Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, July 21, 2010

ISU PASIR : TAN SRI KHALID, DATO SERI NOH OMAR DAN DR. KHIR TOYO



Isu pasir di Selangor rupanya memberikan satu petanda kepada keretakan rakan UMNO itu sendiri. Khir Toyo sebagai Ketua Pembangkang dengan caranya dan Nor Omar selaku Tim. Pengerusi Perhubungan dengan cara tersendiri, yang penting bagaimana untuk memastikan Tan Sri Khalid MB tak tidur lena.

Kalau kita perhalusi keadaan dan kenyataan kedua-dua pemimpin Selangor ini jelas mereka mengambil kesempatan dan melaporkan apa yang telah mereka lakukan sebelum Selangor di ambil kuasa oleh PR. Kedua-dua mereka saling " membogelkan " kawasan yang di lombong oleh gerombolan yang dikatakan haram. Kawasan Kampung Bukigt Changgang di daerah Dengkil di laporkan oleh Khir pada 11 Julai dan pada 14 Julai Noh Omar pula melapurkan kegiatan yang sama untuk kawasan Dengkel, Kuala Langat dan Batang Berjuntai, tapi noh selaku Menteri menggunakan kemudahan yang ada dengan menggunakan helikopter untuk meninjau kawasan terbabit sedangkan Khir cuma ketua pembangkang dengan menaiki kereta sahaja.

Tak pusa lagi kemudian Khir, pada malam semalam pula bertindak membawa beberapa orang penulis blog untuk meninjau satu kawasan perlombongan pasir di Kuala Selangor sehingga jam 1 pagi. Yang anihnya penulis blog yang bersama-sama khir adalah kalangan mereka yang anti Noh - yang juga timbalan ketua perhubungan Umno Selangor - yang pernah mencemuh golongan blogger sebagai kumpulan "musang berbulu ayam."

Kini lebih jelas dan nyata kesan peninggalan, kawasan yang dilawati di Batang Berjuntai dan Kuala Langat - merupakan kesan yang ditinggalkan oleh pentadbiran Dr Mohd Khir sebelum ini, dakwa ADUN Sri Muda Shuhaimi Shafiei. "Zaman Khir Toyo menjadi menteri besarlah kawasan yang di lawati Noh Omar di Batang Berjuntai dan Kuala Langat menjadi 'lubang seperti di bom'," kata ADUN PKR itu.

Isu pasir telah dijadikan medan perperangan untuk menguji siapa yang layak untuk menerajui Selangor selepasa PRU 13 nanti, ( jika BN ) memerintah semula. Kini Noh adalah Timbalan Pengerusi Perhubungan dan Khir hanya ketua Pembangkang. Kedua-dua mereka saling lawat melawati kawasan bekas lombong pasir tersebut. Kunjungan Noh ke dua-dua kawasan tersebut sebagai membalas kunjungan Khir ke kawasan Dengkil di mana ADUN Marsum Paing adalah poenyokong kuat Noh Omar.

Kini dengan pembongkaran tersebut jelas menunjukan Isu Pasir ini telah membuka ruang kepada kedua-dua pemimpin peringak negeri dan pusat ini dari UMNO untuk menunjulkan diri dan memperlishatkan siapakan yang lebiah berpengaruh untuk menerajui kepimpinan UMNO Selangor buat masa akan datang khususnya untuk menghadapi PRU 13 nanti. Apa yang jelas Kepimpinan PR yang menjadi mangsa dalam kerakusan pemimpin UMNO untuk menguji kekuagtan mereka.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA