Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, October 29, 2011

PRU 13- BGHAHIM ALI GUNA LAMBANG MCA / MIC

Kini PERKASA terus membina empiranya sendiri dan sudah mampu untuk menunjukkan siapa bakal pemimpin negara yang akan di jadikan " idola " mereka. Ini disahkan dengan amaran yang dikeluarkan sendiri oleh presidennya. " Anggota PERKASA tidak akan memberikan sokongan kepada calon-calon yang sering membuat kenyataan yang mengguris perasaan golongan Melayu, bukan dari Pakatan saja ( dia tak sebut pula yang lagi satu ).

1- Apakah DSAI yg. menyatakan bajet 2012 lebih memburukkan pendapatan negara dan ianya memberikan bebanan kepada rakyat - adakah ianya mengguris perasaan?

2- Apakah PAS ingin melaksanakan Hukum Islam di Malaysia juga dianggapkan satu perbuatan penginyaai kepada rakyat Malaysia?

3- Apakah teguran Aziz Bari Pensyarah Undang-undang UIAM kaitan dengan salah laku Mahathir, menegor Sultan Selangor itu mengguriskan perasaan orang Melayu?

4- Apakah pecahnya tembelang siapa Mat Indera sebenarnya - ia mengguris hati orang Melayu?

5- Apakah Ambrin Buang yang melaporkan salah guna wang di Kemas yang menyediakan makanan tidak ikut peraturan juga mengguris perasaan orang Melayu?

6- Apakah usaha ANAK di Felda dan BABAK di Felcra memecahkan salah laku pengurusan di kedua-dua GLC ini mengguriskan perasaan orang Melayu?

7- Apakah penentangan untuk tidak mengambil alih Kg. Baru di Kuala Lumpur itu mengguris perasaan orang Melayu?

8- Apakah tidakan MP Pasir Mas yang menggunakan tikat PAS dan menang di Pasir Mas kemudian menghentam kepimpinan yang memberi laluan tidak mengguris perasaan orang Melayu khususnya Melayu di Kelantan.

9- Apakah tindakan dan perbuatan ahli-ahli KATAK tidak mengguris perasaan orang yang telah memberikan udian kepada mereka?

Sebahagian dari persoalan yang perlu di berikan penjelasan oleh PERKASA?

PERKASA cukup angkoh, kemenangan dan kekalahan seseorang calun terletak di undian mereka, dengan keahlian yang hampir mencecah 500k ahli, mereka sudah mendabik dada ini kerana mengikut perhitungan hampir 5k ahli Perkasa berada di setiap Parlimen khususnya di Semenanjung. Sudah pasti kedudukan beberapa orang ahli parlimen seperti Kulim Bandar Baru, Pasir Mas dalam genggaman Perkasa, walaupun Perkasa bukan badan politik tetapi untuk bertanding dalam pilihanraya adalah menjadi hak perseorangan.

Presiden hanya menghubungi ahli dengan SMS untuk menerima siapa yang layak dan sebaliknya untuk diberikan undian nanti. Kepada calun sama ada yang menang hatta yang kalah jika undian hanya diterima kurang dari 1k dan melebihi 1k ianya adalah pertolongan dan kebencian ahli Perkasa. Ahli-ahli perkasa akan menghukum mereka nanti.

Kalau bagitulah kenyataan Sdr. Ibrahim sudah pasti PERKASA akan memastikan UMNO terus berkuasa, kerana sudah jelas kini mereka yang terlibat dengan badan ini ramai dan mungkin semuanya adalah ahli-ahli UMNO. Sedar tak sedar Sdr. Brahim juga sudah bergerak untuk memecahkan orang-orang UMNO. Muktahir YB Kulim juga sudah di lantik sebagai Naib Presiden.

Dengan nada yang bagitu hebat apakah Bghim juga sudah cukup kuat untuk mempertahankan kerusi Pasir Masnya atas tiket bebas atau pun masih memerlukan pinjaman lambang dari PAS atau pun kini lambang MCA atau MIC kerana pemecatan beliau dari UMNO masih berkuatkuasa.

"Jadi pihak yang mahu sokongan PERKASA itu hendaklah dapat mendekati kita," katanya lagi dalam sidang media selepas menyampaikan ucaptama di perhimpunan agung pertubuhan itu di Setiawangsa hari ini.

Apakah benar PERKASA hebat - di mana ahli-ahli mereka semasa Perhimpunan 1 juta Umat di Stadium Shah Alam tempoh hari? Kalau ahli mereka turun suku pun sudah ada 125k tamu yang hadir tapi di laporkan kehadiran cuma 5k sahaja. Kemana agaknya Ahli Perkasa?

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA