Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, July 31, 2010

SAMAN EKOR, PERBUATAN KHIANAT KERAJAAN UNTUK RAKYAT

Dewan Muslimat Pas, Kawasan Pasir Salak, telah berjaya menganjurkan Majlis Makan Amal, dengan bertujuan untuk membantu kewangan Pas Kawasan ini sebagai persiapan untuk menghadapi PRU13 nanti. Tetamu utama di majlis tersebut selain dari Pn. Hj. Nuridah binti Salleh Ketua DMP Pusat ialah Dato Hj. Mahfuz bin Omar Naib Presiden Pas Pusat, walau bagaimana pun majlis agak sayu dengan ketidakhadirnya Pengerusi PAS Kawasan, ustas Mustafa Shaari yang kini diserang sakit dan waktu ini terlantar di Ipoh Speacialist Hospital Ipoh.

YB Mahfus sedang menikmati bubur kacang durian

Dalam ucapannya, memang tidak dapat dinafikan gaya Sdr Mahfuz berucap dapat menarik perhatian ramai, ini terbukti semasa beliau memberikan hujah, khusus berkaitan dengan " perpaduan Melayu " " Saman ekor " hadiran telah memberikan perhatian secara khusus untuk menerima maklumat tersebut.

Dari sudut perpaduan, beliau mengaku ianya amat perlu dan perlu di terima untuk semua pihak yang sayang dan cintakan negera. tapi apakah perpaduan yang dicanangkan masa kini tambahan pula dengan " berketengahkan " Mufti Perak dapat di terima oleh semua pihak, kerana Tan Sri Harunsania sendiri tidak menyatakan tindakan dan perbuatan yang dilakukan oleh UMNO semasa merampas Perak tidak dinyatakan kezalimannya. Mufti juga berpendirian menyebelahi UMNO dalam isu lompat parti. Ini jelas menunjukan Perpaduan tajaan Harunsana ini adalah berkepentingan.

Bagi PAS, perpaduan yang di canangkan ialah meletakan Kerangka Islam, kerana " Islam adil untuk semua " sebagai garis panduan juga dari aspek pemerintahan tidak cara yang dilaksanakan oleh UMNO kerana kerangka yang diamalkan oleh UMNO adalah " perpaduan " dari sudut perseptif yang sempit, tidak adil kepada semua serta melaksanakan pengurusan pentadbiran yang pilih kasih.

Isu saman ekor, juga melihatkan sendiri bagaimana kerajaan kita berdolak dalik dan ianya bukan untuk tujuan mendidik tapi bertujuan untuk mendapatkan dana dari poket rakyat. Lihat sendiri bagaimana dan apa yang telah berlaku di mahkamah Sarawak 2007, ternyata penggunaan " Saman Ekor " di tolak oleh mahkamah, tapi pihak polis dan JPJ meneruskan usaha ini. dan satu jawatankuasa khas di peringkat pusat telah dibentuk bertujuan mengkaji keputusan mahkamah Sarawak tersebut untuk digunakan pakai di seluruh negera.

Sebelum mengakhiri ucapan beliau juga sempat menyentuh bagaimana para menteri kabinate zaman Mahathir dapat ditipu oleh Lee Liong Sik dalam isu berhubung dengan pembelian tanah projek Mega Distribution Hub di Pelabuhan Kelang. Dan kini salah seorang dari mereka yang tertipu ialah Najib sendiri.


Pn. Hjh Nuridah menyampaikan hadiah kepada pemenang " kehadiran bertuah "

Pn. Hjh Nuridah pula menyentoh berkaitan dengan sebuah sekolah untuk pelajar yang " termengandung " yang dicadangkan oleh Kerajaan Melaka, cara ini seolah-olah kerajaan BN mengiakan perbuatan tersebut bukannya mencari jalan yang lebih ilmiah untuk mengatasi kejala tersebut. Beliau juga menyatakan tahun 2000 hingga 2008 terdapat sejumlah 250 ribu nyawa luar nikah di Malaysia, dan ini mungkin telah bertambah masa ini.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA