Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, May 24, 2009

BISKUT CIPSMORE

Kini sudah terang lagi bersuluh, semasa berucap di majlis perasmian mesyuarat Agung Koperesai Bina Bersama Berhad yang ke 23 di Dewan Millenium, Pusat Pentadbiran Kg. Gajah, perasmi En. Zainol Fadzily yang juga EXCO haram yang berketuakan Dr. Zambry panglima Mogabi memaklumkan dengan banga untuk bertindak sebagai EXCO, beliau perlu meletakan jawatan sebagai pengerusi di 14 buah syarikat yang dimiliki dan Dr. Zambry untuk berkecimpong dalam politik sebelumnya berpendapatan rm60k sebulan, tapi alhamdulillah, kini Dr. Zambry berjaya dengan cemerlang dengan berjawatan MB di Perak. Itu inti pati ucapan EXCO tersebut.

Beliau juga dengan rasa egois terus berucap dengan nada yang sama untuk mengadudumba di kalangan masyarat, " dalam majlis ini saya difahamkan semuanya orang Melayu ", kata beliau, sudah pasti ucapan menaikan semangat untuk memastikan kawasan Melayu menjadi hak Melayu dan jangan diharapkan bangsa lain akan menolong kita. Orang Cina sudah berjaya, Orang India juga kini sudah mengatasi orang melayu, jadi kita perlu memastikan kedudukan ekonomi orang kita berada dalam keadaan yang boleh dibanggakan.

Ucapan untuk kearah perpaduan sejagat tidak timbul langsung. Ucapan untuk 1 Malaysia juga tidak kedengaran dalam luahan ucapan. Apabila 1Malaysia tidak diucapkan sudah pasti " rakyat di dahulukan dan Prestasi diutamakan " tidak difikirkan oleh beliau. jadi dimana yang dikatakan di bawah kepimpinan Najib slogan ini memainkan peranan untuk kepentingan rakyat.

Berbalik kepada asset yang dimilik, agaknya semua pemimpin UMNO / BN perlu menafikan harta yang dimilik adalah hasil semasa mereka memimpim UMNO, ia perlu diumumkan agar rakyat memahami bahawa mereka memimpim UMNO bukan berniat untuk mengumpul harta sebaliknya untuk bergerak dan bekerja untuk kepentingan rakyat.

Beliau yang juga berfotfolio Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, juga adalah ADUN Sungai Manik. Dulu 'kabinate' Dr. Zambry seperti biskut cipsmore " kejab ada kejab tak ada " tambah beliau, tapi selepas 22Mei "kami" tersenyum riang apabila mahkamah mengesahkan Dr. Zambry adalah MB yang sah. Kenapa beliau berasa bangga sedangkan mahkamah Persekutuan masih ada untuk merayu lagi. Tapi Kita ( PR ) boleh merayu sedangkan keputusan semuanya terletak di tangan kepimpinan UMNO / BN, itu lah cara mereka mengelabui mata rakyat dengan kenyataan yang belum ada kata putusnya lagi.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA