Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, July 16, 2010

RAKYAT MEWAH, BARANGAN PERLU MAHAL

Negara dengan kepimpinan yang ada terus menidakan pengetahuan dan ilmu yang ada pada rakyatnya sendiri, mereka tidak mahu melihat rakyatnya cerdik, tidak mahu lihat seluruh rakyat yang kini sedang berada di zaman " dunia di hujung jari " mereka juga seperti cuba menggagalkan sistem pelajaran yang di ada pada masa kini, mereka lupa, kepimpinan yang ada juga mencipta " jalor lebar " untuk kemudahan rakyat mendapatkan maklumat.

Apa beza, " pelarasan harga " atau " rasionalisasi subsidi " atau harga barangan dari dulu berharga sen 50 dan kini sudah bernilai sen 55, bukan kah itu namanya harga sudah bertambah? dengan kata mudah, mudah di fahami oleh masyarakat kampong, ini bermakna harga sudah naik. Tapi naik cuma sen 5 dan bukan sen 10. Naik tetap naik, pelarasan ke rasionalnya subsidi ke, orang kampong tahu ini tanda harga sudah naik.

Arahan penggunaan " pelarasan harga " dan rasionalisasi subsidi " diterjemahkan di majlis taklimat antara penasihat media PM dengan semua editor surat khabar kecuali akhbar alternatif ( yang kini sedang tergantong ), jika ada kalangan editor dari media cetak ini yang enggan untuk melayan kehendak PM sudah tentu masa depan akhbar tesebut di ambang delima penggantongan atau penamatan hak penerbitan mereka. "Mereka secara hormat memohon kita supaya bekerjasama tetapi permintaan seperti itu sukar jika tidak dilayan,” kata seorang daripada editor itu. Malahan arahan dari pejabat PM amat mendukacitakan, pihak editor perlu mencari cara lain untuk memastikan rakyat faham dengan keperluan kenaikan barangan tersebut. Ayat seperti barangan di Malaysia adalah terendah di rantau ini, rakyat di negera ini hidup dengan subsidi dari kerajaan dan sudah tiba masanya rakyat pula membantu kerajaan. Ungkapan tersebut perlu digunakan dalam pelaporan yang perlu dibuat.
Mungkin juga pihak kerajaan beranggapan, pendapatan perkapita rakyat sudah melebihi hak sepatutnya, kehidupan mewah masyarakat juga menjadi indikator untuk menambahkan harga barangan keperluan harian. Apabila rakyat sudah mewah sudah sampai masanya rakyat pula yang membantu kerajaan.
Pada masa ini semua agensi kerajaan perlu memainkan peranan untuk memastikan " tabung" kewangan negera dalam keadaan stabil. Ambil contoh PDRM, mereka juga telah menguat kuasakan " saman ekor " setiap pengguna yang telah di saman walau pun sepuluh tahun yang lalu, mereka perlu membayar saman tersebut. Amaran akan di " hitam " nama di JPJ adalah cara untuk mengagalkan setiap tuan punya kenderaan untuk memperbaharui cukai jalan.
Berbalik kepada isu " jangan sebut BARANG NAIK = BN " pihak pemberita juga di arahkan untuk tidak bertanya dan menemuramah penggunaan berkaitan dengan hal tersebut. elakan dari bertanya apa rasionalnya BN sebaliknya mengapa perlunya penjelasan " pengurangan subsidi " serta bandingkan harga antara negera dengan negera yang lain tapi harga barangan di negera yang lebih mahal dari Malaysis. Lihat sahaja bagaimana mereka membandingkan sakit " kencing manis " dengan kenaikan gula, apa rasionalnya?

" Jangan buat tinjauan rambang. Di ingatkan juga supaya tidak membuat tinjauan rambang di kalangan rakyat berhubung kenaikkan harga itu dan beberapa media 'diminta' mendapatkan pandangan daripada NGO dan persatuan pengguna yang mesra dengan kerajaan " petikan dari MK
Sudah pasti media akan melaporkan kerajaan kini lebih berani dalam menangani isu subsidi, pengurangan ini bukan" penjimatan " tapi keperluan untuk pembangunan negera. Apa yang berlaku zaman Tun Dolah juga perlu di jadikan contoh di mana seperti Tun Dollah berjaya menjimat hampir 4.6billoon RM dengan pengurangan subsidi air, tenaga dan bahan api.
Tapi apa dan kemana arah belanja 4.6billioon tersebut, semua orang tak mengetahuinya.
PM perlu di berikan pujian atas keberanian dalam mengangani isu ini, dengan kenaikan ini pihak kerajaan sudah pasti dapat mengurangkan subsidi kerajaan serta dapat menangani defisit kerajaan, kenaikkan harga barangan kali ini dirancang dengan teliti agar rakyat tidak berang apabila harga bahanapi, gula dan gas dinaikkan serentak.

Pihak editor juga perlu mempengaruhi rakyat mengapa barang perlu dikanikan dan kenaikan di buat dengan perancangan yang teliti, dengan kenaikan ini juga menurut Najib tindakan yang perlu bagi menangani defisit kerajaan, membanteras penyeludupan dan menggalakan rakyat hidup sihat dengan mengurangkan pengambilan gula.Katanya, wang berkenaan akan dibelanjakan bagi memastikan rakyat mendapat perkhidmatan kesihatan dan pendidikan yang lebih baik.
Ekoran dari arahan tersebut, semua media, cetak, eletronik langsung tidak melaporkan apa yang berlaku, ini bukan sahaja kepada rakyat malahan kepada " wakil rakyat " juga dinafikan hak mereka untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan kenaikan tersebut. Akhbar-akhbar arus perdana juga patuh pada garis panduan berkenaan dan tidak memperbesarkan isu berkenaan.Berita Harian memilih “harga baru” manakala Utusan Malaysia pula dengan tajuknya “subsidi diselaras” Sinar Harian yang baru-baru ini dirasmikan oleh Najib pula memilih menyiarkan laporan itu hanya di muka surat 4 akhbar itu.Akhbar Cina yang lazimnya dilihat lebih berkecuali juga patuh dengan arahan itu.Hanya satu sahaja yang menggunakan perkataan “harga naik' di muka depan manakala lima akhbar Cina yang berpangkalan di Semenanjung melaporkan kenaikkan itu sebagai “harga baru”.Harian NST juga tidak menyiarkan berita itu di halaman utamanya tetapi memilih tajuk kecil “antara yang terendah di rantau ini”.Harian milik MCA, The Star memaparkan tajuk “Gov't bold move will have minimal impact on people, says PM”.Harian Tamil Makkal Osai dan Tamil Nesan (yang dimiliki MIC) langsung tidak menyiarkan berita kenaikkan harga itu.
Rakyat terus tertipu dan ditipu oleh pemimpin, apakah ini perlu cara untuk memastikan kekayaan negera di monopoli oleh satu pihak sahaja?

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA