Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri ke 4 dan berjaya melaksanakan tugasan di jawatan tersebut yang paling lama antara PM Malaysia, setakat ini selama hampir 20 tahun dan dengan kehendak rakyat pastinya Ahli UMNO juga beliau bersara pada 2003 dengan melantik Abdullah Badawi sebagai penggantinya. Semasa UMNO di tangan Abullah, beliau " sengap " seketika dan beliau menginap di Langkawi dengan memberikan perhatian khusus kepada projek peribadi.
Beliau mula " bising " apabila Dollah ( gambar ) mula di minati oleh rakyat, juga pembebasan DSAI, juga beliau mengheret Eric Chia dengan salah laku penyelewengan, pembatalan jambatan bengkok. Lantas itu beliau menyusun langkah bagaimana untuk memastikan Dollah tidak lama di kerusi PM akhirnya kegagalan PRU12 pada 2008 adalah peluang terbaik untuk Mahathir berikhtiar untuk menafikan keruasi PM di " diami " oleh Dolah. Beliau berjaya dan Najib mengambil ambil alih kerus PM.
Perlantikan Najib pada April 2009 tidak bagitu menampakkan " kebencian " Mahathir sama seperti zaman Abdullah, tapi kekadang beliau bertindak dengan menyertai badan-badan NGOs pro Melayu, Perkasa telah dijadikan " batu loncatan " untuk beliau menyerang Najib pula. Tapi akhirnya beliau kembali di atas pelana secara rasmi menyerang Najib, berita beliau hampir setiap hari di keluarkan oleh sama ada di media cetak mau pun media elektronik. Mahathir telah di jadikan " orang pertama " yang perlu dirujuk oleh pemberita apabila ada saja isu baru. Seperti bajet 2012 untuk Pakatan Rakyat.
"Senang untuk kita belanjakan wang yang bukan di bawah kawalan kita. Kita boleh buat apa sahaja seperti berjanji memberi 20 peratus royalti minyak. Ya, kita boleh membuat janji-janji itu kerana kita bukan kerajaan. Berjanji, asalkan kamu menang pilihanraya," kata Mahathir.
Kaitan dengan PRU13, Mahathir juga telah memberi amaran keras kepada Najib Razak untuk menangguhkan pilihanraya atau UMNO akan "kalah besar", kerana sokongan terhadapnya sudah pudar, tambahan pula Najib di penohi dan sarat dengan skandal yang memalukan Malaysia. Sentimen awam terhdap Najib pada masa kini amat negetif atas salah laku tersebut.
Saga kes Altantuya-Scorpene yang berterusan menyebabkan pemerhati-pemerhati internasional menggeleng kepala tidak percaya tetapi di Malaysia, UMNO dan kuncu-kuncunya berpura-pura tidak tahu menahu tentang perkara ini, walaupun mereka mengikuti perkembangannya. Skandal rasuah yang melibatkan wang imbuhan untuk pembelian dua kapal selam Scorpene ini sedang menunggu perlantikan hakim penyiasat Perancis. ( memang budaya MNO hanya pandai mengampu sebaliknya tidak bersedia untuk menegor - itu lah jadinya kepada DSAI yang cuba menegor Mahathir, akhirnya DSAI yang dipecat, semua ahli UMNO sokong Mahathir semata-mata untuk memastikan agar tidak kehilangan kerusi )
Apakah penyudah Kes Pembunuhan Tersohor ini? Apakah dengan " tergantungnya " dua pengawal Najib kes sudah muktamat?
Apakah penyudah Kes Pembunuhan Tersohor ini? Apakah dengan " tergantungnya " dua pengawal Najib kes sudah muktamat?
Isu cincin berlian bernilai RM24 juta, yang dikaitkan dengan isterinya Rosmah Mansor. Bersama dengan desas-desus mengenai pembelian barangan mewah, percutian ke luar negara bersama kuncu-kuncunya yang menggunakan wang rakyat, Rosmah Mansor merupakan tanggungan berat tabung negara dan juga untuk imej politik Najib.
Dan yang terbaru sekali, Najib yang berumur 58 tahun itu sedang berusaha keras untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang paling 'cool'. Mudah sahaja untuknya, yang tidak merasa apa-apa dengan membazirkan berjuta-juta wang rakyat untuk publisiti palsu.
Ekonomi yang merudum, kos sara hidup yang meningkat dan pergolakan dalaman UMNO sudah pastinya membebankan fikirannya tetapi tidak pada Najib. Sebaliknya, Najib kelihatan seperti hanyut ke sana-sini. Lihat saja pembentangan bajet tahun 2012 pihak pembangkang cukup dukacita kerapa pelaporan audit tidak dibekalkan semasa pembentang tersebut.
Kini rakyat pula menanggung hutangmencecah RM437.2 bilion atau 52.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sehingga 30 Jun tahun ini. Angka yang mengerunkan itu diperoleh daripada jawapan bertulis Kementerian Kewangan kepada soalan ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok yang meminta menteri kewangan menyenaraikan negara luar yang memberi hutang kepada Malaysia.
Atas salah laku dan salah guna kuasa yang dilakukan oleh Najib membuatkan Mahathir merisaui apa yang akan terjadi kepada Malaysia nanti pada PRU13. Bagi Mahathir, kemenangan PRU-13 adalah segala-galanya. Lebih baik kehilangan seorang individu ( siapa - sudah pasti Najib ) daripada mengalami kekalahan di tangan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh musuh yang paling dibencinya, Anwar Ibrahim.
Inilah pergolakan Mahathir vs Najib, dan ia semakin menjadi-jadi setiap hari. Najib mahu tetap berkuasa melaui persepsi rakyat, manakala Mahathir mahukan BN tetap berkuasa dengan mengorbankan seorang individu. Dan pada akhirnya, pihak yang kalah itu bukanlah pihak yang melawan tetapi pihak yang direbutkan. Dan pihak ini adalah rakyat yang sentiasa diketepikan untuk hanya menonton perlawanan politik UMNO.
Inilah pergolakan Mahathir vs Najib, dan ia semakin menjadi-jadi setiap hari. Najib mahu tetap berkuasa melaui persepsi rakyat, manakala Mahathir mahukan BN tetap berkuasa dengan mengorbankan seorang individu. Dan pada akhirnya, pihak yang kalah itu bukanlah pihak yang melawan tetapi pihak yang direbutkan. Dan pihak ini adalah rakyat yang sentiasa diketepikan untuk hanya menonton perlawanan politik UMNO.
No comments:
Post a Comment