Bergambar semasa di terminal lapangan terbang.
Pada 23 Okt. 2011, tepat jam 9.10 pg Penerbangan Air Aisa AK 262 selamat mendarat di lapangan Terbang Antarabangsa Brunei Darul Salam. amat rasa teruja melihat lapangan terbangnya walau pun tidak seindah dan sebesar klia tapi masih dapat mengekalkan identiti ke Melayuaannya. Apakah cara ini Sultan Brunai ingin mengistiharkan " HUDUD " untuk Brunei?
Beberapa gambar di bawah nyata dan mengesahkan negara kecil ini kuat berpegang kepada " ketuanan Melayu " mereka meletakkan tulisan jawi sebagai identiti " kemelayuannya ". Brunei dengan keramaian 400k nyawa memang bertuah untuk tidak bersama-sama dalam Malaysia. Tahniah kepada kepimpinannya pada tahun 1963 yang mengambil keputusan untuk tidak bersama Malaysia.

gambar di terminal
Di terminal, laluan penumpang yang datang dan jelas di samping tulisan Bahasa Antara Bangsa ( Inggeris ) terpampang indah tulisan Jawi.
semasa di sempadan Malaysia Limbang, pemeriksaan imigresennya juga di catatkan kenyataan dalam tulisan Jawi.
Rakyatnya hidup mewah, amat sukar untuk melihat penunggang & pembonceng moter dijalan raya, sudah pasti " mat rempit " tidak ujud. Kebajikan warganya di jaga sama ada mereka yang masih berkhidmat mau pun yang telah bersara hatta mereka yang dalam kumpulan " warga emas ". Semua kumpulan manusia menerima sumbangan dari pihak kerajaan.
Walau pun kaya dengan hasil buminya " minyak " kawasan lapang masih luas untuk di terokai, dan apakah pihak pemerintah tidak ghairah untuk membangunkannya atau apakah pihak pemerintah tidak ada kroni atau sahabat untuk hidup mewah seperti kita di Malaysia. Semua projek yang diusahakan mesti ada kalangan mereka yang mendapat keuntungan.
No comments:
Post a Comment