Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, July 23, 2010

SIRI 2 - PEMERINTAHAN 15 TAHUN NAJIB PM MALAYSIA

UMNO kini sedang dalam proses penghapusan dari bumi Malaysia, dengan keretakan, dengan pertelingkahan, dengan gaya pemimpin yang ingin dan berusaha untuk mengkayakan diri sendiri, dengan mengadu dumba sesama rakan untuk melepas diri bak kata pepatah " seperti aur dalam belukar, ingin melepaskan diri masing-masing " Lihat bagaimana UMNO Jelutong, bagaimana UMNO di Rantau Panjang, UMNO Sungai Petani, bagaimana pula Kepimpinan Muda yang ingin meninggalkan Pemuda sedangkan belum pun habis sepenggal memerintah sudah ingin berundur, umur masih muda belia.

Atau apakah teori RAHMAN ( Rahman, Abdul Razak, Hussein, Mahathir, Abdullah dan Najib ) itu benar, dan sebaik sahaja Najib mengambil alih kepimpinan, baik dari sudut parti mau pun negara maka sampai disini sajalah UMNO. Dengan itu sudah pasti UMNO akan di talqinkan.

Memang tidak dinafikan kekalahan PRU12 meninggalkan banyak insiden yang tidak menyenangkan kepimpinan UMNO, lihat bagaimana rebut isu " pasir " di Selangor. Pelakuan Khir Toyo dan Noh Omar memang di peringkat " climate ". Isu pasri adalah tambahan lagi usaha BN 'menyerang' negeri itu melalui perlbagai cara dan isu - termasuklah isu pembinaan ladang babi di Sepang, pengawalan jualan arak, hubungan PAS-DAP dan isu gambar intim exco Elizabeth Wong - sepanjang dua tahun ini belum mendatangkan hasil yang memberangsangkan.




Ezam ( pemuda berkotak-berkotak )
kini menjadi ayam tambahan UMNO Selangor.


Kini Senator Ezam dibawa masuk ke pentadbiran perhubungan Umno negeri pimpinan Datuk Seri Najib Razak dan Noh untuk membantu mengatasi kemelut isu " pasir " lantas ditubuhkan sebuah badan baru, dinamakan Sekreriat Selamatkan Darul Ehsan (SSDE) dan akan bermula program " menghentam " Khalid mulai malam ini sehingga 8 Ogos depan. Yang anihnya sepanjang program ini Khir tidak melibatkan diri, kerana ianya dianjurkan oleh Badan Perhubungan, dan selain Ezam penceramahnya terdiri dari " katak-katak " PKR.



DSN bersama Obama dalam satu majlis
di Washinton DC - berapa agaknya kos temu bual tersebut ?


Perilaku ini juga boleh menyebabkan keadaan ekonomi negera musnah, hanya untuk mendapatkan ruangan agar rencana tulisan DSN dapat di terbitkan di akhbar di Amerika dan bayaran untuk khidmat nasih dengan sebuah syarikat perunding menelan belanja sejumlah RM50K. Dan sekiranya hasil tulisannya itu disiarkan, maka perdana menteri akan mengeluarkan bayaran tambahan RM50,000 sebagai habuan untuk 'yuran kejayaan' kepada perunding berkenaan. Perkara ini didedahkan menerusi dokumen yang difailkan di bawah Akta Pendaftaran Agen Asing oleh firma Quinn Gillespie & Associates (QGA), sebuah badan perunding perhubungan awam dan pelobi yang terkemuka di Washington DC.


No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA