Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, July 13, 2010

KERANA CIA - KERAKYATAN DSAI AKAN DITARIK

DSAI kini terus di " telanjangkan " oleh musuh politiknya, kini KDN sedang berusaha untuk menamatkan " kerakyatan " beliau, sedangkan beliau sememangnya rakyat negar ini, kemanakah DSAI akan membawa diri selepas ini, di mana pula beliau akan meminta saka politik untuk meneruskan sisa-sisa penghidupannya, di mana pula anak isteri dan keluarga akan berpaut kasih sayang dengan seorang bapa.
Apakah kini kepimpinan negera sememangnya merasakan satu tampran hebat dengan bernyawanya DSAI, atau apakah benar-benar DSAI menjadi duri dalam penghidupan mereka seharian. Semangnya pihak tertentu tidak merasa puas selagi DSAI bernyawa dan sanggup membongkar semua kisah-kisah salah laku mereka semasa pemerintahan mereka.
DSAI sudah membongkar semua kezaliman, kecurangan, salah laku, kegiatan pembaziran yang sepatutnya di ketahui oleh rakyat, tapi pemimpin yang melakukan merasa terluka dengan pembongkaran tersebut, dengan sisa-sisa kuasa yang ada mereka meneruskan perjuangan untuk memastikan DSAI di tamatkan karier politiknya, walau dengan apa cara sekali pun.

DSAI dari zaman belianya sudah di kenali di seluruh pelusuk dunia, dengan kepimpinan Belia - seluruh dunia, dengan kepimpinan mahasiswa semasa pelajar, dengan penglibatan dalam kempimpinan negara. Semasa beliau menyertai UMNO kepampuan beliau untuk memimpin memang teserlah, kurang dari 10 tahun penyertaan dalam UMNO beliau sudah mendaki ke tanggan ke 2 dalam hiraki kepimpinan, Timbalan Presiden. Tapi perjuangan untuk bangsa, agama dan tanah air tidak mengenal itu semua. LAWAN TETAP LAWAN.
Ketika Dr. M bercuti DSAI telah diamanahkan untuk menerajui negera dan beliua telah banyak melakukan perubahan dan mengenal pasti beberapa masalah kepimpinan dan salah laku yang di lakukan oleh pucuk pimpinan dan rakan-rakan dalam UMNO. pada ketika ini DSAI cuba untuk mengubah dan menambahbaikan keadaan. Tetapi apabila sesuatu itu sudah menjadi darah daging bukanlah mudah untuk di ubah dan akhirnya DSAI di perdayakan dengan fitnah liwat1. dan terpenjaralah beliau selama 6 tahun di Sungai Buluh.
Setelah bebas dari pertuduhan tersebut, kini DSAI di ulangai lagi dengan kes liwat ke2 dan banyak lagi fitnah yang dilembarkan untuk memastikan sekali lagi DSAI di penjarakan, walaupun majorita rakyat menganggapkan petuduhan yang dilembarkan amat tidak releven tapi itu adalah usaha yang perlu dilakukan untuk memastikan kesalahan kepada kebenaran memihak kepada pemerintah.
Amat sukar sekali Sdr. Anwar untuk menegakkan kebenaran di bumi Malaysia, Allah sahaja yang dapat memberikan hidayah kepada perjuangan beliau. Moga-moga dengan kekuatan mental yang ada padanya serta diiringi dengan kehendakNya, insyallah DSAI akan berjaya jua nanti.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA