Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, March 16, 2011

UBAH SEKARANG SELAMATKAN MALAYSIA BHG. 21


BUKU YANG DI IGAUI UMNO / BN


cabutan teks dari buku " jingga " tersebut.

DASAR BERSAMA PAKATAN RAKYAT ( PR )

KEADILAN SOSIAL DAN PEMBANGUNAN INSAN

Pendidikan
  • Menjadikan sekolah kebangsaan sebagai peneraju sistem pendidian negara. memastikan sokongan dan pembiayaan secara adil kepada sekolah-sekolah agama rakyat, sekolah kebangsaan Cina dan Tamil, sekolah mubaligh, sekolah vokasional dalam usaha bersama untuk meningkatkan taraf pendidikan negara.
  • Mengimbangi penekanan kep ada sistem peperiksaan dengan sistem pembelajaran berasaskan pemikiran kritis dan analitikal dengan matlamat mencari kebenaran.
  • Memastikan setiap pelajar yang bekelayakan mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam tanpa mengira latar belakang.
  • Meminda Akta Univesiti dan Kolej Universiti 1974 demi mewujudkan iklim yang kondusif dalam bentuk jaminan kebebasan akademik dan autonomi universiti ke arah mempertingkatkan mutu pendidikan setandin dengan negera-negara maju.
  • Memastikan perlantikan naib canselor, rektor, dan lain-lain penjawat teringgi akademik dilakukan berdasarkan kelayakan dan kelulusan majlis Senat.
  • Memperbaiki mutu dan kemudahan sekolah yang daif di pendalaman Sabah dan Sarawak.
  • Meningkatkan mutu pendidikan guru bagi setiap peringkat sekolah dan menambah jumlah guru telatih mengikut permintaan.
  • Menyediakan peluang latihan peringkat tinggi untuk guru dan penysarah supaya pengetahuan dan kemahiran prosefional mereka sentiasa selaras dengan masa.
  • Mengkaji kembali skim perkhidmatan guru dan menambah skim rangsangan bagi mereka yang mengajar di pendalaman.
  • Menekankan betapa mustahanya pelajar menguasai pelbagai bahasa termasuk Bahasa Inggeris, bahasa Arab, Bahasa Cina sebagai bahasa-bahasa utama dunia dan juga bahasa-bahasa ibunda.
  • Menyediakan tempat dan latihan kepada mereka yang keciciran.
  • Meluaskan skop Lembaga Pentauliahan Kebangsana untuk memantau dan mencadangkan pengiktirafan sijil, diploma dan ijazah dari dalam dan luar negara yang memenuhi piawaian akaemik yang boleh diterima termasuklah sijil UEC dan Diploma Muadalah ( diplolama bekembar )
Wanita dan isnstitusi keluarga
  • Menggubal akta bagi memastikan golongan wanita mendapat layanan yang adil dalam segala bidang.
  • Memberi penekanan ke arah meningkatkan kadar Guna Tenaga bagi Wanita kepada tahap 60% dalam tempoh 10 tahun akan datang bebanding 46% sepajang tempoh 20 tahun yang lalu.
  • Memperuntukan 30% perwakilan wanita dalam semua barisan pimpinan politik dan kerajaan.
  • Menangai segala bentuk kegananan terhadap wanita dan akan-anak denganh hukuman yang lebih berat dijatuhkan keatas pesalah serta memastikan keberkesanan krisis di setiap hospital dan balai polis.
  • Memastikan kewujudan sistem sokongan dan antuan seperti pusat jagaan kanak-kanak dan sebagainya untuk ibu yang bekerja di pejabat kerajaan dan sektor swasta.
  • Memberi bantuan untuk meringankan beban keluarga ibu tunggal yang miskin dan memerlukan.
  • Mengambil kira perspektif gender dalam merangka belanjawaan dan dasar-dasar negara.
  • Memperkenalkan program kepekaan jantina ke dalam kurikulum sekolah.
  • Mengiktiraf peranan suri rumah di dalam pengkuhan institusi keluarga dan sumbangannya kepada pembangunan masyarakat dan negara.


isu akan datang
Dasar Bersama Pakatan Rakyat -
Keadilan Sosial dan Pembangunan Insan.
Golongan Muda

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA