Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, May 3, 2009

UMNO DI RASOK IBLIS

Ketidak mampuan Tun Dolah untuk meneruskan perjuangan kepartian dalam kepemimpin UMNO telah mengkongformkan DS Najid untuk mengambil alih seterusnya menerajui UMNO yang kini dalam keadaan terumbang ambing.

Semenjak berakhirnya PRU 12 dengan terlepas dari genggaman 5 + 1 buah negeri dan termasuk WP Kuala Lumpur, telah memaparkan kepada seluruh rakyat termasuk ahli UMNO, buat pertamakalinya BN gagal untuk memerintah Malaysia dengan majoriti 2/3 di parlimen. Di samping Kedah, Pulau Pinang, Perak ( di rampas secara haram pada Feb. 09 ), Selangor dan Kelantan terus di kuasai oleh PR termasuk WP KL. Malaysia di landa tsunama kepimpinan, parti utama dalam BN tercari-cari formula untuk mengambil hati rakyat semula.

Akhirnya pada Feb. 2009, dengan tipu helah dan pengurusan pentadbiran yang " menghalalkan cara ", semua agensi kerajaan dipergunakan untuk kepentingan UMNO. agensi kerajaan seperti Polis, SPR, SPRM serta JPM ( Jabatan Pendaftaran Negara ) semua berkhidmat untuk memastikan kembalinya kepercayaan rakyat untuk UMNO.

Peristiwa di Perak, amat memalukan bukan kerana rampasan kausa tapi tindakan SUK itu sendiri yang langsung tidak faham dengan " status " perjawatan seseorang kakitangan kerajaan, dimana SU dewan tidak boleh dipejat, bukankan SU Dewan ini dilantik oleh ahli-ahli dewan yang meminjam seorang pegawai yang di lantik oleh SPA, jadi SU Dewan adalah pegawai yang di pinjamkan, tarafnya dan perlantikan adalah menjadi hak anggota DUN, kalau nak ambil tak nak boleh di buang, sama seperti SU Politik Menteri, jawatan itu ada tapi perlantikan pegawai adalah menjadi hak menteri itu, siapa saja boleh dilantik dan bila-bila masa pula su bolehdi terajang oleh yang empunya. Disinilah menunjukkan betapa SUK Perak dalam keadaan serba salah walau pun tahu kedudukan tapi oleh kerana nak mempertahankan UMNO sanggup menjadi orang bodoh. Fikirlah Toh Rahman.

Akhirnya, DUN di Perak bukan di ketuai oleh Speaker, tapi oleh SUK dan SU DUN, kan kah satu malapetaka yang menimpa rakyat Perak, Persidangan 7 Mei ini, hanyalah satu tindakan yang memastikan agar DUN tidak dibubarkan kerana sudah habis tempoh 6 bulan. Buat saja persidangan, Presiden Mogabe nak juga jawatan MB, sedangkan mahkamah akan membicarakan kes sama ada DS Niza atau DS Zambry yang memenangai jawatan MB.

Rakyat Perak telah dimalukan dengan DS Zambry langsung tidak mengindahkan Undang-undang Tubuh kerajaan Perak, Perlembagaan Malaysia. Apa yang penting aku mesti jadi MB. UMNO mesti memerintah Perak, walau dengan apa cara sekali pun. DS Zambry sudah hilang pertimbangan dalam menguruskan Perak. Kepada orang UMNO berfikirlah sacara waras, janganlah memalukan diri sendiri, nanti kita akan ditertawakan oleh generasi akan datang. Fikir-fikirlah untuk kepentingan agama, bangsa dan negara.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA