Malam dah larut, mata masih terkelip-kelip dengan membaca blog yang diukirkan oleh blogers yang lain, memang tidak dapat dinafikan semakin hari semakin ramai rakan bloers yang ditemuai semuanya mengucapkan selamat berjuang dan teruskan perjuangan. Laluan getir untuk menang nampaknya sudah mula samar-samar dan insyaallah akan cerah.
Kepimpinan PR perlu sentiasa mempertingkatkan usaha kearah merealisasikan kemenangan, di PRK Dun Penanti dan mula menampakkan tidak ujud lagi UMNO / BN dalam pertandingan tersebut, ini membuktikan liang lahat untuk BeeEnd sudah mula di korek oleh penggali kubur. Selepas Penanti, Manik urai pula menunggu dan akan menjatuhkan hukuman untuk UMNO / BN. Pergeseran di Perlis terus berlarutan, bagitu juga dengan keadaan Ahmad Said di Trengganu masih belum menentu kedudukannya, yang pasti kekelambutan ini memberi markah yang tinggi kepada PR.
Pergeseran dalam parti komponan PPP terus dengan masalahnya, Gerakan dan MCA terus mendesak agar DUN Perak di bubarkan untuk memberi laluan kepada PRK Dun Perak. Najib dan timbalannya Mahyuddin serta naib zahid menyeru agar parti komponen tidak bertelagah sesama sendiri kerana mengakui keadaan UMNO / BN ini sudah teruk, longlai dan terhoyong hayang untuk tertiarap.
Kepada PR, jadikan apa yang beralak di sebelah sana satu titik tolak untuk merancakkan program dan aktiviti yang membolehkan lebih ramai kalangan remaja yang sudah mendaftar sebagai pemilih untuk memilih PR, program-program pembentukan generasi pemimpin amat perlu di lipat ganda, program yang diminati kalangan remaja perlu di adakan, seperti " kawan ku minat PR ".
Program ilmiah seperti menulis rencana politik semasa juga boleh diadakan, bagaimana dan apakah kesan di samping kemelut waktu ini, sudah pasti kalangan remaja dapat melihat sendiri bagaimana urusan mahkamah, urusan SPR, SPRM, PDRM dalam menangani setiap isu yang berbangkit. Peristiwa di Perak dapat di bukukan melalui tulisan dari kalangan generasi muda ini. VCD telah diedarkan, dalam hal ini PR telah mendahului UMNO / BN, jadi apa yang berlaku dan di rencana oleh UMNO / BN dapat dan dengan mudah di jawab oleh peminat dan ahli PR.
Libat gandakan usaha untuk memastikan kemenangan yang mutlak. Wasallam.
No comments:
Post a Comment