Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, February 21, 2011

KAUM PENDIDIK KINI TERUS TIDAK AMANAH

Kini KELUARGA pendidik mula dipertikaikan oleh masyarakat, kenapa? Mereka dari peringkat pengurusan di sekolah rendah, menengah rendah, menengah atas dan sehingga ke universiti. Bukan setakat kaum guru di sekolah dan IPTA, tapi yang menjadi kritikan juga ialah mereka yang mentadbir kementerian itu sendiri. Sama ada kementerian itu di Kementerian Pelajaran mau pun di Kementerian Pengajian Tinggi.

Falsafah Pendidikan Negera ( FPN ) satu ketika dulu dan akhirnya di tukarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan ( FPK ), dan kedua-dua falsafah ini semua bermatlamat untuk melahirkan insan yang perkembangannya setiap individu pelajar itu secara menyeluruh dan bersepadu dan akhirnya dapat melahirkan insan yang seimbang dan hamonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmaninya. Usaha ini juga bermatlamatkan agar mereka nanti akan lahir sebagai rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia bertanggongjawab dan berkeupaan mencapai kesajahteraan dalam diri sendiri dan akhirnya sudah pasti memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negera.

Kenapa perkhidmatan mereka perlu di kritik, kalau kita perhatikan bagaimana masyarakat Malaysia masa kini khusus dari segi akademiknya, apakah ianya tidak dapat di perhatikan oleh masyarakat. Dalam negara membangun jangan kita nafikan Malaysia amat kurang sekali rakyatnya yang " Buta Huruf " . Tahap akademik para pelajar amat tinggi, daya fikir mereka juga demikian.

" Ingatlah tidak semudah itu anda boleh digelar profesor selepas bersara (dengan meraih gelaran Profesor Emiritus atau Prof DiRaja) sekiranya akhlak anda tidak menghormati tradisi dan budaya ilmu. Usahlah fikir sekiranya anda berada di sisi orang politik yang berkuasa dan punya kabel ampuh maka anda lupa diri, lupa daratan. Hidup umpama roda. Contohi para ilmuan tempatan seperti Prof. Emiritus Dr Awang Had Salleh, Prof. Emiritus Dr Abdullah Hassan, Prof. Emiritus Dr Nik Safiah Karim, Prof. Emiritus Tan Sri Khoo Kay Kim dan lain-lain yang tetap kekal berbudi luhur dan bersantun tutur bicaranya dan kekal kaya sejarah pengalamannya " Kata Malaysia Kini. Mungkinkah kenaikan pangkat di bidang pendidikan juga perlukan penglibatan dalam politik, dalam perebutan pangkat dan gelaran di IPTA tentulah ada 'yang memijak, yang dipijak dan yang terpijak'.

Kalau kita imbas kembali secara realitinya, apakah kalangan pendidik kini benar-benar berada di landasan yang betul? ( bukan semua ), ada kalangan mereka terlibat cara langsung dengan urusan kontraktor, ada yang menjalankan . urus niaga cara langsung, ada yang telibat dalam politik cara langsung. Untuk itu apakah mereka mampu melaksanakan tugas 2 kerja dalam satu masa? Ini yang menjadi persoalannya.

Jangan di nafikan ada kalangan guru yang naik pangkat di urus terus dari Menteri, dan langsung tidak mendapat apa-apa " cadangan " dari pihak Pejabat pelajaran mau pun Jabatan Pelajaran itu sendiri. Ini sudah tentu mainan politik, kenaikan pangkat kerana orang itu orang politik. Juga jangan disangkal keterlibatan mereka sama ada di parti pemerintah mau pun pembangkang sudah tentu meninggal kesan yang negetif. Bukan itu sahaja, ada juga kalangan pentadbir yang meletakkan kerja hakiki mereka di tempat kedua, dan politik dijadikan pilihan utama.

Apakah kisah ini satu realiti keadaan pada masa kini - ehsan Malaysia kini

Semasa beliau membentangkan celotehnya (kerana tidak ada kertas kerja rasmi yang sebenarnya bersifat ilmiah) berhubung tentang salah satu cabang seni; cara komunikasi di hadapan audien seolah-olah beliau beranggapan berhadapan dengan para peserta/pendengar yang 'kangkung' juga. Beliau berlagak seolah-olah beliau serba tahu di hadapan peserta yang tidak pun sampai 35 orang yang berada dalam dewan tersebut. Bayangkan sebuah IPTA terpaksa membayar segala macam elaun perjalanan, makan minum dan penginapan di luar kawasan selaku seorang penjawat awam dengan wang cukai rakyat semata-mata kepada seseorang yang berstatuskan profesor tetapi hampas belaka dan mengecewakan. Ada pendengar, penonton merangkap peserta bidan terjun bertanya soalan-soalan spontan bersifat kreatif dan kritis.Tetapi profesor ini cuba mengelak dan memberi beberapa jawapan yang tidak munasabah, tidak akademik, kebudak-budakan dan 'self-fish'. Beliau asyik mempamerkan biodatanya dengan power point yang kelam-kabut lantaran sudah puas diusungnya ke sana ke mari. Seperkara yang membosankan ialah sikapnya mempamerkan satu-satunya buku tulisan beliau yang penulis yakin hanya sebuah sahaja yang menyentuh tentang cabang seni itu yang diterbitkan sebuah penerbitan swasta ternama di Kuala Lumpur (yang mungkin hasil kajian ilmiahnya dahulu) yang entah di kedai mana ada dijual kini atau tersimpan di stor lelong kerana telah diterbitkan pada abad yang lalu. Yang amat memeranjat ialah apabila ada 'peserta' bertanya tetapi dijawabnya:

“Anda dah baca buku saya? Tak payah saya jawab. Awak baca buku saya. Baca!” katanya sambil menempelak dengan berbagai-bagai cemuhan memalukan (tidak perlu penulis sebutkan) peserta yang bertanya. Justeru, apakah ini sifat seorang cendekiawan dan akhlak seorang profesor? Sepatutnya dijawab dengan penuh santun, beradab dan berbudaya. Kini barulah penulis percaya sememangnya wujud profesor kangkung yang hanya riak, angkuh dan berlagak tin kosong dengan satu atau dua buah bukunya yang diusung ke hulu ke hilir, mendabik dada tetapi tidak mencerminkan mahaguru yang dihormati. Kepada mana-mana profesor (termasuk profesor madya yang bakal menjawat profesor) ingatlah itu cuma jawatan anda sahaja sebelum anda bersara wajib di IPT.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA