Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, May 4, 2009

DUN BUBAR

Dalam sibuk kerajaan PR Perak mengatur persiapan untuk menghadapi apa jua kemungkinan yang bakal berlaku pada sidang DUN Perak mulai 7 Mei ini, timbul pula desas-desus di kalangan ahli politik Perak dan pihak istana bahawa Sultan Azlan Shah berkemungkinan besar akan memperkenankan permohonan MB PR untuk membubarkan DUN sebelum sempat bersidang.

Ada khabar yang kedengaran, Sultan Perak akan terlebih dahulu memperkenankan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin untuk mengadap baginda bagi mempersembahkan permohonan pembubaran DUN dan baginda dijangka akan memperkenankan permintaan itu.

Kesimpulan ini dibuat memandangkan pergolakan politik Perak tidak mungkin reda dalam masa terdekat sejak UMNO/BN merampas kuasa daripada kerajaan negeri PR yang dipilih melalui 52% jumlah undi yang diperolehi semasa PRU-12 tahun lalu.

Sekiranya benar kemungkinan ini, semua rakyat yang inginkan masaalah diPerak ini diselesaikan melalui sistem demokrasi, mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Baginda Tuanku. - Pre Reform

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA