Dalam sehari dua ini, Parlimen Pasir Salak akan di gemparkan dengan berbagai-bagai aktiviti, ada aktiviti yang dikhususkan untuk memastikan pengerusinya Dato T ( panggilan Masyarakat Felcra ) seperti Tilawah masyarakat Felcra seluruh negara di adakan pada 30 - 31 Julai. Dato T cuba menandingan Tilawah Peringkat Antara Bangsa yang di adakah di KL. Disamping itu Pihak PAS bersama dengan PR pula cuba dan akan mendedahkan penyelewangan yang dilakukan oleh Pengurusan Felcra di bawah pimpinan Dato T kepada seluruh masyarakt Felcra juga dari seluruh negera program ini pada 31 Julai hingga 1 Ogos.
Dato T kelihatan marah, geram dan cemas semasa di temu bual oleh pemberita
Selain dari ceramah, aktiviti foram dengan penal peringkat kebangsaan di jemput untuk memberikan fakta dan hujah berkaitan dengan apa yang berlaku pada Felda juga berlaku pada Felcra. Penceramah ulung sudah pasti Pengerusi Anak. Sdr. Mazlan Ahmad ( Gambar sebelah ). Selain itu sudah pasti jualan beranika barangan di adakan. kuasa dalam pengurusan agensi itu. Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman (gambar) berkata, tindakan Tajuddin hari ini mengeluarkan kenyataan mahu menyaman penganjur jika memfitnah, menampakkan kegusaran seperti ada yang tidak kena. "Belum pun himpunan bermula, dia dah panik, seperti ada sesuatu yang menggusarkannya. "Kalau dia melatah, dia emosional bukan rasional," katanya kepada Harakahdaily.
Tapi apa yang perlu diperkatakan ialah kenapa Dato T " lebih sudu dari kuah " kenapa beliau bagitu takut dengan pendedahan bak kata pepatah " belum duduk dah berlunjur " apakah Dato T sudah mengandaikan ceramah dan foram yang dianjurkan sudah pasti mendedahkan kelemahan dan ketirisan dalam pengurusan Felcra? Atau semenjak Felcra di bawah kawal selia Dato T memang ujud ketirisan tersebut?"Pihak pembangkang didapati cuba memanipulasikan fakta kononnya agensi itu turut menghadapi masalah pengurusan dan kewangan, sama seperti tuduhan bangkrap yang dilemparkan terhadap Felda, Felcra mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh kerana telah berjaya memberi dividen bernilai RM3.6 billion kepada 94,000 peserta setakat ini. Sepanjang tahun lalu, Felcra mengeluarkan dividen sebanyak RM480 juta dan RM790 juta pada tahun 2008 dan pada tahun ini akan memberi RM500 juta dividen kepada peserta. Luahan Dato T kepada pemberita selepas merasmikan Gotong Royong Perdana di Felcra Seberang Perak di Kampong Gajah hari ini.
Untuk tujuan rekod dan pengetahuan, pada selang tak sampai sebulan dua projek induk di laksanakan oleh Dato T dengan menggunaan wang Felcra ( kepunyaan peserta ) tampa belas kasihan. Majlis Pelancaran Benih padi baru dengan sarapan pagi yang bagitu hebat - untuk apa dan duit siapa yang digunakan dan menafaatnya kepada siapa? Apa perlunya " sarapan " bagitu hebat untuk Menteri Pertanian dan Asas Tani. Selapas itu diadakan pula Tilawah peringkat Kebangsaan dan pendengar semua diangguk dengan bas, duit siapa, siapa bayar bayaran bas, buat gotong royong, di berikan baju T, duit siapa, siapa yang malang? Semua persaolan ini adalah untuk memastikan dan satu lobi untuk Dato T terus memimpin Felcra untuk penggal ke 2 nanti.
YANG JADI MANGSA ADALAH PESERTA
( Pemimpin hidup mewah rakyat menderita )
YANG JADI MANGSA ADALAH PESERTA
( Pemimpin hidup mewah rakyat menderita )
No comments:
Post a Comment