Sepanjang lebih kurang 11 bulan PR memerintah Perak, pihak BN telah membuat pertuduhan yang sungguh menyedihkan tuduhan mereka pula di putar belit dan diberikan berita keutamaan khusus dalam Berita Harian dan Utusan Malaysia bagi pihak media cetak dan TV3 serta RTM melalui media elektronik juga bersama-sama dalam memanjangkan tohmahan dan fitnah tersebut. Apakah benar cakap-cakap mereka:
-1 Agihan tanah, siapa yang banyak dapat Melayu atau Cina?
Kampong Melayu telah diberikan hak milik sejumlah 102,000hak milik dan bagi kaum Cina
di Kampong Baru cuma 47,000 hak milik sahaja. Disamping itu pihak kerajaan memperolehi
antara 300 - 450 juta ringgit Malaysia bayaran premium atas tanah tersebut.
-2 Agihan tanah untuk kepentingan pembangunan pendidikan?
Agihan sama banyak antara kedua-duanya, sekola Persendirian Cina dan Sekolah Agama
Rakyat mendapat 1000 ekar, kecuali sekolah Tamil, kerana ianya tidak ujud sekolah
pesendirian.
-3 Bantuan Perkapita SAR
Pada masa BN memerintah, bantuan perkapita ini dihentikan oleh mereka, tapi apabila PR
ambil alih peruntukan disambung semula. MB sendiri meluluskan sejumlah 1.3juta ringgit dan
diagih-agihkan kepada 23 buah SAR.
-4 Dermasiswa
Sejumlah 550 pelajar Perak yang menuntuk di luar negara telah menerima sumbangan ini
untuk meringankan perbelanjaan mereka semasa belajar sumbangan Dermasiswa Fisabilillah
ini hanya untuk pelajar Melayu sahaja. Sejumlah 3.325 juta rm diperuntukan.
-5 Pembentangan bajet 2009
Dalam pembentangan bajet 2009, pihak kerajaan telah memperuntukan 4.09juta RM untuk
membiayaai elaun penyelia dan guru KAFA: SMAR RM70, SRAR RM60 dan SAR Berasrama
RM440 ianya tidak melibatkan peruntukan untuk sekolah-sekolah Cina.
-6 Peruntukan Tadika
Ianya cuma diberikan kepada Tadika Islam dan sejumlah RM250 ribu telah diperuntukan
untuk elaun tambahan Guru Tadika Islam.
Itu adalah implikasi pemerintahan PR dalam tempoh lebih kurang 11 bulan, PR dimonopoli oleh DAP dengan 18 kerusi semua Cina, PKR dari 7 cuma 4 melayu dan Pas 6 Melayu. Dengan semangat Ketuanan Rakyat, PR dibentuk dengan PAS mengetuai Kerajaan PR. Jadi dengan 6 capaian di atas, adakah benar petuduhan BN UMNO yang Ketua PR ( Ir Mohd. Niza ) di perkuda oleh DAP. Anda sendiri boleh fikir.
Kegagalan UMNO di edisi akan datang, insyaallah.
Petikan dari buku : RAMPASAN KUASA NEGERI PERAK / DURJANA BN/UMNO
No comments:
Post a Comment