Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, July 14, 2010

PEMIMPIN PKR DI BELA OLEH PEMINAT

Setelah kepimpinan UMNO menyerang DSAI yang juga penasihat ekonomi kerajaan negeri Selangor dengan berbagai-bagai isu, seperti membayar untuk berucap di CNN, DSAI juga adalah agen CIA dan termaklum DSAI adalah seorang " peliwat ", serangan untuk Dato Khalid juga tidak kurang hebatnya, Khalid diserang berkaitan dengan corak pemerintahan dan kegagalan menangani isu pasir dan air di Selangor, insyaallah jika air tidak di selenggara dengan baik mungkin pada 2014 Selangor dan WPKL dan WP Putra Jaya akan dicatukan.


Tapi jika di selak dan selidiki apakah Muhyiddin pula berjaya di Kementerian Pelajaran? Isu PPSMI masih belum selesai, kini terbit pula isu penghapusan UPSR dan PMR, bagaimana pula dengan isu disiplin pelajar, bagaimana pula dengan isu ada kalangan pelajar yang melahirkan zuriat dalam tandas sekolah, bagaimana pula dengan peristiwa yang berlaku di Maktab Tentera, bagaimana pula seorang Guru Besar sanggup menendang seorang murid sekolah rendah. Di mana agaknya Muhyuddin.
Kedua-dua tokok PKR yang dituduh telah mendapat pembelaan dari badan yang berkenaan. Contohnya CNN, pihak mereka sendiri menafikan adanya bayaran dari pihak orang ketiga, jurucakap CNN yang berpangkalan di Hong Kong mengesahkan ketidak berlakunya apa yang di katakan oleh Joshua Trevino dalam The New Ledger yang berpankalan di New York. Dato Khalid pula dengan ada seorang penyelia projek korek pasir En. mahmood Buyamin telah mengemukakan permit yang sah dan dikeluarkan oleh Pejabat Tanah & Daerah Kuala Langat, mengapa kini projek tersebut di katakan haram oleh Khir Toyo sedang projek juga di pantau oleh jurutera yang dilantik dan Jabatan Pengaliran dan Saliran serta mematahohi peraturan perlombongan.
Berkaitan dengan isu air, terdapat percanggahan antara kehendak kerajaan negeri dan kerajaan pusat. kerajaan negeri lebih mementingkan keperluan rakyat sedangkan kerajaan pusat lebih berfokus kepada kepentingan kewangan negera. petikan Sinar 14 julai 10
Kini Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri ingin pula bersahabat dengan kepimpinan mereka yang mengamalkan ajaran sesat, Muhyiddin perlu rujuk dengan Shafie Afdal dulu sama ada ianya releven atau sebaliknya, untuk itu tidak gunalah populariti PM yang kini meningkat ke lebih 70% tapi sebalinya, apa yang sebenarnya UMNO / BN masih tercari-cari formula bagaimana untuk meneruskan kepimpinan selepas PRU 13, lihat sahaja bagaimana beberapa bahagian UMNO yang dilanda pertelingkahan antara satu sama lain. Jelutong contohnya.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA