Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, February 20, 2011

PKR PERAK - BERUSAHA KEMBALI UNTUK MENANG

De Palma Hotel, Shah Alam telah menjadi hotel lokasi di mana semua kepimpinan tertinggi PKR seluruh cabang dari Perak menghadirkan dengan satu " retread " untuk menjana daya fikir bagaimana untuk mengembalikan minat dan cita raya khususnya Melayu kembali mempercayaan PKR. Setelah dalam beberapa kajian di dapati penerunan pengundi Melayu kepada PR khususnya kawasan PKR bagitu ketara sekali. Seminar Pemikiran Perancangan & Pengurusasn strategik ini diadakan pada 19 - 20 Feb. 2011 dengan mengguna khidmat nasihat dari Dato Mohd. Idris Jausi dari CEDC.

Hotel DE Palma - adalah hak milik PKNS
Tempat di semiar tersebut diadakan.


Program yang di namakan " TEMU RAPAT KEADILAN PERAK " menemukan hampir 100 orang perwakilan dari setiap cabang, ketua, timbalan, naib ketua, ketua amk dan ketua wanita. Peserta di dedahkan dengan perancangan strategis oleh Syarikat CEDC bawah kelolaan Dato Idris Jauzi.

Dato Idris Jauzi - Pengarah CEDC

Penekanan kepada inti pati ceramah berkaitan dengan " iktibar masa lalu, Memahami Masa Kini dan Membina Masa Depan. Kenapa setiap individu pemimpin perlu merancang? Perancangan dan Merancang adalah tuntutan Agama dan Tradisi, serta ianya menjadi resam kehidupan, tapi pagi pemimpin yang memegang jawatan dalam sebarang organisasi, perancangan untuk organisasi juga penting dan perancangan menghadapi musuh dan pesaing, mereka musuh juga sentiasa merancang untuk kepentingan mereka.

Kita lihat kini, kemanakah agaknya arah perjuangan UMNO, kalau di perhatikan selama 53 tahun dalam pentadbiran negara, nasib bangsa Melayu masih di takuk lama, daya fikir amat lemah, kebetulan majoriti kerusi majoriti Melayu ada lah diluar bandar, sebab itu kalau diperhatikan daya fikir masyarakat bandar dengan luar bandar amat juah bezanya. Ini di buktikan dengan PRU12, majoriti sama ada DUN mau Parlimen ianya di kuasai oleh pembangkang. Lihat di Wilayah Persekutuan KL hanya 1 dimenangai oleh UMNO / BN.

Datuk Idris,
bersama-sama sebahagian dari peserta seminar.

Selain dari mendengar ceramah, Datuk Idris juga menggunakan pendekatan " mesra " bersama peserta dengan mengadakan berbagai-bagai akiviti. Sebagai contoh, gambar diatas di mana setiap peserta diperlukan memberi satu kebaikan apa yang sedang dilakukan oleh Kerajaan di Negeri Pemerintahan Pakatan Rakyat.

Selain itu, satu " injection " kepada kepimpinan khusus berkaitan dengan keperluan memberikan komitmen dan rasa bertanggongjawab kepada parti di berikan penekanan. Adalah amat perlu agar semua pihak memainkan peranan agar, PKR menjadi sebuah parti yang dihormat, dan kepimpinan juga memastikan agar Orang Melayu khusus di luar bandar bukan untuk di " bodohkan " seperti apa yang dilakkukan oleh UMNO. Yang penting bagi mereka yang Ketuanan Melayu.

Idris juga melaporkan, apa yang dibuat dan dirancanakan oleh UMNO kepada parti pembangkang, mereka cuma bercita-cita melemparkan fitnah dan mencuba sedaya upaya agar keintiman Gabungan PAKATAN RAKYAT pecah berkecai, mereka tidak ada niat untuk memperbaiki kelemahan dan ketidak suaian mereka untuk terus memimpin negara. Mereka juga tidak ada niat untuk memperbaiki permasalahan yang ada antara mereka.


YB. Haji Yaakub Safari -
Ahli Mesyuarat Kerajaan Selangor.


Nasihat YB kepada semua anggota perwakilan, apa yang perlu di buat masa kini ialah satu aktiviti atau perancangan yang di luar kepompong biasa, tak perlu lakukan yang biasa masa kini, program biasa sudah ketinggalan zaman. UMNO akan buat apa saja untuk kemengangan PRU13, kini mereka seperti sudah " gila talak " dengan terlepasnya Selangor dari genggaman mereka. Sama-sama kita berdoa agar Perak juga dapat ikut apa yang sedang diusahakan oleh Selangor. Insyallah Perak juga akan berjaya.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA