Malaysia, khususnya dalam pentadbiran di Negeri Perak DR, telah menampak bagaiman celarunya daya pemikiran pemimpin negeri dan negara, bagaimana mereka tidak menghormati perlembagaan dan undang-undang tubuh kerajaan yang pemimpin cipta dan gubal sendiri, bagaimana mereka menidakan yang " rumah penggubalan undang " boleh dipertikai sendiri oleh pengamal undang-undang. Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri tidak lagi menjadi kebal alam proses melaksana dan menggubal undang-undang negeri dan negara. Apa yang di cipta di rumah undang-undang ini di pertikaikan sendiri oleh pengamal undang. Apakah ini satu petanda yang tidak sihat dalam kepimpinan negara? Apakah ini melambangkan pemimpin lebih mementingkan pembangunan diri daripada kepentingan rakyat? Apakah UMNO / BN itu sudah tidak mantap dalam mengendali uruskan negera?
Dari sudah usia, memang tidak dinafikan UMNO / BN ( yang dulunya Perikatan ) sudah menjangkau usia 50an, ini jika seorang kakitangan awam, mereka telah pun berkira-kira untuk hidup dalam kumpulan pesara. Mungkin juga apa yang berlaku waktu ini pratanda yang UMNO mula melihat mereka akan besara dari kepimpinan, untuk itu apa yang berlaku waktu ini adalah tanda-tanda akan berakhirnya hiraki kepimpinan dalam UMNO.
Kalau kita imbas kembali apa yang mereka telah lakukan kepada kepentingan bangsa:
hanya sebilangan contoh:
1- Kerajaan Johor menyerahkan seluas 51,170 hektar tanah di Sungai Linggu ke Singapura pada dadar RM350juta dan dijadikan hamparan air oleh pihak Singapura. Seluruh Kota Tinggi dan Bandar Tenggara akan tenggelam jika empangan setinggi 193meter itu roboh.
2- Tahun 1990, 80 keluarga di Teluk Chenang telah dinafikan hak mereka untuk hidup selesa dan kawasan mereka di serahkan kepada Pelangi Beach Resort, untuk projek pelancongan.
3- Semasa Sanusi Junid menjadi MB di Kedah dengan projek udang rimaunya, seluas 930 hektar tanah petani Melayu di Kerpan di korbankan untuk tujuan di atas.
4- Bagi penduduk N9, 930 hektar tanah hak milik Melayu yang dimiliki oleh 666 orang keluarga di Kampong Mambau, mukim Rasah dikorbankan untuk Seremban 11.
5-Hanya satu perbandingan anara 1975 ke 1995 tanah Rizab Melayu terus berkurangan bukan bertambah:
Negeri 1975 1995 %kurang
KL 1975 - 1067 1995 -787 kurang 26.23%
Kedah 1975 - 965 1995 - 820 kurang 14.95%
Selangor 1975 - 181,658 1995 - 173,599 kurang 04.44%
Pulau Pinang 1975 - 67,410 1995 - 31,815 kurang 52.80%
* keluasan dlm hekter.
( petikan dari Buku Rampasan Kuasa Negeri Perak Durjana UMNO / BN )
Apakah dengan cara ini masih lagi kepercayaan khusus bagi orang Melayu boleh di pertanggongjawabkan kepada pemimpin yang ada dalam UMNO kini, ambil pandai tapi malang nak carikan ganti amat sukar sekali.
Jelas kini, pemimpin UMNO, khusua apa yang berlaku di Perak, daya & kredibiliti dalam kepimpinan sudah dirasok oleh perasaan tamak dan egois ditahap yang amat meruncing sekali. Kerajaan Perak, dibawah kelolaan Mamak 786 ini, seperti sebuah negeri yang diujudkan zaman batu dulu, zaman di mana siapa kuat di merintah, tapi kita perlu ingat bagaimana trajedi " Sultan Mahmud Mangkat di Julang ", sepatutnya peristiwa ini menjadi serajah dan igauan kepada pemimpin ketika ini.
Peristawa kecelaruan di Perak, rakyat yang menerima padahnya, untuk itu beringat-ingatlah rakyat sudah menampaknya kehilangan sabar, " mind setting " hanya untuk memastikan UMNO/BN tidak lagi ujud di Malaysia ini.
No comments:
Post a Comment