Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, July 15, 2010

PAS - UMNO TERUSKAN BERMUZAKARAH

Apakah kini, perpaduan Melayu sudah mula tergugat? atau apakah hala tuju dan rasa benci masyarakart terhadap kepimpinan Melayu yang diterajui oleh UMNO telah mula terhakis? atau adakah mereka puloa terasa iri hati terhadap kepercayaan seluruh bangsa ( Melayu, Cina & Inda ) terhadap perjuagan Pakatan Rakyat sudah mula menampak hasilnya. Dalam keadaan yang sama, kalangan kepimpinan UMNO terus menuduh dan mentohmahkan kepincangan parti lain yang ada di negera ini khususnya PAS dan serangan peribadi untuk DSAI tak mengenal erti penat lelah.
Cuba kita imbau kembali peristiwa yang mana orang UMNO menidakkan hak orang Melayu, bagaimana negeri yang di majoritikan oleh Melayu di anak tirikan, bagaimana Terengganu yang jatuh ke tangan PAS seketika dulu, dan penghuni nya di monopoli oleh orang Melayu dan UMNO sanggup menyekat dan memutar belitkan hak pemberian royaliti minyak. Kesannya rakyat Terengganu yang ingin hidup mewah menghadkan aktiviti harian mereka. Pemberian Perkapita Grand oleh kerajaan pusat kepada Kelantan di ambil sambil lewa, tidak diberi mengikut masa yang ditetapkan. Malahan hak pemberian ini, perlu kerajaan Kelantan memohon seperti orang meminta sedekah. Bukankah Kerajaan Kelantan juga membayar cukai pendapatan kepada kerajaan pusat?
Kita lihat pula bagaimana rakus dan tidak amanahnya kepimpinan UMNO, di mana kawasan yang di wakili oleh pihak pembangkang semua peruntukan pembangunan di sekat, malahan peruntukan tidak disalurkan kepada wakil rakyat yang sepatutnya, tapi di agihkan kepada Ketua Bahagian UMNO. Apakah ada rasa pertanggongjawaban mereka kepada rakyat atau mereka lebih mementingkan pembangunan diri sendiri sahaja.
Kini kita dapat perhatian dengan jelas mainan dan salah laku yang di mainkan oleh mereka, kepimpinan UMNO ini boleh di kategorikan kepada " political leader " dan mereka bukannya dari kalangan " comunity leader ", mereka lebih mementingkan kawan dan rakan, sanak saudaran dalam mengagihkan harta rakyat.
Apakah mereka sedar apa yang terjadi di Malaysia dewasa ini, cuba kita lihat kaum manakah yang teramai di Pusat Seranti, kaum manakah yang ramai " membuangkan bayi " kaum manakah yang ramai tidak sempurna penghidupan hariannya, remaja mana yang ramai menghuni jalan raya dengan menunggang motosikal cara yang tidak selamat. Mengapakah mereka langsung tidak mengambil tindakan yang sewajarnya untuk membasmi kegiatan yang dinyatakan. Sebalikanya masyarakat " melayu " di limpahi dengan hiburan yang terus melekakan generasi barunya. Bilang saja berapa banyak program hiburan yang tayangkan untuk tontonan para remaja?
Berbalik kepada, isu " permuafakatan " dengan PAS, apakah mereka sudah hilang akal, dari gulongan mereka juga telah melebalkan PAS dan pengikutnya adalah penganut ajaran sesat, apakah mungkin orang akan mengikut dan bekerjasama dengan orang yang sesat. Kepimpinan PAS tentu masih ingat lagi macam mana gabungan satu ketika dulu dan akhirnya PAS dengan paksa rela perlu meninggalkan BN.
Untuk itu, kepimpinan PAS perlu memikirkan apakah tujuan utama TPM mengeluarkan ayat tersebut sedangkan PM sendiri mengakui UMNO masih kuat dan utuh dalam pengurusan dan pentadbiran negera. Biarkanlah UMNO terjun dengan labu-labunya.


No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA