Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, July 17, 2010

AM- BEKAITAN DENGAN BERWUDUK

Tips untuk renungan:

Sunah - Sebelum berwuduk

1- BERSUGI sunnah Rasullah saw yang mana baginda amat meneggalakan ummatnya menggamalkan sunnah ini, berdasarkan sabda baginda " seandainya tidak memberatkan umatku, nescaya akan aku perintahkan mereka untuk bersugi setiap kali solat." ( Muttafaq 'alaih )

2- MEMBACA BASMALAH...." tidak ada wuduk bagi orang yang tidak menyebut nama Allah ( Riwayat Abdu Daud no. 101, Ibn, Majah no. . 398 dan Al-Baihaqi no. 195 ). Dalam satu lagi riwayat Rasulllah juga bersabda kepada Abu Hurairah " Apabila kamu berwuduk, maka ucapkanlah, ' Bismillah walhamdulillah ( dengan nama Allah dan segal pujian bagi Allah ) ' Jika engkau memeliharanya maka akan dituliskan bagi kamu kebaikan yang tidak henti hingga wudukmu gatal ." ( Kanz al-'Ummal )

Sunah semasa berwuduk

1- Melebihi basuhan anggota wuduk. " sesungghnya umatku akan datang pada hari kiamat dengan wajah yang bersinar kesan daripada berwuduk. Siapa diantara kalian yang mampu melebhihkan ( batas kawasan ) membasuh muka, maka lakukanlah - Sabda Rasulullah ( Muttafaz 'alaih )

2- Berkumur-kumur
Riyawat Ibn Juraij, Nabi bersabda dengan maksud " jika engkau berwuduk maka berkumur-kumurlah - Riwayat Abu Daud no. 144

3- Memasukan air ke dalam hidup ( ingtinshaq ) atau istinshar ( menyedut air ke dalam hidung kemudian di hempuskan kembali. aktiviti ini diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a dan sabda Rasulullah " Sesispa yang bewuduk maka hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidunng dan mengeluarkan kembali ( riwayat al-bukhari no. 159 dan Muslim no. 585 )

4- Menyapu semua pada bahagian kepala.

5- Membasuh kedua-dua telinga

6- Menyelat celahan seperti celah jari tangan, jari kaki, misai dan janggut. jari tangan dan jari kaki diselatkan dengan jari-jari tangan secara berselang. Manakala misai dan janggut yang tebal sunat diselatkan dengan jari-jemari, namun bagi yang misai atau janggut yang nipis wajib menyelati. Tetapi kalau misai dan janggut itu ada pada wajah wanita sama ada nipis atau lebat wajib diselatkan tanpa kecuali. Hal ini berdasarkan sebuah hadis daripada Anas bahawa Rasulullah mengambil sadikit air ketika berwuduk, lalu menyiramkan kebawah janggutnnya. Kemudian baginda menyelatkan janggut tersebut dan bersada yang bermaksud: " Demikilah Rab-ku memerintahkan ku ". juga sabda baginda dengan maksud " Jika engkau berwuduk, maka selalah jari-jemari tangan dan jari-jari kaki mu. " ( Riwayat al-Tarmizi no. 39 )

7- Mendahulukan membasuh anggota sebelah kanan daripada yang kiri. " Apabila kamu mekakai pakain dan apabila bewuduk, maka mulakan dari sebelah kananmu. " Sabda Rasullulah dan diriwatkan oleh Abu Daud no 4143 dan al-Baihaqi no 412 )

8- Menghaapi kiblat ketika berwuduk ( mazhab Hanafi dan Maliki )

9- Membasuh dan menyapu setiap anggota tiga kali. hadis ini mashyur berdasarkan riwayat daripada beberapa orang sahabat.

10- Menggosok-gosok secara lembut setiap anggota wuduk

11- Bersederhana menggunakan air untuk berwuduk, tidak membazir

12- Tidak bercakap-cakap
ketika berwuduk, mengikut sunah Rasulullah.

Sunah Selepas Berwuduk

1- Berdoa Anjuran ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan Imam Mujlim, Rasulullah bersabda yang bermaksud: " Tidaklah sia-sia salah seorang daripada kamu yang berwuduk lalu memyempurkanya, kemduak dia membaca..
" Aku bersaksi bahawa tiada Ilahi ( yang berhak disembah ) selain Allah dan sesungguhnya Muhammad itu hamba dan utusanNya, melainkan dibuka baginya pintu-pintu syurga yang lapan, Maka masuklah pada mana-mana pintu uang dikehendakinya ( Riwayat Ibn Hibbgan no. 1050 )

2- Solat dua rakaat selepas berwuduk

tips -sunat-sunat wuduk- SOLUSI PP15048/05/2010 isu no. 21

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA