Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, October 30, 2011

KEMAS - PEROSAK MASA DEPAN GENERASI MUDA

Pendedahan laporan Audit untuk 2010 telah cukup mencemaskah kewangan negara. Jelas betapa pihak pemerintah telah menggunakan kuasa untuk menyalahgunaan " kewangan " yang dipunyai oleh rakyat untuk kant0ng dan kepentingan sama ada untuk peribadi, anak beranak, kawan dan rakan atau " bos " di sesuatu institusi.

Memang chttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgT4WcT9BwdZprUuO9HLsg2e5O-GXMHla7e2cq8DwdbCuBAyGayxxHbMUKDo7y6dfT8DFTvuxKrMC_JAr9vBKEvG_pE8i2hCc_qjtAhRN7WUYebm-yw0NGS05R8g7hjcDov00Bjlcw4pzY/s400/logo-kemas.gifukup mendukacitakan bagaimanan ada kalangan pengurusan di peringkat Tadika sanggup menyalahgunakan peruntukan wang makan anak didik untuk kepentingan lain, lain yang tercatat pada menu harian dah lain mula sajian yang disediakan.

Apakah sebenarnya yang berlaku, apakah peruntukan yang disediakan tidak sampai ke peringkat pelaksanaan. Lihat contoh di bawah:

Murid Tabika Kemang Kampung Muhibbah Raya, Kalabakan, Sabah dihidang kuih gelang sedangkan mereka perlu dikbekal dengan mi goring

Kemas Taman Guru, Kota Baharu, dihidang cucur undang sendang mereka sepatunya dihadangkan kuey teow ladna

Kemas Kg. Jawa Kongsi 10, Tawau Sabah disedikan dengan bubur nasi sepatutnya nasi putih, sup daging lembu brokoloi tumis dan oren

Kemas Bunut Payong Kota Baru, di hidang puding roti sepatutnya kek lapis masam manis dan minuman susu bijirin

sumber ; suara Keadilan 38 25 Okt. 2011

Kemas adalah institusi peringkat akar umbi untuk melahirkan generasi mendatang, kelahiran dan proses pembesaran anak didik perlu di awasi terutama pemakanan yang diperlukan juga perlu cukup khasiatnya. Tapi dengan tindakan tidak amanah ini kanak-kanak yang membesar ini sudah pasti gagal untuk " bertanding " kesihatannya, daya fikirkan dengan rakan-rakan dari bangsa lain, terutama anak-anak dari Bangsa Cina.

Kemas adalah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar, hak mutlak UMNO. Dengan itu semua pengurusan dan pentadbiran di bawah pengawasan UMNO. Penjawatnya pula dari peringkat nasiognal, negeri, guru-guru dan penyelia di peringkat daerah dan kawasan juga yang kebanyakannya terdiri dari politikus dalam UMNO Bahagian hanya asyik berpolitik mengejar jawatan sehingga tugas hakiki mereka diabaikan.

Jika mereka asyik berpolitik, apakah mereka juga menggunakan peruntukan untuk membangunkan kelas-kelas Tabika dijadikan modal untuk sogokan semasa berlawan merebut jawatan dalam UMNO bahagian.

Apakah dengan cara ini mereka ( penjawat ) di peringkat pengurusan dapat memikirkan masa depan mereka, dapatkah mereka bersaing dengan rakan-rakan sebaya dari bangsa lain? atau pun mereka dan kepimpinan negara bersedia melihat generasi mendatang membesar dan memiliki daya fikir yang berserabut dengan otak yang " berselut "

Pendedahan Jawatankuasa Audit ini pasti membuka mata rakyat dan rakyat berhak untuk bangun bertanya kemana perginya peruntukan jutaan ringgit yang disalurkan untuk pembangunan pra sekolah di luar-luar bandar di bawah Kementerian PembangunanWilayah dan Luar Bandar dan apakah merka sanggup akhirnya melahirkan anak-anak yang otaknya 'selut', mandom, tak mampu bersaing dan ponteng sekolah.

Kepada pihak kementerian, sudah pasti pendedahan ini dijadikan alasan apakah pegawai-pegawai KEMAS, Guru-guru KEMAS dan Penyelia-Penyelia yang tidak kompetant dan menyalah gunakan peruntukan ini perlu diterus atau mereka perlu disingkirkan. Atau pihak kementerian juga perlu memikirkan apakah mereka diperlukan untuk menerus dan memainkan peranan dalam politik dan tidak memberikan perhatian kepada kerja " membangunkan " generasi mendatang.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA