Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, May 9, 2009

HAKIM, POLIS SEMUA MEMIHAK KPD UMNO

Kemelut politik di Malaysia di racuni juga oleh pihak-pihak yang terlibat dengan pengamal undang-undang negara, para hakim yang mengedali dan menghuraikan akta dan artikal perudangan mengikut keperluan siapa yang disokong, meraka tidak bertindak sebagai seorang hakim yang maha bijaksana, kenapa ini harus berlaku? Kita ambil contoh dengan kes DSAI semasa era zaman pemerintahan Tun M, apa kata tun M itulah undang-undang, berlaku kesilapan pertuduhan, tukar tempat kejadian, tukar tarikh dan macam-macam cara untuk memastikan orang yang dituduh MESTI salah. Walaupun pihak pembela jelas membuktikan pertuduhan tidak sah tapi pendakwa mencari berbagai helah sehinggakan setiap soalan yang dikemukan oleh pembela selalunya " tidak releven "

Tragedi ngeri di Perak, lebih membiulkan lagi penduduk Malaysia, peperangan antara hakim-hakim dan pengamal undang-undang yang pro UMNO dan pengamal yang bersikap neutral jelas, masing-masing mengemukan hujah yang diperlukan. Sejak ujudnya DUN dan DR, hak menerajui kedua-dua dewan ini adalah di miliki sepenuhnya oleh "speaker", tapi kini keputusan "speaker" perlu di putuskan oleh mahkamah. Jika "speaker" ingkar, polis perlu dipanggal untuk mengheret beliau keluar untuk meninggalkan dewan.

Pemimpin PR kata apa yang berlaku di DUN Perak tak sah, dengan bukti-bukti, kerana "speaker" menolak usul yang dibentangkan, perkara ini semua orang tahu, itu memang hak dia ( speaker ), tapi penasihat UMNO Datuk Hafarizam harun dan Penguam Datuk Muhmmad Shafee Abdullah yang mewakil UMNO mengatakan tindakan dan usul yang dibentangkan adalah sah. Mereka mentafsir ikut keperluan UMNO. Kata Prof. Madya Dr. sharahayu ABdul Aziz dari UIA ( pensyarah undang-undang ) pemecatan speaker harus dibentang dan dibahaskan, walaubagaiman pun usul ini ditolak oleh speaker - itu adalah hak speaker. Jadi yang mana rakyat guna pakai.

Lagi haru biru apabila PM kata pembangkang tidak hormati undang-undang ( Sinar 9 Mei ) benarkah dan boleh percaya ke kata-kata beliau ni. Beliau sering mengaitkan cadangan DSAI untuk berpakat untuk lompatan wakil BN ke PR, tapi tak menjadi. Mungkin DSAI bertindak mengikut normal-normal tertentu ada keperimanusiaan, tidak perlu kurang, tangkap dan istihar, sesorang yang ingin " lompat" perlu lompat cara berhemah tidak dibuat seperti apa yang dilakukan oleh gerombolan BN - menghilangkan, menabur janji, wang ringgit dan sebagainya untuk memastikan mereka untuk melompat.

Pembaca mesti " senyum kambing " apabila PM kata pembangkang tidak menghormati undang-undang, betulke atau ada ramai lagi yang tak ikut undang-undang terutama pemimpin pemerintah. Inilah yang dikatakan " cakap tak serupa bikin ". Alasan Ganesan - speaker dari BN lagi golkar , sidang bermula apakala speaker duduk di kerusinya. apa punya speaker ni. Sebab itu agaknya BN kata sidang di bawah pokok tak sah, sebab speaker tidak duduk. Dengan sombong dan angku - " tengok apa yang akan berlaku jika Siva tidak mengosongkan kerusi speaker " betullah, polis perlu memikul dan menanggalkan jobah yang dipakai oleh Siva. Persidangan hari itu pemerhati dipenohi oleh SB.

Kepada semua yang berminat untuk memastikan tragedi sebagini tidak berlaku lagi, pastikan setiap PRK dan PRU13 PR yang memenangi setiap pilihanraya.

Selamat berjuang dan terus berjuang untuk kepentingan Agama, Bangsa dan Tanahair.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA