Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, October 16, 2011

TAHALUF - PERJANJIAN PERSEFAHAMAN UNTUK KEMENANGAN - AKHIR

TAHALUF DALAM ISLAM

Catatan ceramah oleh Tn. Hj. Mustafa Shaari,
di Kuliah Maghrib, Masjid Lama, Kg. Gajah.

10 Oktober 2011 / 12 Zulkaedah 1432

Sambungan catatan pada 14 Okt. 2011



Pemandangan dari sudut hadapan Masjid Lama, Kg. Gajah.

Isti'anah ( Meminta Bantuan atau Pertolongan

Apabila adanya persefahaman, maka berlakulah tolong-menolong iaitu mereka berjaji untuk menolong kita dan kita berjanji untuk menolong mereka.

1- Mereka menolong kita

Menurut Syeikh Sayid Sabiaq dalam " Fiqh al-Sunnah " adalah harus bagi kita untuk menerima pertolongan daripada golongan mnufaik dan fazik kerana Rasulullah s.a.w pernah membenarkan Abdullah bin Ubai ( seorang miunafik ) menyertai peperangan bersama-sama baginda. Juga kisha penyertaan Abu Mahajan ( seoranga fasik ) yang mabuk dalam peperiangan menentang Parsi.

Ada pun pertolongan daripada morang-mirang kafir trerdapat kekhilafan di kalangan fuaqaha.

a- Imam Malik dan Iman ahmad tidak mengharusnya secara mutlak

b- Imanm Abu Hanifah mengharuskannya dengan syarat orang-orang islam yang menugasai urusan

c- Imam Shafie mengharuskannya dengan syarat:

c-1 Apabila orang-orang Islam berada dalam keadaan lemah
c-2 Apabila di dapati orang-orang bukan Islam cenderung kepada Islam dan memandang baik terhadapnya, dibenarkan dia memberi pertolongan dengan diberikan imbuhan dan bukannya bahagian ghanimah

2- Kita Menolong Mereka

Menurut Al-Sarkhasi di dalam kitabnya " al-Mabsut ', dan al-Syaibani di dalam kitabnya " al-Siyar al-kabir ". Rasulullah s.a.w menghantar tamar 'Ajwat kepada Abu Sufyan dan mengutus lima ratus dinar ke Makkah supaya dibahgikan kepada orang yang perlu dibantu ketika Makkah di landa kemarau.

Menurut Ibn Qaiyim al-Jauziay di dalam kitabnya " Zad al Ma'ad ", apabila Summah bin Al Sai r.a pemimpin Bani Hanifah memeluk Islam, beliau memerintahkan supaya jangan dihantar bekalan gandum ke Makkah sehingga penduduk Makkah berada dalam keaddan kesemptitan hidup. Lalu pemimpin-pemimpin Makkah merayu kepada Rasulullah s.a.w menasihatkan sumamah agar menghentikan sekatannya.

KESIMPULAN

Tahaluf dapat dibahagikanmenjurut keadaan berikut:

1- Dalam peringkat membentuk kerajaan hendaklah dengan syarat:

a- Kempimpinan mestilah ditangan orang Islam
b- Mengiktiraf negara Islam
c- Menerima perlembgangaan Islam dan syariatnya

2- Tahaluf tanpa membentuk negara:

a- Kerana maslahah untukmenghadapi musuh yang lebih besasr
b- Masalah bersmauntukmenentang kezaliman, penyelewengan, membabaskanorang tahanan dan sebagainhya
c- Berlindung sementara ketika lemah
d- Tidak teikat dengan syarat yagn bercanggah dengan Islamdan kepeitnngan harakah Islamiyah.

PERHATIAN

Dalam situasi sekarang hendaklah diberi perhatian keapda bereb3apa perkara yagn boleh menjejaskan maslahah, di anaranya ialah seperti berikut:

1- Matlamat menegakkan negara Islam adalah sangat penting dalam strategi yang diambil oleh Harakah Islamiyah,. Oleh itu jangan terikat dengan janji yang akan menghalangnya atau syarat-syarat yang akan mengikat.

2- Mengutamakan pesefahaman dengan kumpulan-kumpulan Islam yang berpengaruh dan yang mempunyai titik pertemuan dengan perkara prinsip yang boleh dipercayai, bukannya yang lemah dan tidak berperanan. kemudian itu dengan kumpulan-kumpulan yang bukan Islam.

3- Kita sedang berhadapan dengan masyarakat yang cetek pemehamannya terdahap Islam, di mana mereka tidak mengetahui perbezaan Islam dengan ideologi-ideologi moden. Oleh itu golongan Islam hendaklah mempunyai syakhsiah yang kuat yang dapat membezakan mereka dengan parti-parti lain dan perlu diberi kefahaman depada mereka tentang perbezaan di antara Islam dan ideologi-ideologi moden. kalau tidak, tahaluf dengan kumpulan bukan Islam lebih memberikan kesan negetif.

4- Pesefahaman dengan kumpulan-kumpulan bukan islam tidak berpanjangan, samada mereka akan menerima Islam atau pertarungan akan berlaku juga pada akhirnya. Oleh itu itu, hendaklah membuat ikatan-ikatan yang longgar yang tidak akan membelenggu kita di belakang hari.

5- Di sana akan keluar kenyataan-kenyataan bersama yang perlu dipertimbangkan dengan tegas dari segi prinsip kita kerana kenyataan-kenyataan itu bukan sahaja perlu mengikut selera kita tetapi perlu juga menurut selera mereka.

6- Berwaspada terhadap tipu daya mereka dengan bertangong kepada allat s.w.t dan kebijaksanaan kurniaaNya.

PENUTUP

Nas-nas di kaji menunjukkan tahaluf boleh di lakukan secara melibatkan gerakan mengusai negara secafra menyeluruh dan secara khusus menghadapi isu-isu atau situasi-situasi yang khusus dengan memenuhi syarat-syarat yang tersebut diatas.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA