Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, October 21, 2011

BAJET 2012- IBUBAPA / PENJAGA TERUS DI BEBANKAN




Bajet 2010 ( ada kalangan mengistilahkan " belanjawan ), telah membuka mata semua pihak, sama ada mereka di peringkat bawahan mau pun kalangan cerdik pandai. Yang pasti penyokong akan " mengistiharkan " ia adalah bajet yang terbaik dan sebaliknya pula pembangkang tetap membangkang. Rasionalnya pembangkang mengatakan " mana boleh berbelanja jika tak ada pendaptan "

Apakata Penjawat Awam apakah mereka gembira dengan bonus setengah bulan gaji, kenaikan tahunan akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 sehingga 37.7 mengikut gred, memperkenalkan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam atau SBPA yang akan menggantikan Sistem Saraan Malaysia atau SSM, menambah tanggamata gaji akhir dan memendekkan tempoh “time-based “ guru dari 10 tahun kepada 8 tahun untuk kenaikan pangkat. Adapun profesion yang paling beruntung ialah doctor perubatan yang benar-benar mendapat kenaikan elaun ‘on-call’ , kecemasan, dan sebagainya.

Secara khusus ditumpukan ke bajet Kementerian Pelajaran - khusus dengan pemansuhan yuran persekolahan, jumlah yuran yang di mansuhkan ( sekolah rendah ) ialah RM24.50 dan pecahan seperti berikut:
Insuran RM1.50
Kokurikulum RM3,
Kurikulum RM6,
MSSPK RM2,
Kegiatan Pendidikan Islam RM6,
Pengurusan Sukan RM6
berjumlah RM24.50.

Jumlah ini terbit apabila pada 2008, PM ketika itu Tun Abdullah juga mengumumkan pemansuhan yuran ( ketika itu yuran hanya RM4.50 sahaja ) tapi apabila musim persekolahan bermula pada 2009, ibu bapa / penjaga terkejut dengan penambahan yuran bukan nya berkurangan. Pakej Bayaran Tambahan di kenakan seperti yang dinyatakan.

Persoalannya apakah pihak kerajaan akan menyediakan peruntukan untuk " top up " yuran yang di mansuhkan? Jika jumlah pelajar di sekolah rendah diandaikan seramai 4 juta orang sudah pasti 1 bilion ringgit di khaskan untuk " top yuran " sahaja. Belum lagi di ambil kira pelajar di sekolah menengah.

Kemana wang yuran di gunakan?

Kurikulum : Ujian bulanan, Ujian Semesta, Ujian Berpusat, penyediaan lambaran kerja.
Kokurikulum : Perkhemahan unit berunifom, peringkat sekolah dan daerah.
Pengurusan Sukan : Sukan Tahunan, keperluan peralatan sukan
Kegiatan Agama : Majlis Tadarus Alquran, Aktiviti Sembahyang Duha, Majlis Membaca Yasin khusus kepada kelas peperiksaan.
Yuran MSSPk : penyertaan sukan MSSPk peringkat kelompok, daerah dan negeri.
( Insuran di kecualikan )

Sebelum pemansuhan pun pihak sekolah telah mengutip wang tambahan dari PIBG dan kini sudah pasti PIBG di perlukan lagi untuk memastikan kutipan mencukupi dengan apa yang di rancangkan oleh pihak sekolah. Kesannya sudah pasti membebankan dan mengerunkan keluarga. kalau seorang anak memerlukan RM200 kalau 3 orang sudah pasti RM600 diperlukan, itu di sekolah rendah bagaimana pula nanti jika ada yang di sekolah menengah? beban, beban dan beban.

Selain dari yuran tersebut, ibubapa juga sudah pasti perlukan memberi sumbangan kepada PIBG, membiyaai keperluan persekolahan seperti buku tulis, bahan rujukan, buku-buku kerja, pakaian rasmi sekolah, pakaian unit berunifom, pakaian pengawas. Semua ini sudah pasti memerlukan penambahan bajet setiap awal tahun.

Apakah dengan bantuan " One - Off " RM500 kepada keluarga yang berpendapatan kurang RM3000 dan setiap pelajar dengan bantuan Rm100 dapat menampong keperluan pembelajaran anak-anak? Tepok dada tanya Najib.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA