhkan ( sekolah rendah ) ialah RM24.50 dan pecahan seperti berikut:
Insuran RM1.50
Kokurikulum RM3,
Kurikulum RM6,
MSSPK RM2,
Kegiatan Pendidikan Islam RM6,
Pengurusan Sukan RM6
berjumlah RM24.50.

Jumlah ini terbit apabila pada 2008, PM ketika itu Tun Abdullah juga mengumumkan pemansuhan yuran ( ketika itu yuran hanya RM4.50 sahaja ) tapi apabila musim persekolahan bermula pada 2009, ibu bapa / penjaga terkejut dengan penambahan yuran bukan nya berkurangan. Pakej Bayaran Tambahan di kenakan seperti yang dinyatakan.

Persoalannya apakah pihak kerajaan akan menyediakan peruntukan untuk " top up " yuran yang di mansuhkan? Jika jumlah pelajar di sekolah rendah diandaikan seramai 4 juta orang sudah pasti 1 bilion ringgit di khaskan untuk " top yuran " sahaja. Belum lagi di ambil kira pelajar di sekolah menengah.

Kemana wang yuran di gunakan?

Kurikulum : Ujian bulanan, Ujian Semesta, Ujian Berpusat, penyediaan lambaran kerja.
Kokurikulum : Perkhemahan unit berunifom, peringkat sekolah dan daerah.
Pengurusan Sukan : Sukan Tahunan, keperluan peralatan sukan
Kegiatan Agama : Majlis Tadarus Alquran, Aktiviti Sembahyang Duha, Majlis Membaca Yasin khusus kepada kelas peperiksaan.
Yuran MSSPk : penyertaan sukan MSSPk peringkat kelompok, daerah dan negeri.
( Insuran di kecualikan )

Sebelum pemansuhan pun pihak sekolah telah mengutip wang tambahan dari PIBG dan kini sudah pasti PIBG di perlukan lagi untuk memastikan kutipan mencukupi dengan apa yang di rancangkan oleh pihak sekolah. Kesannya sudah pasti membebankan dan mengerunkan keluarga. kalau seorang anak memerlukan RM200 kalau 3 orang sudah pasti RM600 diperlukan, itu di sekolah rendah bagaimana pula nanti jika ada yang di sekolah menengah? beban, beban dan beban.

Selain dari yuran tersebut, ibubapa juga sudah pasti perlukan memberi sumbangan kepada PIBG, membiyaai keperluan persekolahan seperti buku tulis, bahan rujukan, buku-buku kerja, pakaian rasmi sekolah, pakaian unit berunifom, pakaian pengawas. Semua ini sudah pasti memerlukan penambahan bajet setiap awal tahun.

Apakah dengan bantuan " One - Off " RM500 kepada keluarga yang berpendapatan kurang RM3000 dan setiap pelajar dengan bantuan Rm100 dapat menampong keperluan pembelajaran anak-anak? Tepok dada tanya Najib.

Thursday, October 20, 2011

RAMAS DADA - BLOGER UMNO MEMANG PENIPU


KUALA LUMPUR, 20 Okt — Pemimpin-pemimpin Umno menegaskan dakwaan gangguan seks ke atas anak lelaki Lim Guan Eng tiada kaitan dengan parti meskipun perkara itu dilontarkan oleh blog salah seorang ketua bahagian komponen teras Barisan Nasional (BN) tersebut.

Beberapa wakil rakyat yang ditemui melahirkan pendirian menjauhkan diri mereka daripada tindakan itu ketika kemarahan rakyat makin meningkat ekoran dakwaan blog-blog pro-Umno kononnya anak ketua menteri Pulau Pinang telah mengganggu seorang pelajar perempuan dari kelasnya dan melepaskan diri daripada hukuman menggunakan nama Lim.

Sementara beberapa ahli Parlimen dari BN memberitahu The Malaysian Insider bahawa dakwaan itu hanya satu pandangan peribadi ketua Umno Bukit Gelugor Dr Novandri Hasan Basri, yang lain pula, sambil enggan nama mereka dipetik mengakui turut marah dengan perbuatan mengaibkan pelajar berusia 16 tahun.


“Polis harus menyiasat dakwaan ini memandangkan ia melibatkan soal rasuah tokoh masyarakat. Tetapi jika tidak benar, maka polis harus mengambil tindakan terhadap pemblog-pemblog terbabit. Parti juga perlu mengambil tindakan ke atas Dr Novandri,” kata Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin.

Bagaimanapun pemimpin-pemimpin Umno seperti Datuk Mohamad Aziz berkata, Lim seharusnya menyaman pemblog-pemblog terbabit jika dakwaan mereka tidak benar.

“Umno tidak terlibat, selesaikan dengan pemblog-pemblog terbabit,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Sri Gading.

Ahli Parlimen Kuala Nerus Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri berkata, “ini bukan pendirian parti, Dr Novandri tidak mewakili Umno kerana beliau bukan merupakan pemimpin kanan.”

Semalam, Pengetua SMK Heng Ee menegaskan dakwaan kononnya anak lelaki Lim pernah mengganggu seorang pelajar perempuan sekolah itu secara seksual tidak benar sama sekali.

Goon Boon Poh berkata beliau terkejut apabila membaca dakwaan itu dalam akhbar.

“Dakwaan ini sama sekali tidak benar. Sangat mudah, ia tidak benar sama sekali,” kata Goh kepada The Malaysian Insider.

“Blog-blog berkata insiden ini berlaku Mei tahun ini. Anak Ketua Menteri tidak menjadi pelajar sekolah ini sejak awal tahun ini,” katanya lagi.

Malah katanya, gambar-gambar yang diposkan dalam blog bukan anak Lim dan mangsa yang didakwa juga bukan pelajar SMK Heng Ee.

Pengetua ini menjelaskan pegawai-pegawai dari Jabatan Pendidikan telah mengadakan siasatan berkenaan dakwaan kelmarin dan mereka berpuas hati dengan penjelasannya.

Malah, dalam satu kenyataan semalam, DAP mendedahkan gambar, yang digunakan oleh blog-blog pro-Umno untuk melontarkan dakwaan serangan seksual terhadap anak lelaki Lim, sebenarnya merupakan juara catur berusia 21 tahun, Anya Sun Corke dari Hong Kong.

Corke yang kini mewakili England tiada kaitan dengan Pulau Pinang dan tidak pernah belajar bersama dengan anak lelaki Lim di George Town. Sebaliknya dia sedang mengikuti pengajian di Wellesley College, Amerika Syarikat.

Wednesday, October 19, 2011

GEMPAR - ONG TEE KIAT - BERALIH ANGIN


Blog STOP THE LIES mendakwa pejabat Ong Tee Kiat di Pandan Jaya telah menurunkan simbol-simbol Barisan Nasional dan MCA selain gambar-gambar pemimpin dan anggota MCA. Tindakan tersebut disifatkan sebagai petunjuk bahawa Ong Tee Kiat akan berpindah daripada MCA ke PKR.

Dikatakan, Ong Tee Kiat telah bertemu ramai pemimpin PKR khususnya Anwar Ibrahim dalam merundingkan penghijrahannya itu. Ong Tee Kiat pada masa yang sama, mendakwa mendapat banyak SMS daripada para penyokongnya yang mendesak agar dia keluar dari MCA dan menyertai PKR.

Sama ada benar atau tidak dakwaan tersebut, Ong Tee Kiat merupakan satu-satunya calon Barisan Nasional pada 2008 yang terselamat di kerusi Parlimen Pandan. Dua DUN dalam Parlimen Pandan iaitu Cempaka dan Teratai, masing-masing dimiliki oleh PAS dan DAP.

Seandainya benar sebagaimana dakwaan tersebut, Pandan akan menjadi medan yang sangat hebat terutama sekali selepas wujud desakan agar UMNO Pandan mengambilalih dan bertanding di Kerusi Parlimen Pandan walaupun pada masa yang sama, bertanding di DUN Cempaka.

Baik MCA Pandan mahupun UMNO Pandan, kedua-duanya mempunyai masalah yang tersendiri. Berdasarkan pemerhatian, kedua-dua parti masih belum menggerakkan jentera pilihanraya dan berkempen untuk merampas kembali DUN Teratai dan DUN Cempaka di Parlimen terbabit.

Sebaliknya, yang menjadi tumpuan adalah Ong Tee Kiat-Chua Soi Lek, UMNO-MCA dan permainan dalaman yang merugikan Barisan Nasional secara keseluruhannya di kawasan terbabit.

Dan tidak dinafikan sama sekali, Ong Tee Kiat mempunyai pengaruh yang sangat kuat di Pandan, khususnya yang bergerak menerusi NGO-NGO dan bukannya MCA di sana. Kalau benarlah Ong Tee Kiat akan berhijrah ke PKR, bermakna MCA perlu bekerja jauh lebih kuat untuk mengembalikan sokongan kepada parti itu di Pandan dan Ampang, khususnya!

ehsan PASPB

MAHATHIR - HUKUM DUNIA KINI BERMULA

Sehari dua ni, Mantan Perdana Menteri Ke 4 Mahathir Mohammad, nama dan ulasan beliau mendapat tempat utama dalam setiap berita, berita di media cetak mau pun media elektronik. Beliau masih mampu memberikan usalan, pandangan dan kritikan sama ada untuk UMNO, BN mau pun parti pembangkang. Tahniah kepada beliau, daya fikir masih kental dan masih mampu berhujjah.

Persoalannya apakah beliau masih teringin untuk duduk di bangku PM lagi?

Tapi yang sedihnya, ada juga ulasan, tegoran dan kritikannya yang seperti " meludah kelangit, akhirnya timpa hidung sendiri " atau pun " menepok air di dulang, kena muka sendiri ". Lihat saja ulasan " kurang ajar " beliau terhadap kedudukan raja-raja Melayu. Kini, professor undang-undang di UIA telah membuka pekong apa yang Mahathir telah buat tempoh hari.

Kita masih ingat Krisis Perlembagaan yang di cetuskan oleh Mahathir bagi merampas Hak Istimewa Raja-Raja Melayu.Bagaimana Mahathir dan kuncu-kuncunya memaki dan menghina Raja-Raja Melayu. Bagaimana Mahathir melondehkan Raja-Raja Melayu hinggakan ketahap UMNO sanggup menabalkan Tengku Ibrahim sebagai Sultan Kelantan di bawah pokok ketapang! Mungkin juga benar kata-kata beliau " Melayu mudah lupa "

Beliau juga mengungkit kembali isu Hudud, akhirnya isu ini di mainkan oleh semua pihak, khususnya parti komponan BN, ada yang mencabar jika di laksanakan akan meninggalkan gagasan BN, bagi DAP pula " Hudud " memang tidak pernah termaktub dalam perjanjian gagasan Pakatan Rakyat dan mereka akan menentang sehingga ke titisan darah terakhir, tapi bagi PAS pula " HUDUD " adalah cita-cita wahid dalam pertuangan. Lantas PAS dan DAP terus berperang. Akhirnya reda seketika isu ini tapi bagi DAP, MCA dan MIC mereka tak suka Hudud tak penting bagaimana pula dengan UMNO itu sendiri?

Dengan catatan di bawah kenapa agaknya Mahathir terlalu " derhaka dan Kurang Ajar " dengan Maha penciptaNya? Apakah sebagai PM beliau sudah cukup Hebat. ? dan di mana dan kemana pula alim ulama dalam UMNO, tidak adakah kalangan mereka yang sanggup menasihati beliau?

Cuba uruti peristiwa berikut:

Pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim, mulut celupar beliau berkata kepada wartawan : Hukum rejam kepada penzina adalah primitif

Pada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas Kelantan : “Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam.” dan “Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini.”

Pada Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997 : “Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam”.

Dengan urutan peristiwa tersebut siapakah yang " kurang ajar " Melayu manakah yang mudah lupa ?

Tuesday, October 18, 2011

CINCIN ROSMAH - KINI DIBUKUKAN


25,000 siap cetak kami sasar 100,000 akan dicetak
dan diedar menjelang hujung November


che'GuBard memberikan penerangan mengenai isu cincin di meja utama kelihatan Norazizi, s/u cabang Rembau, YB Taufek Pesuruhjaya PAS NS, YB Ravi (ADUN PKR P.Dickson), Datuk Chua Jui Meng dan YB Fuziah Salleh


muka depan risalah


antara hadirin yang dapat memasuki ruang 'dewan'
di Pej. PKR Rembau (DUN Rantau)


bergambar selepas pelancaran


Gimik pelancaran bertukar kerana ribut di lokasi asal.
Belon dipecahkan danada booklet dalam belon.
Gimik ini melambangkan usaha pemecahan tembok maklumat.


YB Fuziah sedang berucap


hanya kira - kira 500 orang sahaja yang berjaya
masuk bersesak memenuhi ruang pejabat.


Kenyataan terbuka
17 Oktober 2011

Semalam 'menumpang' MATC Cabang Rembau telah diadakan Majlis ringkas memperkenalkan Booklet Penjelasan Isu Cincin RM24.45j dan pemborosan 'Imelda' Rosmah.

Sejak dari 8 Julai 2011 iaitu dari che'GuBard membuat pendedahan mengenai kemasukan cincin RM24.45 j yang dalam borang kastam (kotak penerima) tertera nama Rosmah Mansor perbagai usaha penafian termasuk dengan menyerang cheGuBard sendiri.

Maka setelah berbincang maka SAMM memutuskan untuk menerbitkan buku kecil setebal 16 m/s untuk dilancarkan pada 16 Oktober bagi menjelaskan kemasukan cincin berlian pada 16 April 2011 lalu.

Memang kebanyakan maklumat ada dalam internet, tetapi persoalan yang lebih penting ialah berapa peratus dari rakyat mampu ada akses internet. malah dari jumlah yang sedikit itu pula berapa ramai yang guna internet untuk mencari penjelasan alternatif mengenai isu negara. Majoriti masih terpedaya dengan propaganda murahan media perdana. Jika kita hanya khayal dalam internet maka kita akan bermain dengan kelompok penyokong yang sama.

Menyedari hakikat ini dan sedar isu cincin ini sudah diperkatakan di mana sahaja maka satu penjelasan lengkap harus dibuat. Buku ini akan menjelajah ke kawasan tapak sokongan regim. Maklumat propaganda murahan akan dipecahkan. Ini isu penting kerana sebuah negara pernah dicatakan hancur kerana '1st ladynya' yang tamak, rakus dan sombong.

Semalam dijadualkan akan diadakan hi Tea untuk pelancaran selepas MATC Cabang Rembau, malangnya hujan ribut di Pekan Rantau telah memaksa program hanya diadakan di dalam ruang terhad pejabat PKR Rembau (DUN Rantau). Kami memohon maaf atas ketidak selesaan yang wujud. Ruang terhad hanya mampu semalam memuatkan kira - kira 500 orang itupun dalam keadaan berhimpit. Kita menjangkakan jika diadakan di lokasi asal dalam keadaan cuaca baik pasti lebih dari 1000 orang kehadiran.

Penghargaan kepada pimpinan yang sudi hadir bersama seperti YB Fuziah salleh, Datuk Chua Jui Meng, YB Taufek dan YB Ravi. YB Antony Loke yang telah berjanji untuk hadir malangnya tidak muncul sehingga akhir program. Terima kasih kepada semua yang menjayakan program semalam.

Di sini juga che'GuBard ingin melahirkan rasa kecewa kepada 'hero-hero' pimpinan PKR di Negeri Sembilan yang bersungguh - sungguh menghubungi ramai orang termasuk pimpinan yang dijemput untuk tidak hadir program semalam. Ini ialah perangai busuk yang merosakkan perjuangan. Namun bagi kami anak muda biarkanlah mereka ini tenggelam dan perasan menyusun diri dalam kabinet bayangan sahaja. che'Gubard ingatkan diri, kita buat kerja bukan kerana orang itu atau orang ini tetapi kita berjuang demi kewajipan melakukan perubahan yang kita yakini demi rakyat.

Program ini juga menjadi sasaran politik tidak matang Umno - Bn. Poster, Banner dan bunting bagi tujuan promosi program ini habis dicuri. Ketika kami sedar semua bahan promosi hilang hanya selepas 6 jam dipamerkan.

Ramai tertanya - tanya mana SAMM mendapat wang untuk membuat cetakan. Jujurnya SAMM tidak menerima mana - mana dana dari mana - mana pihak. Risalah ini kita masih hutang dengan pencetak. Sehelai risalah kos cetakan RM0.65sen/naskah + kos penerbitan RM 0.50sen/naskah. SAMM telah membayar kos cetakan RM16,250 dengan 4 keping 'posdated cheque' bertarikh 23 Okt, 30 Okt, 5 Nov dan 11 Nov.

Begini lah juga kita mencetak buku Fitnah ia dibayar dengan cara yang sama, sementara sampai ke tarikh satu - satu cek itu hendak ditunaikan maka SAMM akan cuba sungguh - sungguh untuk melengkapkan jumlah wang untuk cek tarikh akan datang.

Semua projek penerangan turun ke bawah kami disara oleh rakyat sendiri. Seperti booklet ini bernilai RM1.50 senaskah, maka kami rayu untuk sesiapa yang perhatin agar selepas mendapatkan risalah ini silalah ke bank dan masukkan RM1.50 (minima) ke akaun Solidariti Anak Muda 05012010074930 (bank Islam Malaysia Berhad). Sebarang kemasukan lebih dari nilai risalah amat dihargai. Ia akan membolehkan kami mencetak ulang risalah dan termasuk beberapa bahan baru yang lebih menggemparkan. Dengan berbuat demikian membantu merialisasikan 100,000 risalah sebelum hujung November.

Diharapkan dengan penerbitan booklet ini mampu mempertingkatkan kesedaran orang ramai mengenai pemborosan orang yang menyamar "1st Lady Of Malaysia". Kepada Najib dan Rosmah SAMM memberikan amaran ubah cara hidup jika tidak kamu akan kami ubah.

Booklet ini akan diedarkan dengan strategi tersendiri menembusi kawasan-kawasan sasaran yang merupakan tapak sokongan regim penguasa. Jika penyokong PR ingin memiliki risalah ini cara paling mudah ialah dengan hadir ke lokasi - lokasi program che'GuBard di seluruh negara (jadual dalam blog che'GuBard) atau semua yang membeli Buku Fitnah selepas 16Okt. akan juga dapat booklet ini secara percuma.

Kepada mana - mana pihak yang mahu mengedarkan risalah ini sendiri di kawasan masing-masing harap dapat menaja dengan menanggung kos RM300 (bagi satu bundle 400).

Kepada orang Umno/Bn yakinlah dengan mengekalkan Najib dan Rosmah akan mempercepatkan kejatuhan Umno/Bn itu sendiri. Ikrar kami anak muda kan bersunggguh - sungguh epenuh daya upaya akan memastikan Najib/Rosmah merupakan Perdana Menteri terakhir yang datang dari regim pewaris penjajah. SAMM percaya proses reformasi menyelamatkan negara hanya akan bermula selepas regim tumbang di tangan kuasa rakyat.

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

MAHATHIR - I'M THE BIG BOSS

Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri ke 4 dan berjaya melaksanakan tugasan di jawatan tersebut yang paling lama antara PM Malaysia, setakat ini selama hampir 20 tahun dan dengan kehendak rakyat pastinya Ahli UMNO juga beliau bersara pada 2003 dengan melantik Abdullah Badawi sebagai penggantinya. Semasa UMNO di tangan Abullah, beliau " sengap " seketika dan beliau menginap di Langkawi dengan memberikan perhatian khusus kepada projek peribadi.

Beliau mula " bising " apabila Dollah ( gambar ) mula di minati oleh rakyat, juga pembebasan DSAI, juga beliau mengheret Eric Chia dengan salah laku penyelewengan, pembatalan jambatan bengkok. Lantas itu beliau menyusun langkah bagaimana untuk memastikan Dollah tidak lama di kerusi PM akhirnya kegagalan PRU12 pada 2008 adalah peluang terbaik untuk Mahathir berikhtiar untuk menafikan keruasi PM di " diami " oleh Dolah. Beliau berjaya dan Najib mengambil ambil alih kerus PM.
Akhirnya, Mahathir vs Najib

Perlantikan Najib pada April 2009 tidak bagitu menampakkan " kebencian " Mahathir sama seperti zaman Abdullah, tapi kekadang beliau bertindak dengan menyertai badan-badan NGOs pro Melayu, Perkasa telah dijadikan " batu loncatan " untuk beliau menyerang Najib pula. Tapi akhirnya beliau kembali di atas pelana secara rasmi menyerang Najib, berita beliau hampir setiap hari di keluarkan oleh sama ada di media cetak mau pun media elektronik. Mahathir telah di jadikan " orang pertama " yang perlu dirujuk oleh pemberita apabila ada saja isu baru. Seperti bajet 2012 untuk Pakatan Rakyat.

"Senang untuk kita belanjakan wang yang bukan di bawah kawalan kita. Kita boleh buat apa sahaja seperti berjanji memberi 20 peratus royalti minyak. Ya, kita boleh membuat janji-janji itu kerana kita bukan kerajaan. Berjanji, asalkan kamu menang pilihanraya," kata Mahathir.

Kaitan dengan PRU13, Mahathir juga telah memberi amaran keras kepada Najib Razak untuk menangguhkan pilihanraya atau UMNO akan "kalah besar", kerana sokongan terhadapnya sudah pudar, tambahan pula Najib di penohi dan sarat dengan skandal yang memalukan Malaysia. Sentimen awam terhdap Najib pada masa kini amat negetif atas salah laku tersebut.

Saga kes Altantuya-Scorpene yang berterusan menyebabkan pemerhati-pemerhati internasional menggeleng kepala tidak percaya tetapi di Malaysia, UMNO dan kuncu-kuncunya berpura-pura tidak tahu menahu tentang perkara ini, walaupun mereka mengikuti perkembangannya. Skandal rasuah yang melibatkan wang imbuhan untuk pembelian dua kapal selam Scorpene ini sedang menunggu perlantikan hakim penyiasat Perancis. ( memang budaya MNO hanya pandai mengampu sebaliknya tidak bersedia untuk menegor - itu lah jadinya kepada DSAI yang cuba menegor Mahathir, akhirnya DSAI yang dipecat, semua ahli UMNO sokong Mahathir semata-mata untuk memastikan agar tidak kehilangan kerusi )

Apakah penyudah Kes Pembunuhan Tersohor ini? Apakah dengan " tergantungnya " dua pengawal Najib kes sudah muktamat?

Isu cincin berlian bernilai RM24 juta, yang dikaitkan dengan isterinya Rosmah Mansor. Bersama dengan desas-desus mengenai pembelian barangan mewah, percutian ke luar negara bersama kuncu-kuncunya yang menggunakan wang rakyat, Rosmah Mansor merupakan tanggungan berat tabung negara dan juga untuk imej politik Najib.

Dan yang terbaru sekali, Najib yang berumur 58 tahun itu sedang berusaha keras untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang paling 'cool'. Mudah sahaja untuknya, yang tidak merasa apa-apa dengan membazirkan berjuta-juta wang rakyat untuk publisiti palsu.

Ekonomi yang merudum, kos sara hidup yang meningkat dan pergolakan dalaman UMNO sudah pastinya membebankan fikirannya tetapi tidak pada Najib. Sebaliknya, Najib kelihatan seperti hanyut ke sana-sini. Lihat saja pembentangan bajet tahun 2012 pihak pembangkang cukup dukacita kerapa pelaporan audit tidak dibekalkan semasa pembentang tersebut.
Kini rakyat pula menanggung hutangmencecah RM437.2 bilion atau 52.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sehingga 30 Jun tahun ini. Angka yang mengerunkan itu diperoleh daripada jawapan bertulis Kementerian Kewangan kepada soalan ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok yang meminta menteri kewangan menyenaraikan negara luar yang memberi hutang kepada Malaysia.
Atas salah laku dan salah guna kuasa yang dilakukan oleh Najib membuatkan Mahathir merisaui apa yang akan terjadi kepada Malaysia nanti pada PRU13. Bagi Mahathir, kemenangan PRU-13 adalah segala-galanya. Lebih baik kehilangan seorang individu ( siapa - sudah pasti Najib ) daripada mengalami kekalahan di tangan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh musuh yang paling dibencinya, Anwar Ibrahim.

Inilah pergolakan Mahathir vs Najib, dan ia semakin menjadi-jadi setiap hari. Najib mahu tetap berkuasa melaui persepsi rakyat, manakala Mahathir mahukan BN tetap berkuasa dengan mengorbankan seorang individu. Dan pada akhirnya, pihak yang kalah itu bukanlah pihak yang melawan tetapi pihak yang direbutkan. Dan pihak ini adalah rakyat yang sentiasa diketepikan untuk hanya menonton perlawanan politik UMNO.

Monday, October 17, 2011

PRU 13 - UMNO DAYUS DI PULAU PINANG

Kerancakan PRU13 telah pun di gendang dan di palu, gendang dan paluan ini lebih hebat lagi apabila bajet 2012 di bentang oleh PM tempoh hari. Walaupun sebagaimana biasa setiap tahun bajet yang di bentang adalah yang " terbaik " hanyalah pihak pembangkang sahaja yang menuduh bajet tak baik. 2012 bajetnya memang luar biasa, kenapa bagitu? pendapatan tiada perbelanjaan cukup hebat? Walaupun bagitu ianya tetap terbaik.

Selepas bajet PM berkunjung ke Persidangan MCA, kemudia ke Gerakan dan yang masih belum di ziarahi ialah MIC, bila masih belum tahu.



Najib PM ke 6 Malaysia

“Umno tidak akan menuntut kepimpinan Pulau Pinang. Kami bersedia untuk bekerjasama dengan parti-parti komponen yang lain, UMNO tidak akan sama sekali menghianati parti-parti komponan yang lain, apa tah lagi jika Pulau Pinang dapat di rampas kembali dari Pakatan Rakyat ” kata Perdana Menteri, semasa berucap di perasmian persidangan parti tersebut pada 16 Okt. yang lalu. " Saya beri jaminan, dan Gerakan akan terus memimpin Pulau Pinang " tambah beliau ( gambar atas )

Najib yang juga Presiden BN perlu memberikan " comformation " tersebut kerana ianya ada kaitan permohonan rasmi yang disuarakan oleh UMNO pada September tahun lalu. Permohonan atas alasan Gerakan sudah " kehilangan kepercayaan " oleh penduduk Pulau Mutiara tersebut. Bagi UMNO mereka pula menampakkan parti ini sudah cukup kuat untuk meneraju pentadbiran Pulau Pinang.

Najib yang juga Presiden Umno mengesahkan perbincangan " domformation " tersebut telah diadakan dengan pihak UMNO Pulau Pinang, dan kepimpinan UMNO Pulau Pinang bersetuju dengan hasrat tersebut. Kini apa yang penting ialah bagaimana Gerakan memainkan peranan untuk mengambil semula pentadbiran tersebut. Pemimpin Gerakan mengetuai Pulau Pinang selama 39 tahun tetapi negeri itu jatuh ke tangan pembangkang pada pilihan raya umum 2008.


Apakah Koo Tsu Koon ( gambar ) masih " releven " sebagai Ketua Menteri di Pulau Piang lagi. Sudah pasti jika beliau masih bertanding di DUN Pulau Pinang, dan jika menang " comform " juga beliau akan menjawatan jawatan tersebut?

Ketua Wanitanya sendiri , Nyonya Tan Lian Hoe berkata sayap itu malu dengan kepimpinan parti itu yang lemah.

Ada beranikah sayap-sayap parti di dalam UMNO untuk menegor pucuk pimpinan mereka? Atau ada beranikan badan-badan NGOs " mesra BN " juga berani untuk menegur cara kepimpinan yang dilakukan oleh pemimpin UMNO itu sendiri?

Kalau UMNO dan sayap-sayapnya berani, " conformation " kedudukan Gerakan di Pulau Pinang itu juga sepatutnya menjadi isu perjuangan, tapi oleh kerana sayap dan NGOs mesra UMNO asyik menjaga parti pembangkang terlupa untuk membetulkan kesilapan pemimpin mereka sendiri.

Dengan " conformation " tersebut, sebagai pengudi Umno. Apakah aku akan keluar dan mengundi di PRU-13 atau aku " mematikan diri " ini aku tidak akan keluar mengundi. Aku dalam delima, mengapa sebelum PRU12 UMNO dapat mejoriti dalam dewan dengan kelebihan 2 kerusi tapi mengapa KM masih ditangan Gerakan? Berdosakah aku jika aku tidak bersubahaan dalam pemilihan kali ini. Atau jika menang dan memerintah semula yang " kenyang hanyalah pemimpin sahaja? Delima ini akan berterusan.

Kalau itulah bersetujuan Najib kaitan dengan Gerakan - dicadangkan ahli-ahli UMNO jangan keluar mengundi. atau kalau " ketagih " mengundi - berikan kan undian kepada calun-calun Pakatan Rakyat.

Sunday, October 16, 2011

CALUN PRU 13 - WANITA MLN PUTERI

Di panjangkan paparan di bawah, kerana memang ianya tidak akan terdapat di dada akhbar perdana hak milik UMNO. Tapi ianya terpampang di dada-dada akhbar Cina.

Lihat dan buatlah telahan apa sebenarnya yang berlaku, di mana dan kenapa " si apek " ini sanggup memeluk Kak Izat dan bagaimana pula Kak Izat merelakan dirinya untuk di peluk?


Amboi-amboi, sedapnya di peluk,, tu yang dikatakan menggatal.....
Hebat Kak Ezat, patutlah HUDUD di tentang habis-habisan oleh pihak UMNO,

dari peringkat ahli biasa, hingga ke peringkat mereka Menteri

Kini Wanita UMNO sebagai " left wing " sedang berusaha untuk memastikan gulongan wanita di berikan peruntukan 30% di semua " lokasi " perjawatan. Khususnya di peringkat pengurusan dan pentadbiran. Tapi apakah kretiria yang menjadi garis ukur dari Wanita UMNO membuat tuntutan tersebut? Atau sudah ada satu tawaran sehinggal Kak Izat sudah bersedia dengan calun-calun yang ‘winnable’ atau calun-calun yang pasti ada ummph, bergetah, teliur dan menawan sehinggakan tidak dapat tidak DS Najib pasti akan berkenan dan amat sukar untuk menolaknya kelak.

Atau apakah cun melecunnya Puteri UMNO sudah dapat mengatasi " ketuaan " Wanita UMNO dalam menagih simpatai perjawatan dari PM Najib. Atau apakah perlantikan menteri untuk Ketua Wanita Umno sebagai satu " perli " kepada Kak Izat? Sedangkan kementerian Kak Izat sendiri dan jawatan beliau juga sering di cerobohi oleh FLOM.

Perjuangan untuk 30% bagi wanita mungkin terlalu awal dan mungkin juga boleh memberikan kesan yang negatif kepada bakal-bakal calon yang diramalkan untuk menyertai pertandingan itu nanti.

Janganlah TERLALU menggatal kak Izat 0oi....

TAHALUF - PERJANJIAN PERSEFAHAMAN UNTUK KEMENANGAN - AKHIR

TAHALUF DALAM ISLAM

Catatan ceramah oleh Tn. Hj. Mustafa Shaari,
di Kuliah Maghrib, Masjid Lama, Kg. Gajah.

10 Oktober 2011 / 12 Zulkaedah 1432

Sambungan catatan pada 14 Okt. 2011



Pemandangan dari sudut hadapan Masjid Lama, Kg. Gajah.

Isti'anah ( Meminta Bantuan atau Pertolongan

Apabila adanya persefahaman, maka berlakulah tolong-menolong iaitu mereka berjaji untuk menolong kita dan kita berjanji untuk menolong mereka.

1- Mereka menolong kita

Menurut Syeikh Sayid Sabiaq dalam " Fiqh al-Sunnah " adalah harus bagi kita untuk menerima pertolongan daripada golongan mnufaik dan fazik kerana Rasulullah s.a.w pernah membenarkan Abdullah bin Ubai ( seorang miunafik ) menyertai peperangan bersama-sama baginda. Juga kisha penyertaan Abu Mahajan ( seoranga fasik ) yang mabuk dalam peperiangan menentang Parsi.

Ada pun pertolongan daripada morang-mirang kafir trerdapat kekhilafan di kalangan fuaqaha.

a- Imam Malik dan Iman ahmad tidak mengharusnya secara mutlak

b- Imanm Abu Hanifah mengharuskannya dengan syarat orang-orang islam yang menugasai urusan

c- Imam Shafie mengharuskannya dengan syarat:

c-1 Apabila orang-orang Islam berada dalam keadaan lemah
c-2 Apabila di dapati orang-orang bukan Islam cenderung kepada Islam dan memandang baik terhadapnya, dibenarkan dia memberi pertolongan dengan diberikan imbuhan dan bukannya bahagian ghanimah

2- Kita Menolong Mereka

Menurut Al-Sarkhasi di dalam kitabnya " al-Mabsut ', dan al-Syaibani di dalam kitabnya " al-Siyar al-kabir ". Rasulullah s.a.w menghantar tamar 'Ajwat kepada Abu Sufyan dan mengutus lima ratus dinar ke Makkah supaya dibahgikan kepada orang yang perlu dibantu ketika Makkah di landa kemarau.

Menurut Ibn Qaiyim al-Jauziay di dalam kitabnya " Zad al Ma'ad ", apabila Summah bin Al Sai r.a pemimpin Bani Hanifah memeluk Islam, beliau memerintahkan supaya jangan dihantar bekalan gandum ke Makkah sehingga penduduk Makkah berada dalam keaddan kesemptitan hidup. Lalu pemimpin-pemimpin Makkah merayu kepada Rasulullah s.a.w menasihatkan sumamah agar menghentikan sekatannya.

KESIMPULAN

Tahaluf dapat dibahagikanmenjurut keadaan berikut:

1- Dalam peringkat membentuk kerajaan hendaklah dengan syarat:

a- Kempimpinan mestilah ditangan orang Islam
b- Mengiktiraf negara Islam
c- Menerima perlembgangaan Islam dan syariatnya

2- Tahaluf tanpa membentuk negara:

a- Kerana maslahah untukmenghadapi musuh yang lebih besasr
b- Masalah bersmauntukmenentang kezaliman, penyelewengan, membabaskanorang tahanan dan sebagainhya
c- Berlindung sementara ketika lemah
d- Tidak teikat dengan syarat yagn bercanggah dengan Islamdan kepeitnngan harakah Islamiyah.

PERHATIAN

Dalam situasi sekarang hendaklah diberi perhatian keapda bereb3apa perkara yagn boleh menjejaskan maslahah, di anaranya ialah seperti berikut:

1- Matlamat menegakkan negara Islam adalah sangat penting dalam strategi yang diambil oleh Harakah Islamiyah,. Oleh itu jangan terikat dengan janji yang akan menghalangnya atau syarat-syarat yang akan mengikat.

2- Mengutamakan pesefahaman dengan kumpulan-kumpulan Islam yang berpengaruh dan yang mempunyai titik pertemuan dengan perkara prinsip yang boleh dipercayai, bukannya yang lemah dan tidak berperanan. kemudian itu dengan kumpulan-kumpulan yang bukan Islam.

3- Kita sedang berhadapan dengan masyarakat yang cetek pemehamannya terdahap Islam, di mana mereka tidak mengetahui perbezaan Islam dengan ideologi-ideologi moden. Oleh itu golongan Islam hendaklah mempunyai syakhsiah yang kuat yang dapat membezakan mereka dengan parti-parti lain dan perlu diberi kefahaman depada mereka tentang perbezaan di antara Islam dan ideologi-ideologi moden. kalau tidak, tahaluf dengan kumpulan bukan Islam lebih memberikan kesan negetif.

4- Pesefahaman dengan kumpulan-kumpulan bukan islam tidak berpanjangan, samada mereka akan menerima Islam atau pertarungan akan berlaku juga pada akhirnya. Oleh itu itu, hendaklah membuat ikatan-ikatan yang longgar yang tidak akan membelenggu kita di belakang hari.

5- Di sana akan keluar kenyataan-kenyataan bersama yang perlu dipertimbangkan dengan tegas dari segi prinsip kita kerana kenyataan-kenyataan itu bukan sahaja perlu mengikut selera kita tetapi perlu juga menurut selera mereka.

6- Berwaspada terhadap tipu daya mereka dengan bertangong kepada allat s.w.t dan kebijaksanaan kurniaaNya.

PENUTUP

Nas-nas di kaji menunjukkan tahaluf boleh di lakukan secara melibatkan gerakan mengusai negara secafra menyeluruh dan secara khusus menghadapi isu-isu atau situasi-situasi yang khusus dengan memenuhi syarat-syarat yang tersebut diatas.

Saturday, October 15, 2011

PR GANTI BN - PRA TANDA AWAL KINI BERMULA

Apakah dengan perlantikan kedua-dua sultan dari negeri pemerintahan Pakatan Rakyat sebegai peneraju utama dan penolongnya adalah tanda permulaan perubahan kerajaan dari BN ke PR? Hanya Allah yang mengetahuinya.

Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya pada Jumaat lalu bersetuju mengisytihar Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baru dan sultan Muhamamd V dari Kelantan sebagai timbalannya berkuatkuasa pada 13 Disember ini untuk tempoh lima tahun, demikian lapor Bernama.



Gambar: Kiri, Sultan kedah Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baru sementara Sultan Kelantan Sultan Muhammad V (sebelah kanan) sebagai Timbalan Yang di-Petuan Agong





Kedua-dua mereka ( Sultan Kedah & Kelantan ) telah memberikan satu kekuatan dan sokongan kepada pengurusan dan pentadbiran yang di terajui oleh kerajaan Pakatan Rakyat di negeri masing-masing dan kebetulan kedua-dua mereka pula bersama-sama dengan kepimpinan ulama.

Bagi Sultan Abdul Halim Muadzam Shah menjadi Yang di-Pertuan Agong musin ini adalah kali kedua buat baginda dan ianya juga merupakan satu sejarah di negara ini kerana sebelum ini belum ada seorang sultan terpilih menjadi Yang di-Pertuan Agong sebanyak dua kali. Kali pertama ialah pada 1970 - 1975 iaitu untuk Agong ke 5 pada 21 Sep. 1970 hingga 20 Sep. 1975. dan beliau juga adalah Sultan Kedah yang ke 27.

Sadikit latar belakang baginda diputerakan sebagai Tunku Abdul Halim, Baginda merupakan anak kedua Tunku Badlishah, yang kemudian menjadi Raja Muda Kedah oleh Tunku Safiah binti Tunku Mahmud.

Baginda merupakan lepasan pelajar Wadham College, Oxford, dan mewarisi takhta ayahanda baginda pada 1958. Apabila dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 1970, baginda menyaksikan pertukaran kali pertama ketua kerajaan iaitu apabila ayahanda saudara baginda, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj memberikan jawatannya kepada timbalannya Tun Abdul Razak.

Raja-raja berikut pernah menjadi Yang di-Pertuan Agong sebelum ini:

1. Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dari Negeri Sembilan,
diputerakan pada 1895, memerintah pada 1957-1960,
mangkat ketika memerintah pada 1 April 1960.

2. Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah dari Selangor,
diputerakan pada 1898, memerintah pada 1960,
mangkat ketika memerintah pada 1 September 1960.

3. Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail dari Perlis,
diputerakan pada 1920, memerintah pada 1960-1965,
mangkat pada 2000

4. Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin III dari Terengganu,
diputerakan pada 1907, memerintah pada 1965-1970,
mangkat pada 1979

5. Tuanku Al-Mutassimu Billahi Muhibbudin Sultan Abdul Halim Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dari Kedah,
diputerakan pada 1927, memerintah pada 1970-1975

6. Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim Petra dari Kelantan,
diputerakan 1917, memerintah pada 1975-1979,
mangkat ketika memerintah pada 29 Mac 1979

7. Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah dari Pahang,
diputerakan pada 1930, memerintah pada 1979-1984

8. Baginda Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj ibni Almarhum Sultan Ismail dari Johor,
diputerakan pada 1932, memerintah pada 1984-1989,
mangkat pada 22 Januari 2010

9. Sultan Azlan Muhibbudin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzudin Shah Ghafarullahu-lahu dari Perak,
diputerakan pada 1928, memerintah pada 1989-1994

10. Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman dari Negeri Sembilan,
diputerakan pada 1922, memerintah pada 1994-1999,
mangkat pada 27 Disember 2009

11. Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj dari Selangor,
diputerakan 1922, memerintah pada 1999-2001,
mangkat ketika memerintah pada 4 Disember 2001

12. Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Syed Putra Jamalullail dari Perlis,
diputerakan 1943, memerintah pada 2001-2006

13. Sultan Mizan Zainal Abidin ibni AlMarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj dari Terengganu,
diputerakan 1962, memerintah pada 2006-2011

Apakah dengan perlantikan ini juga memberikan pertanda awal yang Malaysia akan beralih pemerintahan selama hampir 60 tahun di bawah genggaman UMNO / Perikatan / Barisan Nasiona. Ini dengan kekuatan sejak UMNO di terajui oleh Mahathir juga bermulanya satu perancangan awal untuk "mengurangkan " kuasa raja atau pihak istana hanya " perlu " mengikut apa kehendak pemerintah sahaja. dan kuasa mereka hanya di khususkan untuk penerajau Agama sahaja?

Kita masih ingat bagaimana Sultan Terengganu, di perlekehkan sedemikian rupa semasa perlantikan MB selepas PRU12 tempoh hari. Hingga keluar kata-kara " kami mau Idris natang ? Siapa yang dimaksudkan oleh mereka " natang " tersebut? kerana perlantikan MB hanya di bawah bidang kuasa Sultan.

Kita hanya mampu berdoa agar sistem pemerintah di negara ini dapat di perbaiki dengan pemerintahan yang di amalkan oleh kedua-dua sultan ini. Ianya lagi lebih mantap jika kuasa ekskutif dari kalangan mereka yang mengamalkan penghidupan yang sederhana.

Pemerhatian GM: InsyaAllah, Pakatan Rakyat juga bakal menggantikan BN di Putrajaya. Semuga Allah memperkenankan satu lagi sejarah tercipta nanti. Sesungguhnya Dia Maha Berkuasa Dan Maha Pengatur Rencana. Amin.

Entri Terdahulu...

Powered by Blogger Widgets

Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA