Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM120 - RM150 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 013-4500678, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

D'WARIS INAP DESA (HOMESTAY)

UNDILAH...

Sunday, May 31, 2009

09-09-09 NOMBOR DATOK TAIB

Melalui risikan dari kalangan rakan-rakan dari Sarawa, semua parti komponen telah bersidang dan menyusun strategi serta mencari bakal calon dari parti komponen masing-masing. Tarikh untuk pembubaran DUN Sarawak sudah hampir, perancangan teliti setiap parti yang berminat untuk menyertai PRK DUN Sarawak perlu bersedia.

Adalah difahamkan angka yang menjadi tarikh pada 09-09-09 menjadi pilihan KM Sarawak untuk tujuan PRK DUN Sarawak.

KAKITANGAN AWAM BERSARA PADA PRU13

" respect the goverment of the day ", sebagai kakitangan awam, sudah pasti yang dinyatakan adalah perlu dihormati, kerana tugas semasa adalah penting, majikan yang menanggung perlu di hormati dan di berikan komitem tugas yang tinggi. Sejak lebih 50 tahun yang lalu, semua kakitangan awam lansung tidak mengabaikan tugas malahan sentiasa melaksanakan tugas dengan penoh rasa tanggongjawab. Sentiasa befikir untuk menambahkan kebaikan dalam tugasan.


Semenjak negara di perintah oleh Kerajaan Perikatan dengan lambang kapal layar bawah pimpiman tunku Abdul Rahman, diikuti oleh Tun Razak, kemudian tun hussein Onn serta digantikan oleh Tun M, Abdullah dan kini Najib. Mana ada kita dengar kakitangan awam tunjuk perasaan kerana keengganan dalam menjalankan tugas.

Tindakan kasar pemimpin kerajaan berlaku apakala di mana Tun M menarik Imuniti raja-raja dan kuasa raja terus berkurangan. Cuba kita lihat dewasa ini bagaimana pegawai tinggi dari PDRM, SPR, SPRM dan banyak lagi, semuanya bertindakan untuk memastikan parti pemerintah dalan keadaan yang selamat, walaupun rakyat dah mula menunjukan rasa bosan terhadap mereka.

Cuba kita bayangkan bagaimana mereka yang bertugas selepas PRU13 nanti? Sanggupkan mereka mengiring menteri dari PR - apakah Datu Abdul Rahman dan Datul Dolah Anjong dapat duduk semeja dengan ir. Mohd. Niza, apa yang perlu diperbualkan oleh mereka. Apa bisikan hati Ghani Patil, Datuk Musa Hassan apakala berdepan dengan DSAI nanti.? jalan yang terbaik untuk mereka letak jawatan dan bersara saja.

Saturday, May 30, 2009

UNDILAH PR - CALUN PKR

malang tidak berbau, sudah ditakdirkan begitu, sehari sebelum memulakan perjalanan ke Kuala Lumpur dan seterusnya ke Melaka urusan peribadi, rumah di masuki rakan-rakan yang memerlukan komputer riba, talipon bimbin dan jam tangan. lantas itu kawan-kawan tadi mengambilnya waktu penghuni sedang tidur nenyak dan hanya sedar ketiga-tiga keperluan tadi tiada di tempat yang sepatutnya. Dipagi yang hening terus menujuk ke balai untuk memaklumkan indiden yang berlaku, hanya untuk makluman pihak berkuasa polis, kerana pihak polis juga telah meminimakan bergerkan untuk kawalan keselamtan kerana mereka di bebankan dengan tugas untuk memerhatikan gerak geri ahli politik pembangkang, kemana saja ada PRK di sanalah polis akan berkerumun, seperti sabutir gula dengan kelilingi oleh ribuan semua.

Untuk selepas di maklumkan kepada polis, terus meneruskan perjalanan ke Melaka dengan melalui KL, pemikiran terus melayang, kenapa masih ramai lagi kalangan masyarakat yang perlu bertindak arogan dan tidak memikirkan hak orang ramai, kenapa mereka mengambil jalan muda untuk meneruskan sisa-sisa hidup, apakah 1 Malaysia akan mewarni penghidupan masyarakat atau pun 1 malaysia hanya slogan setiap kali pemimpin di tukar ganti.

Sekali sekali, terbayang dan cukup teringin untuk terus memerhatikan apa yang sedang berlaku di Penanti, sejauh mana PR melalui PKR dapat mempetahankan kerusinya apakala dimana Minah Ronggeng - kata Azmin Ali, terus dengan sikap dan egois memaklumkan ujudnya salah laku kalangan pemimpin PKR dalam menangani PRK ini. Apakah benar dan terbukti, apa akan jadi jika pengumum SPR di buat setelah PKR memengani PRK ini. lamunan terus walau pun dalam keadaan berhati-hati sekali-sekali terasa juga pedasnya HACKS yang berada dalam dakapan kunyahan.

Layangan pemikiran, terus menghantui perjalanan, kenapa pihak polis bertindak cekap dan mesra apakala ianya melibatkan rakan-rakan dari PR, dapat saja repot tindakan terus diambil, kenapa pula perkara sedemikian tidak berlaku di kalangan kepimpinan UMNO / BN. Lihat saja tentang penyelewangan di Pelabohan Kelang, lihat saja peristiwa rayuan pihak dr. Zambry, banyak lagi tragedi yang di bolehkan menjadikan pengajaran khusus berkaitan dengan tingkat laku pegawai polis terhadap mereka yang tidak memerintah. kenapa harus ini berlaku?

Kepada siapakah rakyat perlu mengadu? Polis, SPR, SPRM, Badan Kehakiman, Inst. Raja hatta pegawai kerajaan sudah hidup tidak bebas tak dapat nak menjalakan tugas dengan bebas ianya perlu memihat kepada UMNO / BN. Apakah ini tanda-tanda UMNO / BN sudah tidak mampu berdiri dengan kaki sendiri? ianya perlu di berikan kayu tongkat untuk memastikan ianya masih berdaya saing, walau pun sudah tempang.

Kepada para pengundi di DUN Penanti, anda adalah mereka yang pastikan mewarni kepimpinan masa depan dengan pemimpin yang mementing kepimpinan yang profesionalisma yang tinggi dan membuangkan sifat egois sejauh yang mungkin. Selamat mengundi kepada Pemilih di DUN Penanti.

Tuesday, May 26, 2009

PRU DULU DAN KINI

Penghujung 50an dan pastinya awal 60an, keadaan negera Tanah Melayu - Malaya, semasa menghadapi Pilihanraya agak jauh berbeza dengan zaman global ini. Setiap kali sudah pasti pilihanraya umum pertama pada 1955 dan berikutnya - lagu " mari mengundi " berkumdang di corong radio, sebagai salah satu usaha pihak SPR mengingatkan pengundi untuk keluar mengundi.
Mempelawa pemiliha memilih dengan memangkah calun yang disayangi, juga dinyatakan undi adalah rahsia.

Salain itu, pihak parti pembangkang juga diberikan laluan di radio untuk memperkenalkan parti yang diwakili serta memaklumkan manefesto parti yang diwakili. Walhal pada ketika itu, negera di bawah pemerintahan ( Perikatan - gabungan UMNO, MCA dan MIC ). Nampaknya negara di awal pembembentukannya agak lebih terbuka dari waktu ini. Masa berkempen lebih lama 35 hari dan setiap hati 15 minit diberikan ruang ke udara setiap parti yang pertanding. Sudah pasti, pihak radio memberikan garis panduan untuk keudara, lantas yang demikian setiap parti tidak menyentoh parti lawan sebaliknya " menjual " parti yang diwakili.

Itu 50tahun yang lalu, apakah ini masih berlaku di negera yang sudah menikmati kemerdekaan lebih 50 tahun ?

Kini semua media cetak, media elektoronik sudah menjadi hak milik kerajaan, saban hari, sama ada musim pilihanraya atau pun tidak, peranan kedua-dua media sebaran ini hanyalah tertumpu kepada apa yang dibuat oleh parti pemerintah sahaja. Pengalaman pilihanraya 1959, 1964 dan 1969 keadaan alat sebaran ini dapat berkongsi dengan pembangkang selepas itu, semua keperluan ini menjadi hak milik parti pemerintah.

2008, pilihanraya ke 12 lagi dahsyat, walau pun negeri diperintah oleh PR seperti Kedah, Kelantan, Pulau Pinang, Perak ( dulu ) dan Selangor, semua kemudahan ini tidak diberikan kepada pemerintah di peringkat negeri. Sampai ketahap menghalau steysen dari bangunan kerajaan ke bangunan swasta ini berlaku di Selangor bawah pimpinan PR.

Waktu ini, peranan media yang ada di Malaysia hanyalah bertugas untuk memburuk-burukan parti lawan, seolah-olah pemerintah PR tidak ada langsung yang baik dan BN adala yang terbaik.

Monday, May 25, 2009

MB 1 & MB 2

Melalui temu ramah Perakexp.tv dengan Ir Mohd. Nizar YAB pertama Perak, nampak jelas keikhlasan seorang pemimpin yang inginkan kedamaian dalam kepimpinan, kerana keikhlasan ini adalah tuntutan rakyat. Rakyat memang inginkan kedamaian setiap ketika, tak kira siapa mereka, peniaga, pelajar, pekerja, pekebun besar mau pun pekebun kecil, peneroka siapa saja yang masih bernyawa inginkan kedamaian dalam penghidupan harian.

YAB Ir. Nizar menjelaskan cukup jelas dan nyata niat beliau adalah untuk mengembalikan negeri Perak ini di bawah kuasa rakyat, beliua berjanjai jika Dr. Zambry Menteri besar Perak Ke2, bersetuju untuk pembubaran DUN Perai, selesailah sudah kemelut kepimpinan di Perak. walaubagaiman pun jika tidak, pihak Ir. Mohd. Niza akan kembali membawa kes ini ke Mahkamah Persekutuan untuk rayuan di sebelah pihak beliau pula.

Keputusan mahkamah rayuan cukup trajidis, keputusan hanya dibuat dalam bentuk lisan, tidak seperti mahkamah tinggin yang mengesahkan Ir. Niza sebagai MB dengan mengemukakan hujah sehingga 78 muka surat. Sudah pasti penghakiman dan keputusan dibuat cukup teliti dan mengikut aspek perundangan yang tercatat, tapi sedih di mahkamah rayuan ianya diambil masa hanya dalam tempoh kurang dari 10 minit dan membuat keputusan Hakim di Mahkamah Tinggi telah melakukan kesilapan dalam penghujahannya.

Memang benarlah segalah-segalanya di tangan Dr. Zambry, baik buruknya perjalanan DUN Perak terletak di tangan Dr. Zambry, elaknya egois tapi bertindaklah dengan lebih profesional, demi kepentingan rakyat, jadilah seorang MB yang di pilih oleh rakyat bukan kuasa mahkamah mau pun kuasa istana.

Sunday, May 24, 2009

BISKUT CIPSMORE

Kini sudah terang lagi bersuluh, semasa berucap di majlis perasmian mesyuarat Agung Koperesai Bina Bersama Berhad yang ke 23 di Dewan Millenium, Pusat Pentadbiran Kg. Gajah, perasmi En. Zainol Fadzily yang juga EXCO haram yang berketuakan Dr. Zambry panglima Mogabi memaklumkan dengan banga untuk bertindak sebagai EXCO, beliau perlu meletakan jawatan sebagai pengerusi di 14 buah syarikat yang dimiliki dan Dr. Zambry untuk berkecimpong dalam politik sebelumnya berpendapatan rm60k sebulan, tapi alhamdulillah, kini Dr. Zambry berjaya dengan cemerlang dengan berjawatan MB di Perak. Itu inti pati ucapan EXCO tersebut.

Beliau juga dengan rasa egois terus berucap dengan nada yang sama untuk mengadudumba di kalangan masyarat, " dalam majlis ini saya difahamkan semuanya orang Melayu ", kata beliau, sudah pasti ucapan menaikan semangat untuk memastikan kawasan Melayu menjadi hak Melayu dan jangan diharapkan bangsa lain akan menolong kita. Orang Cina sudah berjaya, Orang India juga kini sudah mengatasi orang melayu, jadi kita perlu memastikan kedudukan ekonomi orang kita berada dalam keadaan yang boleh dibanggakan.

Ucapan untuk kearah perpaduan sejagat tidak timbul langsung. Ucapan untuk 1 Malaysia juga tidak kedengaran dalam luahan ucapan. Apabila 1Malaysia tidak diucapkan sudah pasti " rakyat di dahulukan dan Prestasi diutamakan " tidak difikirkan oleh beliau. jadi dimana yang dikatakan di bawah kepimpinan Najib slogan ini memainkan peranan untuk kepentingan rakyat.

Berbalik kepada asset yang dimilik, agaknya semua pemimpin UMNO / BN perlu menafikan harta yang dimilik adalah hasil semasa mereka memimpim UMNO, ia perlu diumumkan agar rakyat memahami bahawa mereka memimpim UMNO bukan berniat untuk mengumpul harta sebaliknya untuk bergerak dan bekerja untuk kepentingan rakyat.

Beliau yang juga berfotfolio Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, juga adalah ADUN Sungai Manik. Dulu 'kabinate' Dr. Zambry seperti biskut cipsmore " kejab ada kejab tak ada " tambah beliau, tapi selepas 22Mei "kami" tersenyum riang apabila mahkamah mengesahkan Dr. Zambry adalah MB yang sah. Kenapa beliau berasa bangga sedangkan mahkamah Persekutuan masih ada untuk merayu lagi. Tapi Kita ( PR ) boleh merayu sedangkan keputusan semuanya terletak di tangan kepimpinan UMNO / BN, itu lah cara mereka mengelabui mata rakyat dengan kenyataan yang belum ada kata putusnya lagi.

UNTUKK MEREALISASIKAN KEMENAGAN

Malam dah larut, mata masih terkelip-kelip dengan membaca blog yang diukirkan oleh blogers yang lain, memang tidak dapat dinafikan semakin hari semakin ramai rakan bloers yang ditemuai semuanya mengucapkan selamat berjuang dan teruskan perjuangan. Laluan getir untuk menang nampaknya sudah mula samar-samar dan insyaallah akan cerah.

Kepimpinan PR perlu sentiasa mempertingkatkan usaha kearah merealisasikan kemenangan, di PRK Dun Penanti dan mula menampakkan tidak ujud lagi UMNO / BN dalam pertandingan tersebut, ini membuktikan liang lahat untuk BeeEnd sudah mula di korek oleh penggali kubur. Selepas Penanti, Manik urai pula menunggu dan akan menjatuhkan hukuman untuk UMNO / BN. Pergeseran di Perlis terus berlarutan, bagitu juga dengan keadaan Ahmad Said di Trengganu masih belum menentu kedudukannya, yang pasti kekelambutan ini memberi markah yang tinggi kepada PR.

Pergeseran dalam parti komponan PPP terus dengan masalahnya, Gerakan dan MCA terus mendesak agar DUN Perak di bubarkan untuk memberi laluan kepada PRK Dun Perak. Najib dan timbalannya Mahyuddin serta naib zahid menyeru agar parti komponen tidak bertelagah sesama sendiri kerana mengakui keadaan UMNO / BN ini sudah teruk, longlai dan terhoyong hayang untuk tertiarap.

Kepada PR, jadikan apa yang beralak di sebelah sana satu titik tolak untuk merancakkan program dan aktiviti yang membolehkan lebih ramai kalangan remaja yang sudah mendaftar sebagai pemilih untuk memilih PR, program-program pembentukan generasi pemimpin amat perlu di lipat ganda, program yang diminati kalangan remaja perlu di adakan, seperti " kawan ku minat PR ".

Program ilmiah seperti menulis rencana politik semasa juga boleh diadakan, bagaimana dan apakah kesan di samping kemelut waktu ini, sudah pasti kalangan remaja dapat melihat sendiri bagaimana urusan mahkamah, urusan SPR, SPRM, PDRM dalam menangani setiap isu yang berbangkit. Peristiwa di Perak dapat di bukukan melalui tulisan dari kalangan generasi muda ini. VCD telah diedarkan, dalam hal ini PR telah mendahului UMNO / BN, jadi apa yang berlaku dan di rencana oleh UMNO / BN dapat dan dengan mudah di jawab oleh peminat dan ahli PR.

Libat gandakan usaha untuk memastikan kemenangan yang mutlak. Wasallam.

Friday, May 22, 2009

DARI MEJA MAHKAMAH

Malang bagi rakyat malaysia di mana para hakim dan peguam tidak dapat menjalankan tugas dengan betul dan berhati-hati dalam menyediakan petudahan dan membuat keputusan dalam penghakiman mereka.

Apatidaknya, kalau kita imbas kembali peristiwa DSAI dengan pertududan lewat edisi pertama, sistem penghakimkan dan pertuduhan cukup memualkan sekali. Contoh yang memalukan apakan seorang peguam negera yang bertindak sebagai pendakwa boleh membuat mendakwaan yang tersilap tarikh, yang ditaip lain dan apabila di buat pertuduhan dan di bangkang oleh peguam mohon di perbetulkan tarikh yang di taip, lokasi kejadian di banguanan yang belum siap, peritiwa ini cukup memalukan.

Kesimpulannya kita dapa perhatikan, badan kehakiman pada masa ini bukan lah sebuah badan yang bebas dan harapan untuk membela demi kebaikan dan keadilan sudah mula nampak lumpuh dan beransur-ansur memihak kepada yang berkepentingan. Buktinya, keputusan Mahkamah Tinggi yang menyebelahi Nizar dianggap silap oleh Mahkamah Rayuan sebentar tadi. Selepas ini, mungkin.. mungkin...tiada lagi silap apabila kes ini dirayu oleh Nizar ke Mahkamah Persekutuan. saya yakin, Mahkamah Persekutuan tidak akan mengatakan Mahkamah Rayuan sebentar tadi silap. Maksud saya, mungkin tiada lagi kesilapan selepas ini. Ini bermakna, bawalah ke mana-mana mahkamah di Malaysia ini mungkin tiada lagi kesilapan dan Zambry terus ditabalkan sebagai MB Perak.

HADAPI REALITI

Apa yang ditunggu selama ini telah pun berakhir, bagaimana notis rayuan diterima begitu jugalah dengan keputusan yang dibuat di mahkamah rayuan. Semua manusia yang berakal dan masih mampu berfikir terkejut dengan caramana para hakim ' three sturges ' membuat keputusan. Walaupun ramai yang dah menduka, para hakim akan mencari helah bagaimana dapat memastikan 786 menjadi MB.

Peguam YB ir Niza akan mengemukakan rayuan di mahkamah pesekutuan pula, jadi pemasaallah siapa MB Perak masih berlum selesai, penyudahnya ialah di Mahkamat persekutuan.

Untuk itu, adalah disarankan agar kepimpinan PR tidak perlulah mengikut rentak yang dimainkan oleh UMNO / BN. apa yang diperlukan kita hadapi dan menyediakan perancangan untuk PRU13, kalau UMNO / BN dah mula dengan SMSS - ( kerja siang, malam, subuh dan senja ) serta juga melaksanakan teori KBSM - ( kenduri, bersalin, sakit dan mati ), kedua-dua program ini adalah perkara biasa bagi PR rakyat, kedua-dua pendekatan ini tidak melibatkan generai muda, untuk itu petugas PR perlu memikirkan cara mana untuk memastikan gulongan remaja besama-sama dengan PR.

PR setiap piliharaya bukan sahaja perlu berdepan dengan UMNO / BN tapi semua kepentingan kerajaan perlu ditangani juga, kerana semua agensi kerajaan telah memihak kepada UMNO dan BN. Kita boleh lihat semua program parti di iringi oleh program kerajaan bagitu juga sebaliknya. Lepas melancarkan contoh Perayaan Hari Guru, diadakan mesyurat tertutup untuk parti, kan kah ini menyalahi dan dianggap salah guna kuasa tapi bagi mereka ini perkara biasa. hadir sama di hari Penamaan Calun guna kereta rasmi dengan pemandu - kan kah ini salah namanya.

Untuk itu didoakan kepada semua petugas PR ( Pas, keadilan & DAP ) teruskan usaha serta gembelingkan tenaga dengan memastikan PRU13 PUTRAJAYA di diami oleh pemimpin PR.

sebab selama hari ini mereka buat kerja dengan

Wednesday, May 20, 2009

ESOK YANG MENDEBARKAN

Debaran di Perak sejaK Februari telah berakhir pada 11 Mei yang lepas, di mana Mahkamah Tinggi mengesahkan Ir. Niza sebagai Menteri Besar yang sah, kemudian pada 12 Mei, dengan menggunakan semua salarun dan rakan serta sahabat handai, terutama rakan-rakan di mahkamah persekutuan, Dr. Zambry berjaya untuk menyekat sementara keputusan tersebut, dengan rasa bangga dan megah beliau ( Dr. Zambry ) terus masuk pejabat, bergerak dan bertindak seterusnya menjalankan tugas sebagai MB.

Bertindak macam orang tak malu, tak ada baca, tak faham hukuman yang diterima, mahkamah kata keputusan di tanggohkan, jadi bukun suruh Zambry menjalankan tugas MB, tapi dengan rasa tanpa " kemaluan " Dr. Zambry terus menjalankan tugas.

Unuk itu, pensyarah undang-undang UIA, Aziz Bari menyatakan semua keputusan dan tindak kerja yang dibuat oleh kerajaan Zambry adalah haram, kerana keputusan 11 Mei, Ir. Niza adalah MB.

Kini 21 Mei pula menjadi tarikh keramat, apakah rayuan Dr. Zambry akan diberikan layanan oleh pihak mahkamah. Mahkamah yang paling tinggi adalah mahkamah Tinggi, apakah mahkamah rayuan dapat mengatasi mahkamah tinggi, esok adalah hari penentunya.Disamping itu, DSAI juga ke mahkamah untuk berhujah agar tindakan memecatnya pada 1998 oleh Dr. M, sebagai tidak sah.

Untuk itu, kini mahkamah sibuk dengan penyelesaian kes-kes politik, kes ragut, rogol, rompak, kemalangan jalan raya dan lain-lain akan ditangguhkan pada tarikh yang akan diberitahu kemudian.

CAKAP TAK SAMA BIKIN

Kepimpinan UMNO kini cukup terdesak dalam hal ehwal pengurusan negara, mereka seolah-olah sudah hilang yakin diri kepada perlembangaan dan undang-undang tubuh Malaysia dan undang-undang tubuh kerajaan negeri.

Undang-undang di perlekehkan, cakap pasal ketaat setiaan kepada raja dan negara, perlu menghormzahid hamidi umno and penanti state by electionat keluhuran undang-undang & perlembagaan, perlu menjaga kesopanan dan kesusilaan, apakah yang sebenarnya berlaku, atau apakah untuk memastikan tunggak Negara - Rukun Negara hanya satu tipu muslihat untuk mereka yang menggunakan lambang UMNO. Dimana keiklasan mereka dalam memastikan negera sentiasa berada di 'track' yang sebenar, yang mana gaya hidup masyarkat bertunjangkan Rukun Negara tersebut.

Perkara ini jelas, mereka bercakap sentiasa mempunyai kiasan yang sebaliknya, lihat saja YB Dato DR Zambry, taatilah undang-undang, hormatilah mahkamah, tapi apakah beliau bertindak sedemikian? Rakyat SMK Sultan Azlan amat terharu dan cukup hina apabila Dr. Zambry yang telah disahkan oleh Mahkamah Tinggi pada 11 Mei yang lalu bukan Menteri Besar Perak, tapi nama beliau masih menggunakan jawatan tersebut. Juga terus mengumumkan peruntukah untuk sekolah tersebut.

Pada zahirnya, bagaimana beliau boleh mengumumkan peruntukan sedangkan beliau bukannya Menteri Besar atau pun ketua kerajaan di Negeri Perak. Inilah juga apa yang diramalkan oleh DSAI di Penanti. ketua perhubungan UMNO Pulau Pinang Dr. Zahid mendakwa yang mengaitkan Umno menaja calon Bebas adalah tidak berasas, katanya kepada pemberita diibu negara malam tadi sebagai mengulas dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang Umno mungkin menaja calon Bebas yang bertanding di pilihanraya itu.

Isnin lalu, Dewan Tertinggi BN memutuskan tidak akan bertanding dalam pilihanraya kecil Penanti. Perdana menteri memberi tiga sebab BN menolak bertanding kerusi tersebut.
bullet button
Pertama, kekosongan kerusi itu bukan diperuntukkan oleh perlembagaan tetapi satu usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya.
bullet button
Kedua, pilihanraya kecil ini satu permainan politik pembangkang.
bullet button
Ketiga, BN lebih mengutamakan khidmat kepada rakyat dan langkah memulihkan ekonomi negara.

Kenyataan Najib yang menafikan BN takut tewas di kerusi tersebut ini agak tetap dan konsisten, kenapa UMNO / BN akan tewan, kerana setiap kali adannya PRK, semua jentera kerajaan, wang rakyat, semua kemudahan asas, setiap projek sudah pasti di curahkan di kawasan PRK tesebut. Ini memastikan pemilih akan terpedaya dengan strategi yang akan dilaksanakan. Walau pun ianya menyalahi dalam peruntukan yang digubal oleh kerajaan sendiri dan dikuatkuasakan melalui SPR.

Dalam lain pendekatan, kepimpinan UMNO kini tidak lagi cakap serupa bikin, malahan mereka terus menggunakan ilmu politik untuk mengaibkan diri sendiri serta cuba memperbodohkan orang lain. Untuk itu Dato Dr. Zambry elakan lah dari menghadiri majlis-majlis dengan ber"tittle"kan MB, kerana tungguhlah selepas 21 Mei ini, sama ada YB Niza atau YB Zambry yang akan menggunakan YAB. Sabar itu separuh dari iman

Tuesday, May 19, 2009

WARISAN

HAYATI LAGU WARISAN INI.

Anak kecil main api
Terbakar jarinya sepi
Air mata darah bercamputr keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cita lenyap di arus zaman
Idahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ketangan yang lain
perbumi merintih sendiri
masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang
Kini Kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih Kembali harga diri
kita sudah tiada masa
majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah di nusantara.

dengan lagu ini teringat nostalgia semasa menjai pemimpin dalam MAYC di penghujung 70an dan awal 80an. Cukup ' touching ' dan rasa amat simpatai kepada keadaan kepimpinan dan pengurusan negara ketika itu, tapi ianya hanyalah satu igauan kerana mereka yang mencipta lagu ini, terus menjadi pemimpin dan kini mereka yang memporak perandakan Melayu itu sendiri.

Apa nak jadi dengan kepimpinan orang Kita,
Siapa yang harus disalahkan, salah
Adakah salah ibu yang mengandung
Tepuk dada jawablah sendiri.

( terima kasih tok perak - lagu sedutan dari blog tuan )

Monday, May 18, 2009

SULTAN YANG DI SANJUNG

Semperna Ulang Tahun Sultan Kelantan, rakyat menjunjung kasih dengan menzahirkan luahan berikut di setiap jalan masuk ke Bandaraya Kota Baharu.

RAJA DI SANJUNG

KESETIAAN DI JUNJUNG

RAKYAT DI PAYUNG


Kita di Perak juga mengharpkan apa yang berlaku di Kelantan sepatutnya dan memang sepatutnya itu lah yang di peliharakan. Rakyat adalah dipayungi oleh pentadbiran baginda tuanku, setelah rakyat di payungi dengan pelbagai kemudahan sudah pasti rakyat akan terus setia dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi. Daulat Tuanku, sembah patih harap di ampun, sembah iklas dari patih yang hina ini.

Rakyat Perak juga adalah rakyat yang prihtin dan sentiasa menjungjung kasih dan kesetiaan kepada raja dan perlembagaan, kerana keujudan sesebuah negara mesti ada tiang serinya, disini sudah pasti tiang seri itu ialah undang-undang tubuh kerajaan. Jika ada antara kita yang sudah tidak dapat menerima tiang seri ini bermakna akan rutuhlah sesebuah bangunan yang telah dibina. Tapi sejauh manakah kalangan rakyat yang dipilih menjadi pemimpin menghormat tiang seri ini ?

Apakah mereka menggunakan tiang seri ini untuk kepentingan peribadi ( personnal interest ) atau sebaliknya serta meletakkan rakyat nombor satu serta mereka sanggup menjadi hamba kepada rakyat. Tapi kini zaman sudah berubah Tuanku, pemimpin perlu di hormati dan di sanjung serta perlu hidup mewah dengan perbagai kemudahan, akhirnya rakyat yang menderita.

Tuanku, apa yang terjadi di Perak sebenarnya alah rintihan kepada kegagalan pengurusan kemanusiaan yang direka cipta oleh kalangan kepimpinan UMNO, mereka dalam keadaan tak sedar banyak sangat membuat kesilapan dan akhirnya dalam usia sedekat rakyat telah membuat keputusan untuk tidak menerima mereka. Mereka terkejut berok, dengan itu mereka terus kan usaha untuk memastikan kuasa dalam genggaman tidak tiris ke tangan orang lain. Kini mereka mulai sedar dengan kesilapan yang telah dilagkukan.

Akhirnya kerabat mereka sendiri MCA, MIC, Gerakan sudah mula melihatkan tanda-tanda tidak mau bersama dengan UMNO lagi, lantas yang demikian, PR perlu memperkasakan diri untuk menjadi alternatif kepada BN ini.

Kepada PR jangan jadikan cara BN sebagai garis ikutan dalam pengurusan pentadbiran kerana ia akan merokankan generasi 50 tahunakan datang. Walabagaiman pun berhati-hatilah dalam pembentukan " team " kerana sebuah ' team ' akan bercerai jika kemahuan dan cita rasa kalangan pengikut mereka tidak dapat menikmati apa yang sepatunya.

PEMBERIAN BERPILIH

Masih lagi dengan perayaan hari ulang tahun ke 38, dengan tema " guru pembina negara bangsa ", perayaan kali ini memang hebat kerana baru beberapa hari saja dilantik menjawat jawatan Menteri Pelajaran terus merasmikan serta mengumumkan beberapa stragegi kearah mana pendidikan negera nak di bawa, juga mengumumkan beberepa insentif kepada kalangan pendidika, pengumuman ini dibuat selepas PM sendiri mengumumkan kenaikan pangkat untuk kakitangan awam dalam kategori sokongan.

Dalam tranformasi kurikulum kebangsaan di mana langkah 1 Malaysia untuk melahirkan generasi yang menumpukan kepada pembelajaran dalam disiplin komunikasi, kerahanian, sikap dan nilai, kemanusiaan, ketrampilan diri, fizikal dan estetika serta literasi sains dan teknologi memang satu-satu yang perlu di banggakan oleh semua pihak, tambahan pula pada masa kalangan remaja sudah mula hilang jati diri, daya tahan, mentel yang berfikiran luas. Tahap disiplin yang amat mendukacitakan.

Sudah pasti pelaksanaan ini akan di dahului di sekolah rendah, di mana asas pembentukan seseorang individu itu memang dari rendah. Ini memastikan bebanan tugas di sekolah rendah bertambah dan bebanan tugas ini pula masih belum dapat di atasi sejak dari dulu lagi. Kajian dibuat tapi ianya tinggal kajian sahaja.

Tapi apa yang mendukacitakan, bebanan tugas dapat disiapkan, dan penambahan kouta perjawatan pula di siapkan di peringkat guru-guru siswazah, malang bagi guru-guru sekolah rendah, penambahan guru cemerlang masih dalam kajian, kerja dulu baru ada peluang kenaikan pangkat, ianya berbeza dengan kalangan siswazah. Bebanan "transformasi Kurilulum " lambat lagi sampai ke peringkat menengah tapi imbuhan diberi dulu - ini tak adil " kata S Kadarisma dalam 3Abdul.

Hanya satu saranan, kelulusan Guru Besar gred DG38 telah dikuatkuasa pada 1 Julai 2007 dan
terus dilaksana, pada waktu yang sama di ujudkan pula tangga gaji untuk DG34 dengan penambahan tangga dari T7 ke T11 serta dikuatkuasakan pada tarikh yang sama, tapi malangnya ia belum lagi dilaksanakan. Kenapa bagitu lama JPA perlu melihat dan mengeluarkan pekeliling untuk dinikmati gulongan guru-guru di DG34 ini?

Ini adalah satu pilihkasih dalam pengurusan di Kementerian Pelajaran, memang tidak dinafikan mereka di kementerian lebih mementing gulongan siswazah dari bukan siswazah, walaupun pembentukan asal generasi adalah di sekolah rendah. Adalah diharapkan agar pihak KP dapat memikirkan perkara ini untuk pertimbangan sewajarnya.

Sunday, May 17, 2009

JANGAN LUPA ASAL KITA

16 Mei, setiap tahun adalah hari dan tarikh di mana seluruh warga guru menyambut hari perayaan yang dikhususkan untuk gulongan guru-guru serta mereka yang terlibat dengan alam pendidikan di seluruh negara. Persiapan di rancangan dengan hebat dan setiap tahun dipastikan ada kelainan yang diperlukan. Selain dari berubah tempat tapi kini 4 negeri komform tidak akan diadakan perayaan tersebut, negeri-negerinya ialah Kedah, Kelantan, Selangor serta Pulau Pinang dan berkemungkinan besar Perak.

Bertemakan " GURU PEMBINA NEGERA BANGSA ", memang ianya tepat dengan masa dan ketika kerana pada dewasa ini negera dan bangsa yang dibina, rakyatnya telah hilang jati diri, maruah dan perangai, buruk perangai seperti rasuah, salah guna kuasa sudah menjadi mainan para pemimpina dan akhirnya jadi ikutan kepada kakitangan awam, lihat saja di Perak, SUK, SU DUN, Penasihat Undang-undang langsung tidak tahu yang mereka adalah seorang pegawai yang perlu berkhidmat kepada sesiapa saja yang menjadi pimpinan negara / negeri, tapi atas dasar mentelikita sudah dikotorkan sikap mereka sudah berubah, mereka memihat kepada orang yang kalah dan sering menimbulkan permasalahan kepada negera.

Permasalahan, PPSMI, kekurangan Guru, kekurangan bilik darjah dan banyak lagi masalah yang routin menjadikan sistem pendidikan di Malaysia ini sentiasa berkecamok, bertukar menteri hanyalah penepati satu pengisian sahaja sedangkan mereka terus menjadikan alam pendidikan untuk tujuan satu kajian ( tempat uji kaji ).

Apa yang diumumkan oleh YAB Menteri Pendidikan, satu transformasi kurikulum kebangsaan untuk sekolah rendah akan di laksanakan tak lama lagi. Di-mana tranformasi ini melibatkan pembelajaran disiplin komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai kemanusiaaan, ketrampilan diri, fizikal dan estetika serta literasi sains dan teknologi. Semua program tranformasi ini di dahului di sekolah rendah, bagaimana dengan kebajikan para guru di sekolah rendah? adakah YAB Menteri sudah lupa yang pengemuman kenaikan pangkat semua disekolah menengah. Beban tugas di sekolah rendah, keseronokan dan imbuhan di longgokan di sekolah menengah, dimana keadilan yang dilaung-laungkan.

Mahyuddin perlu ingat semua pelajar di menengah adalah berasal dari sekolah rendah, sedangkan Mahyuddin sendiri berasal dari sekolah rendah, dididik di belai oleh seorang guru, apabila dah menjadi menteri & Timbalan Perdana menteri lupa jasa guru-guru di sekolah rendah.

Thursday, May 14, 2009

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Menjelang terbitnya fajar 16 Mei nanti, sehari selepas para belia meraikan Hari Belia di peringkat Kebangsaan, para pendidik pula meraikan Hari Guru di peringkat kebangsaan dengan turut sama YAB Perdana Menteri. Pada tahun ini dengan thema " GURU PEMBINA NEGARA BANGSA ", didoakan kalangan guru terutama yang sentiasa melayari blog ini sentiasa dalam keadaan sihat serta diberikan keberkatan dalam usaha mendidik anak bangsa.

Memang tidak dinafikan segala rintangan dan halangan yang mendepani setiap guru, ianya di hadapi dengan penoh dedikasi dan akhirnya lahirlah manusia yang berilmu, berbudiperkerti serta semangat juang yang tinggi. Tahniah, tahniah dan tahniah.

Walau bagaimana pun pada saat di penghujung pemerintahan UMNO / BN ini telah mencatatkan daya kreativiti dan kemampuan daya pemikiran dan membuat keputusan setiap kalangan yang telah dilahirkan dengan ilmu yang tinggin. Kita lihat saja hampir semua pegawai kerajaan khususnya, dan ahli politik telah gagal menggunakan " otak yang boleh berfikir " laksana kata pepatah " otak ada akal tak ada ". Kita rasa teruja dengan sikap yang tidak berani kerana benar, tak mampu menyakinkan rakyat, kalangan ahli politik serta pegawai kerajaan lebih mementingkan kehendak sebelah pihak saja.

Kita lihat, apa yang terjadi dengan Institusi kehakiman, kita lihat bagaimana tidak adilnya kalangan PDRM, bagaimana memihaknya SPRM, SPR, Jabatan Pendaftaran dan semua instutusi kerajaan dan akhir-akhir ini terheret juga Institusi Istana dalam kemelut mempertahankan kedudukan UMNO / BN.

Untuk itu dengan tragedi ini boleh lah dikatakan dalam kejayaan melahirkan insan yang soleh dan berdaya saing ianya dicemarkan dengan tindakan dan memihat yang dipaksa oleh UMNO / BN yang sudah tidak relevan lagi untuk menerajui pemerintahan negara.

Akhirnya, selamat menyambut hari guru, pada masa perayaan hari guru nanti saya mohon maaf kerana terlibat dengan satu program di K. Terengganu, dengan itu nukilan ini di tulis sebelum saya menggerakan kereta untuk ke sana. SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU, " GURU PEMBINA NEGARA BANGSA "

Tuesday, May 12, 2009

BERANI KERANA BENAR - TERUSKAN

11 Mei, Dato' Seri Nizar Jamaluddin disahkan Menteri Besar Perak, semua Zambry dan exco nya perlu mengosongkan pejabat, dengan angkoh, PM membuat kenyataan, kita BN / UMNO akan lakukan apa saja untuk memastikan Perak di bawah pentadbiran BN / UMNO, sekumpulan peguam UMNO mengemukan rayuan di Mahkamah Tinggi dan tak sampai pun 24 jam mahkamah memutuskan rayuan Najib diterima dan Niza dan exco perlu mengosongkan pejabatnya. ia nya belaku pada 12 Mei jam 2.30 petang.

Bagi Niza dan exconya, undang-undang tetap undang-undang dan mereka dengan senyum meninggalkan pejabat, tak seperti dengan mereka di bawah pimpinan Najib, langsung tidak ada rasa malu dalam hal inil. Semua pihak termasuk SUHAKAM telah menyarankan agar Perak di kembalikan kepada rakyat untuk menentukan pentadibiran.

Peristiwa hitam ini memang adalah kehendak UMNO kerena mereka tidak percaya yang satu hari kepimpinan mereka sudah tidak releven, rakyat telah muak dengan tingkah laku, dan mereka terhina dengan cara UMNO / BN menguruskan negera. Sikap dan perangai egogan mereka memang jelas dan nyata. Meraka sanggup buat apa saja asalkan niat dan cita-cita tercapai. Tak kira halal atau haram.

Kini KSN ( ketua Setiausaha Negera ) pula telah menjadi kambing hitam kepada UMNO, KSN melenting apakala Niza menggantong jawatan SUK Perak tapi KSN langsung tidak menasihatkan SUK mengapa biadah dan kurang ajar semasa Niza memerintah Perak. KSN juga sudah menjadi salah soerang agen kepada UMNO. Apa yang tinggal lagi pada PR?

Kini PR akan berhadapan dengan perjuangan dari segenap pelusuk pengurusan negara, tapi kita masih bersyukur kerana masa untuk mengambil alih pentadbiran negara sudah nampak, walaupun balaci UMNO sekeliling pinggang tapi rakyat yang menjadikan penentu.

Semua jalan penyelesaian tiada hanyalah penyelesaikan di tangan rakyat.Kepada YAB Niza teruskan kebangkitan dan insyaallah rakyat ramai bersama-sama YAB.






Sunday, May 10, 2009

BELAJAR, PUTAR BELITKAN ISU

Ini adalah realiti keadaan sikap dan buruk laku dan perangai yang ada pada pemimpin di negara kita, mereka bertutur dan mengeluarkan kenyataan yang apa telah dilakukannya, seperti selepas beliau mencuri dan mencerca orang lain, lantas beliua membuat kenyataan yang perbuatan dan tutur kata sedemikian tidak sepatutnya di luahkan atau di utarakan oleh soerang pemimpin kerana pemimpin adalah idola kepada rakyat khususnya kepada generasi akan datang.

Pepatah " kalau bapanya borek, anak pasti rintik " kalau pemimpin sering bercakap bohong, pasti generasi akan datang akan teruk lagi dengan sikap pembohongan mereka.

Sejak akhir-akhirnya kita dapat lihat dan nyata sekali kenyataan-kenyataan seperti ini amat sering di tuturkan oleh pemimpin: " tindakan semikian tiada kaitan dengan kepentingan politik " , " kenapa pembangkang tidak menghormati undang-undang tubuh yang ada ", " kenapa tidak menghormati keputusan hakim " dan banyak lagi kenyataan yang seolah-olah menuju kepada diri sendiri. Hanya ibujari yang mengarah kepada orang lain, tapi 4 lagi cari adalah menunjuk kepada diri kita sendiri.

Kita telitik kata-kata PM berkaitan dengan insiden di DUN Perak. Betulkan Pakatan Rakyat tidak menghormati undang-undang dan memburukkan imej negara. DSAI teringatkan lagu Allahyarham Tan Sri P Ramlee “Antara Senyum dan Tangis”. Dunia dapat menyaksikan bagaimana rakus dan terdesaknya kerajaan kudeta Umno-BN di Perak merampas kuasa sehingga tergamak memanipulasi seluruh instrumen kerajaan khususnya polis yang bertindak mengheret Speaker DUN, V Sivakumar keluar Dewan secara kasar dan agresif. Tidak pernah berlaku dalam sejarah mana-mana persidangan dewan legislatif di dunia ini yang menyaksikan perlakuan sebegitu rupa dikenakan ke atas seorang Speaker Dewan mahupun mana-mana Ahli Yang Berhormat. Kita wajar berasa sedih dan sugul atas sindrom penafian yang semakin parah menjangkiti Umno-BN kini. Perlembagaan dan Undang-undang Tubuh Negeri dilacur rakus oleh mereka, walhasil Pakatan Rakyat juga yang terus dipersalahkan!

Setiap apa yang berlaku, semua orang lain yang dipersalahkan, ekonomi merudum, pembangkang buat hal, pendidikan tak menjadi pembangkang tak beri kerjasama, apa saja semua salahkan pada pembangkang.

Untuk itu kita sarankan kepada Kem. Pelajaran untuk mengujudkan satu mata pelajaran di mana semua murid/pelajar/mahasiswa belajar cara memutar belitkan isu-isu yang sensitif, jangan salahkan diri sendiri tapi salahkan orang lain, gunakan kuasa untuk " personnel interest " bukannya untuk pembangunan negara dan rakyat. Kita tambah lagi mata pelajaran dan bebankan para guru dan pastikan generasi akan datang belajar bagaimana untuk membohongi rakyat. Ini adalah sistem pendidikan negera kita, " Malaysia Boleh "

Kepada, kepimpinan lahirkan generasi yang berilmu, beriltizam, berkomited kepada Agama, Bangsa dan Tanah Air, janganlah jadikan buruk laku pemimpin sebagai ikutan kepada generasi akan datang, perhatikan cara Pemuda & Puteri UMNO bertindak, ianya akan jadi ikutan kepada generasi akan datang, jadilah modal yang boleh berikan penambahbaikan kepada pembentukan peribadi seseorang insan.

Saturday, May 9, 2009

HAKIM, POLIS SEMUA MEMIHAK KPD UMNO

Kemelut politik di Malaysia di racuni juga oleh pihak-pihak yang terlibat dengan pengamal undang-undang negara, para hakim yang mengedali dan menghuraikan akta dan artikal perudangan mengikut keperluan siapa yang disokong, meraka tidak bertindak sebagai seorang hakim yang maha bijaksana, kenapa ini harus berlaku? Kita ambil contoh dengan kes DSAI semasa era zaman pemerintahan Tun M, apa kata tun M itulah undang-undang, berlaku kesilapan pertuduhan, tukar tempat kejadian, tukar tarikh dan macam-macam cara untuk memastikan orang yang dituduh MESTI salah. Walaupun pihak pembela jelas membuktikan pertuduhan tidak sah tapi pendakwa mencari berbagai helah sehinggakan setiap soalan yang dikemukan oleh pembela selalunya " tidak releven "

Tragedi ngeri di Perak, lebih membiulkan lagi penduduk Malaysia, peperangan antara hakim-hakim dan pengamal undang-undang yang pro UMNO dan pengamal yang bersikap neutral jelas, masing-masing mengemukan hujah yang diperlukan. Sejak ujudnya DUN dan DR, hak menerajui kedua-dua dewan ini adalah di miliki sepenuhnya oleh "speaker", tapi kini keputusan "speaker" perlu di putuskan oleh mahkamah. Jika "speaker" ingkar, polis perlu dipanggal untuk mengheret beliau keluar untuk meninggalkan dewan.

Pemimpin PR kata apa yang berlaku di DUN Perak tak sah, dengan bukti-bukti, kerana "speaker" menolak usul yang dibentangkan, perkara ini semua orang tahu, itu memang hak dia ( speaker ), tapi penasihat UMNO Datuk Hafarizam harun dan Penguam Datuk Muhmmad Shafee Abdullah yang mewakil UMNO mengatakan tindakan dan usul yang dibentangkan adalah sah. Mereka mentafsir ikut keperluan UMNO. Kata Prof. Madya Dr. sharahayu ABdul Aziz dari UIA ( pensyarah undang-undang ) pemecatan speaker harus dibentang dan dibahaskan, walaubagaiman pun usul ini ditolak oleh speaker - itu adalah hak speaker. Jadi yang mana rakyat guna pakai.

Lagi haru biru apabila PM kata pembangkang tidak hormati undang-undang ( Sinar 9 Mei ) benarkah dan boleh percaya ke kata-kata beliau ni. Beliau sering mengaitkan cadangan DSAI untuk berpakat untuk lompatan wakil BN ke PR, tapi tak menjadi. Mungkin DSAI bertindak mengikut normal-normal tertentu ada keperimanusiaan, tidak perlu kurang, tangkap dan istihar, sesorang yang ingin " lompat" perlu lompat cara berhemah tidak dibuat seperti apa yang dilakukan oleh gerombolan BN - menghilangkan, menabur janji, wang ringgit dan sebagainya untuk memastikan mereka untuk melompat.

Pembaca mesti " senyum kambing " apabila PM kata pembangkang tidak menghormati undang-undang, betulke atau ada ramai lagi yang tak ikut undang-undang terutama pemimpin pemerintah. Inilah yang dikatakan " cakap tak serupa bikin ". Alasan Ganesan - speaker dari BN lagi golkar , sidang bermula apakala speaker duduk di kerusinya. apa punya speaker ni. Sebab itu agaknya BN kata sidang di bawah pokok tak sah, sebab speaker tidak duduk. Dengan sombong dan angku - " tengok apa yang akan berlaku jika Siva tidak mengosongkan kerusi speaker " betullah, polis perlu memikul dan menanggalkan jobah yang dipakai oleh Siva. Persidangan hari itu pemerhati dipenohi oleh SB.

Kepada semua yang berminat untuk memastikan tragedi sebagini tidak berlaku lagi, pastikan setiap PRK dan PRU13 PR yang memenangi setiap pilihanraya.

Selamat berjuang dan terus berjuang untuk kepentingan Agama, Bangsa dan Tanahair.

PEMBENTUKAN KERAJAAN JAKUN

Malaysia, khususnya dalam pentadbiran di Negeri Perak DR, telah menampak bagaiman celarunya daya pemikiran pemimpin negeri dan negara, bagaimana mereka tidak menghormati perlembagaan dan undang-undang tubuh kerajaan yang pemimpin cipta dan gubal sendiri, bagaimana mereka menidakan yang " rumah penggubalan undang " boleh dipertikai sendiri oleh pengamal undang-undang. Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri tidak lagi menjadi kebal alam proses melaksana dan menggubal undang-undang negeri dan negara. Apa yang di cipta di rumah undang-undang ini di pertikaikan sendiri oleh pengamal undang. Apakah ini satu petanda yang tidak sihat dalam kepimpinan negara? Apakah ini melambangkan pemimpin lebih mementingkan pembangunan diri daripada kepentingan rakyat? Apakah UMNO / BN itu sudah tidak mantap dalam mengendali uruskan negera?

Dari sudah usia, memang tidak dinafikan UMNO / BN ( yang dulunya Perikatan ) sudah menjangkau usia 50an, ini jika seorang kakitangan awam, mereka telah pun berkira-kira untuk hidup dalam kumpulan pesara. Mungkin juga apa yang berlaku waktu ini pratanda yang UMNO mula melihat mereka akan besara dari kepimpinan, untuk itu apa yang berlaku waktu ini adalah tanda-tanda akan berakhirnya hiraki kepimpinan dalam UMNO.

Kalau kita imbas kembali apa yang mereka telah lakukan kepada kepentingan bangsa:
hanya sebilangan contoh:
1- Kerajaan Johor menyerahkan seluas 51,170 hektar tanah di Sungai Linggu ke Singapura pada dadar RM350juta dan dijadikan hamparan air oleh pihak Singapura. Seluruh Kota Tinggi dan Bandar Tenggara akan tenggelam jika empangan setinggi 193meter itu roboh.
2- Tahun 1990, 80 keluarga di Teluk Chenang telah dinafikan hak mereka untuk hidup selesa dan kawasan mereka di serahkan kepada Pelangi Beach Resort, untuk projek pelancongan.
3- Semasa Sanusi Junid menjadi MB di Kedah dengan projek udang rimaunya, seluas 930 hektar tanah petani Melayu di Kerpan di korbankan untuk tujuan di atas.
4- Bagi penduduk N9, 930 hektar tanah hak milik Melayu yang dimiliki oleh 666 orang keluarga di Kampong Mambau, mukim Rasah dikorbankan untuk Seremban 11.
5-Hanya satu perbandingan anara 1975 ke 1995 tanah Rizab Melayu terus berkurangan bukan bertambah:
Negeri 1975 1995 %kurang
KL 1975 - 1067 1995 -787 kurang 26.23%
Kedah 1975 - 965 1995 - 820 kurang 14.95%
Selangor 1975 - 181,658 1995 - 173,599 kurang 04.44%
Pulau Pinang 1975 - 67,410 1995 - 31,815 kurang 52.80%
* keluasan dlm hekter.
( petikan dari Buku Rampasan Kuasa Negeri Perak Durjana UMNO / BN )
Apakah dengan cara ini masih lagi kepercayaan khusus bagi orang Melayu boleh di pertanggongjawabkan kepada pemimpin yang ada dalam UMNO kini, ambil pandai tapi malang nak carikan ganti amat sukar sekali.

Jelas kini, pemimpin UMNO, khusua apa yang berlaku di Perak, daya & kredibiliti dalam kepimpinan sudah dirasok oleh perasaan tamak dan egois ditahap yang amat meruncing sekali. Kerajaan Perak, dibawah kelolaan Mamak 786 ini, seperti sebuah negeri yang diujudkan zaman batu dulu, zaman di mana siapa kuat di merintah, tapi kita perlu ingat bagaimana trajedi " Sultan Mahmud Mangkat di Julang ", sepatutnya peristiwa ini menjadi serajah dan igauan kepada pemimpin ketika ini.

Peristawa kecelaruan di Perak, rakyat yang menerima padahnya, untuk itu beringat-ingatlah rakyat sudah menampaknya kehilangan sabar, " mind setting " hanya untuk memastikan UMNO/BN tidak lagi ujud di Malaysia ini.

Monday, May 4, 2009

JIJIK & MENJIJIKAN

Sebermulanya alkisah Sebuah Negeri benama Perak darul Ridzuan yang terlepas ke tangan Pakatan Rakyat, jadi libang libu pemimpin lama yang hidup dengan penuh keangkuhan selama lebih 51 tahun, UMNO terus bongkak dan memeras hidup masyaraka, tak kira adalah mereka ahli UMNO apatah lagi kalau sudah pasti manusia itu minat dengan lambang bulan, mata dan roket. Mereka yang ini akan sengsara di bumi sendiri.

Tak habis dengan itu, kakitangan kerajaan yang boleh befikir pun, yang sentiasa memberikan pandangan dan pendapat yang agak bertentangan dengan daya pemikiran mereka akan menghadapi risiko pindah randah, malangnya ada juga pegawai yang buta tuli yang ikut saja apa kemahuan pemimpin UMNO, makan katannya makanlah mereka, tangkap arahnya tangkap lah mereka, tukar kata pengarah tukarlah mereka.

Akhirnya semua agensi kerajaan mengikut apakata mereka saja. Akhirnya SUK dan SU DUN juga menjadi lembu jantan yang tiada kejantanannya, kerana hidung mereka telah dicucuk serta boleh di tarik kemana sahaja. Arahan YAB Najib rampas DUN, DUN dirampas, tangkap ADUN, ADUN ditangkap. Berikrar ADUN mereka berikrar- semua perbuatan ini tidak jijik, yang jijik cuma melaporkan Presiden Mogabe menggunakan bomoh untuk memastikan speaker perak dapat digulingkan dari kerusi.

Lantas yang demikian, melaporkan Mogabe kepada pihak polis berkaitan dengan hal tersebut, sudah tentu polis akan menangkap pelapor yang dimaksudkan oleh Mogabe tersebut.

Rasanya rakyat Malaysia tahu yang perbuatan jijik dan memalukan tak perlulah diselindung di sebalik lalang sehelai. Yang jijik dan busuk pasti dari pemimpin UMNO dan kini di turuti beberapa orang pemimpin kanan kerajaan, mereka lebih berminat berkhidmat dengan UMNO dari









UMNO/BN PEMBOHONG

Sepanjang lebih kurang 11 bulan PR memerintah Perak, pihak BN telah membuat pertuduhan yang sungguh menyedihkan tuduhan mereka pula di putar belit dan diberikan berita keutamaan khusus dalam Berita Harian dan Utusan Malaysia bagi pihak media cetak dan TV3 serta RTM melalui media elektronik juga bersama-sama dalam memanjangkan tohmahan dan fitnah tersebut. Apakah benar cakap-cakap mereka:

-1 Agihan tanah, siapa yang banyak dapat Melayu atau Cina?
Kampong Melayu telah diberikan hak milik sejumlah 102,000hak milik dan bagi kaum Cina
di Kampong Baru cuma 47,000 hak milik sahaja. Disamping itu pihak kerajaan memperolehi
antara 300 - 450 juta ringgit Malaysia bayaran premium atas tanah tersebut.

-2 Agihan tanah untuk kepentingan pembangunan pendidikan?
Agihan sama banyak antara kedua-duanya, sekola Persendirian Cina dan Sekolah Agama
Rakyat mendapat 1000 ekar, kecuali sekolah Tamil, kerana ianya tidak ujud sekolah
pesendirian.

-3 Bantuan Perkapita SAR
Pada masa BN memerintah, bantuan perkapita ini dihentikan oleh mereka, tapi apabila PR
ambil alih peruntukan disambung semula. MB sendiri meluluskan sejumlah 1.3juta ringgit dan
diagih-agihkan kepada 23 buah SAR.

-4 Dermasiswa
Sejumlah 550 pelajar Perak yang menuntuk di luar negara telah menerima sumbangan ini
untuk meringankan perbelanjaan mereka semasa belajar sumbangan Dermasiswa Fisabilillah
ini hanya untuk pelajar Melayu sahaja. Sejumlah 3.325 juta rm diperuntukan.

-5 Pembentangan bajet 2009
Dalam pembentangan bajet 2009, pihak kerajaan telah memperuntukan 4.09juta RM untuk
membiayaai elaun penyelia dan guru KAFA: SMAR RM70, SRAR RM60 dan SAR Berasrama
RM440 ianya tidak melibatkan peruntukan untuk sekolah-sekolah Cina.

-6 Peruntukan Tadika
Ianya cuma diberikan kepada Tadika Islam dan sejumlah RM250 ribu telah diperuntukan
untuk elaun tambahan Guru Tadika Islam.

Itu adalah implikasi pemerintahan PR dalam tempoh lebih kurang 11 bulan, PR dimonopoli oleh DAP dengan 18 kerusi semua Cina, PKR dari 7 cuma 4 melayu dan Pas 6 Melayu. Dengan semangat Ketuanan Rakyat, PR dibentuk dengan PAS mengetuai Kerajaan PR. Jadi dengan 6 capaian di atas, adakah benar petuduhan BN UMNO yang Ketua PR ( Ir Mohd. Niza ) di perkuda oleh DAP. Anda sendiri boleh fikir.

Kegagalan UMNO di edisi akan datang, insyaallah.

Petikan dari buku : RAMPASAN KUASA NEGERI PERAK / DURJANA BN/UMNO

DUN BUBAR

Dalam sibuk kerajaan PR Perak mengatur persiapan untuk menghadapi apa jua kemungkinan yang bakal berlaku pada sidang DUN Perak mulai 7 Mei ini, timbul pula desas-desus di kalangan ahli politik Perak dan pihak istana bahawa Sultan Azlan Shah berkemungkinan besar akan memperkenankan permohonan MB PR untuk membubarkan DUN sebelum sempat bersidang.

Ada khabar yang kedengaran, Sultan Perak akan terlebih dahulu memperkenankan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin untuk mengadap baginda bagi mempersembahkan permohonan pembubaran DUN dan baginda dijangka akan memperkenankan permintaan itu.

Kesimpulan ini dibuat memandangkan pergolakan politik Perak tidak mungkin reda dalam masa terdekat sejak UMNO/BN merampas kuasa daripada kerajaan negeri PR yang dipilih melalui 52% jumlah undi yang diperolehi semasa PRU-12 tahun lalu.

Sekiranya benar kemungkinan ini, semua rakyat yang inginkan masaalah diPerak ini diselesaikan melalui sistem demokrasi, mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Baginda Tuanku. - Pre Reform

Sunday, May 3, 2009

UMNO DI RASOK IBLIS

Ketidak mampuan Tun Dolah untuk meneruskan perjuangan kepartian dalam kepemimpin UMNO telah mengkongformkan DS Najid untuk mengambil alih seterusnya menerajui UMNO yang kini dalam keadaan terumbang ambing.

Semenjak berakhirnya PRU 12 dengan terlepas dari genggaman 5 + 1 buah negeri dan termasuk WP Kuala Lumpur, telah memaparkan kepada seluruh rakyat termasuk ahli UMNO, buat pertamakalinya BN gagal untuk memerintah Malaysia dengan majoriti 2/3 di parlimen. Di samping Kedah, Pulau Pinang, Perak ( di rampas secara haram pada Feb. 09 ), Selangor dan Kelantan terus di kuasai oleh PR termasuk WP KL. Malaysia di landa tsunama kepimpinan, parti utama dalam BN tercari-cari formula untuk mengambil hati rakyat semula.

Akhirnya pada Feb. 2009, dengan tipu helah dan pengurusan pentadbiran yang " menghalalkan cara ", semua agensi kerajaan dipergunakan untuk kepentingan UMNO. agensi kerajaan seperti Polis, SPR, SPRM serta JPM ( Jabatan Pendaftaran Negara ) semua berkhidmat untuk memastikan kembalinya kepercayaan rakyat untuk UMNO.

Peristiwa di Perak, amat memalukan bukan kerana rampasan kausa tapi tindakan SUK itu sendiri yang langsung tidak faham dengan " status " perjawatan seseorang kakitangan kerajaan, dimana SU dewan tidak boleh dipejat, bukankan SU Dewan ini dilantik oleh ahli-ahli dewan yang meminjam seorang pegawai yang di lantik oleh SPA, jadi SU Dewan adalah pegawai yang di pinjamkan, tarafnya dan perlantikan adalah menjadi hak anggota DUN, kalau nak ambil tak nak boleh di buang, sama seperti SU Politik Menteri, jawatan itu ada tapi perlantikan pegawai adalah menjadi hak menteri itu, siapa saja boleh dilantik dan bila-bila masa pula su bolehdi terajang oleh yang empunya. Disinilah menunjukkan betapa SUK Perak dalam keadaan serba salah walau pun tahu kedudukan tapi oleh kerana nak mempertahankan UMNO sanggup menjadi orang bodoh. Fikirlah Toh Rahman.

Akhirnya, DUN di Perak bukan di ketuai oleh Speaker, tapi oleh SUK dan SU DUN, kan kah satu malapetaka yang menimpa rakyat Perak, Persidangan 7 Mei ini, hanyalah satu tindakan yang memastikan agar DUN tidak dibubarkan kerana sudah habis tempoh 6 bulan. Buat saja persidangan, Presiden Mogabe nak juga jawatan MB, sedangkan mahkamah akan membicarakan kes sama ada DS Niza atau DS Zambry yang memenangai jawatan MB.

Rakyat Perak telah dimalukan dengan DS Zambry langsung tidak mengindahkan Undang-undang Tubuh kerajaan Perak, Perlembagaan Malaysia. Apa yang penting aku mesti jadi MB. UMNO mesti memerintah Perak, walau dengan apa cara sekali pun. DS Zambry sudah hilang pertimbangan dalam menguruskan Perak. Kepada orang UMNO berfikirlah sacara waras, janganlah memalukan diri sendiri, nanti kita akan ditertawakan oleh generasi akan datang. Fikir-fikirlah untuk kepentingan agama, bangsa dan negara.

Saturday, May 2, 2009

HARI-HARI PERAYAAN DI MALAYSIA

Malaysia tanah air ku memang sebuah negara yang aman, damai serta sentiasa makmor, ini adalah kehendak dan keredhaan Allah, masyarakat berbilang bangsa, adat dan keturunan boleh hidup dengan aman damai, cuma 1969 sahaja yang menjadikan Negara Ku agak kalut apabila peristiwa 13Mei menghantuai pemikiran rakyat. Kenapa 13Mei terjadi, adakah silap kepimpinan, hatta kerana masyarakat yang tidak sedar perlunya satu reformasi dalam penyusunan masyarakat hatta persefahaman dalam pengurusan dan pentadbiran negera. Negara Majmuk pengurusan dan petadbiran juga perlu ikut rentak yang sama. Walaubagaiman ketuanan Melayu perlu menjadi tunggak kerana sudah termaktub dalam perlembagaan.

Rasanya, masyarakat telah sedar dan memahami hakikat ini, mereka dari semua kaum yang ada di negera ini memahami keperluan tersebut. Yang menjadi masalah ialah mereka yang menerajui kepimpinan kadang kala alpa apa yang tak sepatut di buat itu yang menjadi amalan. Akhirnya 13Mei menjadikan kenyataan. 13Mei akan datang lagi. 40 tahun berlalu, kini anak-anak yang lahir pada 13mei 1969 akan berusia 40 tahun dan sudah tentu memiliki daya pemikiran yang sudah dewasa. " life begin at 40 ".

Apakah kita nak rayakan hari 13Mei sebagai Hari Malapetaka, kerana 1 Mei Hari Buruh, 15Mei Hari Belia dan 16Mei Hari Cikgu ( berapa banyak hari da, itu yang teringat setaka ini ), jadi tak salah kalau pada 13Mei di istiharkan sebagai Hari Malapetaka. Kalau hari buruh, para buruh keriltizam untuk meningkatkan produktiviti di bidang masing, hari Belia, belia dengan penoh semangat akan menyatakan untuk membentukan jati diri dan akan menjadi diri sebagai seorang harapan negara serta " we are the leader for tomorrow ". Hari Guru, mereka sudah pasti beriltizam yang tinggi untuk menaikan mertabat pendidikan di Malaysia dengan melahirkan lebih ramai cerdik pandai untuk kepentingan pembangunan negara. Jadi Hari Malapetaka, memerlukan satu penyusunan semua masyarakat di negara ini yang mana " satu malaysia ", " malaysian malaysia ", " PAS for All "

Gerombolan perayaan ini adalah sebagai hari di mana satu tekat dan iltizam perlu di lafazkan semula untuk penambahbaikan setahun yang akan datang. Buruh dengan buruhnya, guru dengan gurunya dan belia dengan belianya. Cuma 13Mei bukan untuk di rayakan cuma jadikan ia sebagai satu tragedi yang boleh dielakkan serta jadi kan batu panduan untuk memastikan rakyat Malaysia dapat hidup aman dan damai.

Entri Terdahulu...

Powered by Blogger Widgets

Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA