Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, March 14, 2011

UBAH SEKARANG SELAMATKAN MALAYSIA BHG. 20


BUKU YANG DI IGAUI UMNO / BN


cabutan teks dari buku " jingga " tersebut.

DASAR BERSAMA PAKATAN RAKYAT ( PR )

KEADILAN SOSIAL DAN PEMBANGUNAN INSAN

Perpaduan & Keadilan sosial
  • Memberi tumpuan kepada usaha memperbaiki hubungan kaum dan agama yang telah rosak.
  • Mengembeling tenaga semua pihak yang berkepentingan untukmenyuburkan sikap baik-sangka, saling hormat dan mempercayaai yang memang telah begitu lama diamalkan rakyat berbilang kaum dan agama di Malaysia.
  • menggubal Akta Perhubungan kaum bagi menjamin kerukunan dan keharmonian rakyat serta tiadanya lagi diskriminasi antara kaum.
  • Pakatan Rakyat akan menjana sokongan setiap peringkat masyarakat supaya berpegang teguh kepada segala prinsip dan petunjuk yang wajar dipegang oleh sebuah masyarakat yang terbuka.
  • Menghapuskan amalan politik perkauman melalui pelbagai cara termasuk pendidikan, media massa, dialog dan perundiangan.
  • Mempupuk budaya Malaysia berasaskan nilai moral dan citra unggul yang boleh diterima semua kaum. Ini memerlukan sikap terbukan terhadap kepelbagaian budaya yang dialamin pelbagai kaum dan puak di Malaysia. Pakatan Rakyat akan melakukan semua ini dengan mengambil kira sejarah dan evolusi negara ini.
  • Meningkatkan kebajikan Orang Asli, Orang Asal dan golongan minoriti lain di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak selain mempertahankan hak asasi, ekonomi dan sosial mereka.
Agama
  • Mempertahankan kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan dan menjamin hak kebebasan beragama setiap rakyat Malaysia.
  • Menganjur dialog dan rudingan antara peradaban untuk mengkukuhkan persefahaman.
  • Menubuhkan mekanisme yang menyeluruh untuk memberi penyelesaian yang adil dalam kes-kes yang melibatkan pertindihan sistem perundangan sivil dan syariah, termasuk sebuah Suruhanjaya Diraya untuk mengkaji semua isu-isu bekaitan dengan mendalam.
  • Memperkukuhkan perngurusan institusi Islasm seperti Baitul Mal dan Tabung Haji bagi memastikan ia dikendalikan dengan berkesan, cekap dan memenuhi matlamat.
  • Memastikan kawasan yang sesuai untuk tempat ibadah dan pusara bagi semua penganut agama.
isu akan datang
Dasar Bersama Pakatan Rakyat -
Keadilan Sosial dan Pembangunan Insan.
Pendidikan

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA