Pemandu pelancong " angkoh dan sombong " menceritakan apa yang terdapat di Brunei, kesederhanaan, berdisiplin, berkebajikan dan mereka hidup dalam keadaan yang sungguh "harmoni sekali. Untuk melihat " mat rempit " kami perlu ke Limbang, di Brunei tidak ada ruang untuk pemuda merempit. ( Limbang hanya 60 km dari Brunei )
Para pemuda / belia tidak pula menggunakan super market untuk mereka " lepak " dan bersiar-siar membuang masa. " Beta amat terharu bercampur gembira, dialu-alukan oleh kanak-kanak generasi termuda yang mempamerkan semangat tinggi dan suci kerana agama, terbayang bahawa daripada semangat inilah terpancarnya rahmat. Kerana Allah sendiri memang menyayangi kanak-kanak sehingga mereka itu disifatkan sebagai waliNya yang utama " titah ucapan semperna perasmian Sekolah Al-Falah - cebisan dari Pelita Brunei Keluaran tahun 56/Bilangan 127 22 Oktober 2011
Ramai dikejutkan dengan perkembangan terbaru di Negara jiran Brunei Darul Salam. Isunya Paduka Seri Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dalam satu majlis bertitah bahawa masanya sudah tiba untuk Brunei melaksanakan undang-undang Islam. Baginda bertitah demikian dalam persidangan bersama Majlis Ugama Islam Brunei dan Pejabat Peguam Negara Brunei.
Menurut Baginda sebagaimana dipetik dari The Brunei Times:
1- "We have the (Syariah) court building, in its grandeur, intellectuals and experts are also in abundance, and the country is independent, what more are we waiting for?"
(Kita telah ada Bangunan Mahkamah Syariah yang tersergam indah, cerdik-pandai dan pakar juga ramai, dan Negara ini Merdeka, apa lagi yang kita tunggu?)
Apakah di Malaysia tidak ada Mahkamah Syariah?
2- Who are we, in the presence of Allah (SWT), to say 'no or wait'; considering that (Islamic) law was not only just formulated, but has been stated in Al-Quran and Al-Hadiths for more than 1,400 years."
(Siapa kita di hadapan Allah swt untuk mengatakan “tidak” atau :tunggu” memandangkan hukum Islam bukannya baru, tetapi telah tercatat di dalam al Quran dan Hadis sejak lebih 1400 tahun)
Bagaimana dengan kepimpinan di Malaysia?
"3- Fifteen years has since passed, and there are still some that would say, 'we are not ready, we are still unable to' and 'there is still much to do' and that our preparations would require another eight or five years and so on "After that (five to eight years) there will be others who will immediately say we require a further five to eight years. If that is the case, when will the additional timeframes mentioned end?"
(15 tahun telah berlalu namun masih ada sebahagian yang mengatakan bahawa kita masih belum bersedia, kita masih belum mampu dan masih banyak yang perlu dilakukan dan bahawa persediaan kita masih memerlukan antara 5 ke 8 tahun dan seterusnya. Selepas itu nanti ada pula lagi yang lain yang akan mengatakan kita perlu lagi 5 ke 8 tahun. Jika begitulah keadaannya sampai bila ia akan berakhir?)
Bagi Brunei baru 15 tahun yang lalu, tapi Malaysia sudah 54 tahun yang lalu. Apakah Malaysia memang tidak berniat untuk kearah sistem perundangan cara Islam
"Those who are caught drinking alcohol or drinks that intoxicate, if there is enough evidence why not carry out the law of God, if there is not enough evidence or something that prevents a Syariah ruling then the case can be linked to the original case and judged with takzir”
(Mereka yang ditangkap meminum arak, jika cukup bukti, mengapa tidak laksanakan hukum Allah, jika tidak cukup bukti atau ada sesuatu yang menghalang perlaksanaan Syariah maka dalam hal itu bolehlah kita kembali kepada kes asal dan dihukum menggunakan takzir)
Apakah kepimpinan di Malaysia tidak dapat khidmat nasihat dari alim ulama negera untuk tujuan tersebut?
Dengan perkembangan ini tuntutan melaksanakan hukum Islam khasnya Hudud nampaknya dengan takdir Allah swt telah merebak di rantau sebelah sini. Semoga perkembangan terbaru ini akan membawa ramai di antara kita khasnya umat Islam berfikir dengan masak dan panjang.
No comments:
Post a Comment