GOMBAK - Gesaan pemimpin Umno supaya penjawat awam khususnya guru
kembali ke pangkuan BN dengan membenarkan mereka berpolitik hanya akan
merugikan parti itu.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
berkata, tiada jaminan warga pendidik itu berpihak dan memberi sokongan
kepada parti pemerintah jika mereka diberi kelonggaran untuk menceburi
bidang politik.
"Mereka (guru) tidak akan sertai BN tetapi mereka sertai Pas dan kerajaan akan hadapi masalah bila guru menjadi pengikut parti pembangkang.
"Kerajaan kena ingat apabila mereka masuk politik, mereka tidak semestinya menyokong BN," katanya kepada pemberita selepas merasmikan 'Siri Syarahan Perdana Presiden' di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas lanjut kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semalam yang meminta warga pendidik itu kembali ke pangkuan BN.
Katanya keputusan kerajaan sebelum ini menyekat guru dari menyertai politik adalah satu kesilapan dan boleh melemahkan BN.
Mengulas lanjut, Dr Mahathir menambah jika cadangan itu tidak diperhalusi, kelonggaran itu dikhuatiri akan mengancam kerajaan kelak.
"... mereka bukan sahaja tidak akan sertai BN malah lebih buruk lagi akan menentang kerajaan pemerintah," katanya lagi. -SH

Menteri gesa guru kembali pada BN
Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, keputusan untuk menyekat guru dari menyertai politik adalah satu kesilapan dan menggesa para penjawat awam tersebut kembali ke pangkuan BN.
“Mari bersama Umno, MIC, MCA atau BN. Guru sebenarnya pengerak (dalam parti). Barangkali kita sudah buat kesilapan 10 hingga 12 tahun lepas, tidak benarkan guru memegang jawatan dalam politik.
“Maka guru terpaksa letak jawatan sebagai setiausaha cawangan bahagian, timbalan ketua bahagian, ketua bahagian dan seterusnya.
“Tetapi baru-baru ini kita telah benarkan guru aktif semula, jadi saya merayu kalau boleh guru kembali semula kepada kami, bantulah kami,” katanya dalam Majlis Penghargaan Guru di Kuala Lumpur, hari ini.
Tengku Adnan yang juga setiausaha agung Umno dan BN, menghadiri majlis makan tengah hari bersama Yayasan Pendidikan Cheras selaku Menteri Wilayah Persekutuan.
Turut hadir dalam majlis itu, Ketua Bahagian Timbalan Menteri Pelajaran II P Kamalanathan dan ketua Umno Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee, yang merupakan pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras.
Tengku Adnan juga berkata guru yang tidak menyertai politik boleh melemahkan BN kerana golongan itu sejak awal lagi merupakan penggerak parti.
“Barangkali itu juga yang melemahkan kita. Ia kerana kita tidak mempunyai penggerak di kalangan guru, guru besar dan pengetua,” katanya.
Sekatan penglibatan guru dalam politik ditarik balik pada tahun 2010, namun kakitangan awam lain masih dihalang bergiat aktif dalam dunia politik.
Tengku Adnan berkata demikian susulan kenyataan seorang guru yang ditegur oleh seorang pegawai khas di Kementerian Pendidikan kerana menyiarkan poster kempen DAP Dyana Sofya Mohd Daud di akaun Facebooknya.
Seorang pegawai Kementerian Pendidikan didakwa meminta guru tersebut menutup akaun Facebook berkenaan dan memberi amaran untuk terus mengawasi tindakan guru wanita berkenaan. -mk
Kesimpulannya, UMNO masih lagi perlu " menguncikan " pintunya untuk cerdek pandai penyertai parti ini, dan andaian yang mengatakan UMNO akan berdepan dengan masalah kerana kehadiaran mereka ( bijak pandai ) termasuk para guru, tidak akan
memilih untuk menyertai UMNO BN, sebaliknya akan memilih untuk menyertai
PAS dan parti-parti Pakatan Rakyat. Bukan saja kaum guru, penjawat awam divisyen A pun jika dibenarkan aktif berpolitik mereka tidak akan menyertai UMNO BN.
Apakah larangan ini ada kaitan dengan keadaan di Kedah, di mana Mukhris akan tercabar jika ramai gulongan " elite " ini menyertai, ini disebab pernah satu ketika beliau sendiri merasakan Umno dah
berpuluh-puluh tahun tak bagi orang pandai masuk Umno, sebab itu
kebanyakan doktor masuk PAS, dan akhirnya menyukarkan Umno mencari calon
sesuai bagi menentukan kemenangan pada pada pilihan raya", tetapi kini
Mahathir mengubah nadanya untuk membantah saranan supaya kaum guru aktif
berpolitik.
Apakah ada realitinya untuk kesenambungan krier anaknya di Kedah memungkin UMNO tidak perlu menerima kemasukan para cerdik pandai ini. Faktor ini biarlah masa saja yang menentukan.
No comments:
Post a Comment