Sejak peristiwa pemecatan DSAI dari kabinate oleh Tun M, keadaan pemerintahan negara telah berkecamuk, perundangan negara, perlembagaan negara sudah tidak seindah apa yang sepatutnya. Perlembagaan di nafikan, perundangan pula memihak kepada pemerintah, kita boleh lihat seperti perhimpunan aman di halang, kesalahan kepada kepimpinan pembangkang boleh di reka oleh pemerintah, sistem kehakiman juga menurut kehendak pemerintah. Apa yang jelas " Pembangkang " tidah semudah itu untuk menghirup udara berseh di negaranya sendiri, keselesaan yang di benarkan oleh perlembabagaan di nafikan.
SPRM, SPR, PDRM, Badan Kehakiman, Media Perdana, Media Elektronik semuanya memberikan " sokongan padu kepada UMNO / BN. Contoh kepada akhbar perdana, tindakan mereka kini berusaha untuk " memperbodohkan " Orang Melayu, terutama mereka di kawasan kampong dan pendalaman. Lihat sahaja isu khutbah di masjid seluruh Selangor tempoh hari - isunya berkaitan dengan Pengurusan Keagamaan. Isu Memfinah, hukum hakam yang akan di terima oleh mereka yang memfitnah. Utusan meletakkan undang-undang polis lebih baik dari perundangan dari Alquran. Dimana para alim ulama masa kini ? mengapa mereka berdiam diri? apakah benar kartun pertuduhan kartun tersebut?
Apa yang berlaku dewasa ini jelas memperlihatkan " kekalutan " kepada kepimpinan UMNO dewasa ini, mereka sudah hilang punca, tidak tentu arah malahan mereka sanggup memperjudikan nasib generasi mendatang. Bagi mereka bagaimana untuk mempertahankan kuasa.

Bagi pembangkang yang kini bagitu di terima oleh rakyat, memang tidak dapat laluan mudah bahkan sering menjadi mangsa sang penguasa disaat mereka terdesak. Pertandingan yang dilalui atas tanah yang berbukit bukau, medan yang tidak rata serta pengadil yang memihak menjadi lumrah bagi parti politik pembangkang.
Terkini Malaysia seolah-olah sudah melaksanakan 2 sistem undang, Hak Pemeritah dan Pembangkang. Ianya ketara sekali selepas PRU12, kesan tersungkurnya kerajaan UMNO / BN di 5-1 ke tangan Pakatan Rakyat. Nasib " Pembangkang " bertambah celaka sama ada pemimpin mau pun negeri yang diperintah.. UMNO masih tidak mengaku mereka adalah pembangkang di Selangor, Kedah, P.Pinang dan Kelantan. Mereka masih mengatakan kerajaan negeri-negeri tersebut diperintah oleh Pembangkang. Ini jelas memperlihatkan ceteknya daya fikir mereka dan mereka tidak tahu sistem pemerintahan di Malaysia yang mana ada kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat.
Lihat saja di Selangor mengapa mereka boleh berceramah secara terbuka sedangkan ianya di kuatkuasakan mesti dibuat dalam dewan. Kenapa dalam dewan, alasannya keselamtan tapi tidak kepada UMNO / BN mereka boleh di mana-mana dan pada bila-bila masa saja. Persoalannya ialah mengapa UMNO dibenarkan menjalankan ceramah secara terbuka? Rujuk siri ceramah anjuran parti penguasa UMNO diatas nama "Selamatkan Selangor", ianya dianjurkan ditapak terbuka dan bukannya disebuah tempat tertutup yakni Dewan dan sebagainya.Tidakkah ini jelas melanggar arahan pihak berkuasa bahawa ceramah di Selangor hanya boleh diadakan dikawasan tertutup?
Bukan setakat isu ceramah, pengedaran video lucah, tangkapan rasuah - jika ianya membabitkan pemimpin pembangkang, hari ini repot petang nanti dah buat tangkapan, siasatan di laksanakan sehingga membawa maut. Lihat isu video Linggam, lihat kes kehilangan injin kapal terbang, lihat kes pembunuhan Altantuya, lihat kes KM Sarawak, Lihat kes kebangkrapan GLC seperti Felcra, Felda, Bernas. Tindakan di ambil di masa rakyat dah lupa dengan isu-isu tersebut.
Apakah benar gambaran seolah mengiakan tanggapan ramai pihak bahawa Malaysia punya dua udang-undang dengan satu milik UMNO manakala satu untuk pembangkang.Sampai bilakah nasib pembangkang sebegini malang? sudahlah media disekat, program partinya juga dihalang. Apakah pihak berkuasa ( UMNO / BN ) sudah tidak patuh dengan perundangan dan perlembagaan negara yang ada, sudi-sudulah memahami konsep demokrasi yang sebenar selain dari sibuk pertahan sistem demokrasi ala Malaysia tajaan UMNO.
Itulah nasib pembangkang di Malaysia ketika ini, ubah sekarang untuk menjamin masa depan. Demi Rakyat perubahan amat di tuntut.
Itulah nasib pembangkang di Malaysia ketika ini, ubah sekarang untuk menjamin masa depan. Demi Rakyat perubahan amat di tuntut.
No comments:
Post a Comment