gambar hiasan - cuba teka mereka dari gulongan fahaman mana?
Dalam keadaan kelamkabut, sebuah parti siasah yang mendakwa mereka masih " releven " untuk memerintah terus menunjukan ketidak matangan dalam pengurusan dan pentadbiran organisasi mereka, kecelaruan ini ujud bukan kerana mereka tak matang, bukan kerana baru memerintah, tapi mereka sudah melebih setangah abad dalam pemerintahan. Kesalahan dan ketidak puasan hati mereka adalah kerana mereka tidak mengamalkan " community leadership " sebaliknya mereka lebih mementingakan " richer leader ship " mereka terus menggunakan kepimpinan berparti untuk mengisi dan mengeyangkan perut sendiri, rakan taulan serta keluarga sahaja. Implikasi dari tindakan itu sudah tentu ada kalangan yang merasakan mengapa " kepimpinan " ini diteruskan untuk mereka. Mengapa tidak di turunkan kepada individu lain, ( atau individu yang belum kaya )
Pertempuran demi pertempuran kalangan mereka sendiri terus berlaku, lihat saja di Kelantan di fahamkan sejumlah besar cawangan UMNO gagal di daftarkan dengan ROS, ini membuktikan UMNO adalah sebuah parti haram, ini pernah terjadi satu ketika dulu, zaman Tun M, dengan peristiwa tersebut teserahkan jawatan PM kepada presiden MCA beberapa ketika lamanya. Kemelut-demi kemelut ini dan akhirnya mereka memikirkan perlu adanya kerjasama atau permuafaktan antara UMNO dan PAS amat perlu di usahakan. Kemelut tersebut juga di andaikan oleh Mufti Perak, Melayu akan menggigit jari selepas PRU13 nanti, siapa Harunsani, bagaimana beliau dapat mengimbau perkara tersebut? Akhirnya beliau bersedia untuk menjadi orang perantaraan antara UMNO - PAS dalam usaha " berbaik-baik " tersebut.
keratan akhbar, Melayu akan terpinggir selepas PRU13
Mufti Perak, Tan Sri Harunsani ( gambar Kanan ) bersedia untuk memberikan khidmat bakti untuk memastikan penyatuaan UMNO - PAS dapat dilaksanakan agar PRU13 nanti tidak menafikan hak MELAYU di tanah airnya sendiri. Tapi sedih dan mengecewakan tindakan dari usaha ini di pertikaikan oleh pihak PAS, kerana PAS mengharapkan agar UMNO dapat mengubahkan dasar perjuangan ke sistem Islam, cara sederhana, tidak menindas, tidak mengamalkan rasuah, tidak menyalahgunakan kuasa serta tahu merendahkan diri dari, serta tidak mengamalkan sistem pemerintahan pilih kasih.
Semua rakyat Melayu Malaysia, tahu apa yang dibuat oleh UMNO kepada rakyat Kelantan selama 20 tahun di bawah pemerintahan PAS, semua orang tahu bagaimana Rais Yatim memutar belitkan perundangan berkaitan dengan royaliti minyak semasa PAS memerintah Terengganu tempoh hari. Sepatutnya, faktor ini lah yang menjadi akar perbincangan oleh Tan Sri Harunsani untuk penambahbaikan kepada pemimpin UMNO. Ubahkan perangani dan buruk laku mereka dulu dan banyakkan menunaikan hukum tuhan barulah boleh berbaik-baik. Lagi satu yang sepatutnya dalam pemikiran Tan Sri ialah mengapa beliau harus melibatkan diri dalam politik, atau apakah " talian hayat " untuk beliau menyambung tugasan sebagai mufti sudah hampir berakhir. Yang terbaik, para Mufti tidak melibatkan diri dalam kancah politik - kata MB Kedah.
No comments:
Post a Comment