Paparan di atas adalah di keluarkan oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor yang dapat dan berjaya membandingkan pendapatan hasil korekan pasir di Selangor. Perbandingan antara dari tahun 2005 hinggan ke pertengahan tahun 2010. Kalau bagitu keadaan semang dan sepatutnya UMNO dan kepimpinan tertinggi sama ada di peringkat negeri maun pun persekutuan merasa cemas dan iri hati. Kalau selama ini hasil korekan pasir menjadi habuan kepada sebilangan kecil rakyat Selangor tapi kini ia sudah dapat di hak milikan oleh semua rakyat. Hasil dapatan dari pasir cuma antara 3 - 5 juta setahun semasa Khir Toyo memerintah, tapi kenapa semasa Khalid Ibrahim ia sampai ke angka 15.36 juta ( apakah khalid tidak berminat untuk mengisi poket bersama EXCO yang lain ) Bertempek lah panglima UMNO dan kini pasukan Gerakan Selamatkan Selangor yang di ketuai oleh Sdr. Ezam terus menghentam dan mengecilkan tindakan Kerajaan Selangor, walaubagaiman pun DSAI adalah mangsa utama yang di terkam oleh Ezam. Tapi malang bagi Ezam, kerana selagi beliau menerkam DSAI makin bertambah kepercayaan rakyat kepada PR, ini jelas dengan paparan samburan pengundin baru untuk terus memberikan kepercayaan kepada PR di pimpinan DSAI itu sendiri. Sumber dari SPR jelas menujunkan pengundi baru terus bersama-sama dengan PR, di Selangor yang telah mendaftar seramai 13,721 untuk PR dan hanya 6683 untuk BN. Sememangnya UMNO khususnya merasa tertekan dengan keadaan ini.
Kurikatur di atas jelas menunjukan apa yang terjadi semasa BN memerintah Selangor, jadi sudah pasti mereka merasa cemburu atas kejayaan PR yang kini dapat mengutip hasil sejumlah yang dinyatakan. KSSB anak syarikat Kerajaan Negeri di terjemahkan " korek Selangor Sampai berlubang " dan " Kebas Sebelum Selangor Berlubang " ini jelas menunjukan mereka sudah kehilangan sumber kewangan untuk di agih-agihkan di kalangan pengikut mereka, sumber sudah habis, wang poket sudah kering, dan mereka terus membutakan mata, dapat tidak dapat membezakan siapa yang untuk dan siapa yang rugi. Siapa yang mengeluarkan lesen dan siapa yang telah hidup kaya raya dengan hasilan pasir tersebut.
ehsan malaysia kini.
Carta yang di keluarkan oleh SPR ini memang menakutkan pihak UMNO, di mana mereka pada PRU 13 nanti? kemana harus mereka pergi, adakah mereka akan meninggalkan Malaysia dan tinggal di negera kedua sebagai " pelarian " dan memohon saka politik untuk tinggal di negara tersebut? Persoalan ini Allah saja yang akan menentukan. Kepada Kepimpinan PR jangan pula terus di buai mimpi dengan keadaan yang meyakinkan ini, kerana segala-galanya boleh berubah dan di permainankan oleh pihak pemerintah. Yang penting terus memperitngkatkan usaha kearah kemenangan yang paling maksiman untuk ke Putra Jaya. Takbir, teruskan perjuangan.
No comments:
Post a Comment