Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, May 7, 2011

PAS, PKR - AKAN GIGIT CARI DI PRU 13



Sdr. Rafizi Ramli - Pengarah Strategi Keadilan

Kini memang ada halangan untuk PR khususnya PKR dalam memenangi pada PRU13 nanti, kerana pengundi Melayu pada dasarnya amat percaya dengan apa yang ditulis oleh akhbar perdana, Utusan Malaysia, Berita Harian. Bagi UMNO apa yang ditulis oleh kedua-dua akhbar ini adalah " rasmi " dan " dipercayai " Sdr. Rafizi mendedahkan banyak perkara dan hujah yang di bangkitkan oleh pembela dalam kes liwat 2 tidak disiarkan malahan mereka hanya mengambil pengesaha DNA sampel Y adalah DSAI, tapi apakah benar adanya DNA itu, bagaimana DNA itu di simpang, bagaimana pula Judy Preire ( pegawai polis ) yang gagal menyimpan " mani " DSAI cara biologinya, kerana Judy mengaku menyimpang dalam " drawer " ( laci ) di pejabatnya. Cara ini salah. Bagaimana pula saksi utama Shaiful yang memang tidak ujud di kondo tersebut.

Fitnah sabagini adalah usaha UMNO untuk terus " menipu " dan " memastikan " daya fikir orang Melayu terus menyintai UMNO. Bagi orang Melayu, cerita fitnah memang di tunggu dan cerita kaitan dengan DSAI khusus kaitan dengan " main " jalang memang cukup sensitif, lantas yang demikian, pembaca UM/BH cukup percaaya. Mungkinkah usaha-usaha ini telah mencetukan satu pelaporan di mana pengundin Melayu khususnya di kawasan luar bandar sudah mula kembali ke pangkuan UMNO?

pas seminar 071109 abu hassan hasbullah
Zentrum Future Studies
telah mengambil inisiatif dan berusaha untuk mengenal pasti keadaan pengundi di Perak. Pemimpin Zentrum, Dr Abu Hassan Hasbullah ( gambar ) ketika mendedahkan perkara itu berkata, untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13, Pakatan Rakyat ternyata sudah tidak lagi boleh bergantung kepada isu sentimen kemarahan rakyat berhubung tindakan BN itu kerana isu tersebut sudah tidak sekuat tahun 2008 atau 2009. Datuk Seri Nizar Jamaluddin terus kekal sebagai tokoh pemimpin yang disegani dan diperlukan oleh seluruh rakyat Perak.


Isu memburukan DSAI dengan serangan fitnah mungkin telah memainkan peranan untuk mengubah daya fikir orang Melayu, dan kini timbul pula hebahan tentang mengujudkan Kristian sebagai agama rasmi. Tohmahan ini cukup merbahaya dan ia boleh mengujud " perang bangsa " di negara ini. Bagaimana pihak berwajid langsung tidak mengambil tindakan terhadap akhbar tersebut. Atau apakah akhbar ini sudah dapat permit untuk tujuan melaga-laga " bangsa " di negara berbilang bangsa ini?

Untuk itu Pakatan Rakyat Perak perlu menyusun strategi lebih berkesan untuk menang pada pilihan raya mum ke-13 akan datang, Menurut beliau, sebaliknya, jika isu-isu perkauman ini terus dimainkan, ia pasti akan mendatangkan kesan lebih buruk kepada Pakatan Rakyat kerana isu berkenaan ternyata sudah berjaya dimanipulasi oleh BN untuk mengelirukan rakyat, Pakatan Rakyat sekurang-kurangnya perlu menyusun tiga usaha penting mulai sekarang yang merangkumi kesepaduan serta kestabilan Pakatan Rakyat, penonjolan tokoh-tokoh muda berkaliber selain tokoh sedia ada dan membuktikan kemampuan mereka memberikan perkhidmatan lebih baik kepada rakyat.

Juga Sdr. Hafizi menekankan yang akan jadi mangsa dalam perancangan ini ialah PKR dan PAS. Orang-orang Cina tetap tidak berganjak malahan undi mereka terus meningkat dan terus menyokong Pakatan Rakyat. Ini sememangnya satu petunjuk yang cukup baik kepada Pakatan Rakyat tapi malangnya bagi pengundin Melayu - mereka cukup mudah menerima apa saja mainan " fitnah " yang dilemparkan oleh UMNO / BN. Akhirnya tambah beliau, calon UMNO akan menang di kawasan luar bandar dan calon DAP pula akan menyapu bersih di kawasan bandar-bandar.


No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA