Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, October 24, 2011

BRUNEI - PEMBENTUKAN GENERASI BARU


" Beta bersyukur dan amat gembira, terharu di alu-alukan oleh kanak-kanak geenerasi termuda yang mempamerkan semangat tinggi lagi suci kerana agama "



DYMM Seri Baginda Sul. Hj. Hassanal Bolkiah
Sultan & YDP Negara Brunei Darulsallam

" Generasi muda yang mempamerkan semangat tinggi lagi suci kerana agama. Dengan bersifat demikian terpancar rahmat, kerana kelahiran mereka memang di sayangi oleh Allah dan Allah juga menyifat mereka sebagai WaliNya " titah Paduka Seri Baginda Sultan Hj. Hassani Bolkiah - di majlis perasmian sekolah Al-Falaah. Brunei.


Baginda bersama para pelajar

" Mereka juga mempunyai minda dan jiwa yang bersih, tidak berdosa dan doa mereka juga amat mustajab, ini lah kedudukan mereka, jadi kalau kita benar-benar mengetahuai kedudukan mereka, sudah tentu tidak ada yang tidak menyayangi mereka " tambah bagainda.



Baginda bersama pelajar

Amat menyedihkan masa kini sudah ramai kalangan manusia yang suka menginiayai kanak-kakak, tergamak mendera, malahan membunh, dan membuang bayi yang baru di lahirkan. Apakah mereka tidak terlintas dengan perbuatan ini amat terkutuk dan di murkai oleh Allah.

Al-Falaah adalah sebuah sekolah rendah yang menjurus kepada pembentukan nilai-nilai murni seorang insan, dengan bermatlamat mendidik anak-anak dengan akhlak Islam yan mulia supaya mereka menjadi modal insan yang berguna kepada agama, bangsa dan tanah air. Selain dari mata pelajaran yang sedia ada ianya ditambah dengan menitik beratkan mata pelajaran Bahasa Arab, agama dan pembacaan ( bacaan dan hafalan ). Budaya pendidikan bersifat holistik, dinamik dan futuristik untuk persiapan mereka menghadapi segala cabaran mendatang.



Baginda bersama pelajar

Al-Falaah juga sebagai " platform " untuk menanam dan memupuk semangat kecemerlangan dalam bidang pendidikan agama diusia muda kanak-kanak kecil ibarat " melentur buluh biar dari rebungnya " Untuk itu peranan ibubapa juga perlu disamping penglibatan dari agensi kerajaan yang lainnya. Kejayaan tidak akan terjelma jika tanpa kerjasama dari semua pihak, tunjukanlah keprihatnan terhadap usaha-usaha ini.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA