Petikan copyright : SINI
Aku nak bagi amaran kat Penolong PPD berkenaan, tolong jangan main bangsat, jangan ingat hang sorang saja boleh main bangsat. Dalam PAS belambak dok ada jenis kepala masam yang aku rasa takdak masalah langsung kalau setakat nak pi tunjai muka hang secara berdepan sekali pun.
Harakahdaily melaporkan:
KOTA BHARU: Isu guru yang memegang jawatan kanan dalam Umno tidak datang mengajar di sebuah sekolah di Tanah Merah turut berkumandang dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) semalam.
Adun Gual Ipoh, Wan Yusof Wan Mustapha mendakwa guru berkenaan bebas melakukan apa sahaja termasuk tidak hadir ke sekolah walau pun lebih dua tahun.
“Laporan telah dibuat ibu bapa terhadap pihak atasan namun tidak diambil sebarang tindakan sehingga sekarang,” katanya pada persidangan Dun. - Hrkh.
Itu yang terjadi di Kelantan. Aku yakin benda macam tu bukan saja berlaku di Kelantan tapi berlaku di seluruh negara.
Kalau pun mungkin tak sekritikal macam kes di Kelantan tu tapi kalau setakat kes ponteng bertugas pasai pi program parti memang berlambak ada di mana-mana. PPD buat-buat tak dengar bila ada komplen ada guru yang ponteng kelas macam tu.
Di pihak satu lagi, PPD sungguh-sungguh pulak ambil tau bila melibatkan guru-guru sokong Pakatan Rakyat sampai tahap hantar surat tunjuk sebab pasai pegang jawatan dalam PAS tapi guru-guru yang pegang jawatan dalam Umno takdak tindakan apa-apa walaupun sama-sama naik pentas.
Gambar kat atas tu bukan gambar cikgu yang di Kelantan tu tapi gambar sorang Penolong PPD di Parit Buntar yang nak tunjuk lagak jugak. Gambar tu aku ambik di sini.
Sebelum ni member aku blogger Kaki Hentam dah belasah sikit mamat ni dalam blog dia, Kisah orang sombong sembelih diri sendiri!!!. Baru dapat pangkat Sultan bagi dah berlagak nak mampos. Sebelum tu dia dah hentam sikit mamat ni dalam siri Alkisah Zambry Kadiaq.
Terbaru, mamat ni ugut sorang cikgu perempuan, kalau aktif politik dia akan tukar cikgu tu ke pendalaman. Belambak lagi cikgu lelaki yang aktif politik pasai apa tak berani ugut, kalau berani ugut la semua, takut buku bertemu ruas kut. Termasuk jugak cikgu-cikgu yang aktif dalam Umno pun dia patut ugut jugak, kalau berani la...
Yang aku tak puas hatinya pasai apa pulak nak ugut cikgu perempuan tu, padahal yang aktif PAS bukan dia tapi suami dia. Suami dia yang benarkan PAS buat program kat rumah dia. Tapi pasai kesian kat cikgu perempuan tu, PAS cawangan berkenaan setuju pindah buat kat rumah orang lain, bukan takut cuma kesian kat cikgu tu tak pasai-pasai dia pulak yang kena tekan.
Aku nak bagi amaran kat Penolong PPD berkenaan, tolong jangan main bangsat dan jangan ingat hang sorang saja boleh main bangsat. Dalam PAS belambak dok ada jenis kepala masam yang aku rasa takdak masalah langsung kalau setakat nak pi tunjai muka hang secara berdepan sekali pun.
Dan satu lagi, jangan sampai cerita pasai hang tersebar tersebar di alam maya ni. Takut nanti hang sendiri pulak yang terpaksa minta pindah tukar ke pendalaman.
**admin : PPD Perak Tengah pun tidak kurang hebatnya dalam mengugut dan mengatur pelbagai program & memerangkap warga pendidik daerah bagi tujuan dan bermotif tekan politik. Agen-agen YB berselerak di sana-sini. Terlalu banyak contoh.
satu daripadanya .... |
Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2012/10/ppd-yang-beraksi-macam-si-anjing-umno.html#ixzz29jy4gwMz
No comments:
Post a Comment