Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, May 14, 2011

KUARTERS GURU - BENARKAH BERHANTU

Tamparan hebat kepada Kementerian Pelajaran, walaupun usaha mereka agak murni tapi pelaksanaannya menyedihkah, seolah-olah perancangan dinapikan dalam menyediakan kemudahan untuk para pendidik di seluruh negara.

Akhirnya usaha murni untuk meringankan bebanan guru dari sudut " tempat tinggal " memperlihatkan kementerian ini seolah-olah berkerja seperti kata pepetah " melepaskan batuk di tangga " ambil ada, sambil lewa, setiap projek tidak di iringi dengan percangan yang lengkap dan teperinci. 3000 unit rumah guru dengan peruntukan billion ringgit menjadi " gajah putih " khususnya kaunter di luar bandar dan pendalaman.

Pintu utama ke Kuarters Institusi Pendidikan di Kg. Pasir Putih dalam mukim Pulau Tiga di Daerah Perak Tengah.

Ini salah sebuah Kuarters Institusi Pendidikan di daerah Perak Tengah, dalam Negeri Perak. Ianya terletak di Mukim Pulau Tiga dan sekolah sekelilingnya terdiri dari SK Pulau Tiga Kiri, SK Pasir Kubu, Sk Selat Pulau, SK Toh Pelita, Sk Changkat Lada 2, Sk Seri Chempaka dan SK Changkat lada 3. Juga terdapat SM Dato Seri Maharaja Lela dan SM Changkat Lada, jumlah keseluruhan guru hampir 1000 orang.

Pondok Pengawal Keselamtan dan
kawasan permainan kanak-kanak disediakan.


Apakah betul perancangan yang dibuat oleh pihak PPD yang mencadangkan kaunter itu, kerana di SK Chagkat lada 3 dah ada kuaters, di SM Dato Seri Maharajala Lela juga demikian, dan di SK Dato Sagor juga ada kemudahan rumah tersebut. Jarak antara ketiga-tiga kuaters guru ini cuma mengambil masa kurang dari 20 perjalanan.

Apakah tidak ada dalam senarai di PPD bahawa Para Guru pula di kawasan ini hampir 70% adalah anak tempatan dan mereka sudah ada rumah sendiri, kalau pun tidak bersedia untuk menyewa rumah yang terdapat di sekitar Pekan Kampong Gajah.


Kuaters Guru yang tesergam indah, tapi malang tiada penghuni,
3 blok dengan 58 unti rumah cuma 6 sahaja yang berpenghuni.

Surau kawasan rumah guru

1 comment:

  1. Cuba cari maklumat ni. dengar khabar bangunan kuarters pendidikan bukan milik kementerian tetapi syarikat yang diberi hak membina. Sehingga sekarang KPM perlu membayar sewa setiap unit.Berapa juta setahun KPM perlu membayar kepada syarikat tersebut. Betulke syarikat itu milik Zila Jalil?Khabar angin je kot?

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA