Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM120 - RM150 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 013-4500678, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

D'WARIS INAP DESA (HOMESTAY)

UNDILAH...

Monday, February 28, 2011

DUNIA DI AKHIR ZAMAN - ORANG MAKAN ORANG

Salam...

Kalau ada orang memperkatakan manusia makan manusia, rasanya susah orang nak percaya, tapi kalau tengok gambar kat bawah ni yang berlaku di negara Cina, rasanya masih ada orang yang makan manusia.

Sebelum tu, koi mintak maaflah sebab gambar ni menunjukkan mangsa tidak berpakaian, dan bukan niat untuk menyiarkan gambar wanita sebegini, tetapi untuk tatapan kita yang dewasa ni bahawa kejadian manusia makan manusia masih wujud di dunia ni....




Entahlah.....apa dah nak jadi dengan dunia hari ni....
Apakah ini tanda-tanda dunia sudah di penghujungnya?

LIWAT 2 - KINI TERUS CELARU & MENGELIRUKAN


Mesyuarat ke-122 Himpunan Ahli-ahli Parlimen Sedunia (IPU) di Bangkok April lepas sebulat suara mendesak kerajaan Malaysia menggugurkan pertuduhan liwat ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berdasarkan kepada dua laporan perubatan yang menolak kemungkinan perbuatan tersebut berlaku.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Bangkok, IPU berkata badan tersebut amat bimbang terhadap pertuduhan dan prosiding terhadap Anwar yang dianggap tercalar dan hampir sama dengan perbicaraan kes yang serupa pada 1998.

Mesyuarat IPU semalam yang menghimpun Ahli-ahli Parlimen dari 145 negara diseluruh dunia menyatakan bahawa Jawatankuasa Hak Asasi Ahli Parlimen akan melaporkan keputusan sebulat suara berhubung perbiacraan Anwar kepada Lembaga Pengelola IPU.

Resolusi tersebut dibentangkan kepada Lembaga Pengelola IPU oleh pengerusi jawatankuasa tersebut, Senator Aquilino Q Pimentel Jr untuk diterimapakai.

"Adalah amat membimbangkan anggota pasukan pendakwaan yang terlibat dalam perbicaraan kes liwat yang pertama, yang mana Ketua Pendakwa ketika itu kini dilantik sebagai Peguam Negara. Beliau dituduh merekacipta bukti terhadap Anwar dan kini terlibat sekali lagi dalam perbicaran terkini. Pasukan pembelaan Anwar telah dinafikan dokumen dan bukti dan dihalang daripada menyediakan pembelaan yang tuntas.

"IPU berpendirian bahawa pembelaan adalah sebahagian daripada elemen keadilan dalan sesuatu perbicaraan dan kegagalan memberi hak kepada pasukan pembelaan dan sebarang keputusan mahkamah hasil daripada tindakan itu dianggap pada dasarnya ditolak," tegas IPU.

Badan itu juga meminbta Setiausaha Agung IPU supaya memastikan wakil IPU akan berada sebagai pemerhati dalam perbicaraan akan datang.

IPU juga meminta Jawatankuasa Hak Asasi Ahli Parlimen agar terus meneliti kes yang sabitkan kepada Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dan menyediakan laporan pada mesyuarat IPU ke-123 pada Oktober 2010.

Tiga wakil Pakatan Rakyat yang hadir termasuk Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian, Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him dan Senator Mumtaz Md Nawi.

IPU adalah sebuah organisasi yang dianggotai oleh Ahli Parlimen dari seluruh dunia dan ditubuhkan pada 1889.

Ia berfungsi sebagai wadah dialog antarabangsa yang berjuang untuk keamanan dan kerjasama serta mengukuhkan sistem demokrasi.

Sunday, February 27, 2011

UBAH SEKARANG SELAMATKAN MALAYSIA BHG. 17


BUKU YANG DI IGAUI UMNO / BN


cabutan teks dari buku " jingga " tersebut.

DASAR BERSAMA PAKATAN RAKYAT ( PR )

MEMACU EKONOMI BEPRESTASI TINGGI, MAPAN DAN ADIL

Ekonomi Kemahiran Tinggi
  • Menjamin peluang pendidikan tinggi dan latihan berteraskan ketrampilan dibekalkan dalam seluruh sektor perkhidmatan pembuatan dan pertaninan.
  • Memastikan warga kerja diberi peluang meningkatkan kemahiran serta diberi latihan berterusan untuk terus meningkat produktiviti.
  • Menggalakan warganegar yang profesional dan berkemhiran yang bermastautin di luar negara kembali ke tahah air dengan menyediakan suasana kerja yang profesional dan menarik.
  • embolehkan setiap rakyat berusia 18 tahun ke atas mengundi melalui pendaftaran secara automatik.
Ekonomi Demokratik dan Telus
  • Merombak sistem tender supaya adil, telus, terbuka dan memberi nilai terbaik untuk wang rakyat.
  • Menolak penswastaan yang membebankan. Merunding semula konsistensi dan kontrak yang bersifat menguntungkanm kroni dan tidak adil kepada rakyat, termasuk yang melibatkan IPP, tol lebuhraya dan prasarana air.
  • Melaksanakan sistem cukai progresif serta menolak sebarang cukai yang membebankan rakhyat termasuklah cadangan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidamtan ( GST ) sehingalah rakyat serta negara bersedia.
Desentralilasi dan Pengupayaan Pengurusan
Ekonomi Negeri.
  • Melaksanakan formula geran pembangunan dan kesaksamaan berdasarkan faktor jumlah penduduk, kadar kemiskinan, kawasan pembangunan, kos, pembangunan modal insan dan indeks pendapatan kasar per kapita akan turut diberikan bagi memastikan negeri yang miskin tidak ketingglan.
  • mengagihkan kuasa pentadbiran ekonomi dan perlaksnaan kerja prasarana kepada kerajaan negeri, misalnya hak rundingan saksama dalam menentukan reka bentuk dan jaringan pengankutan awam.
  • Menjana pembangunan kawasan yang lebih seimbang, sekali gus mencipta bandar sekunder yang produktif di seluruh negeri demi mengurangkan pemustatan pembangunan di Lembah Klang.
  • Mengutamakan dasar-dasar penjanaan pertumbuhan tinggi serta berjangka panjang, berasaskan pemahaman ekonomi di mana kerajaan negeri berada dalam kedudukan terbaik untuk menentukan serta melaksanakan strategi sosio-ekonomi.

akan datang Isu:
Dasar Bersama Pakatan Rakyat -
Memacu Ekonomi Berprestasi Tinggi, Mapan & Adil
Dasar Afirmatif berdarkan keperluan

Saturday, February 26, 2011

PERKASA - LOBI UNTUK KERUSI DI PRU 13





Satu Perhimpunan Perkasa telah diadakan di Pulau Dato Sagor, Kampong Gajah, pada 26 Feb. 2011 dengan tetamu undangan Tun Mahathir sendiri. Kehadiran memang menggalakan, dan ratusan buah bas sewaan memenuhi ruang kiri kanan jalan dari persimpangan 4, Kg. Gajah sehingga ke Kg. Pulau Juar. Kehadiran boleh dikatakan dari seluruh negeri Perak, dan ada sebuah bas di datangkan dari Thailand.

Perkasa Perak di naungi oleh Tan Sri Ramli bin Ngah Talib, beliau juga turut sama di majlis tersebut, serta dianggarkan 10ribu jemputan hadir.

Melayu perlu bersatu, Melayu perlu berganding bahu, Melayu perlu mempertahankan tanah air, dan entah apa lagi yang perlu di laksanakan oleh Melayu. Apakah sudah 53 merdeka dan memerintah negara Orang Melayu masih ketinggalan? Kalau benar ketinggalan apakah yang dibuat oleh pemimpin yang diterajui oleh UMNO selama melebihi setengah abad, bermula dari Tengku Abdul Rahman Putra sebagai PM pertama kini Najib sebagai PM ke 6. Adakah Melayu terus "terkebelakang " di buminya sendiri?

Macam-macam dasar digubal, contohnya DEB ( Dasar Ekonomi Baru ) dan ianya bermatlamatkan 30% kejayaan perlu ada pada Orang Melayu? Kelahiran DEB adalah " hasil " tragedi ngeri yang berlak di kalangan bangsa yang ada - 13 Mei 1969 menjadi sejarah hitam di negara kita.

Kenapakan " perpaduan " Melayu dilaungkan apakala UMNO tersepit dengan kedudukan pemerintahannya? Lihat bagaimana keujudan Barisan Nasional ilham Tun Razak, ianya ada kaitan dengan peristiwa hitam negara, 13 Mei 1969. PAS turut sama dalam gagasan tersebut, tapi bila sudah senang PAS ditendang keluar, apakah tragedi sabagini perlu di sandarkan dengan apa yang berlaku " tsunami " politik iaitu PRU12 pada 2008, di mana hasilnya BN / UMNO gagal untuk memperolihi 2/3 majoriti dan 5 negeri terlepas ke pembangkang?

Apakah hanya dengan Ketuanan Melayu, Melayu akan terjamin? Mestikah pula dengan memastikan kepimpinan di terajui oleh UMNO sahaja Melayu boleh " selamat ".

Kini dipecat dari UMNO

Dato Ibrahim Ali ( gambar ) - Ahli Parlimen Pasir Mas, menang pada 2008, atas lambang PAS dan bertindak sebagai wakil bebas, lepas itu hentam dan gigit semula orang yang beri laluan kepada beliau apakah ini sama dengan " melepaskan anjing tersepit - kita di gigitnya semula " beliau bersama-sama dengan Dato Tajuddin Abdul Rahman ( gambar bawah ) dua-duanya adalah orang Tengku Razaligh Hamzah semasa pertandingan Priseden UMNO pada 1987, mereka menentang Mahathir, Mahathir menang dan kedua-dua mereka bersama Tengku Razaligh menubuhkan Semangat 46. - akhirnya parti ini bungkus, dan kesemua mereka kembali dalam UMNO.

Dato' Tajuddin Abd Rahman

Dato Tajuddin Abdul Rahman - Ahli Parliment Pasir Salak.

Bagi Dato Tajuddin, pernah satu ketika semasa memimpin Pergerakan Pemuda UMNO Pasir Salak tertangkap di Genting Highland. Kemudia tertangkap juga mainan politik wang dan digelar " six million dollar man " dan digantong keahlian UMNO selama 6 tahun. Dan akhirnya kembali dan pernah diberikan kepercayaan sebagai ADUN Kg. Gajah, dan penggal berikutnya sebagai Ahli Parlimen Pasir Salak.

Perhimpunan PERKASA hari ini jelas cuba memperlihatkan bagaimana UMNO boleh menerima semula Ibrahim Ali dan diamanahkan satu kerusi semasa PRU13 nanti, dan bagaimanan pula memastikan kerusi Pasir Salak terus menjadi hak milik Tajuddin Abdul Rahman.

MERLIMAU BERMANDIKAN PENYOKONG PAS & BN

















































































Suasana Hari penama Calun DUN N27 Merlimau, Melaka

( maaf gambar tidak ikut susunan )


Orang ramai mula berpusu-pusu hadir ke kawasan perhimpunan mulai jam 5 pagi, untuk mengarak calun PAS En. Yuhaizad Abdullah ke Pusat Penamaan Calun yang diadakan di Politeknik Merlimau yang jaraknya 1km. Kawasan padang yang digunakan adalah hak milik Guthrie Plantation, dan kawasan padang digunakan untuk tempat parking dan jualan makanan dan cenderemata.

Semua peminat, penyokong, pengundi menunaikan waktu subuh di masjid yang indah ini dengan penoh rasa tanggongjawab kepada Allah, selepas solat dapat juga merebahkan diri buat seketika waktu.

Keadaan di tapak perhimpunan setiap detik jarum jam bergerak semakin ramai hadirin yang datang. Pimpinan parti gabungan seorang demi soerang memperlihatkan diri, bas turut digunakan untuk kehadiran mereka, jam 8.30 pagi suasana sudah menjadi riuh rendah dengan gerai yang menayangkan siri ceramat DVD, pekekkan penjaja, hon kerata, bunyi injin motor polis kekadang juga di selangkan dengan ceritan anak-anak kecil.

Tepat jam 9.00pg kawalan ketat oleh Unit Amal di pertingkatkan, bendera parti penyokong telah memenuhi jalan raya ( kemudahan lalulintas ditutup mulai 6.30 pagi ), perarakan calun akan di mula. Calun di iringi oleh pemimpin gabuangan di ketua oleh Timbalan Presiden PAS YB Nasaruddin, turut sama MB Selangor, bekan MB Perak serta Presiden PKR. Perarakan di iringi dengan selawat.NONE

Jam 11.30 pagi Pegawai pengurus pilihan raya Roslan Eusoff mengumumkan tiga bantahan diterima namun kedua-dua pencalonan diterima. Beliau turut mengumumkan pertandingan satu lawan satu di antara Roslan Ahmad (BN) dan Yuhaizad Abdullah (PAS) bagi pilihan raya kecil ini.

Kedua-dua Calun di apit oleh isteri masing-masing dan menjulang tangan suami untuk meneruskan pertandingan ini, kita berdoa agar pertandingan di redhai oleh Allah dan antara calun dan parti yang berkempen nanti se elok-eloknya menjauhkan diri dari mencerca calun dan berterusan menaburkan fitnah. Kempenlah dengan hormat dan penoh rasa tanggongjawab untuk memastikan kesenambungn kepimpinan dapat di zahirkan.

NONE


Bagitu juga di DUN Kerdau, pada jam 11.30 pagi, pihak SPR mengumumkan pertandingan 1 lawan satu antara Sdr. Hassanuddin bin Salim dari PAS dan Syed Ibrahim bin Syed Ahmad. Pekikan 1Malaysia dan laungan takbir bertema antara kedua-dua pengikut dan penyokong parti masing-masin.



Friday, February 25, 2011

ISLAM DAN PERPADUAN SEJAGAT

Khuttab Jumaat hari 25 Feb 2011, ini terus menjurus kepada bagaimana Perpaduan Melayu dapat dan cara mana untuk diterapkan di kalangan " penganut " Melayu itu sendiri. Baginda Rasullah telah berjaya membina sebuah masyarakat yang dikenali sebagai masyarakat Rabbani atau Mithali. Masyarakat kumpulan ini penghidupan mereka dipenohi dengan program ilmu, amal dan iman yang dibangunkan untuk membawa tugas besar meneruskan kesinambuangan dakwah dan tarbiyah, untuk itu satu kesungguhan atau" juhada " yang tinggi untuk mencapai kejayaan tersebut satu pengorbanan di semua peringkat amat perlu di " satukan ". Hanya kekentalan jiwa yang jitu berbekalkan ilmu dan kefahaman yang jelas serta kematangan bertindak mampu memikul tugas dan tangungjawab yang berat ini.

Kalau kita lihat dewasa ini umat Islam kian goyah, satu persatu institusi kelaurga rebah, gejala sosial menjadi semakin parah dan budya negatif terus membarah, umat Islam perlu segera bertindak untuk merawat kemelut yang ada demi untuk mengembalikan semula Masyarakat mithali agar ia dihormat lagi di sanjungi oleh kawan dan lawan.

Antara perubahan yang dituntut agar Umat Islam kembali di pandang tinggi ialah sanggup berhadapan dengan cabaran arus perdana agar kita kembali dapat bersaing dan keluar dan tomahan kemunduran, lemah, pasif dan jumud kepada budaya kemajuan, kuat, aktif dan bertamadun.

1- Membudayakan penguasaan ilmu di semua bidang dan budaya 'iqra' dalam semua sudut. Dalamilah dasar-dasar Islam dan hukum hakamnya serta mampu bersaing dipersada dunia dengan melahirkan ilmuan yang pakar dalam bidang sains teknologi, politik, ekonomi pertahanan dan lain-lain. Ali 'Imran ayat 139

2- Dituntut juga kita bersama-sama keluarga ke arah penghayatan Islam yang sebenar. Keluarga & Masyarakat Mithali iana dibina berasaskan tauhid kepada Allah adalah jaminan terbinanya " Qaryati Jannati " ia itu kampungku syurgaku, sekaligus menjadi pemangkin kewujudan Masyarakat Mithali. Keruntuhan institusi keluarga mengakibatkan kegagalan masyarakat mithali kesannya umat Islam menjadi semakin lemah. An-Nahl ayat 36

3- Asas kepada pembentukan keluarga ialah anak-anak, jadi mereka perlu memperkasakan tarbiyayah anak-anak. jika gagal sudah pasti rosaklah masyarakat. Kalau dilihat pada masa kini gejala sosial mat berluluasannya, mungkin ini adalah hasil ketidak pedulian ibubapa dan masyarakat terhadap tarbiyyah anak-anak. Bentuklah perkembangan anak-anak mengikut acuan Islam. - Surah ibrahim ayat 40

4- Mendiri dan memelihara ibadat solat. Dengan mendirikan solat itulah sebenarnya tertegaknya syiar-syiar Islam. ia adalah ibadat terpenting yang apabila disempurnakan, maka Alla akan menyempurnakan urusan-urusan lain bagi hamba-Nya. namu apabila gagal mendiriknya, maka Allah SWT akan menggagalkan urusannuya. Hadith drp Abu Hurairah

5- Menjana penyatuan dan perpaduan ummah berteraskan Islam dan atas dasar taqwa kepada Allah. hanya perpaduan atas dasar Islam inilah Masyarakat Islam akan dipandang hebat dan kuat tetapi sebaliknya perpaduan dan penyatuan atas dasar perkauman, keturunan atau harta tidak akan menjamin kecemerlangan umat Islam - Ali 'Imaran 103

6- Kembali melaksanakan Syariat Allah sepenuhnya. pembinaan mayarakat Mithali tidak akan terlaksanana sekiranya ktia masih gagal meletakkan hukum-hakam dan peraturan Allah di peuncaknya untuk dirujuk sebagai undan-undang dan peraturan. Kita melihat gejala riddah ( murtad ) dan gejala sosial yang melampau sehingga keperingkat pembuangan bayi dan sebagainya semakin berluluasa kerana penyelesaiain nya tidak dirujuk kepada Islam. Kita yakin selama mana tidak ditegkkan syariat Allah, masyarakat mithali akan hanya tinggal unggkapan semata-mata. - Al - Maidah ayat 49

Untuk itu adalah diharapkan agar marilah kita kembali kepada Agama Allah dan memastikan syariat Allah dapat ditegakkan sebagai penyelesaian tunggal terhadap kemelut yang kita hadapi, tegakalan Islam dalam rumahtangga kita, dalam masyarakat kita dan seterusnya dalam keserluhan hidup kita. Ketahuilah tugas dan peranan mengambalikan maayarakat Mirthali yang di hormati lagi disanjungi adalah tanggungjawab ktia bersama. - surat An Nahl ayat 89

Thursday, February 24, 2011

SIAPA SEBENARNYA ZAIRIL - DI PENTAS DAP

Assalamualaikum…

Saya benar-benar rasa cukup terkejut apabila melayari sebuah forum (mykmu.net) yang membongkar betapa liciknya penipuan parti paling rasis di negara ini iaitu Dap yang sanggup melakukan apa jua putar belit untuk membeli jiwa orang Melayu.

Dalam forum tersebut dinyatakan betapa sekali lagi rakyat Malaysia kena tipu dengan Dap.

Saya perturunkan apa yang dibongkarkan dalam forum tersebut seperti di bawah.

Nama Khir Johari digunakan untuk memancing orang Melayu menyokong Dap apabila seorang lelaki yang diumumkan sebagai anak Khir Johari menyertai Dap hujung tahun lalu dan baru beberapa hari lepas dilantik sebagai Setiausaha Politik, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Media-media online dan blogger-blogger sebelah sana kecoh sekalian alam apabila dia dilantik sebagai Setiausaha Politk Lim Guan Eng.

Katanya Lim Guan Eng telah melantik orang Melayu sebagai Setiausaha Politiknya. Bukan main lagi mereka meraikan perlantikan ‘Melayu’ itu.

Satu Malaysia kena tipu dengan Dap. Hakikatnya Zairil bukannya anak Khir Johari dan bukannya orang Melayu.

Zairil adalah anak kepada isteri Khir Johari yang bernama Christine yang dikahwininya pada tahun 1995.

Zairil adalah anak Christine dengan bekas suaminya yang berbangsa Cina sebelum memeluk Islam dan berkahwin dengan Khir Johari.

Zairil adalah anak tiri. Dia sengaja menggunakan nama Khir Johari untuk menumpang popular dan memenuhi hasrat Das menggunakan taktik itu untuk menarik orang Melayu menyokong mereka.

Inilah penipuan demi penipuan parti paling rasis di negara ini iaitu Dap. Kalau belum perintah negara Dap sudah berani tipu terang-terang begini bayangkan kalau Dap dapat kuasa….. minta dijauhkan Tuhan…Malaysia diperintah parti laknat seperti ini.

Yeop Ahmad Murshi

PRK KERDAU - CALUN BN BUKAN PELAJAR AL-AZHAR




Panas!! Ini berita yang baru di terima..Pagi tadi, semasa pekena mee hoon sup dengan seorang sahabat saya .Sambil-sambil makan, kami bersembang pasal isu semasa dan pilihanraya kecil di Merlimau dan Kerdau. Sembang punya sembang, maka terceritalah perihal calon BN di Kerdau iaitu Syed Ibrahim.

Dikhabarkan, Syed Ibrahim 44 tahun adalah juga Penasihat Agama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob. Yang panasnya.. sahabat saya bagitau, Syed Ibrahim ni bukan lulusan Al- Azhar sebenarnya, pengajian dia ni tak abih kat Al-Azhar. Maknanya Syed Ibrahim bukan lulusan Al-Azhar. Maklumat ni dapat dari kawannya yang belajar di Universiti Al-Azhar, Mesir.

Kalau betullah cerita ni, akan menjadi tamparan hebat buat BN. Umum mengetahui, calon BN di pilihanraya kecil dari Rohaizat (Penanti) sehinggalah Azhar Ibrahim (Tenang) mempunyai masalah. Sahabat saya ini berjanji akan mendapat maklumat lebih lanjut daripada kawannya berkenaan isu panas ini. Sekiranya benar maklumat panas ini, saya akan paparkan dalam blog ini...tunggu!!!

Eshan Blog Addin.

MERLIMAU , KERDAU - PRK KE 16 & 17 MULAI ESOK

Esok 26 Feb. 2011, Malaysia memperlihatkan sekali lagi dua DUN N27 Dun Merlimau, Melaka dan DUN N 28 DUN Kerdau, di Jerantut Pahang akan mengadakan penamaan calun untuk mengisi kosongan kerusi-kerusi tersebut. BN mempertaruhkan Sdr. Roslan bin Ahmad dan Pas pula meletakkan kepercayaan kepada Yuhaizah Abdullah - Timbalan ketua Dewan Pemuda PAS Melaka. Untuk Merlimau,

Untuk DUN Kerdau Sdr. Hassanudin yang diumumkan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat di Kompleks PAS Kerdau malam ini.Syed Ibrahim Syed Ahmad pula mewakili UMNO dalam petandingan satu lawan satu itu. Walau bagiamana pun calon BN ini telah dipertikaikan kelulusannya dan dituduh membeli ijazah dari universiti berkenaan. Syed Ibrahim yang lebih dikenali sebagai 'Syed Ibra' di kalangan penduduk tempatan hanya tersenyum lebar ketika.

azlan



DUN Merlimau begitu stratigik kedudukannya. Ini kerana dia bersempadan dengan 4 Dun lain dalam parlimen Jasin , iaitu bersebelahan dengan Dun Serkam, Sg. Rambai, Rim dan Bemban ( Merlimau duduk di tengah ). Jadi iklim politiknya akan mempengaruhi Dun - Dun sekelilingnya.

Kalau ikut status quo, Dun Merlimau adalah kerusi PAS bertanding sejak dulu lagi, cuma kita pernah beri laluan kepada Semangat 46 sekali dan PKR sekali atas dasar persahabatan. Tapi kalau ikut keputusan terbaik ialah berpihak kepada PAS yang yang dapat mengurangkan majoriti UMNO berbanding parti yang lain.

Stastik menunjukkan peningkatan undi amat ketera pada PRU 12 dengan calun PAS Masme Tompang memperoleh 2,827 undi dan berjaya mengecilkan majoriti dari 5,087 ke 2.154 undian sahaja. Apakah ini akan memeningkan daya fikir YAB Ali Rostam, selaku KM yang memerintah?

Kalau sebelum ini dengan bangganya beliau mendakwa Melaka adalah negeri paling selamat untuk BN....... tetapi sekarang, makan tak kenyang, tidur tak lena dan mandi pun tak basah.

Bertindak sebagai " penentang " PAS kini sudah bersedia dengan berbagai himpunan maklumat kepincangan yang di lakukan oleh UMNO untuk memberikan tentangan yang sengit nanti. Tapi bagi Umno memang sudah sedar dan sedang berusaha untuk menangkis setiap toymahan yang akan didedahkan oleh PAS itu nanti dan sudah pasti calun yang dipiliha adalah yang paling layak dan kalau boleh yang tak pernah lakukan dosa.
azlan
Ketua Penerangan PAS Pahang Hassanudin Salim akan membawa cabaran parti itu dalam pilihan raya kecil DUN Kerdau pada 6 Mac depan. PRU lyang bertanding dalam pilihan raya umum 2008, tetapi tewas kepada calon BN Datuk Zaharuddin Abu Kassim. Hassanudin tewas dengan majoriti 1,615 undi. Beliau mendapat 2,520 undi, manakala Zaharuddin memperolehi 4,135 undi.

Bagi Syed Ibrahim Syed Ahmad yang dituduh menipu berhubung kelulusan akademiknya. Beliau didakwa tidak lulus semasa belajar di Universiti Al-Azhar dan dituduh membeli ijazah dari universiti berkenaan. Syed Ibrahim yang lebih dikenali sebagai 'Syed Ibra' di kalangan penduduk tempatan hanya tersenyum lebar ketika ditemui Bernama bagi mengulas perkara berkenaan. "Biarlah apa orang nak kata, kita tak boleh ikut dia (penyokong dan parti pembangkang), dia macam-macam boleh kata, kalau kita jawab lebih pun tak guna. "Biarlah rakyat tahu sendiri," katanya ketika. Beliau diberikan kepercayaan oleh BN untuk berentap dengan calun PAS Hassanuddin Salim.

PRU 12, 2008, sdr. Hassanuddin juga dapat mengecilkan majoriti UMNO semasa bertanding dengn Zaharuddin Abu Kassim. Untuk itu apakah di PRK ini pihak UMNO juga akan memainkan peranan seperti apa yang mereka lakukan sebelum ini. memang sudah menjadi budaya UMNO, di PRK banyak peruntukan yang perlu disalurkan untuk kepentingan rakyat. yang pasti sebuah " pelabohan kecil " telah diperuntukan dengan sejumlah wang, dan kini wang telah mencurah-curah di turunkan oleh puak UMNO. disamping perlbagai projek untuk memancing undi.

kepada pengundi di kedua-dua DUN, Kerdau dan Merlimau, fikir-fikirkan lah masa depan bangsa, agama dan keperluan pembangunan keagamaan, ianya jelas terbukti segala-sagalanya telah " terjual " oleh kepimpinan yang ada. Anda pengudi-pengundi di Merlimau dan Kerdau berhak untuk menentukan masa depan negara, anak bangsa dan agama.

Wednesday, February 23, 2011

PR - PUTRA JAYA MASIH JAUH DARI PENGLIHATAN

Keputusan PRU12 - Parlimen Pas 1,140.598 ( 14.4% ), PKR 1,529.256 ( 19.3% ), DAP 1,097,752 ( 13.8% ), ketiga-tiga gagasan Pakatan Rakyat cuma memungut 3,767.606 ( 47.5% ) sebaliknya UMNO / BN masih jauh ke hadapan iaitu 4,081,115 ( 51.4% ), jadi perkiraan ini menunjukkan undi popular masih di menangai oleh UMNO / BN. Walaubagaimana pun PR hanya ketinggalan 3.9% undi popular dengan UMNO / BN. Ini adalah realiti pada PRU12 dulu dan apakah kemampunan PR dengan 47.5% undi popular ini dapat menambah sekurang-kurang 3 - 5% lagi di PRU13 nanti? Ini satu persoalan.

Persoalan ini diajukan kerana pada masa kini Gagasan PR sedang menghadapi pelbagai masalah dan rintangan, sama ada dari dalam Gagasan itu sendiri mau dari dalam parti masing-masing. Tambahan pula apa yang kita perhatikan PR hanya mempertikaikan apa yang patut dan tidak patut dilakukan oleh parti lawan sebaliknya tidak memperdulikan permasalahan yang dialamai oleh parti sendiri. Sedangkan pihak lawan terus menerus menghentam pula.

1- LOMPAT MELOMPAT

Tragedi ini sedikit sebanyak telah meninggalkan kesan yang cukup menghibakan, ramai kalangan pemerhati perpendapat apakah ketahanan yang ada pada mereka, apakah kalangan pemimpin khususnya dari PKR tidak ada moral dalam diri, hanya mementingkan diri sendiri dan membelakangkan pengundi yang telah memberikan undi untuk mereka sama ada di DUN mau pun Parlimen. PKR sendiri seramai 11 orang anggotanya yang terpilih telah meninggalkan parti. dan seorang dari DAP. Keutuhan dan ketahan mental rakan dari PAS setakat ini boleh dipuji. Pahit, manis, tawar dan masin perlu di temput bersama. PAS memang sudah biasa dengan " kekalahan ".

Bagaimana perlu pihak PKR memberikan keyakinan untuk " baik pulih " keyakinan rakyat untuk mengundi semula Pakatan Rakyat. Rosaknya Pakatan Rakyat kerana kalangan wakil rakyat dari PKR itu sendiri.


2- KEINTIMAN DALAM GAGASAN


Kini dapat di lihat di mana antara parti telah timbul sedikit " tidak " mempercayaai antara satu sama yang lain. Ini jelas apa bila ada antara parti yang lebih memihak kepada parti yang lain, seperti kenyataan kepimpinan DAP di Perak, yang hanya akan menerima wakil PAS untuk menjadi peneraju Negeri jika PR memerintah. Kenyataan ini sudah pasti meninggalkan rasa kurang senang pada PKR. Kenapa perkara ini boleh berlaku, di mana kesetiaan dalam gagasan, di mana formala yang di gunakan pakai sudah terhakis kah?

Pertelagahan agihan kerusi, seperti yang di suarakan oleh Timbalan Presiden Keadilan, sudah nampak tanda-tanda adanya kalangan PAS yang sudah mula mengintai-intai kerusi yang pada masa kini di miliki oleh Keadilan, kenapa ayat sabagini boleh di keluarkan oleh seorang pemimpin? Memang tidak dinafikan kalangan ketiga-tiga parti DAP, PAS dan Keadilan, Keadilan adalah parti yang paling muda, dengan keremajaannya tersebut sudah pasti banyak kelemahan yang perlu di perbaiki dari masa ke semasa. Untuk itu ianya tidak boleh dipertikaikan oleh rakan dalam gagasan, dan sudah tentu pengagihan kerusi ada formula yang digunakan pakai oleh pucuk pimpinan.

3- PEMBANGUNAN ISLAM

Bagi orang Melayu, punca rasa benci terhadap kedua-dua parti ( PKR & UMNO ) adalah kerana adanya kerjasama dengan parti lain ( UMNO berbaik dengan MCA / MIC ) bagi PAS pula bergabung dengan PKR dan DAP, penggabungan ini dilihat cuba mencabuli hak ketuanan Melayu, lebih-lebih lagi kalau Pas atau Umno dilihat tunduk, mengundur dan banyak mengalah kepada parti sepakatan yang bukan Melayu. Pernah ada kalangan kepimpinan Keadilan mantan Ketua Angkatan Muda Keadilan Negeri Kelantan - " PAS lebih berwibawa bersendirian untuk tujuan menegakan Islam dari bergabung dengan PKR dan DAP ". Apakah terjamin ISLAM di Malaysia jika pemerintahan di domenasi oleh PKR atau DAP? Mungkin kah PAS akan bertindak lebih baik dari UMNO jika gagasan PR ini dapat memerintah nanti?


" Anggapan orang Melayu beragama Islam tahu jika Pas berada dalam PR dan jika PR menerima mandat untuk menubuhkan kerajaan, yang mendomenasi kerajaan itu nanti bukan Pas, tetapi sama ada PKR atau DAP. Kalau PKR atau DAP sebaga pendomenasi adalah pastiknya kerajaan itu nanti tidak akan jauh berbeza dengan kerajaan BN berdomenasikan Umno, malah tidak mustahil akan lebih teruk "


Bagi PR, hanya nampak kelemahan yang ada pada UMNO / BN sahaja. Saranan, pendedahan, banyaknya tertumpu kepada UMNO / BN sedangkan PR juga dalam keadaan yang tidak stabil, tapi kepimpinan tidak berminat untuk melihat sendiri apa yang sedang berlaku pada parti gabungan sendiri.

Pada masa kini, apa yang dilakukan oleh PR hanyalah melihat kelemahan ada ada pada kepimpinan BN khususnya UMNO dan mereka tidak menyedarai dan membaiki diri sendiri. Ini juga satu kelemahan dan apakah Gagasan itu PR sudah " bersih " dari permasalahan?

Untuk itu adalah disarankan agar kepimpinan PR dapat meyakinan pengundi untuk terus bersama-sama dengan mereka dan terus memperbaiki keadaan semasa, kuatkan lagi " keiltizam " antara semua pemimpin gagasan tersebut. Kalau di lihat dari PRK yang akhir-akhir ini pengudi sudah tidak lagi menyebelahi PR,


PRK - MENGUBAH CARA HIDUP PEMIMPIN UMNO / BN

Satu renungan sepanjang PRK yang diadakan.

Sejak PRU12 DUN Kerdau adalah PRK yang ke 17 selepas DUN Merlimau. Pemergian penyandang YB adalah dengan kehendak Allah dan yang pergi perlu di ganti, dan sudah pasti yang diganti tidak akan sama yang pergi, walau pun patah kan tumbuh pengganti.

Apa yang tidak berubah ialah " perangai " kepimpinan UMNO terhadap PRK, PRK akan memastikan setiap individu pemimpin akan hadir disemua majlis, dan mereka sanggup buat apa saja untuk menambat hati pengundi. Lihat di DUN Manek Urai, ada kalangan mereka yang sanggup berlakon sebagai penoreh getah. Pilihanraya Kecil seperti biasa dmeneruskan haipokritnya perangai pemimpin Umno/BN. Kalau tiadak adanya PRK mereka susah untuk ke masjid dan surau tetapi pada musim PRK mereka menjadi begitu suka ke masjid. Ada yang menjadi ustaz celup menyampaikan tazkirah di masjid. Semua feel biasa tidak berlaku, tak pernah masuk kampong waktu ini mereka menjelajah setiap pelusuk kampong.

Pelaksanaan projek Mee Segera contohnya, seolah-olah kepimpinan di peringakt kampong, daerah dan negeri tidak ada perancangan untuk membantu rakyat, projek hanya diluluskan menjelang adanya PRk sahaja. Turap jalan, baik jambatan, tambah talian api, beri peruntukan dapor dan entah apa lagi yang perlu dicurahkan. Banyak lagi perkara dan tindakan yang aneh dilakukan semasa PRK, tak pernah ke kubuh kerana ketakunan tapi masa ini boleh dan sanggup juga korek liang dan angkat jenezah ke kekuburan, perangai " tangkai jering " juga luput di sanubari mereka, mereka sanggup mencurahkan sumbangan atas nama simpati, prihatin kepada rakyat, dan tak sanggup melihat rakyat kelaparan, semua jenis sumbangan diberikan.

Wang bagaikan air keluar begitu deras. Hendak apa sahaja semuanya dapat. Petugas parti bertanya apa yang rakyat mahu, dari sekecil-kecil perkara sehinggalah permintaan yang besar dan mahal. pPenduduk kampung memohon bantuan untuk membaiki rumah, bantuan perubatan dan ada juga yang meminta peruntukan membeli set karaoke untuk perniagaan PA System kenduri kahwin dan majlis seumpamanya. Apakah permohonan akan ditolak atau pun di tunaikan oleh UMNO / BN?

Rasuah, etika dan sebagainya sudah tidak ada dalam kamus pemikiran mereka. Undang-undang dan agama serta etika ditolak ke tepi yang penting undi.

Kita ambil contoh terdekat di DUN Merlimau. apakah syarikat-syarikat seperti Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) akan dipergunakian? atau apakah dipergunakan pekerja-pekerja SAMB untuk membantu BN berkempen bagi menarik sokongan rakyat kepada BN. Jika ini berlaku memanglah tidak dinafikan satu lagi salah guna kuasa berlaku semasa PRK ini.

BN / UMNO akan menggunakan apa saja untuk memastikan kemengangan dan menghabiskan wang rakyat untuk keperluan politik mereka. Mengapa ini boleh berlaku mungkin kah pihak berwajib seperti SPRM tidak dapat menjalankan tugas? atau SPRM sudah diperkudakan oleh pihak pemerintah UMNO / BN?, rakyat hanya mengharpakan siasatan demi siasatan tapi hasil siasatan belum dijamin lagi.

Tuesday, February 22, 2011

UBAH SEKARANG, SELAMATKAN MALAYSIA 16


BUKU YANG DI IGAUI UMNO / BN


cabutan teks dari buku " jingga " tersebut.

DASAR BERSAMA PAKATAN RAKYAT ( PR )

SISTEM PILIHANRAYA YANG BERSIH, BEBAS & ADIL

  • Membolehkan setiap rakyat berusia 18 tahun ke atas mengundi melalui pendaftaran secara automatik.
  • Menghapuskan kelemahan dalam sistem pengundian dengan membersihkan senarai pengundi, memansuhkan undi pos bagi pengungi dalam negeri, memastikan semua rakyat di luar negara dapat mengundi dan menggunakan dakwat kekal.
  • Memastikan media massa memberi ruang kepada semua parti politik secara adil dan saksama, tempoh kempen yang menusabah dan pengedalian serta perjalanan piliharanya yang bersih dan bebas.
  • Menentukan persempadan kawasan undi dibuat dengan menceminkan prinsip Satu Rakyat, Satu Undi demi menjamin perwakilan yang lebih adil dan saksama.
  • Memperuntukan belanja kempen kepada perti-parti politik bedasarkan peratusan jumlah undi yang diperolihi pada piliharan umum,
  • Menggubal undang-undang yang leibh berkesan bertujuan menghukum calon atau parti politik yang terbabit rasuah atau amalan membeli undi.
  • Memulihkan kewibawaan sistem kehakiman dan menjamin ketelusan serta kebebasan sepenuhnya Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman.

akan datang Isu:
Dasar Bersama Pakatan Rakyat -
Memacu Ekonomi Berprestasi Tinggi, Mapan & Adil

PERKASA - NAK TIPU SIAPA LAGI.

Perkasa sebuah NGO ( non goverment organisation ) kini telah melebarkan sayap ke seluruh negara untuk memastikan ketua pemimpinnya ada tempat dalam PRU13 nanti. Sudah pasti tiket PAS yang dimenanginya di Pasir Emas, Kelantan tempoh hari sudah " terpadam " dari senarai calun pada PRU itu nanti. Kelantangan dan ke hebatan beliua berhujjah adalah peninggalan semasa beliau menjadi pemimpin pelajar di UITM, serta bergerak dalam ABIM bersama DSAI.

Peperangan Tengku Razaligh dengan Mahathir pada 1987 dalam pemilihan UMNO telah memberikan pengenalan siapa Ibrahim Ali dan siapa Tajuddin Abdul Rahman. Kedua-dua mereka adalah pengikut setia kepada Tengku, cuma Tajuddin tidak ikut semasa penubuhan Semangat 46, kini kedua-dua mereka bergabong dan memainkan peranan dan mengheret semula " kekuatan " Mahathir untuk survival politik mereka.

" Datanglah beramai-ramai - Mempertahankan Agama, Bangsa & Tanah Air "
Benarkah UMNO mempertahankan ABT?

Siapa kata nabi tak bercukur kerana tak ada razor blade?
Siapa yang kata kalau nak makan sup tangan pergi ke Kelantan - hukum hudud?
Kerajaan mana yang menggantikan biasiswa dengan PTPTN?
Kerajaan mana yang menghabiskan peruntukan Bumiputra dari 52 kini tinggal 2 Billion saja?
Kerajaan mana yang menjual Tanah Tinggi Genting kepada Cina?
Siapa yang menggadai Pulau Seputih kepada Singapura?
Siapan yang jual Kolam Minyak di Blok L ke Brunei?

Itu beberapa persoalan yang harus di jawab oleh mereka yang betul-betul berjuang untuk Bangsa, Agama dan Tanah air.

Monday, February 21, 2011

KAUM PENDIDIK KINI TERUS TIDAK AMANAH

Kini KELUARGA pendidik mula dipertikaikan oleh masyarakat, kenapa? Mereka dari peringkat pengurusan di sekolah rendah, menengah rendah, menengah atas dan sehingga ke universiti. Bukan setakat kaum guru di sekolah dan IPTA, tapi yang menjadi kritikan juga ialah mereka yang mentadbir kementerian itu sendiri. Sama ada kementerian itu di Kementerian Pelajaran mau pun di Kementerian Pengajian Tinggi.

Falsafah Pendidikan Negera ( FPN ) satu ketika dulu dan akhirnya di tukarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan ( FPK ), dan kedua-dua falsafah ini semua bermatlamat untuk melahirkan insan yang perkembangannya setiap individu pelajar itu secara menyeluruh dan bersepadu dan akhirnya dapat melahirkan insan yang seimbang dan hamonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmaninya. Usaha ini juga bermatlamatkan agar mereka nanti akan lahir sebagai rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia bertanggongjawab dan berkeupaan mencapai kesajahteraan dalam diri sendiri dan akhirnya sudah pasti memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negera.

Kenapa perkhidmatan mereka perlu di kritik, kalau kita perhatikan bagaimana masyarakat Malaysia masa kini khusus dari segi akademiknya, apakah ianya tidak dapat di perhatikan oleh masyarakat. Dalam negara membangun jangan kita nafikan Malaysia amat kurang sekali rakyatnya yang " Buta Huruf " . Tahap akademik para pelajar amat tinggi, daya fikir mereka juga demikian.

" Ingatlah tidak semudah itu anda boleh digelar profesor selepas bersara (dengan meraih gelaran Profesor Emiritus atau Prof DiRaja) sekiranya akhlak anda tidak menghormati tradisi dan budaya ilmu. Usahlah fikir sekiranya anda berada di sisi orang politik yang berkuasa dan punya kabel ampuh maka anda lupa diri, lupa daratan. Hidup umpama roda. Contohi para ilmuan tempatan seperti Prof. Emiritus Dr Awang Had Salleh, Prof. Emiritus Dr Abdullah Hassan, Prof. Emiritus Dr Nik Safiah Karim, Prof. Emiritus Tan Sri Khoo Kay Kim dan lain-lain yang tetap kekal berbudi luhur dan bersantun tutur bicaranya dan kekal kaya sejarah pengalamannya " Kata Malaysia Kini. Mungkinkah kenaikan pangkat di bidang pendidikan juga perlukan penglibatan dalam politik, dalam perebutan pangkat dan gelaran di IPTA tentulah ada 'yang memijak, yang dipijak dan yang terpijak'.

Kalau kita imbas kembali secara realitinya, apakah kalangan pendidik kini benar-benar berada di landasan yang betul? ( bukan semua ), ada kalangan mereka terlibat cara langsung dengan urusan kontraktor, ada yang menjalankan . urus niaga cara langsung, ada yang telibat dalam politik cara langsung. Untuk itu apakah mereka mampu melaksanakan tugas 2 kerja dalam satu masa? Ini yang menjadi persoalannya.

Jangan di nafikan ada kalangan guru yang naik pangkat di urus terus dari Menteri, dan langsung tidak mendapat apa-apa " cadangan " dari pihak Pejabat pelajaran mau pun Jabatan Pelajaran itu sendiri. Ini sudah tentu mainan politik, kenaikan pangkat kerana orang itu orang politik. Juga jangan disangkal keterlibatan mereka sama ada di parti pemerintah mau pun pembangkang sudah tentu meninggal kesan yang negetif. Bukan itu sahaja, ada juga kalangan pentadbir yang meletakkan kerja hakiki mereka di tempat kedua, dan politik dijadikan pilihan utama.

Apakah kisah ini satu realiti keadaan pada masa kini - ehsan Malaysia kini

Semasa beliau membentangkan celotehnya (kerana tidak ada kertas kerja rasmi yang sebenarnya bersifat ilmiah) berhubung tentang salah satu cabang seni; cara komunikasi di hadapan audien seolah-olah beliau beranggapan berhadapan dengan para peserta/pendengar yang 'kangkung' juga. Beliau berlagak seolah-olah beliau serba tahu di hadapan peserta yang tidak pun sampai 35 orang yang berada dalam dewan tersebut. Bayangkan sebuah IPTA terpaksa membayar segala macam elaun perjalanan, makan minum dan penginapan di luar kawasan selaku seorang penjawat awam dengan wang cukai rakyat semata-mata kepada seseorang yang berstatuskan profesor tetapi hampas belaka dan mengecewakan. Ada pendengar, penonton merangkap peserta bidan terjun bertanya soalan-soalan spontan bersifat kreatif dan kritis.Tetapi profesor ini cuba mengelak dan memberi beberapa jawapan yang tidak munasabah, tidak akademik, kebudak-budakan dan 'self-fish'. Beliau asyik mempamerkan biodatanya dengan power point yang kelam-kabut lantaran sudah puas diusungnya ke sana ke mari. Seperkara yang membosankan ialah sikapnya mempamerkan satu-satunya buku tulisan beliau yang penulis yakin hanya sebuah sahaja yang menyentuh tentang cabang seni itu yang diterbitkan sebuah penerbitan swasta ternama di Kuala Lumpur (yang mungkin hasil kajian ilmiahnya dahulu) yang entah di kedai mana ada dijual kini atau tersimpan di stor lelong kerana telah diterbitkan pada abad yang lalu. Yang amat memeranjat ialah apabila ada 'peserta' bertanya tetapi dijawabnya:

“Anda dah baca buku saya? Tak payah saya jawab. Awak baca buku saya. Baca!” katanya sambil menempelak dengan berbagai-bagai cemuhan memalukan (tidak perlu penulis sebutkan) peserta yang bertanya. Justeru, apakah ini sifat seorang cendekiawan dan akhlak seorang profesor? Sepatutnya dijawab dengan penuh santun, beradab dan berbudaya. Kini barulah penulis percaya sememangnya wujud profesor kangkung yang hanya riak, angkuh dan berlagak tin kosong dengan satu atau dua buah bukunya yang diusung ke hulu ke hilir, mendabik dada tetapi tidak mencerminkan mahaguru yang dihormati. Kepada mana-mana profesor (termasuk profesor madya yang bakal menjawat profesor) ingatlah itu cuma jawatan anda sahaja sebelum anda bersara wajib di IPT.

Sunday, February 20, 2011

PKR PERAK - BERUSAHA KEMBALI UNTUK MENANG

De Palma Hotel, Shah Alam telah menjadi hotel lokasi di mana semua kepimpinan tertinggi PKR seluruh cabang dari Perak menghadirkan dengan satu " retread " untuk menjana daya fikir bagaimana untuk mengembalikan minat dan cita raya khususnya Melayu kembali mempercayaan PKR. Setelah dalam beberapa kajian di dapati penerunan pengundi Melayu kepada PR khususnya kawasan PKR bagitu ketara sekali. Seminar Pemikiran Perancangan & Pengurusasn strategik ini diadakan pada 19 - 20 Feb. 2011 dengan mengguna khidmat nasihat dari Dato Mohd. Idris Jausi dari CEDC.

Hotel DE Palma - adalah hak milik PKNS
Tempat di semiar tersebut diadakan.


Program yang di namakan " TEMU RAPAT KEADILAN PERAK " menemukan hampir 100 orang perwakilan dari setiap cabang, ketua, timbalan, naib ketua, ketua amk dan ketua wanita. Peserta di dedahkan dengan perancangan strategis oleh Syarikat CEDC bawah kelolaan Dato Idris Jauzi.

Dato Idris Jauzi - Pengarah CEDC

Penekanan kepada inti pati ceramah berkaitan dengan " iktibar masa lalu, Memahami Masa Kini dan Membina Masa Depan. Kenapa setiap individu pemimpin perlu merancang? Perancangan dan Merancang adalah tuntutan Agama dan Tradisi, serta ianya menjadi resam kehidupan, tapi pagi pemimpin yang memegang jawatan dalam sebarang organisasi, perancangan untuk organisasi juga penting dan perancangan menghadapi musuh dan pesaing, mereka musuh juga sentiasa merancang untuk kepentingan mereka.

Kita lihat kini, kemanakah agaknya arah perjuangan UMNO, kalau di perhatikan selama 53 tahun dalam pentadbiran negara, nasib bangsa Melayu masih di takuk lama, daya fikir amat lemah, kebetulan majoriti kerusi majoriti Melayu ada lah diluar bandar, sebab itu kalau diperhatikan daya fikir masyarakat bandar dengan luar bandar amat juah bezanya. Ini di buktikan dengan PRU12, majoriti sama ada DUN mau Parlimen ianya di kuasai oleh pembangkang. Lihat di Wilayah Persekutuan KL hanya 1 dimenangai oleh UMNO / BN.

Datuk Idris,
bersama-sama sebahagian dari peserta seminar.

Selain dari mendengar ceramah, Datuk Idris juga menggunakan pendekatan " mesra " bersama peserta dengan mengadakan berbagai-bagai akiviti. Sebagai contoh, gambar diatas di mana setiap peserta diperlukan memberi satu kebaikan apa yang sedang dilakukan oleh Kerajaan di Negeri Pemerintahan Pakatan Rakyat.

Selain itu, satu " injection " kepada kepimpinan khusus berkaitan dengan keperluan memberikan komitmen dan rasa bertanggongjawab kepada parti di berikan penekanan. Adalah amat perlu agar semua pihak memainkan peranan agar, PKR menjadi sebuah parti yang dihormat, dan kepimpinan juga memastikan agar Orang Melayu khusus di luar bandar bukan untuk di " bodohkan " seperti apa yang dilakkukan oleh UMNO. Yang penting bagi mereka yang Ketuanan Melayu.

Idris juga melaporkan, apa yang dibuat dan dirancanakan oleh UMNO kepada parti pembangkang, mereka cuma bercita-cita melemparkan fitnah dan mencuba sedaya upaya agar keintiman Gabungan PAKATAN RAKYAT pecah berkecai, mereka tidak ada niat untuk memperbaiki kelemahan dan ketidak suaian mereka untuk terus memimpin negara. Mereka juga tidak ada niat untuk memperbaiki permasalahan yang ada antara mereka.


YB. Haji Yaakub Safari -
Ahli Mesyuarat Kerajaan Selangor.


Nasihat YB kepada semua anggota perwakilan, apa yang perlu di buat masa kini ialah satu aktiviti atau perancangan yang di luar kepompong biasa, tak perlu lakukan yang biasa masa kini, program biasa sudah ketinggalan zaman. UMNO akan buat apa saja untuk kemengangan PRU13, kini mereka seperti sudah " gila talak " dengan terlepasnya Selangor dari genggaman mereka. Sama-sama kita berdoa agar Perak juga dapat ikut apa yang sedang diusahakan oleh Selangor. Insyallah Perak juga akan berjaya.

Saturday, February 19, 2011

MEREKA YANG KAYA DI MALAYSIA

NST
Hari ini semua akhbar-akhbar perdana terpampang lagi wajah-wajah orang kaya di Malaysia yang dahulu dikenali Tanah Melayu.

Walaubagaimanapun masih ada orang-orang kaya yang nama mereka tidak tersenarai bukan kerana malu, bukan kerana takut income tax tetapi tidak mahu glamour kerana syarikat-syarikat mereka tidak disenaraikan di BSKL.

Mereka-mereka ini kebanyakan kaya dengan tunai dan tidak berhutang.

Di Mesir ada warganya yang mungkin terkaya di planet ini, tetapi rakyatnya telah mendongelnya.Apa ertinya ada orang kaya raya (bilioner) jika majoriti rakyatnya boleh hidup seadanya saja atau hidup dalam rumah usang( banyak terdapat di desa Kedah, Perlis, Kelantan, Sabah, Sarawak, Johor, Pahang dan di kotaraya tinggal dalam dua atau satu bilik, persekitaran yang kotor, sesat, dan tak berdigniti sedangkan 27 bilioner hidup bagaikan dalam syurga. Pendeknya segelitir hidup mewah dan majoriti tidak. Apakah ini yang kita mahu megahkan. Tukarlah paradigma atau mindset kita. Orang kapitalis, autoritarian(baik yang beragama atau tidak beragama saja yang gemar ada struktur senjang dalam masyarakat. Jangan lagi kita rindukan sekarang kita ada 3 ekor Melayu bilioner dan 24 ekor bukan Melayu bilioner. Kita tak mahu situasi begitu kerana kita tidak mahu ada segelintir warga kita yang hidup berlebih-lebihan( filthy rich), kita mahu semua kaum majoriti hidup mewah dan bahagia.

Bagaimana, mereka boleh kaya raya bagaimana mana mereka boleh hidup mewah dengan tidak menghiraukan nasib bangsa yang masih hidup di teratak usang. Cuba kita lihat bagaimana pihak kerajaan mengagihkan keuntungan negera? bagimana bajet setiap tahun disediakan dan siapa yang mendapat menafaat langsung dari bajet tersebut. Cuba kita perhatikan bagaimana sebuat badan yang langung tidak ada kaitan dengan mana-mana, kementerian boleh menerima satu perutukan, bagaiman Rosmah dengan Permata boleh menerima sejumlah RM111Juta untuk (Siapa Rosmah tu? menteri?), dengan pemberian tersebut kanak-kanak sekolah dengan RMTnya terhalang.


Friday, February 18, 2011

PRU 13 - NAJIB TERUS BERTEKA TEKI


Coretan untuk renungan


Pilihanraya umum ke-13 makin hampir.Tanda-tanda kearahnya makin jelas, apabila parti-parti politik kelihatan sedang bersiap sedia mengatur stratiji dan mengemaskini organisasi bagi memenangi hati nurani rakyat terutama para pengundi bagi menentukan untuk menerajui kerajaan selama lima tahun akan datang.

Umno-BN sibuk melakukan baikpuleh setelah mengalami kemerosotan pengaruh dalam pilihanraya lalu yang bermula Mac 2008.Ini diperjelaskan lagi apabila kerajaan mengumumkan pelbagai galakan kepada rakyat untuk memenangi hati mereka supaya mengundi Umno-BN.

Umno-BN juga mendapat galakan dari keputusan-keputusan pilihanraya kecil yang memihak kepada nya dan dengan itu berminat untuk segera mengadakan pilihanraya sebelum pengundi mengubah pendirian untuk menolak parti yang memerintah sejak merdeka hampir 54 tahun lalu.

Penyataan-penyataan politik untuk memujuk rakyat, antaranya yang terbaru mengurangkan kadar tol di Taman Medan dari RM 1.60 kepada RM 1.00.Lebih banyak lagi pengumuman- pengumuman untuk mengula-gulakan rakyat akan dilakukan sebelum pilihanraya ke-13 diadakan.

Semua tindakan dan langkah kerajaan yang diambil mutakhir ini bermotifkan politik termasuk operasi piramid bagi menyelamatkan pelajar-pelajar Malaysia di Mesir yang dilanda revolusi kebangkitan rakyat yang menyaksikan tumbangnya pemerintahan diktator Presiden Hosni Mubarak.

Pengangkutan pulang pelajar Malaysia di Mesir yang diangkut berperingkat-peringkat selesai sebaik sahaja keadaan di Mesir mulai puleh.Kerajaan menangung belanja kepulangan dan kini apabila keadaan mulai puleh pelajar-pelajar ini mahu pulang semula keMesir, tetapi kerajaan tidak lagi mahu menanggung belanja kepulangan mereka.

Pengangkutan membawa pulang pelajar-pelajar ini adalah bertujuan untuk mendapat mileage politik bagi meraih undi dalam pilihanraya tetapi berkemungkinan tindakan ini akan menerima kesan balas yang tidak mengembirakan Umno-BN,kerana pelajar-pelajar ini bukanlah gulungan yang mudah dipergulakan dengan daayah-daayah Umno-BN.

Apabila pelajar-pelajar ini akhirnya terpaksa pulang dengan belanja sendiri pula,setelah mereka digalakkan untuk pulang oleh kerajaan dengan belanja yang ditanggung,sedang sebahagian darinya terpaksa berkorban untuk tidak menghadapi peperekasaan yang dijadualkan ,maka kepulangan mereka lebih menimbulkan kesulitan dari kelegaan.

Beberapa pertimbangan akan dibuat sebelum pilihanraya umum diadakan.Umno-BN kini giat menyelesaikan kemelut politik diperingkat negeri-negeri. Umno menghadapi masaalah hampir di semua negeri-negeri.Percubaan Umno meletakkan kepimpinan di negeri-negeri bgaimanapun tidak banyak menyelesaikan krisis kepimpinan yang wujud dinegeri-negeri.

Pertimbangan lain termasuklah kes perbicaraan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, keputusan pilihanraya kecil, pemulihan parti-parti komponan BN, semuanya diberi pertimbangan sewajarnya sebelum ketentuan tarikh pilihanraya diputuskan.

Ketika menjelang pilihanraya ,kerajaan Umno-BN selain mengumumkan ‘ hadiah-hadiah’ untuk rakyat dari belanjawan negara sehinggalah kepada peruntukan kepada ahli-ahli dewan rakyat dan sebagainya untuk projek dikawasan masing-masing,Umno-BN akan mengunakan jentera kerajaan
dalam pilihanraya untuk merasuah rakyat bagi memilih calun-calun mereka.

Inilah demokrasi berparlimen yang dibangga-banggakan oleh Umno-BN,kononnya berlaku pilihanraya yang adil dan demokratik selama Umno-BN memerintah negara, tetapi hakikatnya pilihanraya yang diadakan bukanlah pilihanraya yang adil dan telus.

Penghakisan demokrasi berlaku setiap kali pilihanraya diadakan yang telah berjalan selama 12 kali dinegara ini.Suruhanjaya Pilihanraya tidak dapat memberi jawapan-jawapan yang menyakinkan setiap masaalah yang ditimbulkan oleh parti-parti politik pembangkang terhadap peraturan –peraturan pilihanraya yang diadakan.

Sewajarnya pilihanraya diadakan secara adil dan telus tanpa ancaman menakut-nakutkan pengundi dengan pelbagai akta yang mengongkong rakyat untuk bebas memilih calun dan parti yang mereka berkenan.

Setelah 12 kali pilihanraya,sepatutnya pengalaman –pengalaman pilihanraya yang telah diperolehi menjadikan demokrasi dinegara ini lebih matang dan sihat, lebih dari beberapa buah negara-negara jiran yang baru sahaja mengamalkan demokrasi dan pilihanraya.

Pilihanraya dibeberapa buah negara jiran adalah lebih adil dan telus berbanding dengan pilihanraya di Malaysia. Ini sangat memalukan, apabila Suruhanjaya Pilihanraya yang diamanahkan untuk menyelia pilihanraya dengan adil tidak mampu untuk menjadi badan bebas sebebas-bebasnya.

Suruhanjaya Pilihanraya kelihatannya dibawah penguasaan dan pengaruh kerajaan walau bagaimana sekali pun percubaan suruhanjaya itu untuk kelihatan bebas. Ini tidak memberi suasana sihat dalam proses demokrasi.

Pilihanraya ke-13 merupakan pilihanraya paling bersejarah dan kritikal dan kerana itu keadilan dan ketelusannya perlu dilihat berlaku. Jika tidak wujud cirri-ciri itu maka konsekuannya sangat besar yang memungkinkan pilihanraya itu dianggap telah menyeleweng dan sebagainya yang nanti akan menimbulkan kesan buruk selepas pilihanraya seperti yang berlaku dibeberapa buah Negara.

Suruhanjaya pilihanraya perlu bertindak bijaksana bagi menentukan pilihanraya yang adil dan telus dan tidak kelihatan memihak kepada parti kerajaan. Inilah cirri-ciri pilihanraya bersih,adil dan telus yang ditagih oleh rakyat.

Penyelewengan pilihanraya akan membawa padah buruk yang lebih besar implikasinya. Beberapa buah negara berada dalam huruhara selepas pilihanraya, apabila berlaku penyelewengan dan masing-masing pihak, parti kerajaan dan pembangkang mengistiharkan kemenangan masing-masing.

Bagi mengelakkan keadaan ini dari berlaku,Suruhanjaya Pilihanraya perlu dari awal lagi melaksanakan pilihanraya bersih yang menepati proses demokrasi tulen. Kredibaliti Suruhanjaya Pilihanraya berada dipersimpangan dan sedang diuji rakyat dalam pilihanraya ke-13.

" ROAD TOUR " DSAI KE PERAK




" Penggantongan " DSAI dari menghadirikan diri ke Parlimen telah digunakan Pakatan Rakyat dan khasnya PKR sendiri untuk mengadakan " road tour " ke seluruh negara. Memang ianya menjadi bebanan dan " masalah " kepada negara apabila dikaitkan Malaysia dengan Dato Seri Anwar Ibrahim.

Bebas atau terpenjara " jelmaan " beliau terus menghantui kepimpinan UMNO dan kini kesan " s epakan " Mahathir terhadap Anwar mula di rasai sendiri oleh Mahathir, kini Mahathir telah memulakan langkah untuk memastikan rakyat dapat menerima tindakan beliau di operasi Ops lalang tempoh hari.

DSAI terus dengan tugasannya, ke seluruh pelusuk negara untuk menerangnkan apa sebenarnya yang berlaku kepada rakyat. Sekreteria di Damansara telah menyusun jadual " road tour " beliau ke negeri Perak.

Disertakan untuk pengetahuan di cabang mana DSAI akan berada khusus untuk negeri Perak, dan pihak urusetia hanya mengeluarkan sehingga tarikh 23 April, dan cabang-cabang lain akan diputuskan kemudian nanti.

27 Feb - Cabang Chenderiang, Tambun & Tualang Sekah
6 Mac - Cabang Bagan Serai, Kuala Kurau & Batu Kurau
20 Mac - Cabang Larut
23 April - Cabang Bota, Lumut dan Rapat Umum di Pulau Pangkor

Untuk itu kepada " pengunjung " blog ini harap dapat panjangkan jadual lawatan tersebut untuk pengetahuan. Tapi " detail " program tempat di masa akan di maklumkan dari maa ke semasa.

Entri Terdahulu...

Powered by Blogger Widgets

Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA