Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, July 28, 2010

SELANGOR - ADA RTS SENDIRI.

Sebagaimana yang kita ketahui, sistem dan kebebasan media cetak, media eletronik amat terhad untuk parti pembangkang, kita lihat sahaja bagaimana pihak kerajaan menafikan hak PKR untuk meneruskan penerbitan lidah rasminya " Suara Keadilan ", bagaimana pula dengan " Roket " lidah rasmi hak DAP dan seketika dulu " Harakah " lidah rasmi PAS juga di gantong penerbitannya, tapi akhirnya Harakah dapat diterbitkan semula, walaubagaimana pun Roket dan Suara Keadilan terus di gantung tidak bertali.

Jadi apakah salahnya setiap kerajaan negeri di bawah pimpinan PR, memperuntukan sejumlah wang bagi menyalurkan maklumat berkaitan dengan negeri-negeri masing-masing untuk pengetahuan rakyatnya, sudah tentu rakyat ingin tahu apa yang sedang dilakukan oleh kepimpinan di peringkat negeri untuk pembangunan, pendidikan, perekonomoian, serta lain-lain program. Ini sudah pasti dapat memastikan rakyat tahu apa yang sedang dilakukan.




YAB Tan Sri Khalid berucap di majlis dialog bajet 2011

"Populasi Rakyat Selangor berjumlah 5.2 juta orang dan menerima RM3 seorang untuk menadapatkan " informasi " berkembangan berkaitan Selangor, jumlah ini bersamaan RM15 juta untuk semua nyawa di Selangor," kata Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim pagi ini dalam ucapan pembukaan dialog belanjawan 2010. Sudah tentu kekuatan barangan ini amat diperlukan, maklumat akan di dapati hanya melalui hujung jari. Dana itu akan digunakan untuk menyebarkan maklumat melalui portal TVSelangor, Selangor Kini (termasuk versi cetak). "Kita juga akan menerokai potensi bagi mewujudkan Radio Selangor bagi melebarkan penyebaran maklumat," katanya.
Apakah ini dianggap satu pembaziran? tapi bagaimana kalau kita lihat sendiri bagaimana pihak kerajaan boleh memperuntukan wang negera untuk tujuan kepentingan politik parti pemerintah, mereka menggunakan " kuasa " untuk mengeluarkan wang dan digunakan untuk kepentingan kaum dan sahabat handai belaka. Sebab itu agaknya mereka berterusan memerangai kerajaan Selangor. Selangor negeri kaya, dan bersedian untuk membuat dan melaksanakan berbagai-bagai program kebajikan untuk rakyat. Untuk Selangor teruskan perjuangan dan pastikan rakyat merasa nikmat di bawah pemerintahan PR.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA