Melalui temu ramah Perakexp.tv dengan Ir Mohd. Nizar YAB pertama Perak, nampak jelas keikhlasan seorang pemimpin yang inginkan kedamaian dalam kepimpinan, kerana keikhlasan ini adalah tuntutan rakyat. Rakyat memang inginkan kedamaian setiap ketika, tak kira siapa mereka, peniaga, pelajar, pekerja, pekebun besar mau pun pekebun kecil, peneroka siapa saja yang masih bernyawa inginkan kedamaian dalam penghidupan harian.
YAB Ir. Nizar menjelaskan cukup jelas dan nyata niat beliau adalah untuk mengembalikan negeri Perak ini di bawah kuasa rakyat, beliua berjanjai jika Dr. Zambry Menteri besar Perak Ke2, bersetuju untuk pembubaran DUN Perai, selesailah sudah kemelut kepimpinan di Perak. walaubagaiman pun jika tidak, pihak Ir. Mohd. Niza akan kembali membawa kes ini ke Mahkamah Persekutuan untuk rayuan di sebelah pihak beliau pula.
Keputusan mahkamah rayuan cukup trajidis, keputusan hanya dibuat dalam bentuk lisan, tidak seperti mahkamah tinggin yang mengesahkan Ir. Niza sebagai MB dengan mengemukakan hujah sehingga 78 muka surat. Sudah pasti penghakiman dan keputusan dibuat cukup teliti dan mengikut aspek perundangan yang tercatat, tapi sedih di mahkamah rayuan ianya diambil masa hanya dalam tempoh kurang dari 10 minit dan membuat keputusan Hakim di Mahkamah Tinggi telah melakukan kesilapan dalam penghujahannya.
Memang benarlah segalah-segalanya di tangan Dr. Zambry, baik buruknya perjalanan DUN Perak terletak di tangan Dr. Zambry, elaknya egois tapi bertindaklah dengan lebih profesional, demi kepentingan rakyat, jadilah seorang MB yang di pilih oleh rakyat bukan kuasa mahkamah mau pun kuasa istana.
No comments:
Post a Comment