Guru
oh Guru, memang tidak dinafikan diri mu seperti lilin, sentiasa
berusaha untuk kepentingan orang lain, " engkau " berusaha, membanting
tulang 4 kerat dan sentiasa memerahkan otak untuk memastikan setiap anak
didik akan menjadi " mansuia " yang berguna untuk bangsa, agama dan
negara. Tapi apakah keringat " engkau " kini berbaloi dengan apa yang
telah dicurahkan.
Pengalaman selama hampir
34 tahun dalam bidang ini, ianya juga membebankan tapi ada masa rasa
puas juga apa bila melihat hasil kerja dapat menghasilkan satu-satu
keputusan yang cukup memuaskan, kecemerlangan di nilai dan dihargai oleh
pihak-pihak tertentu. Perkhidmatan selama itu semua di sekitar kawasan
pendalaman dan pinggir bandar, semua muridnya Melayu dan pendapatan
keluarga mereka agak sederhana. Mereka terdiri dari kakitangan kerajaan,
penoreh getah, pekerja ladang sawit serta kerja sendirian.
Memang
tidak dinafikan dalam setiap bidang tugas yang ada kaitan dengan
pembangunan kemanusiaan, sudah pasti ianya sentiasa di dampingi dengan
berbagai masalah dan kerenah, selama lebih 34 tahun di arena pendidikan
di beberapa buah sekolah, masalah yang di hadapi hampir sama saja.
Suasana pengajaran dan pembelajaran, disiplin para murid, sikap
birokrasi pegawai dan banyak lagi isu-isu yang sentiasa membebankan
pihak guru itu sendiri. Di sorotkan beberapa isu yang mungkin boleh
dikongsikan bersama.
BOSAN DENGAN SUASANA
Suasana
dan persekitaran yang menjadi rutin memang membosankan tapi itu adalah
naluri setiap penjawat awam atau mereka yang bertugas. P n P (
pengajaran dan pembelajaran ) serta menghadapi kerenah anak-anak didik
adalah mainan harian. Adalah kalanya bukan setakat hari-hari persekolan
malahan di hujung minggu dengan perkhemahan, bawa murid ke program dan
aktiviti sokongan seperti menyerti pertandingan Kokurikulum Akademik ),
penyertaan program peningkatan akademik. Apa yang saya hadapi hari demi
hari dalam masa bertugas di sekolah ini
ialah rasa bosan yang teramat sangat.
Masyarakat
mengandaikan " Guru " amat mudah kerjanya, antara kerja dan cuti, cuti
lebih banyak, tapi mereka " gagal " memikir permasalahan yang dihadapi,
kecemerlangan bukan setakan akedemik malahan pembangunan sahsian mereka
juga adalah di bawah tanggongan " guru " itu sendiri. Bosan dan
sememangnya membebankan.
KEWUJUDAN GURU CEMERLANG
Kewujudan jawatan " guru cemerlang " pada zahirnya ianya banyak
memberikan kesan sampingan dari " permuafakatan " antara guru-guru.
Mereka dari " Guru Cemerlang " yang suka menghina dan memperlekeh
guru-guru lain
menyebabkan budaya berkelompok wujud di kalangan para guru dan kerja
berpasukan (teamwork) hilang. Guru-guru biasa merasa terhina dan
tertekan dengan sikap Guru Cemerlang di sekolah berkenaan. Para pelajar
mengadukan hal ini dan mengatakan sebahagian guru menceritakan perihal
guru-guru lain semasa berada di dalam kelas.
ISU DISIPLIN PELAJAR
Berbalik kepada suasana dan keadaan di
sekolah, suasana pelajar yang tidak berdisiplin ketika berada di dalam
kelas dan di dalam kawasan sekolah amat ketara.
Disiplin
pelajar seperti merokok, berambut panjang, memakai rantai datang ke
sekolah, memakai
seluar koyak dan ketat, mempamerkan keadaan pakaian dan penampilan yang
kotor dan tidak terurus, berkumpul dan lepak di tandas pada waktu rehat
hatta pada waktu P n P, bebas keluar masuk kelas dan keluar masuk dari
kawasan sekolah serta merayau-rayau di luar kelas tanpa sebarang
aktiviti manfaat yang dilakukan. Tingkah laku sabagini semamangnya
membosankan dan menyakitkan hati. Kadang-kadang ianya boleh menggugat
kesabaran juga.
Apakah keadaan dan suasana luaran yang
bagitu hebat kini telah berjaya mempengaruhi persekitaran alam
pendidikan, juga berjaya mempengaruhi perkembangan setiap " anak kecil
"?. Kita boleh lihat masa kini Pelajar sudah mula
pandai melawan guru, tidak hormat kepada guru dan memperleceh guru.
Atau mungkinkah peranan Guru Kaunseling dan Guru Disiplin sudah gagal
berfungsi atau pelaksanaan disiplin yang agak lemah masa kini. Ada juga
kalanya pihak pengurusan dan pentadbiran memihak kepada para pelajar itu
sendiri, faktor ini juga boleh menjejaskan kredibitil guru. Pelajar
yang buat salah, guru buat laporan tapi akhirnya guru yang
dipersalahkan. Ia cukup memboringkan.
Badan disiplin
sekolah tidaklah sehebat mana, kerana " Guru Displin " tidak mendapat
apa-apa perlindungan dari pihak kementerian, malahan setiap tindakan
yang diambil akan pasti pihak Guru Disiplin akan menerima " hukuman "
dari mereka yang di ambil tindakan. Kenderaan guru adalah " mangsa "
utama dijadikan tindak balas. Kepada siapa Guru Disiplin boleh mengadu?
Akhirnya ramai guru-guru tiak berminaat untuk menjawat jawatan ini.
Pernah juga berlaku, hukuman menyebelahi murid, apabila hal ini dibawa
ke dalam
mesyuarat disiplin, guru yang terlibat akhirnya ditukarkan ke sekolah
lain, sedangkan pelajar hanya digantung sekolah selama dua minggu. Ini
menampakkan bahawa kesilapan guru lebih besar dari kesilapan pelajar
dari sudut peraturan Kementerian Pelajaran, yang dikatakan langsung
tidak membela guru tetapi membela pelajar yang melakukan kesilapan.
Begitu juga hukuman merotan pelajar, terlalu banyak pengecualiannya dan
hanya dibenarkan kepada Pengetua dan guru disiplin sahaja. Merotan pula
hanya boleh dijalankan di tempat yang tertutup.
PENTADBIR SEKOLAH YANG TIDAK ADIL
Memang
tidak dinafikan masih terdapat berbezaan khusus dalam pengetahuan
penggunan ICT. Serta maklumat kaitan dengan perkembangan dunia masa
kini. Maklumkan kalangan pentadbir jauh lebih " dewasa " dengan
kakitangan staf yang lain. Staf majoriti dari gulongan muda yang baru
tamat dalam pengajian, lantas itu bebezaan pendapat tidak dapat
dielakkan. Apa yang sedihnya masih terdapat kalangan pentadbir seperti
zaman 50an dulu. Masih lagi mengamalkan sistem sehala dalam mengajukan
pendapat. Ada kalangan guru yang cuba membetulkan pengurusan pentadbiran
khusus kaitan dengan pengagihan jadual waktu, bukan diterima dan di
bawah berbinang sebaliknya cadangan itu di sanggah serta guru tersebut
di lembarkan dengan pertuduhan " cuba " melawan pentadbiran.
Kecelaruan
pengurusan dan pentadbiran akhirnya diadukan ke PPD ( Pegawai Pelajaran
Daerah ), seperti biasa kesalahan banyak ditelakkan kepada guru-guru
dan dapatlah guru-guru tadi " surat cinta " dari PPD dan mungkin hukuman
selanjutnya " surat tukar " akan diterima oleh guru pada penghujung
tahun nanti. Guru terus tertekan dengann birokrasi sabagini.
Dalam
pengurusan kemanusiaan sikap " pilih bulu " memang tidak dapat di
elakkan, tapi kita perlu ingat sikap sabagini boleh " mengerohkan "
suasana kekitaan dan kekeluargaan itu sendiri. Implikasi dari tindakan
sabagini sudah pasti mewujudkan suasana sentiasa tegang.
Guru-guru dan pentadbir sentiasa bergaduh
dan sentiasa tuduh-menuduh, fitnah memfitnah, menceritakan dan
menyampaikan keburukan sesama mereka sehingga menyebabkan guru menjadi
tension untuk mengajar dan menjalankan tugas. Guru-guru seolah-olah
tidak mahu mematuhi arahan pentadbir disebabkan sikap pentadbir
(pengetua) berat sebelah dan tidak professional terhadap guru yang
selalu menyalahkan guru dalam apa jua masalah yang berlaku.
REPUTASI DIKEJAR, AKHLAK TERABAI
Dalam
apa juga jawatan, sama ada di pihak swasta mau pun perkhidmatan awam,
reputasi untuk memajukan diri memang di galakan. Ini juga tidak
ketinggalan untuk kakitangan perkhidmatan perguruan. Tapi jika reputasi
yang di agung-agungkan dan " keseronokan " yang di riuh rendahkan apakan
jadi pada akhlak peribadi " guru " itu sendiri. Yang dilaung-laungkan
hanya untuk mengejar pangkat, sama ada mereka diperingkat rendah mau pun
menengah.
Setiap kali adanya perjumpaan dengan guru kata-kata peransang untuk mengejar kenaikan pangkat, mengejar anugerah,
nama, glamour dijadikan ucap utama, sebaliknya masalah P n P, disiplin (ramai pelajar ponteng dan tidak masuk kelas, melawan
dan memperlekehkan guru) menjadi terabai dan menyebabkan sahsiah, akhlak
serta kebajikan pelajar semakin hari semakin tidak diambil tahu dan
dibiarkan. Begitu juga penekanan terhadap tugas-tugas asas guru seperti
memantau dan menekankan para guru agar sentiasa masuk kelas, menjaga dan
menyediakan kemudahan dan kelengkapan peralatan di sekolah untuk
kepentingan pembelajaran anak-anak kami dan sebagainya, semuanya telah
terabai.
SALAH GUNA TENAGA
cikgu sedang mengecat |
Pentadbir sekolah juga terlalu mementingkan keceriaan bangunan dan kawasan sekolah sehingga memaksa dan memeras tenaga guru dan pekerja bawahan untuk
menceriakan kawasan dan bangunan demi mendapat anugerah cemerlang dalam
pertandingan keceriaan sekolah di peringkat Daerah dan Jabatan. Ini
menyebabkan emosi guru terganggu dan guru merasa tertekan dengan
arahan-arahan untuk melakukan kerja-kerja di luar tugas guru seperti
itu, tambahan pula guru mesti mengeluarkan kos dan perbelanjaan sendiri
untuk menyediakan peralatan bagi menceriakan sekolah.
BEBANAN TUGAS SEMAKIN BERAT
Arena
pendidikan tidak " statik " sebaliknya ia sentiassa berubah, perubahan
untuk penambahbaikan, dengan itu tapi kadang kala prubahan yang cuba
dilaknakan tidak ubah seperti " tikus membaiki labu ". Masyarakat
pendidikan di bebankan dengan tugasan yang tidak menetapi piawai
tugasan. Dasar berubah dari masa ke semasa, cuba kita lihat dengan KBSR
hanya bertahan selama 12 tahun digantikan dengan PPSMI dan kini PPSMI
akan di tamatkan. Dalam semakan kerja di wujudkan pula PKBS ( Penilaian
Kemajuan Berasaskan Sekolah ) projek ini gagal. Kini terbit pula PBS (
Penilaian Berasakan Sekolah ) dengan sistem ini bukan ianya " paper less
" tapi bertambah lagi penggunaannya.
Selain itu, pelajar tidak lagi dinilai dengan kedudukan dan nombor dalam
kelas atau tingkatan tetapi dinilai dalam ukuran band, iaitu band 1
hingga band 6. Ini memberi masalah kepada para ibu bapa untuk mengetahui
setiap prestasi, kebolehan dan pencapaian dalam setiap mata pelajaran
yang dipelajari oleh anak mereka. Timbul masalah juga pelajar di sekolah
pedalaman dengan sekolah berasrama penuh apa bezanya jika kesemua
mereka mendapat band 6? Tiada penilaian dalam bentuk gred, peratus dan
agregat seperti sistem lama dahulu. Bagaimana pula dengan ukuran
kelayakan untuk kemasukan ke sekolah berasrama penuh atau ke MRSM atau
lain-lain yang sekolah yang menjadi rebutan para pelajar?
Akhirnya
coretan diatas adalah sebahagian dari rintihan dari seorang guru,
moga-moga dengan rintihan ini dapat di fahami leh setiap pembaca. Juga
moga-moga pembaca dapat memahami keadaan sebenar apa yang berlaku masa
kini di arena pendidikan negara.
dah beratahun-tahun dengar kata kajian dibuat nak kuarngkan beban guru.sampai sekarang habuk pun tarak. kerja melambak-lambak lagi ada le.semua nak dokumentasi/hitamputih, kalau tak cikgu dikata tak buat kerja.Alasannya gaji naik kerja pun bertambah.sampai bila nasib cikgu akan terus begini?
ReplyDelete