Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, February 24, 2011

MERLIMAU , KERDAU - PRK KE 16 & 17 MULAI ESOK

Esok 26 Feb. 2011, Malaysia memperlihatkan sekali lagi dua DUN N27 Dun Merlimau, Melaka dan DUN N 28 DUN Kerdau, di Jerantut Pahang akan mengadakan penamaan calun untuk mengisi kosongan kerusi-kerusi tersebut. BN mempertaruhkan Sdr. Roslan bin Ahmad dan Pas pula meletakkan kepercayaan kepada Yuhaizah Abdullah - Timbalan ketua Dewan Pemuda PAS Melaka. Untuk Merlimau,

Untuk DUN Kerdau Sdr. Hassanudin yang diumumkan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat di Kompleks PAS Kerdau malam ini.Syed Ibrahim Syed Ahmad pula mewakili UMNO dalam petandingan satu lawan satu itu. Walau bagiamana pun calon BN ini telah dipertikaikan kelulusannya dan dituduh membeli ijazah dari universiti berkenaan. Syed Ibrahim yang lebih dikenali sebagai 'Syed Ibra' di kalangan penduduk tempatan hanya tersenyum lebar ketika.

azlan



DUN Merlimau begitu stratigik kedudukannya. Ini kerana dia bersempadan dengan 4 Dun lain dalam parlimen Jasin , iaitu bersebelahan dengan Dun Serkam, Sg. Rambai, Rim dan Bemban ( Merlimau duduk di tengah ). Jadi iklim politiknya akan mempengaruhi Dun - Dun sekelilingnya.

Kalau ikut status quo, Dun Merlimau adalah kerusi PAS bertanding sejak dulu lagi, cuma kita pernah beri laluan kepada Semangat 46 sekali dan PKR sekali atas dasar persahabatan. Tapi kalau ikut keputusan terbaik ialah berpihak kepada PAS yang yang dapat mengurangkan majoriti UMNO berbanding parti yang lain.

Stastik menunjukkan peningkatan undi amat ketera pada PRU 12 dengan calun PAS Masme Tompang memperoleh 2,827 undi dan berjaya mengecilkan majoriti dari 5,087 ke 2.154 undian sahaja. Apakah ini akan memeningkan daya fikir YAB Ali Rostam, selaku KM yang memerintah?

Kalau sebelum ini dengan bangganya beliau mendakwa Melaka adalah negeri paling selamat untuk BN....... tetapi sekarang, makan tak kenyang, tidur tak lena dan mandi pun tak basah.

Bertindak sebagai " penentang " PAS kini sudah bersedia dengan berbagai himpunan maklumat kepincangan yang di lakukan oleh UMNO untuk memberikan tentangan yang sengit nanti. Tapi bagi Umno memang sudah sedar dan sedang berusaha untuk menangkis setiap toymahan yang akan didedahkan oleh PAS itu nanti dan sudah pasti calun yang dipiliha adalah yang paling layak dan kalau boleh yang tak pernah lakukan dosa.
azlan
Ketua Penerangan PAS Pahang Hassanudin Salim akan membawa cabaran parti itu dalam pilihan raya kecil DUN Kerdau pada 6 Mac depan. PRU lyang bertanding dalam pilihan raya umum 2008, tetapi tewas kepada calon BN Datuk Zaharuddin Abu Kassim. Hassanudin tewas dengan majoriti 1,615 undi. Beliau mendapat 2,520 undi, manakala Zaharuddin memperolehi 4,135 undi.

Bagi Syed Ibrahim Syed Ahmad yang dituduh menipu berhubung kelulusan akademiknya. Beliau didakwa tidak lulus semasa belajar di Universiti Al-Azhar dan dituduh membeli ijazah dari universiti berkenaan. Syed Ibrahim yang lebih dikenali sebagai 'Syed Ibra' di kalangan penduduk tempatan hanya tersenyum lebar ketika ditemui Bernama bagi mengulas perkara berkenaan. "Biarlah apa orang nak kata, kita tak boleh ikut dia (penyokong dan parti pembangkang), dia macam-macam boleh kata, kalau kita jawab lebih pun tak guna. "Biarlah rakyat tahu sendiri," katanya ketika. Beliau diberikan kepercayaan oleh BN untuk berentap dengan calun PAS Hassanuddin Salim.

PRU 12, 2008, sdr. Hassanuddin juga dapat mengecilkan majoriti UMNO semasa bertanding dengn Zaharuddin Abu Kassim. Untuk itu apakah di PRK ini pihak UMNO juga akan memainkan peranan seperti apa yang mereka lakukan sebelum ini. memang sudah menjadi budaya UMNO, di PRK banyak peruntukan yang perlu disalurkan untuk kepentingan rakyat. yang pasti sebuah " pelabohan kecil " telah diperuntukan dengan sejumlah wang, dan kini wang telah mencurah-curah di turunkan oleh puak UMNO. disamping perlbagai projek untuk memancing undi.

kepada pengundi di kedua-dua DUN, Kerdau dan Merlimau, fikir-fikirkan lah masa depan bangsa, agama dan keperluan pembangunan keagamaan, ianya jelas terbukti segala-sagalanya telah " terjual " oleh kepimpinan yang ada. Anda pengudi-pengundi di Merlimau dan Kerdau berhak untuk menentukan masa depan negara, anak bangsa dan agama.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA