Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, February 23, 2011

PRK - MENGUBAH CARA HIDUP PEMIMPIN UMNO / BN

Satu renungan sepanjang PRK yang diadakan.

Sejak PRU12 DUN Kerdau adalah PRK yang ke 17 selepas DUN Merlimau. Pemergian penyandang YB adalah dengan kehendak Allah dan yang pergi perlu di ganti, dan sudah pasti yang diganti tidak akan sama yang pergi, walau pun patah kan tumbuh pengganti.

Apa yang tidak berubah ialah " perangai " kepimpinan UMNO terhadap PRK, PRK akan memastikan setiap individu pemimpin akan hadir disemua majlis, dan mereka sanggup buat apa saja untuk menambat hati pengundi. Lihat di DUN Manek Urai, ada kalangan mereka yang sanggup berlakon sebagai penoreh getah. Pilihanraya Kecil seperti biasa dmeneruskan haipokritnya perangai pemimpin Umno/BN. Kalau tiadak adanya PRK mereka susah untuk ke masjid dan surau tetapi pada musim PRK mereka menjadi begitu suka ke masjid. Ada yang menjadi ustaz celup menyampaikan tazkirah di masjid. Semua feel biasa tidak berlaku, tak pernah masuk kampong waktu ini mereka menjelajah setiap pelusuk kampong.

Pelaksanaan projek Mee Segera contohnya, seolah-olah kepimpinan di peringakt kampong, daerah dan negeri tidak ada perancangan untuk membantu rakyat, projek hanya diluluskan menjelang adanya PRk sahaja. Turap jalan, baik jambatan, tambah talian api, beri peruntukan dapor dan entah apa lagi yang perlu dicurahkan. Banyak lagi perkara dan tindakan yang aneh dilakukan semasa PRK, tak pernah ke kubuh kerana ketakunan tapi masa ini boleh dan sanggup juga korek liang dan angkat jenezah ke kekuburan, perangai " tangkai jering " juga luput di sanubari mereka, mereka sanggup mencurahkan sumbangan atas nama simpati, prihatin kepada rakyat, dan tak sanggup melihat rakyat kelaparan, semua jenis sumbangan diberikan.

Wang bagaikan air keluar begitu deras. Hendak apa sahaja semuanya dapat. Petugas parti bertanya apa yang rakyat mahu, dari sekecil-kecil perkara sehinggalah permintaan yang besar dan mahal. pPenduduk kampung memohon bantuan untuk membaiki rumah, bantuan perubatan dan ada juga yang meminta peruntukan membeli set karaoke untuk perniagaan PA System kenduri kahwin dan majlis seumpamanya. Apakah permohonan akan ditolak atau pun di tunaikan oleh UMNO / BN?

Rasuah, etika dan sebagainya sudah tidak ada dalam kamus pemikiran mereka. Undang-undang dan agama serta etika ditolak ke tepi yang penting undi.

Kita ambil contoh terdekat di DUN Merlimau. apakah syarikat-syarikat seperti Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) akan dipergunakian? atau apakah dipergunakan pekerja-pekerja SAMB untuk membantu BN berkempen bagi menarik sokongan rakyat kepada BN. Jika ini berlaku memanglah tidak dinafikan satu lagi salah guna kuasa berlaku semasa PRK ini.

BN / UMNO akan menggunakan apa saja untuk memastikan kemengangan dan menghabiskan wang rakyat untuk keperluan politik mereka. Mengapa ini boleh berlaku mungkin kah pihak berwajib seperti SPRM tidak dapat menjalankan tugas? atau SPRM sudah diperkudakan oleh pihak pemerintah UMNO / BN?, rakyat hanya mengharpakan siasatan demi siasatan tapi hasil siasatan belum dijamin lagi.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA