Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, September 25, 2011

A.SAMAD SAID - GEMPUR DUN CHANGKAT JONG

Kg. Bahagia, Teluk Intan, 24 Sep. 2011 program Pidato Perdana dengan mengundang 3 penceramah, 2 darinya penceramah politik Dr. Zulkilfi Ahmad, MP Kuala Selangor dan Cik Siti Aisyah Sheikh Ismail, Ketua Serikandi PKR dan seorang NGO badan penulisan Dato A. Samad Said



Dengan suara serak-serak basah, beliau membacakan puisinya, serangkap demi serangkap di baca dan di ulas setiap rangkap yang di baca, pendedahan puisi tersebut telah ada kaitan dengan apa yang berlaku di zaman perkembangan Islam zaman dulu.

" sedetik terkesan kemana kedamaian,
atas dataran gunung di mana tempat merujuk berhujjah
sayup merenung oleh terus dalam kedamaian
yang gusar dan menakutkan
apakah yang dapat di lakarkan
( ianya sama saja sedekat yang lalu )
Kita sedang gusar juga kini
yang wira di katakan bukan wira
yang tidak wira di katakan wira
Mat Indera di katakan penganas
Orang Putih yang menentang mat Indera
pula dikatakan wira ......



Cik Siti Aisyah Shaikh Ismail

Najib lupa pada pembentangan bajet 2011 pada Oktober 2010, beliau telah meluluskan " penambahan 6% kepada pengguna telefon bimbit, apabila pihak berkenaan ingin menaikkan, Najib mengecam dan menidakkan kehendak mereka. Apakah Najib ingat masyarakat Malaysia pada hari ini " bodoh " dan buta membaca? Tanya Siti Aisyah, bagitu juga jika kita memberkan mandat lagi selepas PRU13 nanti pihak kerajaan akan melaksanakan GST ( Goverment service Tax - cukai perkhimatan kerajaan ) sudah tentu yang jadi mangsa ialah Rakyat.

Bagi AMK ( angkatan Muda - dari PAS, PKR, DAP ) adalah diharapkan agar perlu bersedia dari sekarang sehingga pembubaran parlimen di umumkan. Ini kerana gulongan muda perlu memainkan peranan dalam usaha untuk memastikan PRU13 nanti memberikan satu imput yang baik untuk PR ke Putra Jaya.



YB Dr. Zulkifli bin Ahmad
AP Kuala Selangor

Satu fenome baru dalam politik tanah air ialah di mana penglibatan semua pihak masa kini, kita lihat bagaimana berjayanya BERSIH 1.0 dan kemudian ikuti dengan BERSIH 2.0, bagaimana NGOs lain, sama ada ianya menyokong atau penetang kerajaan, Keujudan PERKASA memang jelas NGO ini untuk memastikan BN terus berkuasa, kita lihat juga Patriotik.

Kita lihat pula bagaimana BAPA ( Felcra ) dan ANAK ( Felda ) memainkan peranan bagi membantu peneroka di kawasan masing untuk menangani setiap masalah yang telah lama di kumpul oleh pihak pemerintah. Penglibatan NGOs ini agak baik kerana ianya dapat membantuk dan kekedang juga menyusahkan badan politik.



Sebahagian dari hadiran yang turut sama di majlis Pidato Perdana tersebut.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA