Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, May 20, 2009

ESOK YANG MENDEBARKAN

Debaran di Perak sejaK Februari telah berakhir pada 11 Mei yang lepas, di mana Mahkamah Tinggi mengesahkan Ir. Niza sebagai Menteri Besar yang sah, kemudian pada 12 Mei, dengan menggunakan semua salarun dan rakan serta sahabat handai, terutama rakan-rakan di mahkamah persekutuan, Dr. Zambry berjaya untuk menyekat sementara keputusan tersebut, dengan rasa bangga dan megah beliau ( Dr. Zambry ) terus masuk pejabat, bergerak dan bertindak seterusnya menjalankan tugas sebagai MB.

Bertindak macam orang tak malu, tak ada baca, tak faham hukuman yang diterima, mahkamah kata keputusan di tanggohkan, jadi bukun suruh Zambry menjalankan tugas MB, tapi dengan rasa tanpa " kemaluan " Dr. Zambry terus menjalankan tugas.

Unuk itu, pensyarah undang-undang UIA, Aziz Bari menyatakan semua keputusan dan tindak kerja yang dibuat oleh kerajaan Zambry adalah haram, kerana keputusan 11 Mei, Ir. Niza adalah MB.

Kini 21 Mei pula menjadi tarikh keramat, apakah rayuan Dr. Zambry akan diberikan layanan oleh pihak mahkamah. Mahkamah yang paling tinggi adalah mahkamah Tinggi, apakah mahkamah rayuan dapat mengatasi mahkamah tinggi, esok adalah hari penentunya.Disamping itu, DSAI juga ke mahkamah untuk berhujah agar tindakan memecatnya pada 1998 oleh Dr. M, sebagai tidak sah.

Untuk itu, kini mahkamah sibuk dengan penyelesaian kes-kes politik, kes ragut, rogol, rompak, kemalangan jalan raya dan lain-lain akan ditangguhkan pada tarikh yang akan diberitahu kemudian.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA