BUKU YANG DI IGAUI UMNO / BN
cabutan teks dari buku " jingga " tersebut.
DASAR BERSAMA PAKATAN RAKYAT ( PR )
MEMACU EKONOMI BEPRESTASI TINGGI, MAPAN DAN ADIL
Dasar Afirmatif Berdasarkan keperluan
- Menjamin bantuan ekonomi dan pengagihan adil kepada semua berdasarkan keperluan
- Membantu golongan terpinggir dari semua kaum
- Memberi bantuan tunai secara terus kepada kumpulan sasar untuk menghapuskan golongan miskin tegar.
- Menyediakan biasiswa pendidikan bedasarkan keperluan dan merit
- Menjamin mobiliti sosial dengan memastikan peluang ekonomi yang lebih adil dan sama rata tuntuk semua
- Menggunakan perkhidmatan dari ketirisan dan pembaziran serta jihat menentang rasuah sebagai sumber tambahan bagi program membasmi kemiskinan
- Memperkenalkan gaji minimauntuk semua pekerja Malaysia
- Mempertahankan hak perkerja untuk membentuk kesatuan sekerja mengikut kesesuaian dan pilihan pekerja sendiri dan memastikan mereka diberikan hak dan perlindungan selaras dengan piawaiain antarabangsa.
- Memperkenalkan Akta Perluang Saksama untuk memastikan peluang pekerjaan terbuka kepada smeua.
- Menyokong pengusaha dan peniaga Perusahan Kecil dan sederhana dengan menyediakan capaian kepada pinjaman dan prasarana yang mencukupi serta mengurangkan kerenah biokrasi.
- Mempermudahkan bantuan kepada nelayan dan petani untuk memacu peningkatan produktiviti.
- Menyusun dasar pekerja asing yang bersepadu dan mengurangkan kebergantungan negera kepada pekerja asing.
- Menyediakan sistem sokongan kepada golongan terbabit dalam sektor ekonomi infromasi seperti peniaga kecil, penjaja, petani dan mereka yang bekerja sendiri.
- Memperkukuhkan sistem Kumpulan Wang simpanan Pekerja dan memperkenalkan sistem pencen untuk setiap pekerja sektor swasta.
- Menubuhkan Dana Penamatan Kerja untuk pembiyaan sementara rakyat yang hilang pekerjaan, subsidi untuk latihan semasa kerja dan latihan semula pekerja
- Mempekenalkan usia tamat tempoh perkhidmatan 60 tahun bertujuan memberi peliuang kepada mereka yang ingin terus menyumbang kepada masyarkat.
akan datang Isu:
Memacu Ekonomi Berprestasi Tinggi, Mapan & Adil
Perumahan
No comments:
Post a Comment