Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, July 31, 2010

SAMAN EKOR, PERBUATAN KHIANAT KERAJAAN UNTUK RAKYAT

Dewan Muslimat Pas, Kawasan Pasir Salak, telah berjaya menganjurkan Majlis Makan Amal, dengan bertujuan untuk membantu kewangan Pas Kawasan ini sebagai persiapan untuk menghadapi PRU13 nanti. Tetamu utama di majlis tersebut selain dari Pn. Hj. Nuridah binti Salleh Ketua DMP Pusat ialah Dato Hj. Mahfuz bin Omar Naib Presiden Pas Pusat, walau bagaimana pun majlis agak sayu dengan ketidakhadirnya Pengerusi PAS Kawasan, ustas Mustafa Shaari yang kini diserang sakit dan waktu ini terlantar di Ipoh Speacialist Hospital Ipoh.

YB Mahfus sedang menikmati bubur kacang durian

Dalam ucapannya, memang tidak dapat dinafikan gaya Sdr Mahfuz berucap dapat menarik perhatian ramai, ini terbukti semasa beliau memberikan hujah, khusus berkaitan dengan " perpaduan Melayu " " Saman ekor " hadiran telah memberikan perhatian secara khusus untuk menerima maklumat tersebut.

Dari sudut perpaduan, beliau mengaku ianya amat perlu dan perlu di terima untuk semua pihak yang sayang dan cintakan negera. tapi apakah perpaduan yang dicanangkan masa kini tambahan pula dengan " berketengahkan " Mufti Perak dapat di terima oleh semua pihak, kerana Tan Sri Harunsania sendiri tidak menyatakan tindakan dan perbuatan yang dilakukan oleh UMNO semasa merampas Perak tidak dinyatakan kezalimannya. Mufti juga berpendirian menyebelahi UMNO dalam isu lompat parti. Ini jelas menunjukan Perpaduan tajaan Harunsana ini adalah berkepentingan.

Bagi PAS, perpaduan yang di canangkan ialah meletakan Kerangka Islam, kerana " Islam adil untuk semua " sebagai garis panduan juga dari aspek pemerintahan tidak cara yang dilaksanakan oleh UMNO kerana kerangka yang diamalkan oleh UMNO adalah " perpaduan " dari sudut perseptif yang sempit, tidak adil kepada semua serta melaksanakan pengurusan pentadbiran yang pilih kasih.

Isu saman ekor, juga melihatkan sendiri bagaimana kerajaan kita berdolak dalik dan ianya bukan untuk tujuan mendidik tapi bertujuan untuk mendapatkan dana dari poket rakyat. Lihat sendiri bagaimana dan apa yang telah berlaku di mahkamah Sarawak 2007, ternyata penggunaan " Saman Ekor " di tolak oleh mahkamah, tapi pihak polis dan JPJ meneruskan usaha ini. dan satu jawatankuasa khas di peringkat pusat telah dibentuk bertujuan mengkaji keputusan mahkamah Sarawak tersebut untuk digunakan pakai di seluruh negera.

Sebelum mengakhiri ucapan beliau juga sempat menyentuh bagaimana para menteri kabinate zaman Mahathir dapat ditipu oleh Lee Liong Sik dalam isu berhubung dengan pembelian tanah projek Mega Distribution Hub di Pelabuhan Kelang. Dan kini salah seorang dari mereka yang tertipu ialah Najib sendiri.


Pn. Hjh Nuridah menyampaikan hadiah kepada pemenang " kehadiran bertuah "

Pn. Hjh Nuridah pula menyentoh berkaitan dengan sebuah sekolah untuk pelajar yang " termengandung " yang dicadangkan oleh Kerajaan Melaka, cara ini seolah-olah kerajaan BN mengiakan perbuatan tersebut bukannya mencari jalan yang lebih ilmiah untuk mengatasi kejala tersebut. Beliau juga menyatakan tahun 2000 hingga 2008 terdapat sejumlah 250 ribu nyawa luar nikah di Malaysia, dan ini mungkin telah bertambah masa ini.

DATO T AKAN SAMAN PEMBANGKANG ISU FELCRA

Dalam sehari dua ini, Parlimen Pasir Salak akan di gemparkan dengan berbagai-bagai aktiviti, ada aktiviti yang dikhususkan untuk memastikan pengerusinya Dato T ( panggilan Masyarakat Felcra ) seperti Tilawah masyarakat Felcra seluruh negara di adakan pada 30 - 31 Julai. Dato T cuba menandingan Tilawah Peringkat Antara Bangsa yang di adakah di KL. Disamping itu Pihak PAS bersama dengan PR pula cuba dan akan mendedahkan penyelewangan yang dilakukan oleh Pengurusan Felcra di bawah pimpinan Dato T kepada seluruh masyarakt Felcra juga dari seluruh negera program ini pada 31 Julai hingga 1 Ogos.


Dato T kelihatan marah, geram dan cemas semasa di temu bual oleh pemberita



Selain dari ceramah, aktiviti foram dengan penal peringkat kebangsaan di jemput untuk memberikan fakta dan hujah berkaitan dengan apa yang berlaku pada Felda juga berlaku pada Felcra. Penceramah ulung sudah pasti Pengerusi Anak. Sdr. Mazlan Ahmad ( Gambar sebelah ). Selain itu sudah pasti jualan beranika barangan di adakan. kuasa dalam pengurusan agensi itu. Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman (gambar) berkata, tindakan Tajuddin hari ini mengeluarkan kenyataan mahu menyaman penganjur jika memfitnah, menampakkan kegusaran seperti ada yang tidak kena. "Belum pun himpunan bermula, dia dah panik, seperti ada sesuatu yang menggusarkannya. "Kalau dia melatah, dia emosional bukan rasional," katanya kepada Harakahdaily.

Tapi apa yang perlu diperkatakan ialah kenapa Dato T " lebih sudu dari kuah " kenapa beliau bagitu takut dengan pendedahan bak kata pepatah " belum duduk dah berlunjur " apakah Dato T sudah mengandaikan ceramah dan foram yang dianjurkan sudah pasti mendedahkan kelemahan dan ketirisan dalam pengurusan Felcra? Atau semenjak Felcra di bawah kawal selia Dato T memang ujud ketirisan tersebut?

"Pihak pembangkang didapati cuba memanipulasikan fakta kononnya agensi itu turut menghadapi masalah pengurusan dan kewangan, sama seperti tuduhan bangkrap yang dilemparkan terhadap Felda, Felcra mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh kerana telah berjaya memberi dividen bernilai RM3.6 billion kepada 94,000 peserta setakat ini. Sepanjang tahun lalu, Felcra mengeluarkan dividen sebanyak RM480 juta dan RM790 juta pada tahun 2008 dan pada tahun ini akan memberi RM500 juta dividen kepada peserta. Luahan Dato T kepada pemberita selepas merasmikan Gotong Royong Perdana di Felcra Seberang Perak di Kampong Gajah hari ini.


Dato T dengan Noh bersarapan ala " cowboy "

Untuk tujuan rekod dan pengetahuan, pada selang tak sampai sebulan dua projek induk di laksanakan oleh Dato T dengan menggunaan wang Felcra ( kepunyaan peserta ) tampa belas kasihan. Majlis Pelancaran Benih padi baru dengan sarapan pagi yang bagitu hebat - untuk apa dan duit siapa yang digunakan dan menafaatnya kepada siapa? Apa perlunya " sarapan " bagitu hebat untuk Menteri Pertanian dan Asas Tani. Selapas itu diadakan pula Tilawah peringkat Kebangsaan dan pendengar semua diangguk dengan bas, duit siapa, siapa bayar bayaran bas, buat gotong royong, di berikan baju T, duit siapa, siapa yang malang? Semua persaolan ini adalah untuk memastikan dan satu lobi untuk Dato T terus memimpin Felcra untuk penggal ke 2 nanti.

YANG JADI MANGSA ADALAH PESERTA
( Pemimpin hidup mewah rakyat menderita )

Friday, July 30, 2010

MASJID AZLAN GEMPAR DENGAN LAUNGAN TAKBIR

Hari ini 30 Julai, Masjid Sultan Azlan Shah, Kampong Gajah di gembarkan dengan laungan takbir yang cukup bersemangat, hingga ada kalangan jemaah yang mengaku bulu roma naik tegak apabila laungan " takbir " di laung, dari laungan yang agak perlahan dan sambutan yang biasa hingga menjadikan laungan yang cukup kuat dan sambutan yang bergema sekali.

Laungan takbir ini ada kaitan dengan satu program " perhimpunan Warga Felcra " anjuran PAS pusat yang bertempat di Felcra Seberang Perak, nak jadi kebetulan masa yang sama pihak pengurusan Felcra Bhd. pula mengadakan Musabaqah untuk kerabat Felcra seluruh Malaysia.

Inilah poster yang dikeruni oleh pihak polis dan Felcra.

Elok sebaik sahaja iman selesai membacakan doa, dan mencapai semua pembesar suara untuk mengumumkan sesuatu, bangun pula seorang ( anggota polis ) yang dikenali sebagai Chor oleh penduduk Kg. Gajah, beliau merampas pembesar suara tersebut dan mencapai sekepening kertas lalu membaca apa yang tercatat. ( entah yang entah tidak - kerana tak kelihatan )

" dimaklumkan perhimpuan anjuran PAS esok dan lusa tidak ada permit, jadi sesiapa yang berkunjung ke majlis tersebut didapati melanggar undang-undang dan boleh ditangkap - saya mewakili ketua Polis Daerah " saran Chor kepada jemaah. Chor meneruskan kenyataan dan pada masa ini hampir semua jemaan menyahut laungan Takbir dan selepas itu Chor hilang dan secepat kilat meninggalkan masjid.

Untuk mendengar ceramah Chor marah, tapi apabila pihak orang ramai mengadu tentang ada kalangan kedai yang menyediakan set karaoke hingga larut malam Chor tidak ambil pusing, rupa-rupanya Chor juga adalah salah seorang peminat berkaraoke, beliau selalu mengalunkan lagu-lagu 60an.

Kepada Chor, fikirkanlah masa depan anak bangsa, bukan berfikir untuk mematikan rakan taulan UMNO hidup tanpa haluan dan tujuan.

Thursday, July 29, 2010

FELCRA DI GEMPUR TILAWAH DAN CERAMAH



jemput beramai-ramai

Di paparkan beberapa kain pemidang untuk tatapan kepada semua " pelayar " blog ini, paparan ini melambangkan satu aktiviti yang hebat pada hujung minggu ini, aktiviti yang dimakudkan ialah musabaqah peserta tanah rancangan Felcra seluruh negera dan satu majlis yang dinamakan himpunan warga Felcra seluruh Negara juga.

Kedua-dua aktiviti ini melibatkan " penghuni " yang sama, iaitu peserta tanah rancangan, apakah program ini ada kaitan dengan apa yang berlaku kepada Felda, memang ada kaitannya tapi pengerusinya orang yang berlainan. Felda terus di bawah naungan PM, kerana ayahanda beliau adalah " peneroka " Felda tapi malang sesampai ke tangan anaknya, Felda yang kaya raya kini di ambang muflis. Tapi Felcra di bawah pimpinan manusia yang pernah di sabitkan kesalahan dengan politik wang beberapa tahun yang lalu dan beliau terus di mahkotakan sebagai " six million dollar man " zaman itu DSAI adalah Timbalan Presiden UMNO merangkap pengerusi badan disiplin UMNO, Dato T ( gelaran kakitangan Felcra ) juga pernah tertangkap " bersuka dengan judi " di Genting Highlands semasa menjawat jawatankuasa Pemuda Bahagian tempoh hari. ( ianya sudah men jadi sejarah ) Itu sebab agaknya Dato T amat berdendam dengan DSAI - agaknya aje le.

Pemidang Tilawah Warga Felcra dan akan di sempurnakan oleh YB Senator Mejar Jeneral ( B ) Dato Jamil Khir Baharom, Menteri di JPM. kalau kita perhatikan keadaan keceriaan pemidang amat mendukacitakan, seolah-olah pekerja mereka buat kerja jangan tidak sahaja. Cuba perhatikan bagaimana pemidang dari Himpunan Warga Felcra - keloalaan Pas, ianya cukup yakin dan daya juang yang tinggi.


Tilawah akan diadakan pada 30 - 31 Julai di Dewan Besar Felcra, Sberang Perak, sebaliknya Himpunan Warga Felcra hanya 1 km jarak dari dewan besar, tapi himpunan di adakan pada 31 Julai dan berakhir pada 1 Ogos. Penglibatan " panglima " ANAK dalam majlis ini sudah pasti dapat membongkar apa yang sedang berlaku sebenarnya di Felcra kerana apa yang berlaku di Felda ada juga kaitan dengan Felcra.

Rakan dalam gambar ini adalah tenaga " profesional " dalam urusan mendirikan khemah, dan sekeliling tanah lapang ini akan disediakan khemah dan satu kheman induk ditengan-tengah untuk acara majlis di jalankan.

Akhir kalam, kepada semua " pelayar " harap dapat memanjangkan jemputan ke majlis ini kepada seberamai rakan dan taulan

KINI UJUD KEMENTERIAN PELAJARAN " IBU TERMENGANDUNG "

Kerajaan Malaysia bawah urusan pembangunan kemanusiaan, sudah pasti kini mengujudkan sebuah lagi kementerian di bawah pembangunan pendidikan, selain dari Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pelajaran Tinggi kini akan diadakan pula Kementerian Pelajaran khusus untuk mengurus tadbir sekolah khusus berkaitan dengan para pelajar yang " termengandong " sebelum masanya. Langkah KM Melaka untuk memastikan " pelajar " tersebut di bela ini ada kaitan dengan peristiwa sebelum bekas KM Melaka Tan Sri Rahim Tamby Cik, sebelum Mohd. Ali Rustam mengambil alih kerusi tersebut.


Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyarankan agar generasi yang dibentuk melaluinya agar berkembang secara menyeluruh dan bersepadu, Jasad, Emosi, Rohani dan Intelek. Dengan tindakan KM Melaka ini sudah pasti memberikan satu ransangan kepada generasi " ketelanjuran " ini dapat dibela dan kelahiran mereka terjamin dan tingkah laku mereka juga di berikan perhatian oleh kerajaan 1 Malaysia.


" Menurut statistikk, di Melaka kes rogol berjumlah 112 kes pada tahun 2009 dan pada 2010 dari Janurai hingga Jun pula sudah ada 40 kes, kes buang bayi ianya berlaku sepanjang tahun untuk 2009 dan hingga Jun 2010 sudah ada 3 kes yang dilaporkan, peningkatan ini amat membimbangkan " Mohd. Ali Rustam - ( Sinar Harian Khamis 29 Julai 3010 )


Pandangan dan rasional yang diberikan oleh Mohd. Ali Rustam, sungguh berperikamanusiaan, apakah kita sanggup melihat mereka yang tidak berdosa dan ingin terus hidup tapi melahirkan anak-anak yang di " bina " suka sama suka, keperikamanusiaan Ali Rustam ini apakah ada kalangan mereka yang menasihati daya fikirnya, apakah mufti di Melaka tidak membantu beliau untuk berfikir dengan tindakan tersebut, atau pun kini budaya " kuning " telah menular dengan hebatnya di negara kita.

Kini jelas dan terang, masyarakat Malaysia terus terkeliru dengan tindakan pucuk pimpinan sama ada di negeri mau pun pusat, pusat meluluskan judi, negeri berfikir untuk membela mereka yang melakukan maksiat, melahirkan anak luar nikah dan sebagainya, apakah Allah mula menurunkan " bala nya " kepada rakyat Malaysia. Alllah SWT saja yang mengetahuinya.

Para alim ulama, bijak pandai agama, para mufti berikanlah sedikit teguran dan pandangan kepada pemimpin kita yang juga telah " terlanjur " dalam mengambil tindakan untuk kebaikan, mengapa mereka langsung tidak memihak kepada Alquran dan hadis untuk memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada rakyat yang dipimpin?

Wednesday, July 28, 2010

SELANGOR - ADA RTS SENDIRI.

Sebagaimana yang kita ketahui, sistem dan kebebasan media cetak, media eletronik amat terhad untuk parti pembangkang, kita lihat sahaja bagaimana pihak kerajaan menafikan hak PKR untuk meneruskan penerbitan lidah rasminya " Suara Keadilan ", bagaimana pula dengan " Roket " lidah rasmi hak DAP dan seketika dulu " Harakah " lidah rasmi PAS juga di gantong penerbitannya, tapi akhirnya Harakah dapat diterbitkan semula, walaubagaimana pun Roket dan Suara Keadilan terus di gantung tidak bertali.

Jadi apakah salahnya setiap kerajaan negeri di bawah pimpinan PR, memperuntukan sejumlah wang bagi menyalurkan maklumat berkaitan dengan negeri-negeri masing-masing untuk pengetahuan rakyatnya, sudah tentu rakyat ingin tahu apa yang sedang dilakukan oleh kepimpinan di peringkat negeri untuk pembangunan, pendidikan, perekonomoian, serta lain-lain program. Ini sudah pasti dapat memastikan rakyat tahu apa yang sedang dilakukan.




YAB Tan Sri Khalid berucap di majlis dialog bajet 2011

"Populasi Rakyat Selangor berjumlah 5.2 juta orang dan menerima RM3 seorang untuk menadapatkan " informasi " berkembangan berkaitan Selangor, jumlah ini bersamaan RM15 juta untuk semua nyawa di Selangor," kata Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim pagi ini dalam ucapan pembukaan dialog belanjawan 2010. Sudah tentu kekuatan barangan ini amat diperlukan, maklumat akan di dapati hanya melalui hujung jari. Dana itu akan digunakan untuk menyebarkan maklumat melalui portal TVSelangor, Selangor Kini (termasuk versi cetak). "Kita juga akan menerokai potensi bagi mewujudkan Radio Selangor bagi melebarkan penyebaran maklumat," katanya.
Apakah ini dianggap satu pembaziran? tapi bagaimana kalau kita lihat sendiri bagaimana pihak kerajaan boleh memperuntukan wang negera untuk tujuan kepentingan politik parti pemerintah, mereka menggunakan " kuasa " untuk mengeluarkan wang dan digunakan untuk kepentingan kaum dan sahabat handai belaka. Sebab itu agaknya mereka berterusan memerangai kerajaan Selangor. Selangor negeri kaya, dan bersedian untuk membuat dan melaksanakan berbagai-bagai program kebajikan untuk rakyat. Untuk Selangor teruskan perjuangan dan pastikan rakyat merasa nikmat di bawah pemerintahan PR.

Tuesday, July 27, 2010

GURU - BEBAN POLITIK PULA TANGGUNGAN MU

Bermula 1 Ogos ini, pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 akan dibenarkan melibatkan diri dalam politik, demikian diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.Menurut Mohd Sidek, langkah itu berlandaskan hakikat bahawa guru suatu masa dahulu memain peranan penting dalam memimpin masyarakat dalam senario politik negara. "Masanya sudah tiba mereka dibenar aktif semula dalam politik," katanya dalam satu kenyataan hari ini. ( Petikan dari Malaysia Kini )


KSN ( gambar atas ) sudah berapa lama beliau bertugas, dan sudah berapa lama menjawat jawatan KSN, dan di fahamankan dengan memberikan laluan kepada kebenaran tersebut perlantikan beliau di tambah ke setahun lagi. Insyaalah akar berakhir pada Nov. 2011.

Kalau kita kaji dan teliti kenapa agaknya di adakan peratuaran 21 Peraturan pegawai Awam ( kelakuan dan Tatatertib ) 1993, dengan tidak membenarkan guru siswazah berpolitik dan guru dalam kumpulan sokongan dibernarkan setelah mendapat kebenaran bertulis dari pihak KP Perkhidmatan Awam atau Ketua Setiausaha di kementerian berkenaan.

Memang ada pro dan kont dalam isu ini, khusus kepada mereka yang berminat untuk berpolitik, memang benar zaman Allahyarham Tun Ghaffar ( mereka guru sekolah rendah ) sahaja yang ada masa untuk kehulu ke hilir mempPerjungkan nasih bangsa. Dan perjuangan masa itu lebih ditumpuken kepada perjuangan suci untuk pembangunan Agama, Bangsa dan Tanah air. Perjuangan Guru Melayu tidak melibatkan " wang " di pernah di dengar istilah " politik wang " tidak pandar para perwakilan " menjual dan membeli " perwakilan. Tidak pandai mengadakan rombongan, tidak pandar menyediakan makan malam, tidak pandai membawa mereka yang berkenaan keluar negera dan sebagainya.

Apa yang penting, guru yang terlibat dalam politik apakala ada pilihanraya mereka lah yang akan di angkat menjadi calun, kerena perjuangan mereka, tapi masa berubah, daya fikir sudah matang, negera sudah mengalami proses perubahan dan menikmatti kemerdekaan, dengan itu zaman pemimpin yang hanya berjuang untuk kepentingan bangsa mula dipinggirkan, kalangan guru amat " miskin " jadi ruang ini di masuki oleh mereka yang bergelar " ahli koporat " Fenomena politik tanah air sudah berubah.

Apakah pihak kerajaan sudah dapat memastikan guru-guru yang terlibat nanti akan dapat memberikan tumpuan kepada " core business " mereka, apakah mereka akan di pantau oleh pihak perwajib dengan penglibat itu nanti. Apakah berani pihak di PPD mau pun di Jabatan hatta di kementerian untuk menegur mereka, di mana ada antara mereka yang menjawat jawatan Ketua Bahagian atau sebaran jawatan dalam parti nanti. Atau apakah mereka pula yang akan mengarahkan PPD hatta Pengarah mau pun KPPM dalam melaksanakan tugasan yang di amanahkan? Atau apakah tugas dan tanggongjawab kini akan " up side down " di mana pihak orang politik pula mengawas kakitangan kerajaan.

Tapi bagaimana pula akan berlaku jika sesebuah parti yang memerintah, terdapat kalangan kepimpinan parti yang menjadi pentadbir di PPD, JPN mau pun di kementerian, apakah mereka dapat melaksanakan atau memisahkan fahaman politik dengan kerja hakiki mereka? pada masa kini pun, ramai kalangan pegawai kerajaan bertindak mengikut selerah dan fahaman parti pemerintah apatah lagi jika mereka sendiri yang bertindak sebagai pentadbir nanti. Sudah tentu keadaan organisasi pendidikan akan caca marba di buatnya.

Lihat pula faktor ini, perjumpaan dan aktiviti orang parti tidak mengenal masa, dan boleh dan perlu bergerak sentiasak, apa akan jadi kepada murid dan para pelajaran sesebuah sekolah jika majoriti gurunya terlibat dengan politik, apa akan terjadi jika mereka pula berada di PPD atau Jabatan atau Kementerian? tidak kah nanti, " load work " akan menjadi-jadi. dan keberhasilan kerja tidak menentu. yang mana perlu di " fokuskan " karier politik atau karier hakiki ( jawatan ) yang disandang.



Akan ujudkan persefahaman ssebagini antara guru dengan murid yang
ada fahaman politik kepartian nanti ? ( gambar hiasan )


Akhirnya dapatkah atau mampukan mereka kalangan guru yang berpolitik dan perjawatan dalam parti untuk membezakan antara kepentingan politik dengan kepentingan kerja hakiki yang di jawat. Berpolitik - client dari politik yang sama, tapi sebagai guru ( sama ada di sekolah mau pun di PPD, Jabatan, Kementerian ) yang dihadapi semua rakyat di negera ini, dan negara ini pula mengamalkan sistem demokrasi. " Beliau berkata syarat-syarat ketat akan dikenakan agar tugas dan fokus utama golongan itu iaitu mendidik tidak terjejas dengan penglibatan mereka dalam politik. Katanya mereka yang dibenarkan terlibat dalam politik kelak hendaklah mematuhi sepenuhnya Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, termasuk batasan tugas mereka sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan dengan aktiviti dalam politik " tambah KSN



Sunday, July 25, 2010

SIRI - 4 SELEPAS 15 BULAN MEMERINTAH - SUMBER PASIR TERLEPAS KE PR



Paparan di atas adalah di keluarkan oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor yang dapat dan berjaya membandingkan pendapatan hasil korekan pasir di Selangor. Perbandingan antara dari tahun 2005 hinggan ke pertengahan tahun 2010. Kalau bagitu keadaan semang dan sepatutnya UMNO dan kepimpinan tertinggi sama ada di peringkat negeri maun pun persekutuan merasa cemas dan iri hati. Kalau selama ini hasil korekan pasir menjadi habuan kepada sebilangan kecil rakyat Selangor tapi kini ia sudah dapat di hak milikan oleh semua rakyat.
Hasil dapatan dari pasir cuma antara 3 - 5 juta setahun semasa Khir Toyo memerintah, tapi kenapa semasa Khalid Ibrahim ia sampai ke angka 15.36 juta ( apakah khalid tidak berminat untuk mengisi poket bersama EXCO yang lain ) Bertempek lah panglima UMNO dan kini pasukan Gerakan Selamatkan Selangor yang di ketuai oleh Sdr. Ezam terus menghentam dan mengecilkan tindakan Kerajaan Selangor, walaubagaiman pun DSAI adalah mangsa utama yang di terkam oleh Ezam. Tapi malang bagi Ezam, kerana selagi beliau menerkam DSAI makin bertambah kepercayaan rakyat kepada PR, ini jelas dengan paparan samburan pengundin baru untuk terus memberikan kepercayaan kepada PR di pimpinan DSAI itu sendiri. Sumber dari SPR jelas menujunkan pengundi baru terus bersama-sama dengan PR, di Selangor yang telah mendaftar seramai 13,721 untuk PR dan hanya 6683 untuk BN. Sememangnya UMNO khususnya merasa tertekan dengan keadaan ini.


Kurikatur di atas jelas menunjukan apa yang terjadi semasa BN memerintah Selangor, jadi sudah pasti mereka merasa cemburu atas kejayaan PR yang kini dapat mengutip hasil sejumlah yang dinyatakan. KSSB anak syarikat Kerajaan Negeri di terjemahkan " korek Selangor Sampai berlubang " dan " Kebas Sebelum Selangor Berlubang " ini jelas menunjukan mereka sudah kehilangan sumber kewangan untuk di agih-agihkan di kalangan pengikut mereka, sumber sudah habis, wang poket sudah kering, dan mereka terus membutakan mata, dapat tidak dapat membezakan siapa yang untuk dan siapa yang rugi. Siapa yang mengeluarkan lesen dan siapa yang telah hidup kaya raya dengan hasilan pasir tersebut.


ehsan malaysia kini.

Carta yang di keluarkan oleh SPR ini memang menakutkan pihak UMNO, di mana mereka pada PRU 13 nanti? kemana harus mereka pergi, adakah mereka akan meninggalkan Malaysia dan tinggal di negera kedua sebagai " pelarian " dan memohon saka politik untuk tinggal di negara tersebut? Persoalan ini Allah saja yang akan menentukan. Kepada Kepimpinan PR jangan pula terus di buai mimpi dengan keadaan yang meyakinkan ini, kerana segala-galanya boleh berubah dan di permainankan oleh pihak pemerintah. Yang penting terus memperitngkatkan usaha kearah kemenangan yang paling maksiman untuk ke Putra Jaya. Takbir, teruskan perjuangan.

ULAMA - DOSA PENYELEWENGAN FAKTA

Ya, memang benar manusia tetap manusia walau apa pun pangkat dan darjatnya ianya masih lagi di kenali dengan manusia. Sudah tentu setiap manusia pasti melakukan kesilapan dan juga sentiasa memohon keampunan kepada Allah. Juga kepada para ulama, mereka juga bukan dari keturunan nabi atau pun malaikat atau para nabi yang maksum. Para alim ulama juga terdedah kepada salah dan dosa.

Tapi bagi seorang yang di kenali dengan " alim ulama " mereka tidak boleh menyeleweng kan fakta atau menyembunyaikan kebenaran sehingga mengelirukan manusia tentang hakikat ajaran Allah SWT. Hal ini kerana yang menyebabkan mereka itu dianggapkan ulama adalah kerana ilmu yang dimiliki oleh mereka. perananan mereka ialah menjaga ilmu dan memastikan ilmu itu berfungsi untuk kemaslahatan manusia.



Mohd. Asrei Zainul Abidin -
enjulis buku BICARA buat PEMIMPIN DAN RAKYAT


Jika seseroang mamakai pakaian ulama atau menduduki jawatan ulama, atau memakai gelaran ulama tetapi di kotang ilmu, dia sebenarnya bukan ulama walaupun diletakkan pelbagai gelaran dan bintang. perkataan ulama itu berkait dengan ilmu dan peranann mereka menyampaikan dan menyatakan kebenaran. Bukan kerja ulama menjadi pembela setia sebuah kerajaan atau pun parti atau individu, Ulama membela kebenaran ajaran Allah dan RasulNya. Tiada kompromi dalam soal kebenaran, keadilan dan fakta sekali pun terpaksa menghadapi teman yang rapat atau pihak berjasa lagi di kasihi.

Oleh sebab itu, seseorang apabila ingin menjadi penuntuk ilmu-ilmu Islam, wajib baginya membetulkan niatnya. jangan dia atau ibubapa yang menghantarnya berfikir tujuan mempelajari ilmu-ilmu Islam untuk mendapatkan jawatan atau menjadi penceramah yang lumayan, atau kerana ruang pekerjaan dalam bidang agama luas atau melariskan bisnes. Jika itu berlaku dari awal, maka akan lahirlah ulama-ulama " kakaktua " yang akan memperkatakan apa yang digemari oleh orang ramai, atau apa yang diminati di pasaran, atau apa yang dibayar dengan harga yang tinggi oleh pihak tertentu. Maka nabi SAW mengingtakan:

" Sesiapa yang mempelajari sesuatu ilmu yang dicari keredhan Allah Azzawajalla dengannya, tetapi dia tidak mempelajarinya kecuali untuk mendapatkan habuan dunia, maka dia tidak akan dmendapat bau syurga pada hari kiamat.
( Riwayat abu Daud dan Ibn, Majah. ,
An-Nawawi mensahihkan nya dalam Riyaddh-as-Salihin )

Menjadi mat rempit, atau perompak, atau pemimpin yang tidak jujur tidak lebih buruk daripada ulama yang menyembunyikan kebenaran atau menyelewengkan faktar sehingga manusia tersesat. Kita memerlukan ilmuwan seperti Syekhul Islam Ibn, Taimiyayah r.a", bukan ulama yang menjaga jubah daripada pecikan darah perngorbanan dan kebenaran.


Rencana ini adalah cubitan dari
BICARA buat PEMIMPIN dan Rakyat
Nukilan Mohd. Asri Zainul Abidin


Saturday, July 24, 2010

SIRI - 3 NAJIB 15 BULAN, PEGAWAI KERAJAAN SUDAH SOMBONG



YB Lim Guan Eng mln Mohd. Sidek Hassan ( KSN )

Masa dulu mana kita pernah dengan keujudan pertelingkahan melibatkan pegawai Persekutuan dengan Menteri Besar Kelantan, walaupun semua orang tahu kelantan di perintah oleh PAS, semua pegawai persekutuan yang ada di Kelantan dapat dan mampu menjalankan tugas mengikut garis paduan tugas dan perintah am yang di guna pakai oleh setiap kakitangan kerajaan. Tapi kini setelah 15 b ulan DSN mentadbir dan menguruskan negera, ada kalangan kakitangan kerajaan tidak akur dengan pemerintah di peringkat negeri.


Sdr. Nik Ali Mat Yunus- SDO Pulau Pinang

Ambil contoh bagaimana " hapraknya " SUK Perak semasa Perak di bawah pengurusan dan pentadibran kelolaan PR ( di pimpin oleh YB Niza dari PAS ), mengapa SUK tidak mahu berkhidmat sebagai seorang kakitangan kerajaan yang " have to respect the goverment of the day "



Kini penyakit di Perak berjangkit ke Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang telah di hina dan herdik oleh KSN atas salah laku Pegawai Kemajuan Negeri, dalam sesebuah organisasi SU atau pegawai adalah memainkan peranan dan bergerak dengan apa yang diputuskan oleh mesyuarat, di sini apa yang sepatunya berlaku ialah SUK perlu akur dengan apa yang diputuskan oleh Mesyuarat EXCO kerajaan dan mengambil tindakan dari setiap mesyuarat tersebut.


DSN dan TSMY pula menganggap apa yang dilakukan oleh LGE adalah diluar batas, kenapa perlu menegor pegawai dengan cara di bersopan kenapa tidak dibuat cara yang berhemah, seperti apa yang dilakukan oleh DSN semasa merampas kerajaan Perak. Kerana bagi DSN dan TSMY cara merampas kerajaan Perak dulu adalah tindakan yang bertamaddun dan berhemah. ( cakap ikut syok sendiri aja - LGE buat dan bertindak mengikut rentak apa yang diajar oleh DSN dan TSMY.


Pada masa yang sama Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Sidek Hassan tidak berganjak dari pendirian beliau mempertahankan Pegawai Kemajuan Negeri (SDO) Pulau Pinang Nik Ali Mat Yunus. Kenapa agaknya KSN berani bercakap demikian, kerana apa yang diikutinya ialah apa yang diajar oleh DSN dan kerajaan Malaysia, kini kerajaan sudah tidak lagi bergerak dan bertindak mengikut perlembagaan tapi mengikut selera dan cita rasa sendiri sahaja. Kerana semua telah dikuasai oleh Kerajaan, badan kehakiman, SPRM, SPR, PDRM, semua rakan setidur dengan DSN. Mungkin kalau KSN tak ikut beliau akan diberhentikan, ini lah yang tejadi dengan seorang mufti di Malaysia yang kini lebih sudu dari kuah dalam isu perpaduan Melayu, kalau tak buat demikian mungkin projek yang sedang dirungkan akan terbengkalai.



Friday, July 23, 2010

SIRI 2 - PEMERINTAHAN 15 TAHUN NAJIB PM MALAYSIA

UMNO kini sedang dalam proses penghapusan dari bumi Malaysia, dengan keretakan, dengan pertelingkahan, dengan gaya pemimpin yang ingin dan berusaha untuk mengkayakan diri sendiri, dengan mengadu dumba sesama rakan untuk melepas diri bak kata pepatah " seperti aur dalam belukar, ingin melepaskan diri masing-masing " Lihat bagaimana UMNO Jelutong, bagaimana UMNO di Rantau Panjang, UMNO Sungai Petani, bagaimana pula Kepimpinan Muda yang ingin meninggalkan Pemuda sedangkan belum pun habis sepenggal memerintah sudah ingin berundur, umur masih muda belia.

Atau apakah teori RAHMAN ( Rahman, Abdul Razak, Hussein, Mahathir, Abdullah dan Najib ) itu benar, dan sebaik sahaja Najib mengambil alih kepimpinan, baik dari sudut parti mau pun negara maka sampai disini sajalah UMNO. Dengan itu sudah pasti UMNO akan di talqinkan.

Memang tidak dinafikan kekalahan PRU12 meninggalkan banyak insiden yang tidak menyenangkan kepimpinan UMNO, lihat bagaimana rebut isu " pasir " di Selangor. Pelakuan Khir Toyo dan Noh Omar memang di peringkat " climate ". Isu pasri adalah tambahan lagi usaha BN 'menyerang' negeri itu melalui perlbagai cara dan isu - termasuklah isu pembinaan ladang babi di Sepang, pengawalan jualan arak, hubungan PAS-DAP dan isu gambar intim exco Elizabeth Wong - sepanjang dua tahun ini belum mendatangkan hasil yang memberangsangkan.




Ezam ( pemuda berkotak-berkotak )
kini menjadi ayam tambahan UMNO Selangor.


Kini Senator Ezam dibawa masuk ke pentadbiran perhubungan Umno negeri pimpinan Datuk Seri Najib Razak dan Noh untuk membantu mengatasi kemelut isu " pasir " lantas ditubuhkan sebuah badan baru, dinamakan Sekreriat Selamatkan Darul Ehsan (SSDE) dan akan bermula program " menghentam " Khalid mulai malam ini sehingga 8 Ogos depan. Yang anihnya sepanjang program ini Khir tidak melibatkan diri, kerana ianya dianjurkan oleh Badan Perhubungan, dan selain Ezam penceramahnya terdiri dari " katak-katak " PKR.



DSN bersama Obama dalam satu majlis
di Washinton DC - berapa agaknya kos temu bual tersebut ?


Perilaku ini juga boleh menyebabkan keadaan ekonomi negera musnah, hanya untuk mendapatkan ruangan agar rencana tulisan DSN dapat di terbitkan di akhbar di Amerika dan bayaran untuk khidmat nasih dengan sebuah syarikat perunding menelan belanja sejumlah RM50K. Dan sekiranya hasil tulisannya itu disiarkan, maka perdana menteri akan mengeluarkan bayaran tambahan RM50,000 sebagai habuan untuk 'yuran kejayaan' kepada perunding berkenaan. Perkara ini didedahkan menerusi dokumen yang difailkan di bawah Akta Pendaftaran Agen Asing oleh firma Quinn Gillespie & Associates (QGA), sebuah badan perunding perhubungan awam dan pelobi yang terkemuka di Washington DC.


Thursday, July 22, 2010

SIRI 1 - NAJIB 15 TAHUN MENTADBIR MALAYSIA

Dalam tempoh 15 bulan PM DSN memerintah banyak sangat peristiwa yang " tak elok " dipamerkan oleh beliau. Sudah pasti semua rakyat tahu kalau masa zaman Pak Lah di Putra Jaya, pejabat PM di tingkat 5 di miliki oleh menantunya yang kini sudah mengistiharkan untuk meninggalkan UMNO. tapi apabila PM DSN pula Datin Padukan Rosmah pula yang mengusai bangunan ini, dan beliau terus secara rasmi menjalankan tugas selaku " pengerusi " kepada isteri-isteri menteri dan timbalan menteri seterusnya melaksanakan bebagai-bagai projek untuk " kepetingan " peribadi dengan menggunakan Najid selaku Menteri Kewangan untuk mendapakan bajet. contohnya projek " sekolah permata ", kini di pohon pula pembinaan " dewan " untuk memudahkah kaum hawa beraktiviti. Rosmah juga boleh membatalkan perlantikan pengerusi di GLC seperti LUTH dan sebagainya.

Selain dari itu, kalau kita perhatikan bagaimana agensi kerajaan yang digunakan oleh pemerintahan PM DSN, mereka bertindak seperti orang hilang akal perkara kecil di besarkan dan perkara yang di besar di senyapkan. Ambil cara peristiwa pada Teoh Beng Hock, pegawai penyiasat menyiasat hingga menyebabkan kematian, walaupun kematian itu adalah



Dr Porthip Rjanasunand - pakar patologi

urusan Allah tapi penyebabnya adalah dari cara siasatan yang dilaksanakan oleh pihak SPRM itu sendiri. Pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand juga di jemput dan terlibat cara terus dalam kes ini, hadir dan perlu kembali ke Malaysia untuk menerangan selanjutnya.

Berkahirnya PRU 12, telah diadakan 10 kali PRK ( 6 parlimen dan 4 DUN ) keputusannya memihak kepada PR ( Parlimen 3 kerusi DUN 5 kerusi ), Kepimpinan Najid terus ditolak oleh rakyat, dan cara berkempen juga lebih menjurus kepada " layangan wang " untuk pengundi. SPR terus menjalankan tugasan dengan cuba memastikan kemenangan memihak kepada BN.




Dato Seri Niza Jamaluddin MB Pakatan Rakyat , kerusinya dirampas cara yang paling memalukan di zaman moden ini oleh UMNO yang ketuai oleh Dr. Zambry Mogabe.

Dulu, 50 tahun yang lalu, kalah menang dalam pilihanraya diterima oleh semua pihak dengan hati terbuka dan menjalankan " postmortem " bagaimana untuk menambahbaikan parti untuk menang di pilihanraya yang akan datang. Tapi zaman Najib kekalahan amat perit untuk diterima, dan rampasan kuasa perlu dilakukan. Inilah yang berlaku di Perak. Kemenangan dan pilihan rakyat di nafikan sebaliknya cara ganas dengan rampasan boleh diterima oleh semua pihak, termasuk pihak istana dan apatah lagi di peringkat badan
kehakiman semuanya mem
ihak kepada kehendak DSN.



Dalam kekelamkabutan ada suara merancangkan agar diadakan " kerajaan Perpaduan " kemudian kini ujud pula " " perpaduan kaum " juga di taja oleh UMNO. Yang peliknya perpaduan ini hanya melibatkan orang Melayu dari UMNO dan orang Melayu dari PAS dan apakah orang Melayu dari PKR bukan Melayu di Malaysia ini ? Inilah tembelang yang sentiasa di sembunyikan oleh pihak UMNO, UMNO sentiasa dengan putat belit semasa mereka dalam keadaan sudah.



Wednesday, July 21, 2010

ISU PASIR : TAN SRI KHALID, DATO SERI NOH OMAR DAN DR. KHIR TOYO



Isu pasir di Selangor rupanya memberikan satu petanda kepada keretakan rakan UMNO itu sendiri. Khir Toyo sebagai Ketua Pembangkang dengan caranya dan Nor Omar selaku Tim. Pengerusi Perhubungan dengan cara tersendiri, yang penting bagaimana untuk memastikan Tan Sri Khalid MB tak tidur lena.

Kalau kita perhalusi keadaan dan kenyataan kedua-dua pemimpin Selangor ini jelas mereka mengambil kesempatan dan melaporkan apa yang telah mereka lakukan sebelum Selangor di ambil kuasa oleh PR. Kedua-dua mereka saling " membogelkan " kawasan yang di lombong oleh gerombolan yang dikatakan haram. Kawasan Kampung Bukigt Changgang di daerah Dengkil di laporkan oleh Khir pada 11 Julai dan pada 14 Julai Noh Omar pula melapurkan kegiatan yang sama untuk kawasan Dengkel, Kuala Langat dan Batang Berjuntai, tapi noh selaku Menteri menggunakan kemudahan yang ada dengan menggunakan helikopter untuk meninjau kawasan terbabit sedangkan Khir cuma ketua pembangkang dengan menaiki kereta sahaja.

Tak pusa lagi kemudian Khir, pada malam semalam pula bertindak membawa beberapa orang penulis blog untuk meninjau satu kawasan perlombongan pasir di Kuala Selangor sehingga jam 1 pagi. Yang anihnya penulis blog yang bersama-sama khir adalah kalangan mereka yang anti Noh - yang juga timbalan ketua perhubungan Umno Selangor - yang pernah mencemuh golongan blogger sebagai kumpulan "musang berbulu ayam."

Kini lebih jelas dan nyata kesan peninggalan, kawasan yang dilawati di Batang Berjuntai dan Kuala Langat - merupakan kesan yang ditinggalkan oleh pentadbiran Dr Mohd Khir sebelum ini, dakwa ADUN Sri Muda Shuhaimi Shafiei. "Zaman Khir Toyo menjadi menteri besarlah kawasan yang di lawati Noh Omar di Batang Berjuntai dan Kuala Langat menjadi 'lubang seperti di bom'," kata ADUN PKR itu.

Isu pasir telah dijadikan medan perperangan untuk menguji siapa yang layak untuk menerajui Selangor selepasa PRU 13 nanti, ( jika BN ) memerintah semula. Kini Noh adalah Timbalan Pengerusi Perhubungan dan Khir hanya ketua Pembangkang. Kedua-dua mereka saling lawat melawati kawasan bekas lombong pasir tersebut. Kunjungan Noh ke dua-dua kawasan tersebut sebagai membalas kunjungan Khir ke kawasan Dengkil di mana ADUN Marsum Paing adalah poenyokong kuat Noh Omar.

Kini dengan pembongkaran tersebut jelas menunjukan Isu Pasir ini telah membuka ruang kepada kedua-dua pemimpin peringak negeri dan pusat ini dari UMNO untuk menunjulkan diri dan memperlishatkan siapakan yang lebiah berpengaruh untuk menerajui kepimpinan UMNO Selangor buat masa akan datang khususnya untuk menghadapi PRU 13 nanti. Apa yang jelas Kepimpinan PR yang menjadi mangsa dalam kerakusan pemimpin UMNO untuk menguji kekuagtan mereka.

PERPADUAN - PAS SEMUA MUSLIM UMNO ADA ORANG KAFIR

Perpaduan,
"solidarity, unity resulting from common aims or interests ect. " petikan dari Kamus Dwi Bahasa Oxford Fajar.

Jika kita perhatikan erti " Perpaduan " itu sendiri adakan selama ini, pihak pemerintah mengamalkannya, kita lihat dari sudut pengagihan harta negara apakah semua rakyat telah menikmati kekayaan tersebut?, pengagihan wang untuk pengurusan dan pentadbiran negeri-negeri di Malaysia khususnya negeri di bawah pemerintahan pembangkang, adakah ianya dapat menikmati kesamarataan tersebut. Bagaimana siksanya Kelantan 20 tahun di perintah oleh PAS ( semua ahlinya adalah Melayu Islam dan Kelantan di huni oleh hampir 90 % dari penduduknya adalah Melayu Islam ) dibuat oleh Kerajaan BN yang di terajui oleh UMNO.

Bagaimana rakusnya kepimpinan UMNO semasa PRU tahun 1998 dengan Terengganu menjadi negeri di bawah pentadbiran PAS, Kepimpinan Kuala Lumpur menafikan hak royaliti petronas untuk kerajaan PAS. Selain dari itu, walaupun semua rakyat perlu membayar cukai untuk pembangunan negera, ini juga perlu dibayar oleh mereka dari Kelantan tapi apabila memberi bantuan kerajaan Kelantan di " tutup mata " oleh kerajaan Pusat. Peruntukan perkapita di lewat-lewatkan maka tersiksalah kerajaan negeri mentadbir dan mengurus pembangunannya.

" Kerjasama PAS pada 1974 dan memastikan BN telah menang besar semula, dan sikap PAS yang cukup terbuka dalam pembentukan kerajaan telah disalah ertikan oleh UMNO dan UMNO mula melaga-laga kepimpinan PAS dan hanya berusia 3 tahun gabungan ini terjalin akhirnya berlaku krisis politik Kelantan pada 1977, PAS tersingkir dan kerajaan Kelantan kembali kepada UMNO " Tragedi ini masih menjadi igauan kepimpinan PAS dewasa ini.

Walaubagaimana pun pada kali ini setelah mereka di hempas oleh tsunami politik pada PRU12, dan sejumlah 10 PRK yang diadakan selepas itu UMNO / BN cuma menang 3 sahaja ( Bagan Pinang, Batang Ai dan Hulu Selangor ) yang lain semua di menangai oleh PR. Dengan kemenangan oleh PKR di Permatang Pauh dan akhirnya oleh DAP di Miri. UMNO / BN terus merasakan sesuatu perlu dilakukan.

Apakah setelah mereka mengkaji, menilai dan melakukan postmortem dan mendapati khususnya pengundi Cina tidak lagi bersama-sama mereka dan sebilangan besar pengundi Melayu juga sudah hilang yakin maka sekali lagi UMNO / BN merayu agar di adakan persefahaman antara PAS dan UMNO. MCA, MIC sudah hilang taring dan tidak lagi memberikan apa-apa kekuatan kepada UMNO / BN, rakan gabungan lain di Sabah dan Sarawak juga telah mula kehilangan yakin diri untuk meneruskan perjuangan dan memberikan kerusi untuk memastikan BN terus memerintah pada PRU13 nanti.

Usaha untuk berbaik-baik ini memang bagus tapi niat di hati UMNO, tidak iklas. Sebagai contoh, kenapa ada pihak tertentu seperti Tan Sri Harunsani langsung tidak memberikan khdimat nasih kepada Dr. Zambry kaitan dengan tingkah laku rampasan kuasa, tidak juga berminat untuk menghalang Najid untuk tidak menggunakan wang judi untuk kepentingan rakyat.

Pada dasarnya untuk menjayakan PERPADUAN ini semua aspek perlu di buangkan, rasa besar diri, rasa angkuh, rasa sombong, rasa tamak, sifat menyalahgunakan kuasa, sifat mengkayakan diri sendiri dan sanak saudara pelru diketepikan. Kepimpinan UMNO yang penoh dengan cara penghidupan yang lupa diri perlu di sesuaikan dengan penghidupan cara timor.

Monday, July 19, 2010

ANWAR AGEN CIA - RAIS TEPERANGKAP

Gara-gara menuduh DSAI sebagai agen CIA, Malaysia kini sengaja menempah kesusuhan, menempah kepayahan, menempah kekurangan kawan, kawan seperti Amerika sudah memberikan kata dua kepada Malaysia khususnya mulut Rais Yatim yang kurang " ajar " kerana membuat tohmahan berkaitan dengan DSAI. Tanpa usul periksa, hanya dengan tulisan seorang bloger dari US dan menilai dalam jangka masa hanya 15 minit dan terikut dengan pandangan Utusan Malaysia dan maklumat yang di ambil dari Malaysia Kini Rais terus mengehengtam DSAI.

John R Mallot yang pernah berkhidmat sebagai duta US ke Malaysia menafikan sekeras-kerasnya penglibatan DSAI sebagai agen CIA sebagaimana yang dilaporkan. Dengan tegas juga beliau meminta agar Rais memohon maaf kepada DSAI juga kepada Kerajaan US, kegagalan untuk memohon maaf mungkin memberikan kerenggangan perhubungan yang sedang terjalin kini antara New York dan Kuala Lumpur.

John R Mallot mengimbas kembali ingatanya kepada Dolah Badawi semasa bertugas tempoh hari, " di mana jika anda mengatakan DSAI agen US ini bermakna US juga terlibat secara langsung dengan politik Malaysia " kata beliau. DSAI bukan agen US dan jika pihak kerajaan Malaysia menangkap DSAI, Amerika akan menafikan dan mengutuk tindakan kerajaan Malaysia tersebut " tambahnya.

Akhirnya beliau juga mengkriti kredibiliti Rais sebagai menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi, kerana tidak berminat dalam mengetahui dan mendalami setiap isu dengan " detail " sebelum mengeluarkan kenyataan. Asalkan kenyataan itu dapat memburukkan DSAI sudah pasti ianya betul dan akhirnya terimalah padahnya.

Sunday, July 18, 2010

PAS UMNO AKAN BERBAIK-BAIK




gambar hiasan - cuba teka mereka dari gulongan fahaman mana?

Dalam keadaan kelamkabut, sebuah parti siasah yang mendakwa mereka masih " releven " untuk memerintah terus menunjukan ketidak matangan dalam pengurusan dan pentadbiran organisasi mereka, kecelaruan ini ujud bukan kerana mereka tak matang, bukan kerana baru memerintah, tapi mereka sudah melebih setangah abad dalam pemerintahan. Kesalahan dan ketidak puasan hati mereka adalah kerana mereka tidak mengamalkan " community leadership " sebaliknya mereka lebih mementingakan " richer leader ship " mereka terus menggunakan kepimpinan berparti untuk mengisi dan mengeyangkan perut sendiri, rakan taulan serta keluarga sahaja. Implikasi dari tindakan itu sudah tentu ada kalangan yang merasakan mengapa " kepimpinan " ini diteruskan untuk mereka. Mengapa tidak di turunkan kepada individu lain, ( atau individu yang belum kaya )

Pertempuran demi pertempuran kalangan mereka sendiri terus berlaku, lihat saja di Kelantan di fahamkan sejumlah besar cawangan UMNO gagal di daftarkan dengan ROS, ini membuktikan UMNO adalah sebuah parti haram, ini pernah terjadi satu ketika dulu, zaman Tun M, dengan peristiwa tersebut teserahkan jawatan PM kepada presiden MCA beberapa ketika lamanya. Kemelut-demi kemelut ini dan akhirnya mereka memikirkan perlu adanya kerjasama atau permuafaktan antara UMNO dan PAS amat perlu di usahakan. Kemelut tersebut juga di andaikan oleh Mufti Perak, Melayu akan menggigit jari selepas PRU13 nanti, siapa Harunsani, bagaimana beliau dapat mengimbau perkara tersebut? Akhirnya beliau bersedia untuk menjadi orang perantaraan antara UMNO - PAS dalam usaha " berbaik-baik " tersebut.




keratan akhbar, Melayu akan terpinggir selepas PRU13


Mufti Perak, Tan Sri Harunsani ( gambar Kanan ) bersedia untuk memberikan khidmat bakti untuk memastikan penyatuaan UMNO - PAS dapat dilaksanakan agar PRU13 nanti tidak menafikan hak MELAYU di tanah airnya sendiri. Tapi sedih dan mengecewakan tindakan dari usaha ini di pertikaikan oleh pihak PAS, kerana PAS mengharapkan agar UMNO dapat mengubahkan dasar perjuangan ke sistem Islam, cara sederhana, tidak menindas, tidak mengamalkan rasuah, tidak menyalahgunakan kuasa serta tahu merendahkan diri dari, serta tidak mengamalkan sistem pemerintahan pilih kasih.

Semua rakyat Melayu Malaysia, tahu apa yang dibuat oleh UMNO kepada rakyat Kelantan selama 20 tahun di bawah pemerintahan PAS, semua orang tahu bagaimana Rais Yatim memutar belitkan perundangan berkaitan dengan royaliti minyak semasa PAS memerintah Terengganu tempoh hari. Sepatutnya, faktor ini lah yang menjadi akar perbincangan oleh Tan Sri Harunsani untuk penambahbaikan kepada pemimpin UMNO. Ubahkan perangani dan buruk laku mereka dulu dan banyakkan menunaikan hukum tuhan barulah boleh berbaik-baik. Lagi satu yang sepatutnya dalam pemikiran Tan Sri ialah mengapa beliau harus melibatkan diri dalam politik, atau apakah " talian hayat " untuk beliau menyambung tugasan sebagai mufti sudah hampir berakhir. Yang terbaik, para Mufti tidak melibatkan diri dalam kancah politik - kata MB Kedah.





Saturday, July 17, 2010

AM- BEKAITAN DENGAN BERWUDUK

Tips untuk renungan:

Sunah - Sebelum berwuduk

1- BERSUGI sunnah Rasullah saw yang mana baginda amat meneggalakan ummatnya menggamalkan sunnah ini, berdasarkan sabda baginda " seandainya tidak memberatkan umatku, nescaya akan aku perintahkan mereka untuk bersugi setiap kali solat." ( Muttafaq 'alaih )

2- MEMBACA BASMALAH...." tidak ada wuduk bagi orang yang tidak menyebut nama Allah ( Riwayat Abdu Daud no. 101, Ibn, Majah no. . 398 dan Al-Baihaqi no. 195 ). Dalam satu lagi riwayat Rasulllah juga bersabda kepada Abu Hurairah " Apabila kamu berwuduk, maka ucapkanlah, ' Bismillah walhamdulillah ( dengan nama Allah dan segal pujian bagi Allah ) ' Jika engkau memeliharanya maka akan dituliskan bagi kamu kebaikan yang tidak henti hingga wudukmu gatal ." ( Kanz al-'Ummal )

Sunah semasa berwuduk

1- Melebihi basuhan anggota wuduk. " sesungghnya umatku akan datang pada hari kiamat dengan wajah yang bersinar kesan daripada berwuduk. Siapa diantara kalian yang mampu melebhihkan ( batas kawasan ) membasuh muka, maka lakukanlah - Sabda Rasulullah ( Muttafaz 'alaih )

2- Berkumur-kumur
Riyawat Ibn Juraij, Nabi bersabda dengan maksud " jika engkau berwuduk maka berkumur-kumurlah - Riwayat Abu Daud no. 144

3- Memasukan air ke dalam hidup ( ingtinshaq ) atau istinshar ( menyedut air ke dalam hidung kemudian di hempuskan kembali. aktiviti ini diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a dan sabda Rasulullah " Sesispa yang bewuduk maka hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidunng dan mengeluarkan kembali ( riwayat al-bukhari no. 159 dan Muslim no. 585 )

4- Menyapu semua pada bahagian kepala.

5- Membasuh kedua-dua telinga

6- Menyelat celahan seperti celah jari tangan, jari kaki, misai dan janggut. jari tangan dan jari kaki diselatkan dengan jari-jari tangan secara berselang. Manakala misai dan janggut yang tebal sunat diselatkan dengan jari-jemari, namun bagi yang misai atau janggut yang nipis wajib menyelati. Tetapi kalau misai dan janggut itu ada pada wajah wanita sama ada nipis atau lebat wajib diselatkan tanpa kecuali. Hal ini berdasarkan sebuah hadis daripada Anas bahawa Rasulullah mengambil sadikit air ketika berwuduk, lalu menyiramkan kebawah janggutnnya. Kemudian baginda menyelatkan janggut tersebut dan bersada yang bermaksud: " Demikilah Rab-ku memerintahkan ku ". juga sabda baginda dengan maksud " Jika engkau berwuduk, maka selalah jari-jemari tangan dan jari-jari kaki mu. " ( Riwayat al-Tarmizi no. 39 )

7- Mendahulukan membasuh anggota sebelah kanan daripada yang kiri. " Apabila kamu mekakai pakain dan apabila bewuduk, maka mulakan dari sebelah kananmu. " Sabda Rasullulah dan diriwatkan oleh Abu Daud no 4143 dan al-Baihaqi no 412 )

8- Menghaapi kiblat ketika berwuduk ( mazhab Hanafi dan Maliki )

9- Membasuh dan menyapu setiap anggota tiga kali. hadis ini mashyur berdasarkan riwayat daripada beberapa orang sahabat.

10- Menggosok-gosok secara lembut setiap anggota wuduk

11- Bersederhana menggunakan air untuk berwuduk, tidak membazir

12- Tidak bercakap-cakap
ketika berwuduk, mengikut sunah Rasulullah.

Sunah Selepas Berwuduk

1- Berdoa Anjuran ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan Imam Mujlim, Rasulullah bersabda yang bermaksud: " Tidaklah sia-sia salah seorang daripada kamu yang berwuduk lalu memyempurkanya, kemduak dia membaca..
" Aku bersaksi bahawa tiada Ilahi ( yang berhak disembah ) selain Allah dan sesungguhnya Muhammad itu hamba dan utusanNya, melainkan dibuka baginya pintu-pintu syurga yang lapan, Maka masuklah pada mana-mana pintu uang dikehendakinya ( Riwayat Ibn Hibbgan no. 1050 )

2- Solat dua rakaat selepas berwuduk

tips -sunat-sunat wuduk- SOLUSI PP15048/05/2010 isu no. 21

Friday, July 16, 2010

RAKYAT MEWAH, BARANGAN PERLU MAHAL

Negara dengan kepimpinan yang ada terus menidakan pengetahuan dan ilmu yang ada pada rakyatnya sendiri, mereka tidak mahu melihat rakyatnya cerdik, tidak mahu lihat seluruh rakyat yang kini sedang berada di zaman " dunia di hujung jari " mereka juga seperti cuba menggagalkan sistem pelajaran yang di ada pada masa kini, mereka lupa, kepimpinan yang ada juga mencipta " jalor lebar " untuk kemudahan rakyat mendapatkan maklumat.

Apa beza, " pelarasan harga " atau " rasionalisasi subsidi " atau harga barangan dari dulu berharga sen 50 dan kini sudah bernilai sen 55, bukan kah itu namanya harga sudah bertambah? dengan kata mudah, mudah di fahami oleh masyarakat kampong, ini bermakna harga sudah naik. Tapi naik cuma sen 5 dan bukan sen 10. Naik tetap naik, pelarasan ke rasionalnya subsidi ke, orang kampong tahu ini tanda harga sudah naik.

Arahan penggunaan " pelarasan harga " dan rasionalisasi subsidi " diterjemahkan di majlis taklimat antara penasihat media PM dengan semua editor surat khabar kecuali akhbar alternatif ( yang kini sedang tergantong ), jika ada kalangan editor dari media cetak ini yang enggan untuk melayan kehendak PM sudah tentu masa depan akhbar tesebut di ambang delima penggantongan atau penamatan hak penerbitan mereka. "Mereka secara hormat memohon kita supaya bekerjasama tetapi permintaan seperti itu sukar jika tidak dilayan,” kata seorang daripada editor itu. Malahan arahan dari pejabat PM amat mendukacitakan, pihak editor perlu mencari cara lain untuk memastikan rakyat faham dengan keperluan kenaikan barangan tersebut. Ayat seperti barangan di Malaysia adalah terendah di rantau ini, rakyat di negera ini hidup dengan subsidi dari kerajaan dan sudah tiba masanya rakyat pula membantu kerajaan. Ungkapan tersebut perlu digunakan dalam pelaporan yang perlu dibuat.
Mungkin juga pihak kerajaan beranggapan, pendapatan perkapita rakyat sudah melebihi hak sepatutnya, kehidupan mewah masyarakat juga menjadi indikator untuk menambahkan harga barangan keperluan harian. Apabila rakyat sudah mewah sudah sampai masanya rakyat pula yang membantu kerajaan.
Pada masa ini semua agensi kerajaan perlu memainkan peranan untuk memastikan " tabung" kewangan negera dalam keadaan stabil. Ambil contoh PDRM, mereka juga telah menguat kuasakan " saman ekor " setiap pengguna yang telah di saman walau pun sepuluh tahun yang lalu, mereka perlu membayar saman tersebut. Amaran akan di " hitam " nama di JPJ adalah cara untuk mengagalkan setiap tuan punya kenderaan untuk memperbaharui cukai jalan.
Berbalik kepada isu " jangan sebut BARANG NAIK = BN " pihak pemberita juga di arahkan untuk tidak bertanya dan menemuramah penggunaan berkaitan dengan hal tersebut. elakan dari bertanya apa rasionalnya BN sebaliknya mengapa perlunya penjelasan " pengurangan subsidi " serta bandingkan harga antara negera dengan negera yang lain tapi harga barangan di negera yang lebih mahal dari Malaysis. Lihat sahaja bagaimana mereka membandingkan sakit " kencing manis " dengan kenaikan gula, apa rasionalnya?

" Jangan buat tinjauan rambang. Di ingatkan juga supaya tidak membuat tinjauan rambang di kalangan rakyat berhubung kenaikkan harga itu dan beberapa media 'diminta' mendapatkan pandangan daripada NGO dan persatuan pengguna yang mesra dengan kerajaan " petikan dari MK
Sudah pasti media akan melaporkan kerajaan kini lebih berani dalam menangani isu subsidi, pengurangan ini bukan" penjimatan " tapi keperluan untuk pembangunan negera. Apa yang berlaku zaman Tun Dolah juga perlu di jadikan contoh di mana seperti Tun Dollah berjaya menjimat hampir 4.6billoon RM dengan pengurangan subsidi air, tenaga dan bahan api.
Tapi apa dan kemana arah belanja 4.6billioon tersebut, semua orang tak mengetahuinya.
PM perlu di berikan pujian atas keberanian dalam mengangani isu ini, dengan kenaikan ini pihak kerajaan sudah pasti dapat mengurangkan subsidi kerajaan serta dapat menangani defisit kerajaan, kenaikkan harga barangan kali ini dirancang dengan teliti agar rakyat tidak berang apabila harga bahanapi, gula dan gas dinaikkan serentak.

Pihak editor juga perlu mempengaruhi rakyat mengapa barang perlu dikanikan dan kenaikan di buat dengan perancangan yang teliti, dengan kenaikan ini juga menurut Najib tindakan yang perlu bagi menangani defisit kerajaan, membanteras penyeludupan dan menggalakan rakyat hidup sihat dengan mengurangkan pengambilan gula.Katanya, wang berkenaan akan dibelanjakan bagi memastikan rakyat mendapat perkhidmatan kesihatan dan pendidikan yang lebih baik.
Ekoran dari arahan tersebut, semua media, cetak, eletronik langsung tidak melaporkan apa yang berlaku, ini bukan sahaja kepada rakyat malahan kepada " wakil rakyat " juga dinafikan hak mereka untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan kenaikan tersebut. Akhbar-akhbar arus perdana juga patuh pada garis panduan berkenaan dan tidak memperbesarkan isu berkenaan.Berita Harian memilih “harga baru” manakala Utusan Malaysia pula dengan tajuknya “subsidi diselaras” Sinar Harian yang baru-baru ini dirasmikan oleh Najib pula memilih menyiarkan laporan itu hanya di muka surat 4 akhbar itu.Akhbar Cina yang lazimnya dilihat lebih berkecuali juga patuh dengan arahan itu.Hanya satu sahaja yang menggunakan perkataan “harga naik' di muka depan manakala lima akhbar Cina yang berpangkalan di Semenanjung melaporkan kenaikkan itu sebagai “harga baru”.Harian NST juga tidak menyiarkan berita itu di halaman utamanya tetapi memilih tajuk kecil “antara yang terendah di rantau ini”.Harian milik MCA, The Star memaparkan tajuk “Gov't bold move will have minimal impact on people, says PM”.Harian Tamil Makkal Osai dan Tamil Nesan (yang dimiliki MIC) langsung tidak menyiarkan berita kenaikkan harga itu.
Rakyat terus tertipu dan ditipu oleh pemimpin, apakah ini perlu cara untuk memastikan kekayaan negera di monopoli oleh satu pihak sahaja?

Thursday, July 15, 2010

PAS - UMNO TERUSKAN BERMUZAKARAH

Apakah kini, perpaduan Melayu sudah mula tergugat? atau apakah hala tuju dan rasa benci masyarakart terhadap kepimpinan Melayu yang diterajui oleh UMNO telah mula terhakis? atau adakah mereka puloa terasa iri hati terhadap kepercayaan seluruh bangsa ( Melayu, Cina & Inda ) terhadap perjuagan Pakatan Rakyat sudah mula menampak hasilnya. Dalam keadaan yang sama, kalangan kepimpinan UMNO terus menuduh dan mentohmahkan kepincangan parti lain yang ada di negera ini khususnya PAS dan serangan peribadi untuk DSAI tak mengenal erti penat lelah.
Cuba kita imbau kembali peristiwa yang mana orang UMNO menidakkan hak orang Melayu, bagaimana negeri yang di majoritikan oleh Melayu di anak tirikan, bagaimana Terengganu yang jatuh ke tangan PAS seketika dulu, dan penghuni nya di monopoli oleh orang Melayu dan UMNO sanggup menyekat dan memutar belitkan hak pemberian royaliti minyak. Kesannya rakyat Terengganu yang ingin hidup mewah menghadkan aktiviti harian mereka. Pemberian Perkapita Grand oleh kerajaan pusat kepada Kelantan di ambil sambil lewa, tidak diberi mengikut masa yang ditetapkan. Malahan hak pemberian ini, perlu kerajaan Kelantan memohon seperti orang meminta sedekah. Bukankah Kerajaan Kelantan juga membayar cukai pendapatan kepada kerajaan pusat?
Kita lihat pula bagaimana rakus dan tidak amanahnya kepimpinan UMNO, di mana kawasan yang di wakili oleh pihak pembangkang semua peruntukan pembangunan di sekat, malahan peruntukan tidak disalurkan kepada wakil rakyat yang sepatutnya, tapi di agihkan kepada Ketua Bahagian UMNO. Apakah ada rasa pertanggongjawaban mereka kepada rakyat atau mereka lebih mementingkan pembangunan diri sendiri sahaja.
Kini kita dapat perhatian dengan jelas mainan dan salah laku yang di mainkan oleh mereka, kepimpinan UMNO ini boleh di kategorikan kepada " political leader " dan mereka bukannya dari kalangan " comunity leader ", mereka lebih mementingkan kawan dan rakan, sanak saudaran dalam mengagihkan harta rakyat.
Apakah mereka sedar apa yang terjadi di Malaysia dewasa ini, cuba kita lihat kaum manakah yang teramai di Pusat Seranti, kaum manakah yang ramai " membuangkan bayi " kaum manakah yang ramai tidak sempurna penghidupan hariannya, remaja mana yang ramai menghuni jalan raya dengan menunggang motosikal cara yang tidak selamat. Mengapakah mereka langsung tidak mengambil tindakan yang sewajarnya untuk membasmi kegiatan yang dinyatakan. Sebalikanya masyarakat " melayu " di limpahi dengan hiburan yang terus melekakan generasi barunya. Bilang saja berapa banyak program hiburan yang tayangkan untuk tontonan para remaja?
Berbalik kepada, isu " permuafakatan " dengan PAS, apakah mereka sudah hilang akal, dari gulongan mereka juga telah melebalkan PAS dan pengikutnya adalah penganut ajaran sesat, apakah mungkin orang akan mengikut dan bekerjasama dengan orang yang sesat. Kepimpinan PAS tentu masih ingat lagi macam mana gabungan satu ketika dulu dan akhirnya PAS dengan paksa rela perlu meninggalkan BN.
Untuk itu, kepimpinan PAS perlu memikirkan apakah tujuan utama TPM mengeluarkan ayat tersebut sedangkan PM sendiri mengakui UMNO masih kuat dan utuh dalam pengurusan dan pentadbiran negera. Biarkanlah UMNO terjun dengan labu-labunya.


Wednesday, July 14, 2010

PEMIMPIN PKR DI BELA OLEH PEMINAT

Setelah kepimpinan UMNO menyerang DSAI yang juga penasihat ekonomi kerajaan negeri Selangor dengan berbagai-bagai isu, seperti membayar untuk berucap di CNN, DSAI juga adalah agen CIA dan termaklum DSAI adalah seorang " peliwat ", serangan untuk Dato Khalid juga tidak kurang hebatnya, Khalid diserang berkaitan dengan corak pemerintahan dan kegagalan menangani isu pasir dan air di Selangor, insyaallah jika air tidak di selenggara dengan baik mungkin pada 2014 Selangor dan WPKL dan WP Putra Jaya akan dicatukan.


Tapi jika di selak dan selidiki apakah Muhyiddin pula berjaya di Kementerian Pelajaran? Isu PPSMI masih belum selesai, kini terbit pula isu penghapusan UPSR dan PMR, bagaimana pula dengan isu disiplin pelajar, bagaimana pula dengan isu ada kalangan pelajar yang melahirkan zuriat dalam tandas sekolah, bagaimana pula dengan peristiwa yang berlaku di Maktab Tentera, bagaimana pula seorang Guru Besar sanggup menendang seorang murid sekolah rendah. Di mana agaknya Muhyuddin.
Kedua-dua tokok PKR yang dituduh telah mendapat pembelaan dari badan yang berkenaan. Contohnya CNN, pihak mereka sendiri menafikan adanya bayaran dari pihak orang ketiga, jurucakap CNN yang berpangkalan di Hong Kong mengesahkan ketidak berlakunya apa yang di katakan oleh Joshua Trevino dalam The New Ledger yang berpankalan di New York. Dato Khalid pula dengan ada seorang penyelia projek korek pasir En. mahmood Buyamin telah mengemukakan permit yang sah dan dikeluarkan oleh Pejabat Tanah & Daerah Kuala Langat, mengapa kini projek tersebut di katakan haram oleh Khir Toyo sedang projek juga di pantau oleh jurutera yang dilantik dan Jabatan Pengaliran dan Saliran serta mematahohi peraturan perlombongan.
Berkaitan dengan isu air, terdapat percanggahan antara kehendak kerajaan negeri dan kerajaan pusat. kerajaan negeri lebih mementingkan keperluan rakyat sedangkan kerajaan pusat lebih berfokus kepada kepentingan kewangan negera. petikan Sinar 14 julai 10
Kini Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri ingin pula bersahabat dengan kepimpinan mereka yang mengamalkan ajaran sesat, Muhyiddin perlu rujuk dengan Shafie Afdal dulu sama ada ianya releven atau sebaliknya, untuk itu tidak gunalah populariti PM yang kini meningkat ke lebih 70% tapi sebalinya, apa yang sebenarnya UMNO / BN masih tercari-cari formula bagaimana untuk meneruskan kepimpinan selepas PRU 13, lihat sahaja bagaimana beberapa bahagian UMNO yang dilanda pertelingkahan antara satu sama lain. Jelutong contohnya.

Tuesday, July 13, 2010

KERANA CIA - KERAKYATAN DSAI AKAN DITARIK

DSAI kini terus di " telanjangkan " oleh musuh politiknya, kini KDN sedang berusaha untuk menamatkan " kerakyatan " beliau, sedangkan beliau sememangnya rakyat negar ini, kemanakah DSAI akan membawa diri selepas ini, di mana pula beliau akan meminta saka politik untuk meneruskan sisa-sisa penghidupannya, di mana pula anak isteri dan keluarga akan berpaut kasih sayang dengan seorang bapa.
Apakah kini kepimpinan negera sememangnya merasakan satu tampran hebat dengan bernyawanya DSAI, atau apakah benar-benar DSAI menjadi duri dalam penghidupan mereka seharian. Semangnya pihak tertentu tidak merasa puas selagi DSAI bernyawa dan sanggup membongkar semua kisah-kisah salah laku mereka semasa pemerintahan mereka.
DSAI sudah membongkar semua kezaliman, kecurangan, salah laku, kegiatan pembaziran yang sepatutnya di ketahui oleh rakyat, tapi pemimpin yang melakukan merasa terluka dengan pembongkaran tersebut, dengan sisa-sisa kuasa yang ada mereka meneruskan perjuangan untuk memastikan DSAI di tamatkan karier politiknya, walau dengan apa cara sekali pun.

DSAI dari zaman belianya sudah di kenali di seluruh pelusuk dunia, dengan kepimpinan Belia - seluruh dunia, dengan kepimpinan mahasiswa semasa pelajar, dengan penglibatan dalam kempimpinan negara. Semasa beliau menyertai UMNO kepampuan beliau untuk memimpin memang teserlah, kurang dari 10 tahun penyertaan dalam UMNO beliau sudah mendaki ke tanggan ke 2 dalam hiraki kepimpinan, Timbalan Presiden. Tapi perjuangan untuk bangsa, agama dan tanah air tidak mengenal itu semua. LAWAN TETAP LAWAN.
Ketika Dr. M bercuti DSAI telah diamanahkan untuk menerajui negera dan beliua telah banyak melakukan perubahan dan mengenal pasti beberapa masalah kepimpinan dan salah laku yang di lakukan oleh pucuk pimpinan dan rakan-rakan dalam UMNO. pada ketika ini DSAI cuba untuk mengubah dan menambahbaikan keadaan. Tetapi apabila sesuatu itu sudah menjadi darah daging bukanlah mudah untuk di ubah dan akhirnya DSAI di perdayakan dengan fitnah liwat1. dan terpenjaralah beliau selama 6 tahun di Sungai Buluh.
Setelah bebas dari pertuduhan tersebut, kini DSAI di ulangai lagi dengan kes liwat ke2 dan banyak lagi fitnah yang dilembarkan untuk memastikan sekali lagi DSAI di penjarakan, walaupun majorita rakyat menganggapkan petuduhan yang dilembarkan amat tidak releven tapi itu adalah usaha yang perlu dilakukan untuk memastikan kesalahan kepada kebenaran memihak kepada pemerintah.
Amat sukar sekali Sdr. Anwar untuk menegakkan kebenaran di bumi Malaysia, Allah sahaja yang dapat memberikan hidayah kepada perjuangan beliau. Moga-moga dengan kekuatan mental yang ada padanya serta diiringi dengan kehendakNya, insyallah DSAI akan berjaya jua nanti.

Monday, July 12, 2010

IBN TAIMIYYAH : ULAMA JAGA JUBAH

Cerita di petik bagi menggambarkan kadangkala betapa ramai mereka yang memakai gelaran agama seperti ulama, syeikhk, kufti dan seumpamnya yang mementingkan jubahnya agar tidak kotor atau tercemar lebih daripada mementingkan tanggungjawab mereka sebagai ilmuan Islam untuk menegakan kebenaran kerana Allah SWT.

Jika Ibn Taimiyaah tidak makan kerana mengenangkan nilai makanan yang dijamu, sementera ramai ulama lain yang " sebat semacam" di dalam kegawatan pertarungan yang seperti itu, apakah ulama pada zaman rakyat miskin keresahan disebabkan kenaikan harga barang kini, akan mencotohi sikap Syeikhul islam Ibn Taimiyyyah, atau akan tiru macam ulama-ulama dalam majlis Qazan ( rujuk Ibn Taimiyyah bersama Raja Qazan ) itu lalu mereka juga akan " sebat semacam " jamuan mewah yang melampaui batas yang patut serta menggunakah harat rakyat. Penulisan ini dibuat hanya untuk menasihati diri sendiri agar jika di lakukan kesilapan ini, saya akan meninggalkanya. jika belum, saya akan cuba menghindarinya.
Zaman ini alim ulama sudah tidak bimbang dengan jubah putih mereka tercemar lagi, kerana mereka sudah memiliki koleksi pakaian yang cukup banyak hasil daripada kemewahan memakai gelaran rasmi agama. Tapi zaman ini mungkin mereka merasa bimbang jika habuan yang dijanjikan tidak diberi, kontrak mereka tidak disambung, atau pangkat mereka tidak dinaikkan, atau bisnes yang mereka menjadi " duta produk " atau jurularisnya terjejas, atau perlatnikan mereka di institusi -institusi yang menghasilkan elaun bjulanan itu terganggu. Atau ada pula yang menjaga kepentingan parti mereka melebihi daripada membala kebenaran dan fakta.
Kesanya dari ketida yakinan pada diri sendiri ini menyebabkan ada kalangan ulama yang sanggup mengubah-ubah faktwa, hanyak kerana partinya sudah berubah. lalu mereka akan menjauhkan diri dairpada sesiapa yang cuba mengikuti semangat syeikhul islam Ibn Taimiyyah r.h. Jika pada zaman Ibn Taimiyyah, untuk mengelakkan diri daripada terpaksa berjuang bersama Ibn Taimiyyah dan rakyat menentang penjajahan Tatar, para ulama berkepentaingan tersebut menulis atau menyebakan fitnah untuk memburukkan Ibn Taimiyyah. Tujuan, untuk menutup kelemahan diri dan menjaga kepentingan sendiri., sebelum dan selepas zaman Ibn Taimiyyah pun, gelagat ulaman jenis ini tetap sama, dulu kini selama-lamanya.
Petikan dari:
Bicara buan Pemimpin dan Rakyat
oleh Dr. Mohd. Asri Zainul Abidn

Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA