Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, October 19, 2011

MAHATHIR - HUKUM DUNIA KINI BERMULA

Sehari dua ni, Mantan Perdana Menteri Ke 4 Mahathir Mohammad, nama dan ulasan beliau mendapat tempat utama dalam setiap berita, berita di media cetak mau pun media elektronik. Beliau masih mampu memberikan usalan, pandangan dan kritikan sama ada untuk UMNO, BN mau pun parti pembangkang. Tahniah kepada beliau, daya fikir masih kental dan masih mampu berhujjah.

Persoalannya apakah beliau masih teringin untuk duduk di bangku PM lagi?

Tapi yang sedihnya, ada juga ulasan, tegoran dan kritikannya yang seperti " meludah kelangit, akhirnya timpa hidung sendiri " atau pun " menepok air di dulang, kena muka sendiri ". Lihat saja ulasan " kurang ajar " beliau terhadap kedudukan raja-raja Melayu. Kini, professor undang-undang di UIA telah membuka pekong apa yang Mahathir telah buat tempoh hari.

Kita masih ingat Krisis Perlembagaan yang di cetuskan oleh Mahathir bagi merampas Hak Istimewa Raja-Raja Melayu.Bagaimana Mahathir dan kuncu-kuncunya memaki dan menghina Raja-Raja Melayu. Bagaimana Mahathir melondehkan Raja-Raja Melayu hinggakan ketahap UMNO sanggup menabalkan Tengku Ibrahim sebagai Sultan Kelantan di bawah pokok ketapang! Mungkin juga benar kata-kata beliau " Melayu mudah lupa "

Beliau juga mengungkit kembali isu Hudud, akhirnya isu ini di mainkan oleh semua pihak, khususnya parti komponan BN, ada yang mencabar jika di laksanakan akan meninggalkan gagasan BN, bagi DAP pula " Hudud " memang tidak pernah termaktub dalam perjanjian gagasan Pakatan Rakyat dan mereka akan menentang sehingga ke titisan darah terakhir, tapi bagi PAS pula " HUDUD " adalah cita-cita wahid dalam pertuangan. Lantas PAS dan DAP terus berperang. Akhirnya reda seketika isu ini tapi bagi DAP, MCA dan MIC mereka tak suka Hudud tak penting bagaimana pula dengan UMNO itu sendiri?

Dengan catatan di bawah kenapa agaknya Mahathir terlalu " derhaka dan Kurang Ajar " dengan Maha penciptaNya? Apakah sebagai PM beliau sudah cukup Hebat. ? dan di mana dan kemana pula alim ulama dalam UMNO, tidak adakah kalangan mereka yang sanggup menasihati beliau?

Cuba uruti peristiwa berikut:

Pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim, mulut celupar beliau berkata kepada wartawan : Hukum rejam kepada penzina adalah primitif

Pada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas Kelantan : “Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam.” dan “Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini.”

Pada Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997 : “Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam”.

Dengan urutan peristiwa tersebut siapakah yang " kurang ajar " Melayu manakah yang mudah lupa ?

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA